Entri Terhangat

Monday, July 18, 2011

YNWA: Apabila Warna dijadikan Lambang Patriotik

Semangat patriotik cara Penyokong Liverpool..Ada ke Penyokong Arsenal buat? Manchester? Lagi la tak de.. Chelsea? Kita tunggu je nanti... tabik spring kepada Adeq' Azreen kerana inisiatif beliau yang sangat patriotik.
---------------------------------------------------------------------------------------

Perlawanan pada hari sabtu yg lalu sememangnya menghiburkan dengan kenduri gol dibabak kedua. Penyokong bersorak, menyanyi tanpa henti. Laungan Malaysia dan Laungan Liverpool bersilih ganti memeriahkan suasana stadium. Yang berjersi merah tetap berteriak, bersorak dan menyanyi setiap kali pemain Malaysia berjaya mengawal permainan dan melakukan serangan. Walaupun berjersi merah tidak bermakna tanah tumpahnya darahku dibuang ke tepi.

Tetapi ada juga suara-suara sumbang yang menuntut semangat patriotik dan sokongan tanpa belah bagi kepada skuad kebangsaan. Nampaknya makna patriotik lebih dilihat kepada warna jersi dan bukannya sokongan padu setiap kali pemain kebangsaan beraksi di padang.

Si Jurulatih sibuk bercakap sokongan kepada skuad kebangsaan, adakah dia tidak mendengar sepatah haram pun perkataan Malaysia berkumandang di stadium? Tak dengar ke penyokong berbaju merah menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan juga Standing In the Eyes Of The World? Dia keliling padang sebelum perlawanan….siapa yang tepuk tangan…laungkan nama dia..kibar jalur gemilang…Siapa? Penyokong berbaju Merah…Yang Merah darahnya tetapi Malaysia Jiwa nya…

Jika warna jersi dijadikan ukuran sebenar patriotik, si jurulatih pakai apa? Kemeja British jugak dipakainya…mana baju atau jersi mahupun pakaian rasmi pasukan kebangsaan….Kenapa semasa perlawanan Arsenal sebelum tu tak nak bersuara? Game dengan Arsenal pemain kebangsaan semua ke BOOOO…. Tu tak pulak di tegurnya sikap penyokong yang macam tu…pandai tak boleh ditegur..bodoh tak boleh diajar.

Si pemainnya pula begitu gah, bangga dan meriah meraikan jaringan gol..tetapi bukan dengan semangat untuk Negara…tetapi semangat si setan juga yang dijuangkannya. Penyokong Liverpool sedikit pun tidak terasa hati si pemain nak cakap dia fan setan ke apa ke..tapi sedar la sikit..anda bermain menyarung jersi Negara..bermain la dengan semangat Negara bukan semangat setan. Hah..yang ini si Jurulatih kasi tegur sikit…ini ke patriotik yang diharapkan sangat tu…pemain anda yang tak patriotik…

Perlawanan menentang Arsenal pemain Malaysia teruk di BOOOO… perlawanan menentang Liverpool laungan Malaysia jelas berkumandang…seterusnya menentang Chelsea… Si jurulatih buat la perbandingan dari mana sokongan kepada pasukan kebangsaan yang lebih kuat…Nak berkata pandang keliling stadium dulu… bukan 10k, 20k yang turun pergi ke stadium tetapi 80k..Lautan merah yang berjiwa Malaysia

Liverpool datang ke Malaysia buat pertama kalinya, jadinya tidak ada salahnya Lautan Merah menguasai SBJ hanya untuk 90 minit dan Stadium tidak pernah sunyi dengan sokongan kepada pasukan kebangsaan dan yang penting tiada BOOO untuk pemain kebangsaan sebaliknya sorakan dan tepukan yang gegak gempita kami berikan disebalik jersi Merah kami.


walk on.ynwa

Friday, July 15, 2011

YNWA: 37,800 Penyokong Hadiri Sesi Latihan


Populariti Liverpool terbukti dengan kehadiran seramai 37,800 penyokong di Stadium Bukit Jalil semalam bagi melihat pemain Liverpool menjalani sesi latihan. Satu jumlah yang cukup membuktikan betapa ramainya penyokong Liverpool di Malaysia berbanding di China tempoh hari.

Perlawanan hari esok walaubagaimanapun tidak akan melibatkan Kenny Dalglish yang terpaksa terbang semula ke Melwood bagi melengkapkan perpindahan mega Steward Downing ke Liverpool.

walk on.ynwa

Saturday, July 9, 2011

YNWA: King Kenny, Pemilik memberi bantuan yang sepatutnya


King Kenny memberitahu, Pemilik Liverpool telah memberikan bantuan sepatutnya dalam membangunkan semula Liverpool walaupun Liverpool dilihat agak perlahan dalam urusan perpindahan pemain pada ketika ini berbanding kelab BPL yang lain.

Walaubagaimanapun inisiatif John W Henry dan Pengerusi LFC, Tom Werner harus diberikan pujian. Pemilik melakukan apa yang mereka rasa perlu, dan Liverpool mendapat bantuan yang cukup kuat dan Liverpool kini berada dilandasan yang betul, ujar King Kenny.

Diharapkan sebelum bermulanya saingan Liga akan ada lagi rekrut pemain-pemain berkualiti tinggi akan ke Melwood. Dua orang midfield berkualiti tinggi telah diperolehi, hanya tinggal mencari pemain berkualiti di pertahan kiri serta pemain sayap kiri dan kanan.

walk on.ynwa

YNWA: Komitmen Jangka Panjang, Johnson, Wisdom dan Flanagan


Glen Johnson dan Pemain Pelapis, Andre Wisdom dan John Flanagan telah memeterai kontrak baru dalam perancangan jangka panjang King Kenny membina Skuad Liverpool yang kuat untuk masa mendatang.

Johnson dilaporkan menandatangani perjanjian lanjutan kontrak selama 2 tahun dari baki kontrak asal. ternyata Johnson begitu komited terhadap Liverpool walaupun posisinya kini menjadi rebutan bintang muda akademi seperti Martin Kelly dan John Flanagan.

Andre Wisdom, 18 tahun menyasarkan untuk merebut tempat dalam kesebelasan senior bagi musim hadapan. Wisdom merupakan Kapten England bawah 19 tahun dalam kejohanan eropah yang lalu. Wisdom bersama-sama Flanagan dan Robinson adalah prospek terbaik untuk diketengahkan Liverpool bagi musim hadapan.

John Flanagan yang membuat penampilan memberangsangkan didalam skuad utama sepanjang baki saingan musim lalu dengan bermain di kiri dan kanan pertahanan. Menurut Comolli, persembahan yang ditampilkan Flanno musim lepas, Flanno berhak mendapat kontrak baru yang akan mengikatnya di Anfield dan bersaing sihat didalam Skuad Senior. King Kenny memerhatikan perkembangannya dan Flanno menunjukkan komitmennya.

walk on.ynwa

Thursday, July 7, 2011

Perpindahan: Charlie Adam ke Melwood akhirnya



Charlie Adam telah menyetujui terma peribadi bagi menjadi rekrut ke-2 King Kenny. Percubaan King Kenny selama 6 bulan bagi mendapatkan khidmat Adam berbaloi dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar 8.5 juta lebih murah dari 12 juta yang ditawarkan pada januari lalu.

Liverpool berjaya menidakkan minat Spurs dan Villa. Selepas ketibaan Adam, Penjaga gawang AS Roma, Doni dikhabarkan akan menyusul dalam tempoh 48 jam untuk dijadikan pemabantu kepada Pepe Reina.


Charlie Adam telah menjalani ujian kesihatan dan akan menyertai sesi latihan dalam tempoh terdekat. Bagi mengubati duka orang asia yang sugul kerana Gerrard tidak turut serta, dapat lihat kelibat pemain yang cukup tinggi ratingnya di BPL punya kira bagus.

walk on.ynwa

Rangkuman: Berita Ringkas


1. John W. Henry menegaskan bahawa dasar pembelian pemain telah ditetapkan, iaitu untuk jangka waktu yang panjang, keutamaan pemain dari kepulauan britian, muda lagi merbahaya dan bebas kecederaan parah. Jika ada rumours mengenai pemain berumur, asyik cedera manjang, sila abaikan.

2. Steve Clarke memberitahu bahawa beliau tidak akan memaksa Luis Suarez dan Lucas Leiva untuk pulang lebih awal selepas berakhirnya Copa America.

3. Il Principino, aka aquaman, Alberto Aquilani menegaskan dia akan kembali ke Anfield dan tidak sabar mengambil semula tempatnya dalam kesebelasan utama.

4. King Kenny menegaskan tidak akan menghebahkan target pemainnya bagi musim perpindahan. Rumours di dada akhbar di britain hanya mainan media semata-mata.

5. Pengerusi Blackpool berkeras mahukan 12 juta pound untuk Charlie Adam. walaubagaimanapun, Damien Comolli telah menilai Charlie Adam hanya bernilai 9 Juta pound.

6. King Kenny dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah daripada Universiti Ulster kerana khidmat dalam kegiatan kebajikan dan kejayaan dalam arena bola sepak.

7. Khidmat Steward Downing masih lagi samar, ketika ini Arsenal dilihat akan mencabar bidaan, walaubagaimanapun Juan Mata akan menjadi alternatif sekiranya khidmat Downing gagal diperolehi.

8. Damien Comolli berkira-kira untuk menandatangani bintang muda chelsea, Daniel Sturridge yang kini dilihat lebihan pemain di Chelsea. Pemain ini hampir ke Anfield seawal januari lalu tetapi tidak kesampaian apabila Chelsea rela menawarkan 50 juta pound bagi Torres dan membiarkan Sturridge dipinjamkan ke Bolton.

9. Gael Clichy sudah menjadi pemain Manchester City dan kini Jose Enrique sasaran yang tinggal bagi mengisi kekosongan bek kiri.

10. Bekas jurulatih West Ham, Steve Keen dilantik menjadi Jurulatih setelah Sammy Lee meninggalkan Liverpool. Keen adalah assistant kepada Steve Clarke di West Ham semasa rejim Gianfranco Zola.

11. Steven Gerrard tidak akan menyertai Jelajah Asia 2011 bagi mengelakkan kecederaan berulang, dengan Luis Suarez dan Lucas Leiva awal-awal lagi tidak dapat beraksi kerana Copa America manakan Pepe Reina juga masih dalam proses pemulihan daripada pembedahan hernianya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger