Entri Terhangat

Showing posts with label YNWA. Show all posts
Showing posts with label YNWA. Show all posts

Friday, August 12, 2011

YNWA: Sepak Mula Musim Baru 2011/2012


Musim 2011/2012 akan membuka tirainya pada malam ini. Anfield akan menanti ketibaan Sunderland sebagai lawan pertama Liverpool bagi musim ini.

Bagi menghadapi musim baru ini, King Kenny telah diberikan sokongan kewangan yang cukup baik dari John W. Henry. Alexandar Doni, Jordan Henderson, Charlie Adam, Steward Downing dan yang terbaru Jose Enrique menjadi sandaran King Kenny bagi musim ini sekurang-kurangnya mencapai sasaran John W. Henry untuk kembali sebagi Big Four dan bermain di Liga Juara-juara.

King Kenny yang membimbing Liverpool separuh dari saingan musim lepas berjaya membawa Liverpool ke tangga ke-6 setelah hampir bergelut dari menjadi korban turun divisyen dibawah era Roy Hodgson.

Permulaan yang baik bagi musim ini akan dijadikan kayu pengukur diakhir saingan Liga nanti, dengan pasaran perpindahan pemain hanya akan ditutup pada penghujung bulan ogos, King Kenny tidak menafikan akan ada lagi pemain-pemain baru yang akan dibawa masuk bagi memperkuatkan barisan pemain sedia ada.

Walk on.ynwa

Monday, July 18, 2011

YNWA: Apabila Warna dijadikan Lambang Patriotik

Semangat patriotik cara Penyokong Liverpool..Ada ke Penyokong Arsenal buat? Manchester? Lagi la tak de.. Chelsea? Kita tunggu je nanti... tabik spring kepada Adeq' Azreen kerana inisiatif beliau yang sangat patriotik.
---------------------------------------------------------------------------------------

Perlawanan pada hari sabtu yg lalu sememangnya menghiburkan dengan kenduri gol dibabak kedua. Penyokong bersorak, menyanyi tanpa henti. Laungan Malaysia dan Laungan Liverpool bersilih ganti memeriahkan suasana stadium. Yang berjersi merah tetap berteriak, bersorak dan menyanyi setiap kali pemain Malaysia berjaya mengawal permainan dan melakukan serangan. Walaupun berjersi merah tidak bermakna tanah tumpahnya darahku dibuang ke tepi.

Tetapi ada juga suara-suara sumbang yang menuntut semangat patriotik dan sokongan tanpa belah bagi kepada skuad kebangsaan. Nampaknya makna patriotik lebih dilihat kepada warna jersi dan bukannya sokongan padu setiap kali pemain kebangsaan beraksi di padang.

Si Jurulatih sibuk bercakap sokongan kepada skuad kebangsaan, adakah dia tidak mendengar sepatah haram pun perkataan Malaysia berkumandang di stadium? Tak dengar ke penyokong berbaju merah menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan juga Standing In the Eyes Of The World? Dia keliling padang sebelum perlawanan….siapa yang tepuk tangan…laungkan nama dia..kibar jalur gemilang…Siapa? Penyokong berbaju Merah…Yang Merah darahnya tetapi Malaysia Jiwa nya…

Jika warna jersi dijadikan ukuran sebenar patriotik, si jurulatih pakai apa? Kemeja British jugak dipakainya…mana baju atau jersi mahupun pakaian rasmi pasukan kebangsaan….Kenapa semasa perlawanan Arsenal sebelum tu tak nak bersuara? Game dengan Arsenal pemain kebangsaan semua ke BOOOO…. Tu tak pulak di tegurnya sikap penyokong yang macam tu…pandai tak boleh ditegur..bodoh tak boleh diajar.

Si pemainnya pula begitu gah, bangga dan meriah meraikan jaringan gol..tetapi bukan dengan semangat untuk Negara…tetapi semangat si setan juga yang dijuangkannya. Penyokong Liverpool sedikit pun tidak terasa hati si pemain nak cakap dia fan setan ke apa ke..tapi sedar la sikit..anda bermain menyarung jersi Negara..bermain la dengan semangat Negara bukan semangat setan. Hah..yang ini si Jurulatih kasi tegur sikit…ini ke patriotik yang diharapkan sangat tu…pemain anda yang tak patriotik…

Perlawanan menentang Arsenal pemain Malaysia teruk di BOOOO… perlawanan menentang Liverpool laungan Malaysia jelas berkumandang…seterusnya menentang Chelsea… Si jurulatih buat la perbandingan dari mana sokongan kepada pasukan kebangsaan yang lebih kuat…Nak berkata pandang keliling stadium dulu… bukan 10k, 20k yang turun pergi ke stadium tetapi 80k..Lautan merah yang berjiwa Malaysia

Liverpool datang ke Malaysia buat pertama kalinya, jadinya tidak ada salahnya Lautan Merah menguasai SBJ hanya untuk 90 minit dan Stadium tidak pernah sunyi dengan sokongan kepada pasukan kebangsaan dan yang penting tiada BOOO untuk pemain kebangsaan sebaliknya sorakan dan tepukan yang gegak gempita kami berikan disebalik jersi Merah kami.


walk on.ynwa

Friday, July 15, 2011

YNWA: 37,800 Penyokong Hadiri Sesi Latihan


Populariti Liverpool terbukti dengan kehadiran seramai 37,800 penyokong di Stadium Bukit Jalil semalam bagi melihat pemain Liverpool menjalani sesi latihan. Satu jumlah yang cukup membuktikan betapa ramainya penyokong Liverpool di Malaysia berbanding di China tempoh hari.

Perlawanan hari esok walaubagaimanapun tidak akan melibatkan Kenny Dalglish yang terpaksa terbang semula ke Melwood bagi melengkapkan perpindahan mega Steward Downing ke Liverpool.

walk on.ynwa

Saturday, July 9, 2011

YNWA: King Kenny, Pemilik memberi bantuan yang sepatutnya


King Kenny memberitahu, Pemilik Liverpool telah memberikan bantuan sepatutnya dalam membangunkan semula Liverpool walaupun Liverpool dilihat agak perlahan dalam urusan perpindahan pemain pada ketika ini berbanding kelab BPL yang lain.

Walaubagaimanapun inisiatif John W Henry dan Pengerusi LFC, Tom Werner harus diberikan pujian. Pemilik melakukan apa yang mereka rasa perlu, dan Liverpool mendapat bantuan yang cukup kuat dan Liverpool kini berada dilandasan yang betul, ujar King Kenny.

Diharapkan sebelum bermulanya saingan Liga akan ada lagi rekrut pemain-pemain berkualiti tinggi akan ke Melwood. Dua orang midfield berkualiti tinggi telah diperolehi, hanya tinggal mencari pemain berkualiti di pertahan kiri serta pemain sayap kiri dan kanan.

walk on.ynwa

YNWA: Komitmen Jangka Panjang, Johnson, Wisdom dan Flanagan


Glen Johnson dan Pemain Pelapis, Andre Wisdom dan John Flanagan telah memeterai kontrak baru dalam perancangan jangka panjang King Kenny membina Skuad Liverpool yang kuat untuk masa mendatang.

Johnson dilaporkan menandatangani perjanjian lanjutan kontrak selama 2 tahun dari baki kontrak asal. ternyata Johnson begitu komited terhadap Liverpool walaupun posisinya kini menjadi rebutan bintang muda akademi seperti Martin Kelly dan John Flanagan.

Andre Wisdom, 18 tahun menyasarkan untuk merebut tempat dalam kesebelasan senior bagi musim hadapan. Wisdom merupakan Kapten England bawah 19 tahun dalam kejohanan eropah yang lalu. Wisdom bersama-sama Flanagan dan Robinson adalah prospek terbaik untuk diketengahkan Liverpool bagi musim hadapan.

John Flanagan yang membuat penampilan memberangsangkan didalam skuad utama sepanjang baki saingan musim lalu dengan bermain di kiri dan kanan pertahanan. Menurut Comolli, persembahan yang ditampilkan Flanno musim lepas, Flanno berhak mendapat kontrak baru yang akan mengikatnya di Anfield dan bersaing sihat didalam Skuad Senior. King Kenny memerhatikan perkembangannya dan Flanno menunjukkan komitmennya.

walk on.ynwa

Thursday, June 23, 2011

YNWA: Merchandise Liverpool Tour di Reject Shop Metrojaya


Peminat Liverpool yang berhampiran dengan Metrojaya samada di Kuala Lumpur atau dimana-mana sahaja boleh mendapatkan barangan Liverpool Asia Tour 2011 di retailer rasmi iaitu Reject Shop.

Terdapat barangan seperti:

i. Tee Roundneck bagi Jejaka hensem LFC klik.
ii. Polo Tee bagi Jejaka Bergaya LFC klik
iii. Tee Roundneck & Polo bagi Wanita Pujaan LFC klik
iv. Tee Roundneck bagi Kanak-kanak Comel Lote LFC klik
v. Accessories Liverpool Asia Tour |1|2|

Dapatkan segera di Metrojaya berhampiran anda. Belilah untuk kenang-kenangan sempena 1st ever Liverpool datang ke Malaysia.

walk on.ynwa

Sunday, June 19, 2011

YNWA: Jersi Alternatif Terbaru

Secara rasminya adidas telah mengeluarkan rekaan jersi ke-3 Liverpool yang akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Julai. Sehingga kini tempahan untuk mendapatkan jersi yang boleh dikira sebagai 'back to basic' masih dibuka.

Warna biru atau cyan ini bukanlah satu yang asing sebenarnya kepada Liverpool. Warna ini merupakan warna asala Liverpool yang digunakan sekitar tahun 1892, sebelum Revolusi Bill Shankly yang meletakkan merah sebagai warna rasmi Liverpool.

Rekaan yang nyata begitu ringkas, tetapi cukup untuk menarik perhatian peminat untuk memilikinya. Kerana berkemungkinan besar jersi ini merupakan jersi yang terakhir dari hasil rekaan Adidas memandangkan kontrak adidas bersama Liverpool akan tamat apabila berakhirnya musim 2011/2012.

Sama ada Adidas akan tampil semula dengan tawaran lebih lumayan memandangkan produk dari New Balance iaitu Warrior telah mengemukakan tawaran yang begitu tinggi sekaligus merupakan rekod bagi tajaan pakaian di Liga Perdana Barclays. Sama-sama kita nantikan.

walk on.ynwa

YNWA: Jadual Perlawanan 2011/2012



Liverpool akan memulakan kempen Liga 2011/2012 pada 13 Ogos 2011 dengan menanti kunjungan Sunderland di Anfield. Kemudian diikuti Arsenal di Emirates dan Bolton di Anfield bagi jadual bulan Ogos.

Untuk senarai lengkap, boleh terus ke link ini.

Bagi bulan Ogos dan September perlawanan yang bakal ditempuhi tidak begitu membebankan jika dibandingkan dengan jadual perlawanan bagi bulan Oktober dan November kerana pada bulan tersebut Liverpool perlu berdepan empat pesaing iaitu Everton, Manchester United, Chelsea dan Manchester City.

Sama-sama kita nanatikan sepak mula Liga Perdana Barclays pada 13 Ogos nanti.

walk on.ynwa

Monday, June 13, 2011

YNWA: King Kenny dapat Dana Besar untuk Pemain Baru.

