Entri Terhangat

Monday, February 28, 2011

Wisel Penamat: Konsentrasi dan Konsistensi yang Hilang


West Ham mempamerkan kelas sebenar mereka dengan membenam cabaran Liverpool di Upton Park. Sekaligus menyempitkan sedikit impian murni Liverpool untuk kesaingan Liga Juara-juara musim hadapan.

Liverpool turun dengan mentaliti yang cukup tinggi dengan berbekalkan kemenangan moral di saingan Eropah dan menerima kembali khidmat Steven Gerrard dan Luis Suarez. Walaubagaimanapun, pemain Liverpool tidak bermain seperti biasa dan kerap terperangkap apabila banyak gerakan berjaya dipatahkan bahagian tengah West Ham.

Pemain Liverpool juga mudah hilang konsentrasi dan akhirnya membenarkan West Ham membolosi bentang terakhir sebanyak tiga kali. King Kenny nyata kecewa dengan keputusan perlawanan ini dan menyatakan pemain tidak bermain seperti yang dia harapkan, lebih mengikut corak permainan lawan serta kawalan pemain yang cukup longgar.

Perlawanan ini juga menyaksikan, Martin Kelly dan Raul Meireles pulang ke Melwood dengan membawa pulang bersama kecederaan, harap agar mereka berdua dapat kembali cergas memandangkan perlawanan hujung minggu ini cukup penting apabila berdepan musuh neraka yang semakin hamnpir membuat rekod baru, dan menanam terus rekod lama Liverpool.

Harap Konsentrasi dan konsistensi kembali pulih, dan kembali ke landasan yang betul untuk mencabar kedudukan ke-4 dalam liga.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails