Entri Terhangat

Friday, December 31, 2010

YNWA: Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru Masihi 2011 kepada seluruh penyokong tegar Liverpool FC di seluruh Malaysia. Kita tinggalkan tahun 2010 yang cukup huru hara bagi Liverpool FC.

Berbagai perkara berlaku sepanjang 2010, ade yang mengembirakan kita, ada yang menghancurkan hati kita.

Diharapkan sinar baru 2011 akan menyebelahi Liverpool FC, tidak seperti 2010 yang langsung tak bersinar.

Berdepan cabaran ditahun baru ini dengan kedudukan semasa Liverpool yang terkeluar dari senarai 10 teratas liga adalah amat perlu untuk tidak mengalami kekalahan demi kekalahan lagi. Dengan jaminan Uncle Roy yang akan memastikan tempat untuk Champions League musim depan, adalah amat perlu mengutip setiap mata sehingga lah penghujung musim 2010/2011 nanti.

Apapun selamat tahun baru semua. You'll Never Walk Alone!

Monday, November 29, 2010

Wisel Penamat: Malang Minit Terakhir

Aaron Lennon menyentap semangat juang pemain kita dengan jaringan minit akhir untuk menyaksikan mereka menidakkan gol awal yang kita perolehi melalui Martin Skrtel.

Malang buat Martin Skrtel, baru sahaja meraikan gol keduanya sepanjang menyarung jersi Liverpool, akhirnya dia menjaringkan gol sendiri untuk gol penyamaan Spurs. Dalam pada itu Jermain defoe gagal menyempurnakan penalti yang diperolehi pada minit ke-60.

Kita seharusnya berpeluang mendapatkan setidak-tidaknya dua tendangan penalti tetapi dinafikan oleh pengadil Martin Rowan Atkinson adik ipar Mr.Bean. Dia juga memberikan sepakan penalti kontroversi kepada Spurs yang gagal disudahkan oleh Defoe.

Manakala Torres dan Maxi masing-masing mempunyai dua peluang yang seharusnya menggegar jaring, tetapi mereka seperti tidak bernafsu untuk merobek gawang Spurs.

Dengan kekalahan ini menyaksikan kita turun ke tangga ke-10, kekal dengan 19 mata dan ketinggalan 12 mata dari pendahulu liga.


wallk on.ynwa

Saturday, November 27, 2010

Sebelum Wisel: Ke Kandang Lilywhite Spurs

Pasukan kita kembali ke gelangang perlawanan kali ini disambut oleh Tottenham Hotspurs. Berbekalkan kemenangan moral 3-0 ke atas West Ham minggu lalu tidak boleh dijadikan ukuran sebenar menentan Spurs yang dilihat lebih berjaya dari pasukan kita.

Spurs kini semakin kuat dengan kehadiran Van Der Vaart. Target utama sebenarnya untuk bermain di Liverpool sejak Rafa Benitez menimbulkan minat terhadap Van Der Vaart. Tapi apakan daya Van Der Vaart memilih Spurs berbanding Liverpool.

Bagaimanapun Van Der Vaart diragui kecergasaannya, Redknapp hanya 50-50 akan menurunkannya malam ini. Satu berita yang cukup bagus untuk Roy yang menerima semula kehari Joe Cole dalam skuad utama untuk aksi malam nanti.

Sekiranya kita berjaya membenam Spurs malam ini, kita akan melonjak sekurang-kurangnnya ke tangga ketujuh ataupun kelapan liga berkongsi mata dengan Spurs. Liverpool seharusnya memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dalam perlawanan malam nanti.

Keputusan dengan kemenangan harus dijadikan sebagai satu kewajipan memandangkan jadual akan bertambah padat apabila menjelang Disember, dan keciciran mata dalam setiap perlawanan akan menjadi malapetaka kepada Roy Hodgson kelak.

walk on. ynwa

Tuesday, November 23, 2010

Desas Desus: Roy pertimbang khidmat bintang Lille

Roy dilaporkan telah terbang ke Perancis untuk melihat aksi target utamanya untuk perpindahan januari nanti iaitu Gervinho dan kemungkinan mengambil khidmat Eden Hazard yang juga rakan sepasukan Gervinho.

Apa yang pasti pilihan Roy kali ini mungkin menepati kriteria yang dimahukan Encik Comoli, Muda dan berbakat, tetapi Gervinho sedikit berusia, tapi kalau Eden Hazard mungkin Comoli akan membuat kertas kerja yang rapi untuk dipersembahkan kepada Tuan Besar Henry.

Eden Hazard telah diburu sejak di era Benitez lagi, apabila dia berjaya menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dalam saingan Liga Europa. Manakala minat Roy terhadap Gervinho adalah untuk sekian kalinya, bagaimanapun Roy gagal menandatanganinya kerana Gervinho ingin melengkapkan perjanjian kontraknya bersama Lille.

walk on.ynwa

Monday, November 22, 2010

Mentaliti dan Konsistensi Kelas Pertama Penentu Kejayaan


Mentaliti kelas pertama..Apa kena mengena dengan Pasukan Liverpool ketika ini? Sudah semestinya masalah mentaliti para pemain, memandangkan aksi goyah yang dipamerkan mereka menjadikan kelab-kelab bawahan seperti Blackpool, Northampton dan Stoke berjaya memperkotak-katikkan mereka.

Mentaliti pemain akan berada di tahap teratas apabila menentang kelab-kelab berpengaruh besar seperti Chelski, Manshiter, Arsenoi. Keseluruhan pemain akan memperlihatkan perwatakan sebenar mereka apabila menentang kelab seperti ini. Tapi apabila menentang kelab pertengahan dan bawahan, pemain seperti hilang punca..mentaliti terus jatuh menjunam dan konsistensi langsung tiada.

Kita boleh lihat apabila Blackpool berjaya menewaskan pasukan kita lebih-lebih lagi di gelanggang keramat kita Anfield, kebanyakkan pasukan lain sudah memperlihatkan mentaliti mereka yang mana mereka sudah pasti boleh mengalahkan Liverpool di Anfield memandangkan pasukan baru naik divisyen, Blackpool berjaya memperlekehkan Liverpool.

Jadi disini terpaksalah para pemain mengeluarkan segala apa yang ada pada mereka untuk menentang lawan-lawan yang mempunyai mentaliti yang tinggi apabila berdepan Liverpool, walaupun pasukan mereka langsung tiada pemain bintang. Contohnya, Stoke City dan Northampton, mereka bermain dengan mentaliti tahap pertama apabila menentang Liverpool, dan mereka berjaya memperlekehkan Liverpool.

Apa yang diperlukan sebenarnya bagi kejayaan Liverpool dalam saingan Liga? Pengurus yang banyak pengalaman dan pandai taktikal? Pemain-pemain bintang yang berjuta-juta harganya? Pemilik baru yang kaya-raya?

Jawapannya hanya ada dua pada saya, Mentaliti dan Konsistensi. Apa guna Pemilik membeli pemain binta berjuta-juta harganya jika mentaliti dan konsistensi langsung tiada. Apa guna ada Pengurus yang hebat jika pemain mempunyai mentaliti yang lemah.

Sama-samalah kita berharapan agar Liverpool kembali ke mentaliti dan konsistensi sebagai sebuah pasukan disegani dan sebagai pasukan juara yang sukar ditumbangkan!

ynwa. walk on!

Friday, October 1, 2010

Wisel Penamat: Jalan Cerita sama oleh Roy

Skuad yang diturunkan Roy pagi tadi

Seri untuk sekian kalinya, dan kali pertama untuk kempen Liga Europa. Roy masih tak berubah, masih duduk membongkok sambil mengigit kukunya yang berperisa strawberi tu. Masih lagi berpuas hati dengan keputusan seri dengan Utrecht. Bangun dari lena Roy oiiii. Kerusi panas di Anfield sebagai manager bukan tanda aras kejayaan ko dalam karier pengurusan ko Roy!

Roy masih lagi nak menggunakan idea lama Rafa dengan dua orang midfield bertahan dan tiada yang menjanakan gerakan dikawasan tengah. Torres terpaksa berkerja keras mencari bola ditengah padang tanpa mendapat hantaran-hantaran world class untuk di sudahkan ke gawang lawan. Tiada hantaran-hantaran pendek untuk menguasai perlawanan..lebih kepada hantaran sia-sia dan membenarkan pemain Utrecth menguasai perlawanan.

Kecewa..mmg sungguh mengecewakan..Liverpool sekarang makin teruk, mungkin betul kata-kata si Al-Fayed owner Fulham, Roy hanya akan membawa Liverpool lebih teruk dari sebelum ini. Urrmmm..

Perlawanan seterusnya menentang Blackpool. Pasukan yang baru naik pangkat. Jangan kata kita tak boleh nak makan team ni. Pemain kita semuanya bagus-bagus. Pengalaman usah cakap pemain baru yang diambil Roy semuanya main kt World Cup lepas. Jadi sekarang sape yang tak cukup bagus? Roy ke pemain-pemain?

walk on..ynwa

Thursday, September 30, 2010

Sebelum Wisel: Misi Menang di Belanda

Utrecht FC vs LIVERPOOL FC
1 Okt 2010
Siaran Langsung astro ch816
jam 1.00 pagi

Reds akan berkunjung ke gelanggang lawan nun di belanda sana. Berbekalkan rekod 2 perlawanan sebelum ini kalah kepada Northampton dan seri dengan Sunderland cukup menghampakan kita.

Diharap bermula dengan perlawanan menentang pasukan dari belanda ini akan bermula kebangkitan The Reds. Sekaligus mengekalkan rekod bagus Roy dengan memenangi 5 perlawanan peringkat eropah sebelum ini.

Yang pasti Roy akan menurunkan kesebelasan terkuat walaupun beberapa pemain seperti Aurelio dan Konchesky masih cedera. Desas desus mengatakan Roy akan menggunakan formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini dengan menggandingkan Joe Cole, Torres dan Meireles. Sama ada ianya betul atau tidak, sama-sama kita nanti perlawanan awal pagi nanti.

walk on. ynwa


Monday, September 20, 2010

Berita Ringkas : Daniel Agger mahukan tempatnya

" Danish defender Daniel Agger finds himself out of favour under the new manager Roy Hodgson but insists he will not be changing his ways "

Agger kurang berpuas hati dengan cara Hodgson menggunakan khidmatnya dan cara taktikal yang diterapkan oleh Hodgson ketika ini.

Sebelum ketibaan Konchesky, Agger banyak memainkan peranan disebelah kiri dan apabila kehadiran Konchesky, Agger terpaksa bergelut kembali untuk mendapatkan semula tempatnya di bek tengah mahupun di bahagian kiri.

Agger kurang menggemari corak bertahan yang digunakan Roy dan sememangnya bertahan bukan minat sebenar Agger memandangkan dia lebih gemar memulakan serangan daripada tempatnya.

walk on. ynwa

Wisel Penamat: ManU 3 Liverpool 2


Perlawanan yang pada mulanya amat pasif bertukar menjadi menarik..mendebarkan dan memeritkan. Setelah ketinggalan 2 kali dan bangkit sebanyak 2 kali akhirnya nasib masih tidak menyebelahi Liverpool untuk mencuri mata dari Old Kerepot.

Seperti biasa Roy Hodgson menggunakan taktik bertahan..Aku memang x berkenan stail bertahan yang diterapkan Roy. Nampak sangat kita terlalu hormatkan team setan tu. Seperti biasa juga Fergiescum memperlekehkan peranan pengadil kerana tidak melihat aksi-aksi lakonan lembik mcm pondan oleh Nani. Selain itu juga seboleh-boleh menyalahkan Torres kerana mengganggap Torres beria-ria berlakon untuk membolehkan John O'shea keluar padang.

Keseluruhan perlawanan seimbang tetapi begitu pasif pada babak pertama. Babak kedua lebih melihat kan banyak serangan dan aksi-aksi menarik. Semestinya Manshiter main kasar.. 4 kad kuning dan mungkin 2 kad merah untuk mereka...tapi mcm biasa si Webb nk gak jaga saham die kt Fergie.

Hopefully lepas nie Roy tolong la terapkan aksi lebih menyerang..dan bukannya bertahan seperti pada babak pertama dan 10 minit terakhir perlawanan..Lebih banyak bertahan Liverpool lebih mudah dibolosi. Come on Roy bukak mata sikit...

walk on.ynwa

Saturday, September 18, 2010

Sebelum Wisel: Mesti Mau Menang


Siaran Langsung : Astro Channel 812
Jam : 8.30 Malam

Venue : Old Kerepot ( Theatre of Illusion )


Permusuhan Liverpool dengan Manshiter United tak kan berakhir sampai bila-bila..dan pertembungan dua kelab ini akan sentiasa menjadi perlawanan yang paling dinanti dalam setiap musim LPI.

Roy Hodgson mungkin ada ramuan yang baik untuk terus mematikan akal Fergie seperti mana Roy lakukan ketika di Fulham.

Khamis lalu Roy Hodgson telah berjaya memadamkan rekod lama Bill Shankly di peringkat eropah. Mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan lebih banyak lagi rekod yang mengagumkan lebih-lebih lagi menentang musuh setan ini.

Jadinya diharapkan agar Roy dapat melakukan sesuatu yang lebih bagus berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini dan dapat menurunkan pemain-pemain terbaik bagi menghadapi perlawanan ini.

Mau tak mau..Perlawanan nie mesti mau menang!!!

walk on. ynwa

Kesebelasan kemungkinan Liverpool:
Reina; Johnson, Carragher, Skrtel, Konchesky; Poulsen, Meireles; Jovanovic, Gerrard, Cole; Torres




Thursday, September 16, 2010

Berita Ringkas: Scott Dann

" Liverpool and Manshiter United are set to battle again in January transfer window for Birmingham City center back Scott Dann's signature"

Scott Dann, 23 tahun merupakan prospek hangat memandangkan dia antara bakat muda England yang dijangka bakal menyinar. Ini tidak dapat disangkal apabila dia berjaya merantai pergerakan Fernando Torres tempoh hari.

Scott akan mendatangkan sejumlah kos sebanyak 8 Juta Pound Sterling bagi mendapatkan khidmatnya.

Fergie dilihat mencari calon pengganti bagi si Rio yg lembik, manakala Hodgson lebih untuk menambah kuantiti homegrown player yang sedia ada dan juga mungkin menjadi rakan masa hadapan untuk Danny Wilson satu hari nanti.

Thursday, August 19, 2010

Sebelum Wisel: Kenangan Lama Kembali


Monday, August 16, 2010

Wisel Penamat: Bukan Nasib Kita untuk Menang

Sang Fighter, Mascherano mengasak Nasri yang sedang berpuasa

Semalam kita dihidangkan corak permainan yang lain dari yang lain oleh pasukan kita. Pasukan kita tidak seperti pasukan 5 musim yang terdahulu. Pasukan serba baru ini dilihat lebih lasak..kental..senang cakap semua pemain menunjukkan sikap fighter mereka yang selama ini mereka simpan ketika era Rafa Benitez.

Christian Poulsen memerhati dari Grandstand, menunggu masa untuk menjahanamkan kaki lawan kelak.

Separuh masa pertama melihatkan pasukan kita lebih berhati-hati dan lebih banyak membiarkan jentera tengah Arsengal mengawal padang. Joe Cole jarang mendapat bola manakala Mascherano mengeluarkan sepenuh jiwa raganya untuk menbentes dan mengekang asakan jentera tengah Arsengal, mungkin Mascherano mahu melupakan seketika masalahnya diluar padang ketika ini.

Joe Cole dilayangkan kad Merah oleh Martin Atkinson, adik angkat Rowan Atkinson aka Mr.Bean

Separuh masa ditamatkan dengan layangan Kad Merah kepada Joe Cole. Satu debut epl malang bagi Joe Cole. Joe Cole perlu berhati selepas ini untuk melakukan tackle yang lebih munasabah dan tidak melakukan tackle yang sia-sia seperti semalam.

David Ngog meledak gol pembukaan pada awal separuh masa kedua

Separuh masa kedua,para pemain bermain lebih tersusun memandangkan ketiadaan Joe Cole untuk keseluruhan separuh masa kedua dan hasilnya David Ngog berjaya membuatkan Almunia seperti budak2 cuba menangkap ayam yang yang terlepas dari rebannya. Pasukan kita berjaya membentuk kombinasi yang cukup baik semasa bertahan dan menyerang hampir keseluruhan babak kedua sebelum malapetaka yang tidak diingini berlaku.

Pepe Reina akhirnya tewas dihujung masa permainan kerana kesilauan cahaya yang memancar kearahnya

Pepe Reina akhirnya kalah bukan kerana sepak deras atau tandukan melayang Chamakh, tetapi kerana kesilauan cahaya dan ketidak seimbangan badan Reina untuk mengawal lantunan bola. Walaubagaimanapun Reina telah beraksi cukup cemerlang mengawal benteng terakhir dari dibolosi yang mana Reina berjaya menepis keluar 3 hingga 4 percubaan tepat Arsengal.

Torres berjaya memperkotak katikkan bek baru Arsengal Laurent Konscielny

Dalam aksi semalam kita dalam melihat kelibat El-Nino selama hampir 20 minit, harap2 Torres akan kembali meledak untuk kita dan cergas sepenuhnya bagi aksi menentang Manshiter City pada perlawanan minggu depan.

walk on.ynwa


Saturday, August 14, 2010

Sebelum Wisel: Pertembungan Klasik


Uncle Roy sedang mempertimbangankan bagi meletakkan Fernando Torres dalam skuad yang akan menentang The Gooners malam ini. Samada diletakkan sebagai pemain kesebelasan utama ataupun bersiap sedia dari bangku simpanan, sama-sama kini nanti sepak mula di Anfield malam ini.

Torres dilaporkan menghabiskan hampir 2 minggu di gimnasium di Melwood bagi mendapatkan semula kecergasan. Dalam pada itu, Uncle Roy dilihat mahu meletakkan Kuyt sebagai penyerang utama dari memilih David Ngog. Kemungkinan sayap kanan akan diisi oleh Maxi memandangkan Uncle Roy mahukan gandingan Gerraard dan Cole mengemudi jentera tengah malam ini.

Pemain-pemain baru Uncle Roy dijangka akan membarisi kesebelasan utama, sementara Wilson mungkin akan memanaskan bangku simpanan untuk perlawanan menentang Arsenal manakala status Christian Poulsen untuk perlawanan menentang Arsenal masih samar kerana ada ura-ura mengatakan Mascherano akan mengisi kesebelasan utama.

Apa pun perlawanan ini mungkin akan menyajikan jumlah gol yang banyak mungkin juga banyak percubaan yang disia-siakan. Jangan lupa aksi pembukaan musim bagi team kita.

walk on. ynwa

Thursday, August 12, 2010

Rekrut: Poulsen Kini Merah

Christian Poulsen kini secara rasmi menyertai Rejim Roy setelah bersetuju dengan kontrak selama 3 tahun di Anfield. Dengan ini Poulsen kembali bekerjasama dengan Roy untuk sekian kalinya setelah bersama-sama di FC Copenhagen.

Poulsen akan bersama-sama rakan senegaranya iaitu Daniel Agger dan tidak sabar memulakan tugasan pertamanya iaitu menentang Arsenal di Anfield.

Dengan rekrut jeneral tengah ini, kedudukan Mascherano dilihat semakin hampir melangkah keluar dari Anfield dengan Barcelona telah membuat bidaan dengan menawarkan Aleksandr Hleb dan sedikit tambahan tunai bagi mendapatkan khidmat Kapten Argentina itu.

Sementara itu, Roy semakin hampir mendapatkan Penjaga gol Boro iaitu Brad Jones dengan harga sekitar 2.5 Juta PS bagi menambah bilangan pemain kelahiran Great Britain dalam skuadnya.

Walk on. ynwa

Sunday, August 8, 2010

Penyerang Tambahan Penting bagi Roy

Roy Hodgson siap sedia melipat gandakan usahanya mencari striker baru dalam usaha untuk meringankan bebanan bagi menjaringkan gol yang ditanggung oleh Fernando Torres.

Bagaimanapun Pakcik Roy tetap berharap Torres akan kembali cergas untuk memimpin barisan hadapan bagi menghadapi saingan musim baru, tetapi Roy tidak terdesak untuk memaksa El-Nino untuk kembali lebih awal akibat masalah kecederaannya.

Jika Liverpool membuat kemajuan dalam Liga Eropah dan Liga Perdana, Roy sudah semestinya akan dapat mengekalkan Torres untuk jangka masa yang lama.

Pada ketika ini hanya David Ngog sahaja yang dilihat oleh Roy mampu menutup sedikit ruang yang ditinggalkan Torres. Memandangkan pasaran perpindahan pemain akan melabuhkan tirai pada hujung ogos ini, adalah dilihat satu keperluan untuk Roy menambah 1 atau 2 penyerang ke dalam rejimnya ketika ini.

Jadi siapa yang akan disunting oleh Roy? Crouch Rabotnikki? Loic kenny Remy martin? atau siapa2 saja selepas ini..sama kita tunggu pilihan Pakcik Roy.

walk on. ynwa

Tuesday, August 3, 2010

K.E.M.B.A.L.I

Kembali setelah lama menyepi...Malas nk update..x terupdate memandangkan banyak sangat spekulasi dan gosip-gosip liar mengenai pasukan kesayangan kita nie. Memandang sepak mula Liga Perdana Inggeris semakin dekat.. leh la kawan start berblog semula... mengasah semula susun kata yang dh berkarat nie..

Melihat perkembangan semasa pasukan kita ini ade petanda positif dengan keberanian Pakcik AzROY mengeluarkan tenaga-tenaga muda semasa perlawanan persahabatan..walaupun hasil kurang memberangsangkan memandangkan semua perlawanan berakhir dengan kekalahan..

Tapi x mengapa..satu pendedahan yang bagus untuk pemain-pemain muda seperti jonjo,spearing, raheem, darby, kelly, amoo, eccleston, ayala dan ramai lagi untuk merasakan perlawanan yg boleh dikatakan kompetitif untuk mereka..

Untuk ketika dan saat ini, tiada penambahan pemain nampaknya akan dibawa masuk..melainkan orang kaya Kenny Huang dapat membeli pasukan kita sebelum tarikh akhir pasarana perpindahan pemain pada 31 Ogos nanti. Inilah senarai terkini perpindahan bagi pasukan kita dan boleh dikira sebagai satu urusniaga perpindahan yang cukup berbaloi-baloi dibawah rejim Pakcik AzROY.


Harap-harap ada penambahan seorang dua lagi pemian berkualiti akan dibawa masuk bagi memperkuatkan cabaran kita untuk menggapai kegelaran liga ke-19!

ynwa

Wednesday, April 28, 2010

Sebelum Wisel: Bedal saja la Babel

Ryan Babel dilihat hampir pasti menjadi penyerang tunggal untuk Liverpool melayan kunjungan Atletico Madrid di Anfield

Dengan Dirk Kuyt masih lagi dalam keadaan meragukan untuk diturunkan, sandaran untuk menjana gerakan disebelah kanan mungkin dipangku oleh Benayoun, mungkin juga Gerrard.

Dengan kecederaan Ngog, Torres dan Kuyt sememangnya pilihan amat terhad dibahagian serangan. Diharapkan bahagian Midfield lebih prolifik kali ini untuk menguasai bola.

Apapun perlawanan lewat pagi nanti harus didominasi dan kawalan keseluruhan perlawanan harus dipertingkatkan. Pertahanan juga akan menghadapi tugasan lebih berat kali ini memandangkan Kun Aguero siap sedia untuk diturunkan.

Perlawanan ini sememangnya wajib menang untuk mendapatkan saguhati untuk musim yang penuh malang ini. Kejayaan untuk merangkul Kejuaraan Europa League ini satu-satunya tinggal untuk digapai memandang peluang ntuk mendapat tempat keempat kian samar.

walk on.ynwa

Tuesday, April 27, 2010

YNWA: Aquilani layak ambil alih posisi Stevie G

Rafa Benitez dilihat sedia meletakkan Alberto Aquilani di posisi Gerrard sekarang dan memberikan Gerrard peranan yang baru untuk menjaga bahagian Midfield dengan lebih efektif.

Aquilani menunjukkan betapa dia seorang Midfield Tengah menyerang yang semulajadi dengan menghasilkan dua assist untuk Gerrard dan Maxi.

Bagaimanapun ianya tidak tetap memandangkan Benitez suka buat eksperimen ntahapepentah, mungkin akan adanya rotasi antara Gerrard dan Aquilani sekiranya mereka bermain bersama dalam satu-satu perlawanan.

Benitez menambah, Aquilani memang mempunyai kualiti, dan kualitinya akan terbit sekiranya tidak diletakkan sebarang tekanan kepadanya dan diberikan sedikit kebebasan untuk membuat sesuatu di bahagian tengah.

Benitez sudah berkata, jadi kita sama-sama nantikan samada Benitez mengotakan janjinya atau tidak.

walk on.ynwa

Monday, April 26, 2010

Desas Desus: VdV + Benzema

Rafa Benitez dilihat menunjukkan kesungguhannya terhadap masa depannya di Anfield dengan mencari pemain-pemain baru untuk berbakti bersamanya untuk musim hadapan.

Pemergian Benitez ke Madrid bukan sahaja untuk melayan Atletico tetapi sambil menyelam minum air, Benitez sempat melencong ke Bernabeu untuk bertemu bekas majikannya bagi merisik pemain-pemain yang tidak lagi dimahukan oleh majikannya.

Mengikut laporan, Benitez menyatakan minatnya yang sekian kalinya untuk membawa Van Der Vaart ke Anfield, disamping beberapa pemain lain yang Rafa rasa bersesuaian seperti Karim Benzema, Christopher Metlzelder dan Royston Drenthe.

Bagaimanapun Rafa dilihat lebih berminat untuk memastikan Van Der Vaart ke Anfield dan mungkin Benzema sebagai pilihan keduanya.

walk on.ynwa

Friday, April 23, 2010

Wisel Penamat: Keletihan Faktor Utama Kekalahan

Liverpool gagal untuk menyembunyikan keletihan akibat perjalanan jauh beribu-ribu batu untuk sampai ke Madrid. Perlawanan berkesudahan dengan Atletico menangi perlawanan dengan jumlah margin yang sedikit.

Atletico tidak menggunakan sepenuhnya keletihan The Reds untuk memenangi perlawanan dengan jaringan yang lebih besar. Mungkin ade harapan untuk The Reds bangkit di Anfield nanti.

Atletico didepan seawal minit ke-9 melalui Diego Forlan. Liverpool sepatutnya mendapat gol penyamaan tetapi jaringan Benayoun dibatalkan kerana offside. Jika dilihat semula ulang tayang memang jelas Benayoun tidak offside. Mungkin Linesman tertekan agaknya melihat penyokong Madrid yang tidak henti-henti terpekik terlolong menekannya.

Walauapapun The Reds pasti bangkit di Anfield seperti mana dilakukan keatas Unirea, Lille dan Benfica.

walk on.ynwa

Thursday, April 22, 2010

Sebelum Wisel: Cari Ole-ole dari Madrid

Pengendali Atletico Madrid Sanchez Flores kelihatan gusar untuk bertemu The Reds dihalaman sendiri. Memandangkan kegusarannya itu, Flores berharapan agar anak buahnya mencari bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Anfield untuk perlawanan timbal balik.
Melihat nasib yang menimpa Lille dan Benfica pastinya Sanchez Flores tidak mahu keputusan sama menimpa pasukannya. Sanchez Flores pasti mahukan anak buahnya mengambil sepenuh kesempatan diatas keletihan skuad The Reds yang terpaksa menghabiskan hampir 24 jam untuk sampai ke Madrid melalui pengangkutan darat.
Dalam pada itu diharapkan Rafa sudah cukup memanfaatkan tempoh bersama-sama para pemain selama 24 jam itu dengar membincangkan formula-formula terbaik untuk mendapatkan bekalan yang selesa untuk dibawa pulang ke Anfield nanti walaupun akan turun tanpa kelibat dua lagenda Atletico iaitu Torres dan Maxi.
Tetapi, sekurang-kurangnya Benitez dapat memanfaatkan sedikit sebanyak sumber dari mereka berdua mengenai bekas kelab mereka. Rafa juga pasti mengetahui sedikit sebanyak mengenai Atletico apatah lagi Atletico tidak pernah berjaya menjinakkan Valencia ketika Rafa membimbing Valencia satu ketika dulu.
Diharapkan The Reds akan bermain bermati-matian dan jangan jadi alasan kepenatan sebagai batu penghalang untuk mendapatkan bekalan yang seharusnya dibawa pulang ke Anfield.
walk on.ynwa

Wednesday, April 21, 2010

YNWA: Gerrard Mahukan Kualiti bukannya Kuantiti

Kapitan Stevie G mengesa Kelab mendapatkan sekurang-kurangnya empat (4) pemain berkualiti bagi menjadi pesaing kejuaraan liga musim depan. Gesaan Stevie G ini adalah gesaan yang sama diluahkan oleh Fernando Torres sebelum perlawanan timbal balik menentang Benfica di Anfield tempoh hari.

Mungkin dengan adaanya pemilik baru, kemungkinan permintaan Stevie G akan dipenuhi. Itu pun sekiranya pemilik baru mempunyai wawasan untuk memajukan kelab dan bukannya menjahanamkan kelab.

Melihat kepada empat (4) pemain yang berkualiti yang diminta oleh Stevie G dan El-Nino, sudah pasti mereka mahukan semua posisi utama/penting diisi oleh pemain yang berkualiti. Liverpool mempunyai Torres dibahagian serangan, tapi tidak cukup untuk bertindak sendirian. Gerrard mungkin ada Mascherano untuk membantu disamping Aquilani tetapi, Aquilani masih bergelut mencari semula prestasinya.

Carragher mungkin semakin dimamah usia untuk mengetuai barisan pertahanan, mungkin tiba masanya mencari pengganti ideal bagi Carragher. Selain itu, barisan pemain simpanan juga harus diperkuatkan sekurang-kurangnya jurang antara pemain simpanan dan utama tidak banyak bezanya bagi mengelakkan berlaku masalah kekurangan pilihan sekiranya pemain utama mengalami kecederaan.

Disini, aku senarai pendekkan pemain berkualiti yang boleh dikira padan dengan bajet Liverpool ketika ini dan harus dimiliki pada pasaran musim panas nanti:

1. James Milner - midfielder, left winger
2. Steven Pieenar - midfielder,right winger
3. Hugo Rodallega - Striker
4. Gary Cahill - Full Bek
5. Aleksandr Kolarov - Left Bek
6. Christian Poulsen - Midfielder
7. Ashley Young - Midfielder, Left Winger
8. Juan Vargas - Bek, Right/Left
9. Mirko Vucinic - Striker
10. Lee Chun Song - Midfielder

Milner,Cahill, Kolarov dan Vucinic, mereka amat berbaloi jika berjaya Liverpool miliki, masih muda dan menjadi prospek terbaik untuk masa hadapan. Sampai ke tidak mamat berempat nie? tunggu je la transfer window nanti.

walk on. ynwa

Tuesday, April 20, 2010

Wisel Penamat: Harapan dinyalakan kembali

Liverpool kembali menyalakan harapan untuk menduduki temapt ke-4 apabila memastikan kemenangan selesa keatas West Ham United 3-0. Gol disumbangkan oleh Yossi Benayoun, David Ngog dan Robert Green yang tertampan percubaan Sotirios kyrgiakos yang terkena tiang sebelum itu.

Selepas ini Liverpool hanya perlu memastikan baki 3 lagi perlawanan disudahi dengan kemenangan sambil mengharapkan Tottenham dan Manchester City kehilangan banyak mata selepas ini.

Liverpool menurunkan gandingan Ngog-Kuyt untuk menampung ketiadaan Fernando Torres untuk baki perlawanan musim, gandingan ini membuahkan hasil dengan David Ngog berjaya menyumbangkan 1 gol. Sememangnya Ngog boleh bermain, tetapi bukan sebagai penyerang tunggal, dia memerlukan penyerang sokongan untuk membantunya, dan tindakan Rafa untuk memadankannya bersama Kuyt satu yang boleh dipuji.

Dengan baki 3 perlawanan yang mana 2 perlawanan akan diadakan digelanggang lawan iaitu menentang Burnley di Turf Moor dan Hull City di Stadium Kingston dan perlawanan terakhir di Anfield adalah menentang Chelsea pada 1 Mei.

Manfaatkan baki 3 perlawanan, walaupun tempat ke-4 sukar untuk digapai, sekurang-kurangnya biarlah disudahi aksi liga dengan kedudukan liga yang lebih bermaruah, sekurang-kurannya tempat ke-5.

walk on. ynwa

Wisel Penamat: Harapan dinyalakan kembali

Liverpool kembali menyalakan harapan untuk menduduki temapt ke-4 apabila memastikan kemenangan selesa keatas West Ham United 3-0. Gol disumbangkan oleh Yossi Benayoun, David Ngog dan Robert Green yang tertampan percubaan Sotirios kyrgiakos yang terkena tiang sebelum itu.

Selepas ini Liverpool hanya perlu memastikan baki 3 lagi perlawanan disudahi dengan kemenangan sambil mengharapkan Tottenham dan Manchester City kehilangan banyak mata selepas ini.

Liverpool menurunkan gandingan Ngog-Kuyt untuk menampung ketiadaan Fernando Torres untuk baki perlawanan musim, gandingan ini membuahkan hasil dengan David Ngog berjaya menyumbangkan 1 gol. Sememangnya Ngog boleh bermain, tetapi bukan sebagai penyerang tunggal, dia memerlukan penyerang sokongan untuk membantunya, dan tindakan Rafa untuk memadankannya bersama Kuyt satu yang boleh dipuji.

Dengan baki 3 perlawanan yang mana 2 perlawanan akan diadakan digelanggang lawan iaitu menentang Burnley di Turf Moor dan Hull City di Stadium Kingston dan perlawanan terakhir di Anfield adalah menentang Chelsea pada 1 Mei.

Manfaatkan baki 3 perlawanan, walaupun tempat ke-4 sukar untuk digapai, sekurang-kurangnya biarlah disudahi aksi liga dengan kedudukan liga yang lebih bermaruah, sekurang-kurannya tempat ke-5.

walk on. ynwa

Monday, April 19, 2010

Sebelum Wisel: Harus Menang, Jangan Tambah Arang di Muka

Rafa Benitez telah menukar kenyataannya sebelum ini yang mana Rafa mengatakan harapan untuk ke Champions League telah hancur. Rafa kini dilihat optimis untuk mendapatkan mata maksimum untuk baki 4 perlawanan.

Melihat keadaan semasa, Spurs dilihat calon utama bagi tempat ke-4 liga memandang mereka berjaya menundukkan Arsenal dan Chelsea.

Jika kekalahan kepada West Ham terjadi, Rafa mungkin harus melupakan terus angan-angannya itu, dan mungkin boleh memikirkan untuk mengendong bagasinya ke tempat lain. Mungkin tempatnya bukan di Anfield. Mungkin untuk Old Lady ataupun untuk Galacticos. Siapa tahu..

Melihat kepada West Ham, mereka juga mahukan kemenangan bagi memeperkukuhkan keadaan mereka yang ketika ini bersaing hebat untuk mengelakkan mereka dari tersingkir divisyen. Jadinya perlawanan ini bukan perlawanan yang mudah untuk Benitez, memandangkan khidmat Torres sudah boleh dilupakan untuk bagi saingan musim ini.

Nak tak nak kena menang game nie. Walau x dapat Top 4 xpe la.. aku redha tapi biarlah tamat saingan liga di tempat yang senonoh ckit. Paling tidak pun tempat ke-5, dan bukan dibawah Manchester City, apatah lagi dibawah aston Villa.

walk on. ynwa

Desas desus: Bintang Muda Feyenoord dalam Radar

Mungkinkah Liverpool akan bertukar menjadi Arsenal yang baru? Mengorbankan polisi kelab yang membeli pemain-pemain yang sudah ternama dan menukar dasar untuk mencari bakat-bakat baru memandangkan harga mereka lebih rendah.

Dengan masalah kewangan ketika ini, dilihat adalah perlu untuk menandatangani 3-4 lagi pemain muda untuk jangka masa panjang dan sebagai pengganti untuk pemain-pemain yang sedia ada ketika ini.

Pemain Muda feyenoord ini dilihat sesuai dengan bajet ciput yang ada pada Rafa Benitez ketika ini. Georginio Wijnaldum, permata baru Belanda ini mungkin tiada masalah untuk dibawa ke Anfield memandang Georginio mahu bermain bersama-sama Lagenda Kelabnya yang kini bermain untuk Liverpool iaitu Dirk Kuyt.

Terpulang kepada Rafa Benitez untuk mengambil peluang yang sedia ada sebelum disambar oleh kelab kaya raya yang lain atau kita akan berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan pemain muda yang berkualiti seperti Georginio.

walk on. ynwa

Desas desus: Siap Sedia Untuk Gary Cahill

Rafa Benitez bersiap sedia untuk membida bintang Bolton, Gary Cahill dengan nilai perpindahan sebanyak 15 juta pound sterling.

Rafa juga dilihat menyasarkan Gary Cahill akan menjadi pemain pertama yang akan ditandatanganinya untuk perpindahan musim panas nanti.

Bagaimanapun, Rafa Benitez masih menunggu sumber kewangan memandangkan ketika ini keadaan kelab dalam situasi yang tidak menentu.

Sekiranya, Perpindahan Gary Cahill ini menjadi realiti, Benitez mungkin boleh tersenyum kerana sudah mendapatkan pengganti yang ideal bagi Jamie Carragher.

walk on. ynwa



Friday, April 9, 2010

YNWA: Jersi Baru, Penaja Baru, Semangat Baru

Pembuat: Adidas Equipment
Musim: 2010/2012
Sponsor Utama: Standard Chartered
Tarikh Mula di pakai: 1 Mei 2010 ( Match menentang Chelsea)

5 Fakta Menarik Mengenai Jersi Liverpool FC

1. 1892-1896 Liverpool mengenakan jersi berasaskan warna Biru dan Putih iaitu Warna team Everton ketika ini. Pada ketika itu Everton mengenakan warna Pink Kemerah-merahan sebagai warna Rasmi.

2. 1907-1910 Liverpool menukar Warna pakaian kepada Warna Merah, berseluar putih dan Berstokin Hitam iaitu Warna musuh tradisi kita iaitu Mancheater United pada masa kini.

3. 1955-1959 Liverpool masih mengekalkan Warna yang serupa cuma menbuang Warna Hitam pada Stokin dan dipadankan dengan Stokin berbelang Putih dan Merah bagi mengelakkan persamaan dengan Mancheater United. Pada Tahun 1955 juga buat pertama kalinya lambang Liverbird disematkan pada Jersi. Menjadikan Liverpool pasukan terawal di England menyematkan Lambang pasukan.

4. 1964-1969 Liverpool mengalami sekali lagi kejutan apabila Bill Shankly membuat keputusan untuk meletakkan keselurahan Warna Merah sebagai Warna Pasukan. Pada Tanggal 25 November 1964, Liverpool bermain menentang Anderlecht dengan pakaian serba Merah dan Liverpool berjaya menewaskan lawan dengan jaringan 3-0.

5. 1979-1982 Liverpool sekali lagi menjadi teraju Trend Jersi ketika itu dengan meletakkan Hitachi sebagai Penaja Jersi pertama, kemudian diikuti penajaan oleh Crown Paint 1982-1985, Candy 1986-1990 dan Carlsberg dari tahun 1990 hingga 2010.

YNWA


Tuesday, March 30, 2010

Desas Desus: Rafa mahu Raul ke Anfield

Rafa Benitez dilaporkan amat terdesak untuk memperkasakan barisan hadapan Liverpool bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Fernando Torres.

Kini Benitez mengambil keputusan yang sukar untuk ditafsirkan oleh para peminat The Reds, apabila sekali lagi Benitez cenderung untuk mencari pemain yang berusia.

Benitez kini sedang menimbang untuk membawa masuk ikon Real Madrid, Raul Gonzalez Blanco ke Anfield . Raul kini sudah berusia 32 tahun dilihat semakin menghampiri penghujung kariernya.

Bagi aku, lebih baik Rafa mencari Stiker-stiker muda dan merbahaya seperti Torres dari pemain penyerang yang berusia walaupun mereka penuh ilmu didada.

Pasti ramai peminat tidak mahu melihat tragedi lama berulang melihat pengambilan pemain berusia yang tidak menyerlah apabila tiba di Anfield seperti Fernando Morientes dan Andriy Voronin.

sekian..

YNWA



Sunday, March 28, 2010

Wisel Penamat: Kucing Hitam Pulang bersama Belon-belonnya

Torres! Torres! Kembali dengan sentuhannya dan terus menerus menjaringkan gol untuk kita. ElNino berjaya menggegar gawang Kucing Hitam pada minit ke- 3 dan 60 sambil Glen Johnson seperti biasa dengan trademarknya percubaan jarak jauhnya turut berjaya membolosi kekentalan Craig Gordon pada minit ke-32.

Percaturan Rafa kali ini amat berkesan dengan tiadanya kelibat Lucas ditengah padang, walaupun dalam hati nie nk sangat Aquilani main 1st eleven. Rafa kembali meletakkan Gerrard ke pangkal jalan iaitu dibahagian Midfield dan menganding Kuyt bersama Torres walaupun Kuyt kelihatan agak tenggelam.

Maxi dan Babel cukup cemerlang mengawal bahagian sayap dengan larian pantas dan dribble yang leh masuk akal. Mascherano agak sopan dalam match kali ini mungkin masih dihantui oleh insiden penalti hantu ketika menentang Setan Merah.

Barisan pertahanan pun cukup mantap dan bergaya juga membantu serangan pasukan dengan beberapa try yang merbahaya terutama dari Daniel Agger dan Glen Johnson.

Harapannya agar Rafa menerus taktikal seperti ini untuk baki 6 perlawanan akan datang dan boleh menyenaraikan Lucas dalam pasaran perpindahan pemain untuk musim panas akan datang..

sekian, terima kasih...

YNWA

Saturday, March 27, 2010

Sebelum Wisel: Harap Tiada Lagi Bola Puaka di Tengah Padang

Tiada apa yang aku harapkan melainkan kemenangan untuk baki 7 perlawanan liga. Disamping mengelakkan kejadian bola puaka berlaku sekali lagi di padang keramat kita. Diharapkan para-para sekuriti mengawal sebaik2nya kelakuan penyokong, terutama penyokong Black Cats yang sememangnya sudah bersiap sedia membeli bola puaka sebanyak mungkin untuk memenuhkan kawasan gol kita. Untuk perlawanan kali ini aku harapkan adalah list yang aku senarikan nie dijadikan garis panduan Rafa Benitez malam nie.

1. Turunkan Aquilani untuk baki 7 perlawanan liga, kerana kehadiran cukup untuk merubah corak permainan Liverpool. semestinya Dirk Kuyt amat memerlukan kerjasama Tok Akilani bagi memudahkan gerakannya disebelah kanan.

2. Lucas! No more Lucas. Memeng benar dia antara pemain yang konsisten dan turun hampir setiap perlawanan untuk kita. Tapi untuk apa? Sekadar menumpang dan berjalan lenggang kangkung tengah padang? Tak perlu Lucas..Please..

3. Gerrard diberikan peranan lebih ditengah..dan Tok Aki dilebihkan untuk Offensive..Itu lebih berbaloi-baloi untuk mengurangkan kepenatan Torres yang terpaksa meminta bola dari tengah padang..sedang Gerrard sejak kebelakangan ini kerap kehilangan bola dari kawalan.

4. Rafa tolong jangan ego sangat..wat strategi biar senonoh cikit...jangan sampai Christian Purslow plak yang tolong watkan strategi nanti dah la...

5. Main la secara menyerang..xde guna ade striker world class kalau men nk defensive je..dh kene sebijik baru nk men menyerang dh lambat..biar dari awal.. xrugi pun...

sekian, terima kasih...

YNWA

Thursday, March 11, 2010

Sebelum Wisel: Menang atau Lupakan saja

Liverpool akan turun ke bumi perancis awal pagi nie menentang Skuad Lille di arena lawan. Liverpool akan menentang Lille tanpa kelibat Yossi Benayoun dan mungkin akan kembali menagih semula sentuhan Daniel Agger di benteng pertahanan.

Berita yang sedikit mungkin mengurangkan kegusaran Benitez ketika ini adalah kerana, Lille akan turun tanpa kelibat 4 pemain utama mereka. Dua dari bahagian pertahanan dan dua lagi di posisi serangan.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada taktikal Benitez samada mahu mengambil kesempatan daripada ketempangan Skuad Lille di gelanggang sendiri. Ataupun akan muncul sekali lagi kekalahan kepada pasukan yang sememangnya bukan pilihan untuk menjuarai Liga Europa ini.

Sekiranya kekalahan melanda sekali lagi, sememangnya akan memberi impak untuk baki 9 perlawanan liga dan matlamat untuk menduduki tempat ke-4 liga. Bersedia atau tidak, menerima kenyataannya awal pagi nanti. Sama-samalah kita menyaksikannya nanti.

YNWA

Monday, March 8, 2010

Sebelum Wisel: Mesti Menang

Rafa Benitez telah menyatakan yang beliau amat menagihkan peningkatan permainan dan konsistensi dari para pemain bagi memastikan misinya bagi musim ini iaitu mendapatkan empat tempat teratas berhasil sekaligus menempatkan mereka dalam saingan Liga Juara-juara musim hadapan.

Perlawanan menentang Wigan ditempat lawan tidak boleh dipandang sebelah mata, kerana walaupun Wigan bergelut di pertengahan liga, setidak-tidaknya sekiranya kesilapan kecil berlaku, mungkin impian untuk memenangi perlawanan ini akan musnah.

Sekiranya kekalahan berlaku, mungkin akan menambah beban yang sedia ada memandangkan Manchester City dan Aston Villa kekurangan dua perlawanan berbanding The Reds yang tidak ada sebarang kekurangan perlawanan.

Walauapapun senarai pemain yang akan diturunkan Rafa kali ini, matlamat perlawanan ini hanya satu, mencari kemenangan demi kemenangan dan tiada alasan lagi untuk tewas dan keciciran mata demi mata.

YNWA


Sunday, February 28, 2010

Wisel Penamat: Sam Boroi Kecundang

Kapitan Gerrard meraikan gol pembukaan

El-Nino kembali menghidupkan peluang The Reds dengan menjaringkan gol pertamanya sejak kali terakhir manjaringkan gol pada 13 Januari yang lalu. Ini menjadikan jumlah jaringan Torres meningkat kepada 13 gol daripada 17 penampilan musim ini.

The Reds mendahului perlawanan seawal minit ke-20 hasil permainan bijak antara Gerrard dan Benayoun yang menyaksikan Gerrard berjaya memperkotak-katikkan 6 pemain Rovers yang berkampung dalam kotak penalti.

Bagaimanapun Rovers berjaya menjaringkan gol pada minit ke-40 hasil dari sepakan penalti setelah bola terkena tangan Jamie Carragher akibat keadaan kelam kabut didalam kotak penalti kerana kegopohan Benayoun untuk melakukan clearance.

Ye ye Abang Torres score, begitu la teriakkan si adik kecil sorang nie..

Bagaimanapun gerakan cantik Maxi disebelah kanan berhasil membantu Torres menjaringkan gol kemenangan. Memandangkan pesaing-pesaing yang lain untuk mendapatkan tempat ke-4 liga turut memenangi perlawanan masing-masing, kemenangan ini dilihat sekurang-kurang memastikan The Reds tidak keciciran jauh daripada Spurs, Villa dan City.

Sebelum perlawanan, Sam Boroi telah menyamakan tektikal Benitez sama dengan tektikal pasukan lamanya iaitu Bolton yang mana Bolton satu ketika dulu dibawah kendalian Sam Boroi merupakan pasukan yang meriah dengan Kad Kuning. Tetapi selepas perlawanan ini, Sam Boroi ibarat menjilat semula muntah bernanahnya kerana Rovers mengutip sebanyak 5 kad kuning berbanding The Reds cuma 1 kad kuning. Walaubagaimanapun reputasi Sam Boroi sepatutnya calar seteruk-teruknya tetapi dua kesalahan kad merah oleh Pascal Chimbonda dan Steven Nzonzi hanya diberikan kad kuning.

Insua, ko balik kasi terus masuk dalam gawang..senang ckit keje...hehehe

Pesta Kad Kuning Rovers bermula dengan layangan kadi kuning kepada Martin Olsson yang sengaja bermain bola sepak menggunakan tangan. Kemudian Nzonzi terlepas layangan kad merah kerana menolak muka hensem Lucas sehingga Lucas terjatuh..Ish..ishh...ishh..benci betul Nzonzi kt Lucas...

Pemain paling bertuah semalam adalah Chimpanzibonda, dia melakukan dua kesalahan yang jelas dihadapan mata referee tetapi tidak dikenakan sebarang kad oleh referee yang sengal. Kesalahan yang jelas nyata apabila dia menapak dada Maxi dengan but murahnnya itu.

terkangkang2 cik samba nak hambat Torres yang x bape nak cergas tu..
kalau dh cergas memang berkampung la kena tinggal...

Manakala dua lagi kad kuning milik Kalinic dan Diouf yang memaku keras kereta kebal The Reds, Mascherano yang dilihat agak sopan santun sepanjang perlawanan dan banyak melakukan terjahan yang berakal sepanjang 90 minit perlawanan dan lulus ujian sebagai bek kanan dalam perlawanan kali ini.

YNWA

Saturday, February 27, 2010

Sebelum Wisel: Sam Boroi Si Pembuli

Rafa Benitez akan membawa anak buahnya untuk menentang individu yang sering membulinya di Media-media massa di Britain(gambar seperti diatas), dia lebih dikenali sebagai Sam Boroi.
Sam Boroi telah menyalahkan The Reds kerana merosakkan masa depan pemainnya ketika ini iaitu El-Hadji Diouf ketika berkhidmat bersama The Reds. Apa-ape je lah Sam Boroi, Kalau ko pandai sangat ko bentuk la si Diouf tu.

Untuk perlawanan malam ini khidmat tukang paku kita, Martin Skrtel tidak dapat digunakan kerana Skrtel terlebih dahulu dipaku ketika menentang Unirea dan menyebabkan tulang metatarsalnya patah, dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Harap Skrtel cepat sembuh dan boleh beraksi untuk pasukan kebangsaannya Slovakia di Piala Dunia nanti.

Ketiadaan Skrtel menambah pening Benitez untuk startegi dibahagian pertahanan memandangkan Kyrgiakos masih digantung 1 lagi perlawanan, dengan ini dilihat Carragher akan kembali mengisi posisi bek tengah, posisi bek kanan lebih kepada pilihan pemain muda, samaada mahukan Martin Kelly ataupun Stephen Darby memandangkan Phillip Degen masih dibelenggu kecederaan.

Kapitan Gerrard menyeru rakan sepasukan untuk mengekalkan tempo menyerang ketika menentang Unirea tempoh hari yang mana jaringan sebanyak tiga gol tersebut adalah yang pertama sejak The Reds membenam Hull City dengan jaringan 6-1 pada 26 September 2009 yang lalu, sejak itu The Reds ketandusan untuk menjaringkan gol dengan jumlah yang banyak.

Diharapkan The Reds akan berhasil mendapatkan kemenangan keatas Blackburn pada malam ini. Kerana The Reds tidak boleh lagi keciciran mata kerana pasukan seperti City, Villa dan Spurs telah kembali menemui rentak mereka. Mesti Menang Weiiii!!!!

YNWA


Monday, February 22, 2010

Wisel Penamat: Membosankan, Kebudak-budakkan

Fernando Torres bengkek ngan referee yg cukup ringan tangan melayangkan kad kuning kepadanya

Insua dan Mascherano memprotes referee yg baget bagus

Pertembungan besar yang begitu menghambarkan. Itulah yang paling sesuai untuk diungkapkan dengan corak permainan berhati-hati yang ditunjukkan The Reds dan Scum City. Perlawanan yang hanya rancak pada 10 minit pertama kemudian bertukar menjadi hambar untuk keseluruhan perlawanan.

Pengadil perlawanan, Peter Walton pula dilihat seperti diserang mambang kuning yang mana melayangkan sebanyak 7 kad kuning, yang mana 6 kepada pemain The Reds. Kebanyakkan kad kuning yang dilayangkan hanya untuk kesalahan yang boleh diselesaikan dengan teguran dan bukan dengan layangan kad. hampeh betul punya pengadil.

Pemain The Reds banyak yang gagal mengawal bola dengan kemas dan hampir menghadiah gol kepada City, seperti kesilapan menahan bola yang dilakukan Daniel Agger, Pepe Reina dan Lucas, selamat pemain City juga kelihatan hampeh malam tadi.

Perlawanan malam tadi aku cukup tertarik dengan pemainan yang ditampilkan pemain yang baru dibeli City iaitu, Adam Johnson, dia cukup merbahaya dan bermain di kiri dan kanan sayap City dengan cemerlang dan melakukan beberapan hantaran lintang yang merbahaya tetapi pengalaman Carragher mengatasi segala-galanya. Tertanya juga kenapa Johnson tiada dalam senarai pemain yang ingin dibeli Liverpool pada pasaran perpindahan pemain pada januari lalu.

Kesimpulan untuk perlawanan pada malam tadi, cukup membosankan, tidak ada try yang cukup merbahaya ke gawang City, pemain melakukan kesilapan budak sekolah. Diharap Benitez lebih peka dan mencari penyelesaian untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Unirea dan Blackburn pada minggu ini.

YNWA

Saturday, February 20, 2010

Sebelum Wisel: Kekayaan bertemu Tradisi

Bertemu lagi kita, setelah sekian lama tidak menulis entri baru sejak Liverpool menewaskan Everton tempoh hari, kerana kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.

Pada malam ini, The Reds akan berkunjung ke halaman pasukan yang dilimpahi kekayaan, Madchester City yang dilihat sebagai ancaman utama dalam misi The Reds memburu slot untuk ke Liga Juara-juara musim hadapan.

Melihat persembahan semasa The Reds ketika berdepan Unirea, permainan The Reds semakin menunjukkan kemantapan cuma penyudah dibarisan hadapan agak tumpul dan mengharapkan kelalaian pertahanan lawan.

Diharap agar Rafa Benitez dapat menurun kesebelasan yang lebih seimbang disegenap posisi kerana City merupakan sebuah pasukan yang cukup lengkap sebenarnya. Walaupun ada perkhabaran mengatakan 3 pemain utama City tidak dapat diturunkan iaitu Patrick Vieira, Carlos Tevez dan Craig Bellamy, tetapi City mempunyai sebilangan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang mereka tinggalkan.

Perlawanan ini dilihat sebagai perlawanan yang wajib untuk dimenangi dan juga dilihat sebagai mengambil kesempatan keatas City, kerana selepas perlawanan menentang The Reds City akan berdepan dua pasukan yang akan membuat City keciciran mata iaitu Chelsea dan Tottenham Hotspurs.

Jika City keciciran mata, The Reds hanya perlu memastikan dapat mengutip seberapa maksimum mungkin mata keatas lawan selepas ini seperti Blackburn, Wigan dan Portsmouth sebelum membuat perhitungan keatas ManSHITer United di Old Toilet pada 21 Mac nanti.

Sama-sama kita menyaksikan perlawanan menarik malam ini. YNWA

Friday, February 5, 2010

Sebelum Wisel: Kuyt mencari yang ke-50

Dirk Kuyt akan turun menentang musuh sekampung dengan menggalas misi peribadinya iaitu mencari gol ke-50 baginya untuk Liverpool. Kehadiran Kuyt ketika ini sememang amat berguna memandangkan ketiadaan Torres, manakala Ngog masih terkial-kial mencari rentak jaringan.

Melihat kepada dua jaringan Dirk Kuyt sebelum ini, dia mendapat umpanan yang cantik sebanyak dua kali melalui Aquilani. Secara realistiknya Kuyt amat sesuai digandingkan dengan Aquilani. Mungkin satu gandingan yang baru, walaupun tidak semantap Torres dan Gerrard. Sekurang-kurangnya ia cukup bagi menghadirkan gerun untuk Everton di Anfield nanti.

Sekiranya Kuyt menggalas tugas menjadi Striker tunggal, posisi sayap kanan akan diisi oleh Maxi. Riera semakin cergas akan terus menggalas tugas di sayap kiri. Gerrard mungkin boleh kembali menjana bahagian tengah sekiranya Aquilani diletakkan sebagai Midfield menyerang bagi membantu Kuyt.

Mungkin hanya sia-sia sahaja apa yang kawan cakapkan nie sekiranya Lucas yang bermain dan bukan Aquilani. Walaupun ketika menentang Bolton tempoh hari Aquilani banyak membuat hantaran yang tidak tempat, sekurang-kurangnya kehadirannya memperbagaikan rentak dibahagian tengah dan membenarkan Gerrard dan Kuyt bergerak bebas.

Jentera pertahanan ketika ini boleh dikatakan cukup baik dengan Kyrgiakos semakin serasi bersama Skrtel dan Insua semakin berani naik keatas membantu Riera melakukan hantaran-hantaran yang boleh menghasilkan peluang gol.

Walauapapun, perlawanan derby kali ini harus disudahi dengan kemenangan kerana pencabar-pencabar yang lain kelihatan semakin bersungguh-sungguh merebut tempat ke-4 liga. Diharapkan agar Benitez menggunakan kebijaksanaannya untuk memacu kemenangan untuk Liverpool dan melebarkan rekod tanpa kalah dan bolos Liverpool.

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger