Entri Terhangat

Thursday, January 27, 2011

Wisel Penamat: Tempo Kemenangan berterusan

Kemenangan berjaya dicipta, kemenangan ini merupakan kemenangan pertama King Kenny di Anfield. Walaupunjaringan dihasilkan oleh gol gol sendiri John Pantsil, ianya sudah cukup untuk memastikan 3 mata berharga milik Liverpool, sekaligus melonjakkan Liverpool ke tangga ke-7 Liga.

Tempo permainan agak rancak pada babak pertama dengan melihat Meireles semakin selesa dengan tugasan sebagai pengumpan kepada Torres sambil dibantu Kapitan Gerrard yang bermain lebih ke dalam berbeza dari peranannya sebelum ini.

Jaringan Torres pada babak pertama dinafikan kerana Torres dikesan berada dalam kedudukan offside setelah mendapat hantaran cantik dari Meireles. Babak kedua melihatkan keseimbangan penguasaan bola dan Liverpool lebih banyak melakukan hantaran demi hantaran.

Keseluruhan, disiplin permain semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan, pemain juga sudah memperlihatkan yang mereka selesa dengan taktikal yang diterapkan King Kenny dan Steve Clarke.

Martin Kelly semakin yakin dibahagian kanan, dan Glen Johnson juga tiada masalah untuk bermain dibahagian kiri. Mungkin sekembalinya Jamie Carragher dari kecederaan, persaingan dibahagian pertahanan pasti sengit. Begitu juga dengan bahagian tengah, Jonjo Shelvey semakin kerap diturunkan walaupun hanya sebagai pemain gantian.

Harapan agar, tempo kemenangan berterusan untuk perlawanan yang berikutnya. Tempat ke-7 sebenarnya sudah kira buruk untuk Liverpool menghuninya. Berbaki 14 perlawanan, tiada yang mustahil untuk Liverpool mendapat kedudukan yang lebih baik dari kedudukan ke-7 sekarang.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger