![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH56S0eIZ1oi7wfjq8V31niw1pSq3dq7FFTeS-YOvjt9WrBjZ_OSBb25CSVu7vktuUvXR-lDMtU5CHZCEtnfNl6GF0G-3Q101kQiAH83oiPLFFXDrO9xDLwMeqGtVz8k9z09-3Xt6O8tZ8/s320/anfield.jpg)
Liverpool akan menanti Gergasi Turki zaman silam iaitu Trabzonspor di padang keramat kita di Anfield lewat pagi nanti.
Sedikit info mengenai lawan kita pagi nanti. Trabzonspor lebih dikenali sebagai The Maroon Blues dikalangan penyokong sejati mereka. Stadium mereka bernama Huseyin Avni Aker berkapasiti sekitar 20,000 yang akan kita kunjungi untuk perlawanan timbal balik minggu hadapan.
Kenapa aku mengatakan lawan kita ini Gergasi Turki zaman silam? Kerana ketika zaman kegemilangan mereka dahulu mereka mendominasi Liga Super Turki sebanyak 6 kali dan membolot Piala Turki sebanyak 8 kali. Mereka ini mungkin lebih kurang macam Nottingham Forest la kalau kat England.
Ketika ini Skuad Turki ini dilatih oleh Senol Gunes, iaitu bekas jurulatih kebangsaan Turki yang begitu sukses pada world 2002 yang mana turki berjaya menduduki tempat ketiga ketika itu.
Untuk rekod Liverpool pernah bertemu Trabzonspor ketika pertemuan pusingan kedua saingan Kejuaraan Eropah pada tahun 1976-1977. Perlawanan timbalbalik pertama di Turki skuad kita telah dikalahkan dengan jaringan 1-0. Walaubagaimanapun kita membalas dengan kemenangan bergaya 3-0 di Anfield hasil gol dari Steve Heighway, David Johnson dan King kev Keegan.
Perlawanan pada pagi nanti kemungkinan besar tanpa kelibat Daniel Agger dan Javier Mascherano, dua orang sang fighter yang cedera dek bedilan the Gooners tempoh hari. Kemungkinan Martin Kelly dan Christian Poulsen akan turun mengambil alih posisi yang mereka tinggalkan.
Perlawanan ini boleh ditonton secara langsung di Astro Channel 811 dan akan bersiaran pada jam 2.45 pagi..Watch out!
walk on. ynwa
No comments:
Post a Comment