King Kenny boleh tersenyem lebar kali ini kerana telah mendapat sokongan kewangan yang cukup paadu dari Tuan Besar Henry dan Fenway Sport Group. Dilaporkan bahawa dana sebanyak 80 Juta Pound Sterling akan dilaburkan bagi pembelian pemain baru.

Dengan rekrut yang baru tiba iaitu Jordan Henderson yang mendatangkan kos sebanyak 16 juta dan ada berbaki 64 juta untuk dilaburkan. King Kenny telah menyatakan kehendaknya kepada Damien Comolli untuk sekurang-kurangnya menandatangani 5 lagi pemain baru.

Sasaran seterusnya yang berpotensi tinggi untuk mendarat di Melwood selepas ini adalah Stewart Downing, Charlie Adam dan bintang muda Conor Wickham, ketiga-tiga pemain ini akan mendatangkan kos setidak-tidaknya hampir 40 juta.

Walaubagaimanapun, King Kenny tetap mahukan adanya pemain pertahanan dibawa masuk setelah terlepas Phil Jones, Kemungkinan Scott Dann, Jose Enrique dan Gary Cahill akan cuba direkrutkan. Tidak dapat ketiga-tiga mungkin salah seorang daripada mereka akan menuju ke Melwood.

Walk on. ynwa

Monday, May 30, 2011

YNWA: 29 May 1985, Tragedi Heysel

Seorang Penyokong Liverpool melarikan diri dari diserang penyokong Juventus

29 May 1985, Liverpool bertandang ke bumi Belgium untuk mempertahankan mahkota kejuaraan eropah yang dimenangi pada tahun 1984 dengan menumbangkan pasukan dari Itali iaitu AS Roma.

Kunjungan kali ini juga menentang kelab paling berjaya di Itali iaitu Juventus. Tragedi ini berpunca daripada sikap orang Itali sendiri yang membawa perasaan kecewa mereka kerana kekalahan AS Roma pada tahun sebelumnya di tangan Liverpool. Memandangkan kebetulan agaknya Juventus layak ke akhir dan menentang pasukan yang menewaskan AS Roma tahun sebelumnya dan dianggap mereka Juventus sebagai pasukan yang diutuskan untuk memulihkan semangat Itali itu sendiri.

Bermula dengan balingan botol-botol air dari penyokong Juventus kearah penyokong Liverpool. Memandang tiada tindakan untuk menghentikan tindakan ini, sebahagian penyokong Liverpool memulakan tindak balas sebagai mempertahankan diri dari serangan sehingga berlaku kekecohan, akibat kekecohan itu berlaku rempuhan sehingga menyebabkan struktur Stadium Heysel rebah.

Dalam kejadian itu, seramai 39 penyokong Juventus hilang nyawa dan seorang penyokong Liverpool parah. Akibat dari tragedi ini seluruh kelab dari England digantung kelayakkan untuk beraksi di eropah selama 5 tahun dan Liverpool menerima tambahan 1 tahun penggantungan.

Sepanjang 5 tahun penggantungan itu kelab Itali berjaya membawa pulang Kejuaraan Eropah sebanyak 3 kali. 1 diperolehi Juventus dan AC Milan 2 kali.

Sunday, May 29, 2011

YNWA: Selamat Ulangtahun Kelahiran Kapten


Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Kapitan Gerrard yang kini berusia 31 Tahun. Diharapkan musim akan datang membawa tuah kepada anak jati Whiston, Merseyside untuk kembali memenangi kejuaraan. Disini disertakan sedikit mengenai pencapaian Kapitan Fantastik:-

YNWA: Senarai Pengurus Cemerlang Gemilang Terbilang The Kop

Bob Paisley bersama Trophy Kejuaraan Eropah dan Kejuaraan Liga Tahun 1977

Liverpool’s Winning Manager.

This note is for LFC fans.I hope we don’t be like MUFC fan - they’re know 19 - Ferguson wins 12 - who’s another 7?

We know 18 so we must know the managers who won all 18 English League Champions.

Tom Watson - 2x Champions(1900,1906)
David Ashworth - 1x Champions(1922)
Matt McQueen - 1x Champions(1923)
George Kay - 1x Champions(1947)
Bill Shankly - 3x Champions(1964,1966,1973)
Bob Paisley - 6x Champions(1976,1977,1979,1980,1982,1983)
Joe Fagan - 1x Champions(1984)
Kenny Dalglish - 3x Champions(1986,1988,1990)

sumber:tehtarikgelasbesar.tumblr

Thursday, April 7, 2011

YNWA: LeBron James miliki Pegangan Saham di Liverpool

Bintang Bola Keranjang, LeBron James dari pasukan Miami Heat, telah menandatangi perjanjian untuk memiliki sebahagian kecil saham di Liverpool.

Tom Werner dan John W Henry telah mengesahkan perjanjian tersebut. LAngkah ini dilihat akan menarik minat dan pengaruh di Amerika Syarikat dan Asia memandangkan LeBron James mempunyai pengaruh yang kuat. Ianya dilihat cukup baik untuk nilai komersial Livierpool diluar sana memandang LeBron James Ikon sukan yang cukup terkenal.

Dalam pada itu, impiannya untuk menjadi seorang usahawan telah menjadi kenyataan dengan memiliki kuasa di Liverpool yang merupakan kelab yang berjaya dalam sejarah England.

Diharap Fenway Sport Group dapat menarik lebih ramai pelabur luar yang berpotensi besar seperti LeBron James dalam masa akan datang.

walk on.ynwa

Thursday, March 3, 2011

YNWA: Kejayaan Berganda Buat Meireles


Aksi memberangsangkan Raul Meireles sepanjang bulan Februari yang lalu, disudahi dengan jayanya apabila Raul Meireles menyapu dua gelaran bulanan.

5 gol daripada 6 penampilan menjadi asas kukuh Meireles merangkul 2 anugerah tersebut iaitu ESPN PFA Fans Player of The Month dan Star Player of The Month bagi Majalah Match of the Day.

Tahniah Raul Meireles!

Walk On, Ynwa

sumber: liverpoolfc.tv, ESPN.com

Monday, February 21, 2011

YNWA: Suarez ke Amsterdam Ucap Selamat Tinggal


Luis Suarez telah memanfaatkan rehat yang diperolehinya kerana tidak dapt menyertai Liverpool dalam saingan Liga Eropah dengan terbang ke Amsterdam menemui penyokong Amsterdam dan bekas rakan sepasukannya semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal.

Suarez juga sempat menyaksikan perlawanan antara Ajax dengan VV Venlo, dan menghadiri parti keraian yang terakhir untuknya yang diselenggara oleh bekas rakan sepasukannya.

Semasa berada di Amsterdam, penyokong Ajax turut menyanyikan lagu keramat Liverpool 'You'll Never Walk Alone' sebagai tanda ingatan mereka terhadapt Suarez dan menyanjung idola mereka satu ketika dahulu.

Persoalannya, adakah Torres akan melakukan perkara yang sama? Mungkin tidak dan tidak akan sesekali berbuat demikian. Luis Suarez telah memperlihatkan istilah sebenar profesional dalam dirinya dengan menghargai sokongan yang telah dia terima sepanjang 3 tahun setengah di Ajax Amsterdam.

walk on.ynwa

Sunday, February 13, 2011

YNWA: Pelan Pembangunan Semula Anfield


Anfield akan berwajah baru, dengan suntikan dana kewangan dari John W Henry dan Fenway Groupnya. Anfield yang kali terakhir berubah wajah adalah pada tahun 1992 apabila Kemlyn Road Stand telah dimodenkan rupa bentuknya menggantikan Kemlyn Road yang lama. Kemlyn Road telah dinamakan semula dengan nama Centenary Stand.


Antara bahagian Anfield yang akan mengalami perubahan adalah, Kop End, Centenary Stand yang akan diperbesarkan buat kali yang ke-3 dan juga Anfield Road yang merupakan tempat untuk penyokong pasukan pelawat. Manakala Main Stand masih kekal bentuknya tanpa sebarang penambahan rupabentuk dan juga bilangan seat. Pada tahun 1973 adalah yang tahun dimana Main Stand dibina semula menggantikan Main Stand sebelumnya yang diperbuat dari kayu-kayan.


Sekiranya pelan ini diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan Merseyside, Anfield akan mengalami perubahan fizikal yang cukup drastik dengan penambahan bilangan tempat duduk sehingga 70,000 kapasiti penonton berbanding dengan jumlah 45,362 pada masa kini.

Tuesday, February 8, 2011

YNWA: John W Henry Tiada Calon Lain Dimata Saya Melainkan King Kenny

my dear hensem x king kenny tu..dia calon terbaik untuk mengurus liverpool

Tuan Besar Henry sudah mula memberikan sedikit petanda positif untuk jawatan tetap pengurus Liverpool kepada King Kenny. Tuan Besar Henry berkata, buat masa ini tiada calon lain yang terlintas difikiran untuk jawatan pengurus di Anfield melainkan hanya King Kenny.

Selain daripada itu Tuan Besar Henry juga memuji King Kenny kerana kembali menghidupkan semula falsafah permainan 'pass and move' yang cukup sinonim dengan pasukan Liverpool satu ketika dahulu.

Tuan Besar Henry juga menambah, Saya mengambil alih Liverpool hampir sama keadaannya semasa saya mula-mula mendapatkan Boston Red Sox. Red Sox kemarau kejuaraan selama hampir 80 tahun, manakala Liverpool sudah menjangkau 20 tahun kemarau kejuaraan liga.

Untuk mencapai kejuaraan saya akan menjadikan Red Sox sebagai satu teladan untuk saya salin dan tampal kepada Liverpool. Bermula dengan pengurusan yang sistematik selain pembangunan pemain muda dan juga pelaburan untuk pemain-pemain baru yang betul-betul diperlukan oleh pengurus sahaja akan saya pertimbangkan untuk membuat pembelian.

Dalam pada itu Tuan Besar Henry juga lebih gemar untuk menambah kapasiti di Anfield sama juga seperti yang dia lakukan di Fenway, gelanggang keramat Red Sox.

Tuan Besar Henry pastinya mahukan kejuaraan liga kembali ke Anfield secepat yang mungkin. Dia pasti tidak mahu melakukan kesilapan sekali lagi seperti mengambil Roy Hodgson sebagai Pengurus. Sekiranya King Kenny pilihan Tuan Besar Henry. The Kop seluruh dunia pasti akan berpuashati dan menyanjung tinggi pemilihan Tuan Besar Henry.

Walk On. Ynwa

Tuesday, February 1, 2011

YNWA: 7 Perpindahan yang mengejutkan The Kop


No.1 Xabi Alonso

Penampilan: 210

Perpindahan: Musim Panas 2009

Destinasi Perpindahan: Real Madrid

Yuran Perpindahan: £30m

Kesan: Liverpool semakin goyah, musim sebelumnya bergelar naib juara liga, kemudian terus merundum ke tangga ke-7 liga untuk musim berikutnya dan mengakibatkan Rafa Benitez ditunjukkan jalan keluar dan digantikan oleh Roy Hodgson.

No.2 Michael Owen

Penampilan: 297

Perpindahan: Musim Panas 2004

Destinasi Perpindahan: Real Madrid

Yuran Perpindahan: £8m beserta Antonio Nunez

Kesan: Kehadiran Nunez langsung tidak memberikan impak kepada Liverpool, manakala Owen terus ditimpa malang di Real. Manakala Liverpool megah meraih gelaran liga juara-juara 2005 untuk kegemilangan eropah buat kali ke-5.

No.3 Robbie Fowler

Penampilan: 369

Perpindahan: November 2001

Destinasi Perpindahan: Leeds United

Yuran Perpindahan: £11m

Kesan: Fowler gagal menyinar, manakala Liverpool masih mencari rentak dibawah pimpinan Houllier. Walaubagaimanapun Fowler sedar dia tidak harus meninggalkan Liverpool dan Leeds United turun divisyen. Robbie Fowler kembali semula ke Anfield untuk kali kedua setelah Rafa Benitez menagih semula khidmatnya, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat.

No.4 Ian Rush

Penampilan: 660

Perpindahan: Musim Panas 1987

Destinasi Perpindahan: Juventus

Yuran Perpindahan: £3.2m

Kesan: Rush gagal di Juventus, dan dia kembali semula ke Anfield, seterusnya kembali menyinar dan semakin prolifik. Rush mengakui tindakannya meninggalkan Anfield satu malapetaka untuknya.

No.5 Graeme Souness

Penampilan: 359

Perpindahan: Musim Panas 1984

Destinasi Perpindahan: Sampdoria

Yuran Perpindahan: £650,000

Kesan: Liverpool menerima pulangan yang agak tinggi hasil penjualan Souness memandangkan Souness ketika itu sudah menjangkau 31 tahun. Sementara itu Souness sudah mula berjinak-jinak dengan bidang pengurusan dan akhirnya kembali sebagai Pengurus di Anfield sebagai Pengurus menggantikan Ronnie Moran yang ketika itu bertindak sebangai Pengurus sementara bagi menggantikan Kenny Dalglish.

No.6 Kevin Keegan

Penampilan: 230

Perpindahan: Musim Panas 1977

Destinasi Perpindahan: Hamburg SV

Yuran Perpindahan: £500,000

Kesan: Selepas pemergian Keegan, Liverpool berjaya mendapatkan pengganti yang ideal untuknya iaitu Kenny Dalglish, sejak itu Liverpool terus mencapai kejayaan demi kejayaan, manakala Keegan terus mencipta fenomena di Hamburg.

No.7 Ray Clemence

Penampilan: 665

Perpindahan: Musim Panas 1981

Destinasi Perpindahan: Tottenham Hotspur

Yuran Perpindahan: £300,000

Kesan: Liverpool terus menaikkan Bruce Grobbelaar sebagai penjaga gawang utama, dan terus mendominasi beberapa kejuaraan, dan Clemence menghabiskan sisa-sia kariernya di Spurs.





Sunday, January 30, 2011

YNWA: Luis Suarez Lulus Ujian Perubatan

Luis Suarez telah lulus ujian perubatan bersama kita. Dengan lulusnya ujian perubatan ini, Liverpool bersiap sedia mengeluarkan 26.5 juta euro untuk dimasukkan ke kantung Ajax Amsterdam.

Luis Suarez mungkin akan diturunkan seawal perlawanan menentang Stokes City minggu ini. Diharap Luis Suarez cepat menyesuaikan diri dan segera memberikan impak kepada pasukan pimpinan King Kenny.

walk on.

Tuesday, January 25, 2011

YNWA: Selamat Maju Jaya Babel


Ryan Babel akhirnya setuju untuk berpindah ke Bundesliga untuk menyarung jersi TSG 1899 Hoffenheim setelah menghabis 3 musim setengah penuh pasang surut prestasinya.

Sepanjang 3 musim setengah di Anfield Ryan Babel telah melakukan sebanyak 146 penampilan, dan menjaring 22 gol yang bertaraf dunia. Walaupun kurang menyerlah di Liga Perdana, tetapi Babel cukup prolifik apabila beraksi di pentas eropah.

Selamat maju jaya untuk Ryan Babel, kami pasti akan merindui aksi akrobatik dan gol-gol torpedonya..

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger