Entri Terhangat

Thursday, January 21, 2010

Wisel Penamat: Deadly KUnYiT

Dirk Kuyt kembali. Kembali menjaringkan gol-gol penting untuk The Reds dalam perlawanan menentang Spurs awal pagi tadi. Sememangnya berbaloi berjaga untuk melihat kemenangan keatas Spurs.

Kuyt berjaya membocori gawang Spurs seawal minit ke-6 hasil umpanan Tok Akilani dan Sepakan penalti pada minit ke-93. kombinasi Kuyt dan Tok Akilani sememangnya menjadi dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Spurs yang mana terpaksa mengeluarkan dua pemain pertahanan untuk digantikan dengan pemain pertahanan yang baru.

Secara keseluruhan para pemain The Reds mempamerkan aksi juang yang tinggi dihadapan 42,000 penonton di Anfield. Kyrgiakos harus diberi pujian menggunung kerana berjaya menghalang serangan dari segenap sudut dan berjaya mematikan akal penyerang Spurs iaitu Defoe dan Crouch.

Degen juga turut beraksi kemas di sayap kanan walaupun dia kurang dari segi kepantasan tetapi kerap melakukan hantaran bijak bagi membantu Tok Akilani dibahagian hadapan. Riera kembali memperkuatkan sayap kiri dan hampir menjaringkan gol tetapi tandukkannya terkena palang gol.Insua seperti biasa tenang mengawang kawasannya dan sekali-sekala membantu menhantar bola kepada Albert Riera.

Lucas dan Mascherano mengawal bahagian bawah midfield dengan begitu kemas, walaupun sekali-sekala ada melakukan sedikit kesilapan, walaubagaimanapun masih mampu merantai pergerakan Luka Modric dan Jermaine Jenas.

Kemenangan ini sedikit sebanyak meredakan sedikit tekanan kepada Rafa Benitez dan kembali meletakkan The Reds kelandasan sebenar untuk bersaing merebut tempat untuk Champions League musim hadapan selain merapatkan jurang mata dengan Spurs dan City dengan kekurangan 1 mata.

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger