Entri Terhangat

Thursday, March 10, 2011

Sebelum Wisel: Hantar Meireles Balik Kampung


Kawan ada terlihat gambar twitter akaun Encik Lucas Leiva, kawan lihat Raul Meireles cukup girang untuk ke Portugal. Maklum lah melawat kampung halaman. Kepulangan Meireles ke tanah tumpah darahnya kali inibukan untuk melawat sanak-saudara, tetapi untuk membantu Liverpool mengutip kemenangan ke atas lawan yang tidak asing lagi baginya iaitu Sporting Braga.

Mungkin Meireles cukup masak dengan corak permainan Braga, mungkin ada sedikit tips yang boleh dia kongsi untuk dijadikan rujukan oleh King Kenny. Kemenangan di Braga akan memudahkan lagi tugasan King Kenny untuk perlawanan timbal balik kedua yang akan diadakan di Anfield pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Steven Gerrard, Kapten Fantastik Liverpool tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini kerana bergelut dengan kecederaan, turut kedengaran khabar angin mengatakan kecederaan Stevie G memerlukan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Untuk perlawanan ini, Andy Carroll aka Sweet Carroll Nine akan beraksi dalam perlawanan ini. Samada memulakan perlawanan sebagai kesebelasan utama ataupun dari bangku simpanan. Jika turun dalam perlawanan ini Carroll tidak akan memakai jersi no.9 sebaliknya no.29, kerana no.9 telah didaftar diatas nama seorang pemain yang telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Apapun, perlawanan ini mesti dimenangi untuk mencari bekalan selesa di Anfield nanti, sekaligus meneruskan perjuangan untuk mengutip piala yang tinggal untuk musim ini.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger