Entri Terhangat

Sunday, September 18, 2011

Wisel Penamat: 2 Kad Merah dan 4 Gol


4-0, 2 kad merah, 4 kad kuning. Kesimpulannya, Referee cukup pemurah dibulan syawal ini dan pemain Liverpool cukup santai di atas padang dek semangat raya belum pudar. Perlawanan sememangnya cukup hambar dipamerkan pemain Liverpool Spurs menguasai 62% penguasaan bola dan Liverpool hanya 38%. Itu pun kerana Liverpool mempunyai kekuatan 9 orang di tengah padang berbanding Spurs 11 orang.

Kenapa boleh main 9 orang pula. Kan bola sepak 11 orang? Charlie Adam dan Martin Skrtel melakukan kesilapan amatur yang sepatutnya tidak dilakukan oleh pemain professional yang mengetahui yang mereka sudah dikenakan kad kuning pertama. Cuma kesalahan ketika mereka berdua menerima kad kuning pertama boleh dianggap kurang tepat dan kesalahan mereka cukup dengan memberi amaran awal dan bukan terus diberikan kad kuning.

Jika dilihat pada statistik kekasaran Spurs melakukan 14 kekasaran berbanding Liverpool hanya 9 kekasaran. Tetapi Spurs hanya mendapat 1 kad kuning berbanding Liverpool 4 Kuning dan 2 Merah. Boleh disimpulkan yang referee kurang adil dalam pemberian kad amaran dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan ini King Kenny ternyata tersilap percaturan dalam penyusunan pemain dengan Skrtel bermain di pertahanan kanan dan Carroll kembali dalam kesebelasan utama. Aku lebih gemar sekiranya Suarez dan Bellamy bergandingan kerana mereka berdua pantas dan boleh mengugat pertahanan Spurs. Spurs bermain pantas jadinya kita pun kena lah berlawan dengan pantas dan Carroll bukan la pemain yang sesuai untuk taktikal berdepan pasukan yang pantas.

Ini merupakan perlawanan kedua selepas Stoke yang memperlihatkan pasukan kurang membuat hantaran, pemain tengah kurang kreatif dan banyak melakukan hantaran sia-sia. Henderson hilang punca apabila Bale berjaya melepasinya dan gagal melepasi Assou Ekotto. Apabila Adam dibuang padang terus dia tidak berfungsi dan membiar Lucas sendirian mengerakkan jentera tengah.

Mungkin King Kenny perlu membuat 2-3 formasi alternatif apabila berdepan berbagai jenis lawan. Bukan semua pasukan lawan akan bermain pantas dan tidak semua bermain secara fizikal. Dan King Kenny tidak boleh meletakkan pemain yang sama dalam setiap perlawanan kerana ianya akan menjadikan pasukan lawan dapat membaca setiap gerakan pemain Liverpool jikla mereka melihat perlawanan Liverpool yang sebelumnya. Tidak mustahil sekiranya pasukan selepas ini iaitu Wolves akan menang keatas Liverpool sekiranya taktikal sama digunakan.

Cukup la dengan 2 kekalahan, pasukan lain sedang sibuk mengejar mata dan Liverpool tidak boleh keciciran mata. Jika tidak harapan ke Champions League musim depan akan tertangguh lagi untuk musim yang kedua.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger