Entri Terhangat

Friday, February 5, 2010

Sebelum Wisel: Kuyt mencari yang ke-50

Dirk Kuyt akan turun menentang musuh sekampung dengan menggalas misi peribadinya iaitu mencari gol ke-50 baginya untuk Liverpool. Kehadiran Kuyt ketika ini sememang amat berguna memandangkan ketiadaan Torres, manakala Ngog masih terkial-kial mencari rentak jaringan.

Melihat kepada dua jaringan Dirk Kuyt sebelum ini, dia mendapat umpanan yang cantik sebanyak dua kali melalui Aquilani. Secara realistiknya Kuyt amat sesuai digandingkan dengan Aquilani. Mungkin satu gandingan yang baru, walaupun tidak semantap Torres dan Gerrard. Sekurang-kurangnya ia cukup bagi menghadirkan gerun untuk Everton di Anfield nanti.

Sekiranya Kuyt menggalas tugas menjadi Striker tunggal, posisi sayap kanan akan diisi oleh Maxi. Riera semakin cergas akan terus menggalas tugas di sayap kiri. Gerrard mungkin boleh kembali menjana bahagian tengah sekiranya Aquilani diletakkan sebagai Midfield menyerang bagi membantu Kuyt.

Mungkin hanya sia-sia sahaja apa yang kawan cakapkan nie sekiranya Lucas yang bermain dan bukan Aquilani. Walaupun ketika menentang Bolton tempoh hari Aquilani banyak membuat hantaran yang tidak tempat, sekurang-kurangnya kehadirannya memperbagaikan rentak dibahagian tengah dan membenarkan Gerrard dan Kuyt bergerak bebas.

Jentera pertahanan ketika ini boleh dikatakan cukup baik dengan Kyrgiakos semakin serasi bersama Skrtel dan Insua semakin berani naik keatas membantu Riera melakukan hantaran-hantaran yang boleh menghasilkan peluang gol.

Walauapapun, perlawanan derby kali ini harus disudahi dengan kemenangan kerana pencabar-pencabar yang lain kelihatan semakin bersungguh-sungguh merebut tempat ke-4 liga. Diharapkan agar Benitez menggunakan kebijaksanaannya untuk memacu kemenangan untuk Liverpool dan melebarkan rekod tanpa kalah dan bolos Liverpool.

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails