Entri Terhangat

Monday, February 28, 2011

Wisel Penamat: Konsentrasi dan Konsistensi yang Hilang


West Ham mempamerkan kelas sebenar mereka dengan membenam cabaran Liverpool di Upton Park. Sekaligus menyempitkan sedikit impian murni Liverpool untuk kesaingan Liga Juara-juara musim hadapan.

Liverpool turun dengan mentaliti yang cukup tinggi dengan berbekalkan kemenangan moral di saingan Eropah dan menerima kembali khidmat Steven Gerrard dan Luis Suarez. Walaubagaimanapun, pemain Liverpool tidak bermain seperti biasa dan kerap terperangkap apabila banyak gerakan berjaya dipatahkan bahagian tengah West Ham.

Pemain Liverpool juga mudah hilang konsentrasi dan akhirnya membenarkan West Ham membolosi bentang terakhir sebanyak tiga kali. King Kenny nyata kecewa dengan keputusan perlawanan ini dan menyatakan pemain tidak bermain seperti yang dia harapkan, lebih mengikut corak permainan lawan serta kawalan pemain yang cukup longgar.

Perlawanan ini juga menyaksikan, Martin Kelly dan Raul Meireles pulang ke Melwood dengan membawa pulang bersama kecederaan, harap agar mereka berdua dapat kembali cergas memandangkan perlawanan hujung minggu ini cukup penting apabila berdepan musuh neraka yang semakin hamnpir membuat rekod baru, dan menanam terus rekod lama Liverpool.

Harap Konsentrasi dan konsistensi kembali pulih, dan kembali ke landasan yang betul untuk mencabar kedudukan ke-4 dalam liga.

walk on.ynwa

Saturday, February 26, 2011

Sebelum Wisel: Meneruskan Rekod Tanpa Kalah


Liverpool akan bertandang ke Upton Park, gelanggang keramat West Ham, mungkin hanya tinggal kenangan untuk -2 musim lagi memandangkan mereka sudah memiliki stadium baru iaitu stadium olimpik 2012 yang berkapasiti sekita 80,000 tempat duduk.

Lupakan pasal Upton Park yang akan dikenang samapai bila-bila itu. Liverpool akan turun untuk meneruskan rekod tanpa kalah sebanyak 8 perlawanan sejak kali terakhir menerima kekalahan pada perlawanan menentang Blackpool yang mana Liverpool tewas 2-1 di Bloomfield road.

Untuk rekod, perlawanan musim lepas di Upton Park ini, Liverpool berjaya menundukkan West Ham dengan jaringan 3-2. Manakala pada perlawan awal musim lalu menyaksikan Liverpool menang selesa dengan jaringan 3-0.

Untuk perlawanan ini, berkemungkinan Liverpool akan menyenaraikan semula Steven Gerrard dalam senarai penuh skuad dan Andy Carroll juga dipercayai akan berada dalam senari pemain tersebut. Namun kelibat Daniel Agger masih lagi diragui.

Dalam pada itu Dirk Kuyt, percaya yang dia dan Suarez mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi penggempur Liverpool ketika ini memandangkan mereka mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa Dutch.

Apapun, perlawanan ini harus dimenangi, tidak boleh berlaku keciciran mata, memandangkan perebutan tempat ke-4 masih lagi terbuka, dan tiada yang mustahil untuk menggapainya.

walk on.ynwa

Friday, February 25, 2011

Wisel Penamat: Terima Kasih Kuyt

Terima Kasih Super Duracell. Dirk Kuyt sekali lagi memperlihatkan yang dia sememangnya pemain yang amat diperlukan sepanjang perlawanan. Ligat bermain sekeliling padang dan tidak terikat dengan peranannya di sayap kanan. Mungkin selepas ini King Kenny akan mengajak Kuyt untuk melihat konsert Muse pula.

Perlawanan semalam memperlihatkan kesungguhan anak didik King Kenny untuk memenangi perlawanan, walaubagaimanapun banyak peluang disia-siakan oleh David Ngog dan Raul Meireles.

Ketika perlawanan seakan menuju ke masa tambahan, Kuyt menjadi penyelamat King Kenny dengan tandukan bertenaga pada minit ke-86, sekaligus memastikan Liverpool ke pusingan 16 pasukan terbaik dan akan membuat perhitungan satu lagi pasukan Sparta, tetapi bukan dari Republik Czech tetapi dari Portugal iaitu Sparta Braga.

Memandangkan slot 16 pasukan terbaik berjaya dicapai, King Kenny pastinya mahu melebarkan lagi langkah untuk ke pusingan seterusnya. Sekaligus memberikan Trofi kepada Liverpool.

walk on.ynwa

Thursday, February 24, 2011

Sebelum Wisel: Mesti Menang


Liverpool turun ke Anfield kali ini dalam saingan Liga Europa bagi perlawanan timbal balik kedua menentang Sparta Prague yang mana perlawanan pertama tempaoh hari berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Yang pasti barisan Sparta akan turun habis-habisan menentang Liverpool dengan matlamat setidak-tidaknya seri berserta jaringan untuk melayakkan diri mereka secara automatik ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, King Kenny sudah berkira-kira untuk menurunkan barisan terkuatnya bagi menghadapi perlawanan ini, walaupun didalam catatan kertas, Liverpool tiada masalah membenam cabaran Sparta lebih-lebih lagi beraksi dihadapan The kop.

Walau bagaimanapun, King Kenny tidak menghiraukan ramalan diatas kertas, sebaliknya King Kenny lebih optimis untuk melihat hasilnya sendiri apabila aksi diatas padang dimulakan. King Kenny juga optimis untuk mendapatkan tempat bagi 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Europa.

Harapan agar kemenangan dapat dirakamkan dihadapan The Kop, sekaligus memastikan cabaran Liverpool dalam saingan Liga Europa berterusan dan berpeluang menamatkan badi tanpa piala sejak kali terakhir pada tahun 2006.

walk on.ynwa


Monday, February 21, 2011

YNWA: Suarez ke Amsterdam Ucap Selamat Tinggal


Luis Suarez telah memanfaatkan rehat yang diperolehinya kerana tidak dapt menyertai Liverpool dalam saingan Liga Eropah dengan terbang ke Amsterdam menemui penyokong Amsterdam dan bekas rakan sepasukannya semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal.

Suarez juga sempat menyaksikan perlawanan antara Ajax dengan VV Venlo, dan menghadiri parti keraian yang terakhir untuknya yang diselenggara oleh bekas rakan sepasukannya.

Semasa berada di Amsterdam, penyokong Ajax turut menyanyikan lagu keramat Liverpool 'You'll Never Walk Alone' sebagai tanda ingatan mereka terhadapt Suarez dan menyanjung idola mereka satu ketika dahulu.

Persoalannya, adakah Torres akan melakukan perkara yang sama? Mungkin tidak dan tidak akan sesekali berbuat demikian. Luis Suarez telah memperlihatkan istilah sebenar profesional dalam dirinya dengan menghargai sokongan yang telah dia terima sepanjang 3 tahun setengah di Ajax Amsterdam.

walk on.ynwa

Thursday, February 17, 2011

Wisel Penamat: Keputusan Seri untuk King Kenny

Penantian King Kenny selama 9394 hari untuk kembali mengendali Liverpool dalam saingan Eropah berakhir dengan keputusan seri. Ianya merupakan perlawanan pertama setelah kelab Inggeris dilarang menyertai kejohanan Eropah berikutan Tragedi Heysel.

King Kenny melakukan 3 pertukaran yang cukup besar dengan memasukkan Kyrgiakos menggantikan Skrtel, Danny Wilson menggantikan Johnson dikiri manakala Johnson kembali ke kanan. David Ngog kembali sebagai penyerang utama kerana ketiadaan Luis Suarez yang hilang kelayakan untuk beraksi.

Conor Coady disenaraikan dalam senarai pemain simpanan dan 3 orang lagi pemain muda mendapat manfaat berguna kerana dapat berlatih bersama skuad utama. Joe Cole kembali beraksi sebagai pemain gantian mengantikan Fabio Aurelio yang cedera. Cedera lagi si Aurelio nie. Harap selepas ini Joe Cole kembali memberi pilihan yang lebih banyak untuk King Kenny.

Perlawanan awal pagi tadi, Liverpool banyak melakukan hantaran-hantaran pendek dan sukar menembusi pertahanan lawan yang dikepalai oleh bekas orang kuat West Ham United iaitu Tomas Repka.

Apapun masih ade perlawanan kedua di Anfield pada 24 Februari nanti. Harap Liverpool dapat memanfaatkan peluang kedua nanti.

walk on.ynwa

Wednesday, February 16, 2011

Sebelum Wisel: King Kenny Buat Kejutan Lagi


King Kenny sekali lagi membuat kejutan bermakna untuk semua peminat Liverpool dengan menyenaraikan 4 orang pemain muda yang beraksi cemerlang membenam Southend FC 9-0 tempoh hari. Raheem Sterling, Jack Robinson, John Flanagan dan Conor Coady mendapat mandat istimewa dari King Kenny merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Europa.

King Kenny berkata pemilihan mereka berempat adalah kerana mereka menampilkan kualiti yang diinginkannya dan mereka melakukannya dengan cukup baik jika hendak dibanding dengan usia mereka. Jika semua perancangan berjalan lancar mereka semua akan merasa aksi diperingkat eropah pada perlawanan menentang Prague nanti.

Terbang ke Sparta Prague, King Kenny terlepas khidmat, Stevie G dan Agger yang masih belum cergas, Poulsen menanti kelahiran cahayamatanya manakala Luis Suarez tidak layak beraksi kerana sudah beraksi sebelum ini bersama Ajax Amsterdam.

Walaubagaimanapun, King Kenny mendapat semula khidmat Joe Cole, yang kembali pulih dari kecederaannya dan Andy Carroll turut serta dalam skuad ke Sparta Prague, walaubagaimanapun belum pasti samaada Carroll akan diturunkan atau dia hanya sekadar menjadi pemain sokongan dalam tempoh latihan disana.

Ini perlawanan pertama King Kenny bagi saingan eropah, tetapi King Kenny cukup masak dengan saingan eropah, tiada yang mustahil untuk kita mencari bekalan selesa di Sparta sebelum membuat perhitungan semula di Anfield pada 24 Februari nanti.

walk on. ynwa

Tuesday, February 15, 2011

King Kenny: Masa Depan Reina Cerah Di Anfield

King Kenny telah menegaskan bahawa Pepe Reina adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya di Anfield. King Kenny juga menyatakan Reina akan menghormati perjanjian pada kontrak yang ditandatanganinya musim panas yang lalu.

King Kenny juga memahami akan kehendak setiap pemain inginkan aksi Liga Juara-juara. King Kenny juga menambah Liverpool kini berada dilandasan yang betul untuk mencabar slot ke Liga Juara-Juara. King Kenny berharapa pemain-pemain berusaha keraas kearah itu.

Berkenaan minat Manyuk keatas Reina, King Kenny menegaskan tempat Reina adalah di Anfield dan bukannya di Old Kerepot. Landasan untuk mencapai kejayaan di Anfield akan lebih bermaknna buat Reina.

Keadaan semasa kelab semakin stabil, dan kita mendapat dua pemain baru yang berkelas dunia dan semakin mengutip mata demi mata, jadi tiada yang mustahil dengan baki perlawanan yang mendatang, tambah king kenny.

walk on. ynwa

Sunday, February 13, 2011

YNWA: Pelan Pembangunan Semula Anfield


Anfield akan berwajah baru, dengan suntikan dana kewangan dari John W Henry dan Fenway Groupnya. Anfield yang kali terakhir berubah wajah adalah pada tahun 1992 apabila Kemlyn Road Stand telah dimodenkan rupa bentuknya menggantikan Kemlyn Road yang lama. Kemlyn Road telah dinamakan semula dengan nama Centenary Stand.


Antara bahagian Anfield yang akan mengalami perubahan adalah, Kop End, Centenary Stand yang akan diperbesarkan buat kali yang ke-3 dan juga Anfield Road yang merupakan tempat untuk penyokong pasukan pelawat. Manakala Main Stand masih kekal bentuknya tanpa sebarang penambahan rupabentuk dan juga bilangan seat. Pada tahun 1973 adalah yang tahun dimana Main Stand dibina semula menggantikan Main Stand sebelumnya yang diperbuat dari kayu-kayan.


Sekiranya pelan ini diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan Merseyside, Anfield akan mengalami perubahan fizikal yang cukup drastik dengan penambahan bilangan tempat duduk sehingga 70,000 kapasiti penonton berbanding dengan jumlah 45,362 pada masa kini.

Saturday, February 12, 2011

Wisel Penamat: Terlepas dua mata berharga


Gol Steve Gohouri pada minit ke-65, melenyapkan gol 1st timer Meireles pada minit ke-24 sekaligus menyaksikan King Kenny terpaksa merelakan 2 mata berharga terlepas begitu sahaja.
Keputusan seri ini juga dilihat merencatkan sedikit perkiraan kita semua untuk mencapai kedudukan ke-4 liga, memandangkan Tottenham berjaya memperolehi kemenangan semalam.

King Kenny memberitahu, aksi persahabatan antarabangsa pada tengah minggu dilihat antara punca keputusan seri yang Liverpool perolehi, para pemain terpaksa menjalani latihan tambahan bersama skuad kebangsaan sambil terpaksa menempuh penerbangan antarabangsa yang jauh dan meletihkan.

Kita boleh melihat bagaimana Meireles seperti kurang oksigen untuk meneruskan perlawanan sehingga King Kenny terpaksa mengeluarkannya seawal minit ke-54 dengan digantikan oleh David Ngog. Ketiadaan Meireles cukup terasa ditambah dengan ketiadaan Kapten Fantastik kita, Stevie G.

Sepanjang separuh masa kedua, penguasaan bola lebih dimiliki Wigan, tidak seperti pada babak pertama yang mana Liverpool mendominasi bahagian tengah dan menyerang dari segenap sudut . Martin Kelly dan Glen Johnson masing-masing cukup selesa dengan peranan yang mereka terima, Carragher seperti biasa menjadi pengetua bahagian pertahanan. Lucas melengkapkan penampilan ke-100 nya bersama Liverpool dengan aksi yang kadang-kadang ok..kadang-kadang tidak.

Luis Suarez, cukup bertenaga dan cukup ghairah memburu gol, dua peluang keemasan untuknya menambah jaringan telah dinafikan, tetapi bukan oleh pengadil, penjaga garisan mahupun penjaga gol. Tetapi palang dan tiang gol menidakkan peluang Suarez setidak-tidaknya 1 gol dapat dijaringkan pada perlawanan semalam.

Apapun, rekod tanpa kalah masih bertahan, dengan baki perlawanan yang tinggal diharapkan Liverpool dapat mengutip semaksima yang mungkin untuk mencerahkan peluang kita bersaing dikelompok teratas liga.

walk on. ynwa

Thursday, February 10, 2011

Sebelum Wisel: Mencari Kemenangan Seterusnya


Menanti kunjungan team yang cukup liat untuk Liverpool tewaskan sejak beberapa musim yang lalu. Tetapi melihat carta liga, Wigan kini berada di dasar liga dan Liverpool berada ditahap yang terbaik ketika ini. Secara logiknya, untuk mencapai kemenangan adalah satu kemestian dan tiada yang mustahil untuk dicapai.

Tetapi, kemungkinan Steven Gerrard tidak dapat diturun kerana masih bergelut dengan kecederaan kelenjarnya. Dalam pada itu, Luis Suarez akan mengetuai barisan serangan Liverpool dan kemungkinan akan melengkapkan aksi 90 minitnya yang pertama.

Kenny Dalglish pasti mahukan rekod cemerlang dengan kemenangan dapat diteruskan, harapan agar kerjasama antara king kenny dan steve clarke terus membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.

walk on. ynwa

Tuesday, February 8, 2011

YNWA: John W Henry Tiada Calon Lain Dimata Saya Melainkan King Kenny

my dear hensem x king kenny tu..dia calon terbaik untuk mengurus liverpool

Tuan Besar Henry sudah mula memberikan sedikit petanda positif untuk jawatan tetap pengurus Liverpool kepada King Kenny. Tuan Besar Henry berkata, buat masa ini tiada calon lain yang terlintas difikiran untuk jawatan pengurus di Anfield melainkan hanya King Kenny.

Selain daripada itu Tuan Besar Henry juga memuji King Kenny kerana kembali menghidupkan semula falsafah permainan 'pass and move' yang cukup sinonim dengan pasukan Liverpool satu ketika dahulu.

Tuan Besar Henry juga menambah, Saya mengambil alih Liverpool hampir sama keadaannya semasa saya mula-mula mendapatkan Boston Red Sox. Red Sox kemarau kejuaraan selama hampir 80 tahun, manakala Liverpool sudah menjangkau 20 tahun kemarau kejuaraan liga.

Untuk mencapai kejuaraan saya akan menjadikan Red Sox sebagai satu teladan untuk saya salin dan tampal kepada Liverpool. Bermula dengan pengurusan yang sistematik selain pembangunan pemain muda dan juga pelaburan untuk pemain-pemain baru yang betul-betul diperlukan oleh pengurus sahaja akan saya pertimbangkan untuk membuat pembelian.

Dalam pada itu Tuan Besar Henry juga lebih gemar untuk menambah kapasiti di Anfield sama juga seperti yang dia lakukan di Fenway, gelanggang keramat Red Sox.

Tuan Besar Henry pastinya mahukan kejuaraan liga kembali ke Anfield secepat yang mungkin. Dia pasti tidak mahu melakukan kesilapan sekali lagi seperti mengambil Roy Hodgson sebagai Pengurus. Sekiranya King Kenny pilihan Tuan Besar Henry. The Kop seluruh dunia pasti akan berpuashati dan menyanjung tinggi pemilihan Tuan Besar Henry.

Walk On. Ynwa

Monday, February 7, 2011

Wisel Penamat: Tanpa Suarez, Tetap boleh menang

Kemenangan bermoral tinggi diperolehi King Kenny dengan taktikal yang mengelirukan Chelsea. Nampak pertahanan macam ade lima orang. Eh kejap ade 3 orang. Memang terbaik kombinasi pemain di pertahanan yang digunakan King Kenny. Carragher berjaya mengimbangi pertahanan sekiranya Johnson dan Kelly naik ke atas. Komunikasi dia bersama Skrtel dan Agger cukup padu.

Bahagian tengah memperlihatkan Meireles cukup selesa berlegar-legar ditengah padang, sambil Lucas bermain seperti jelmaan Dunga, cukup bertenaga dan Gerrard pula lebih membayangi Frank Lampar dan Obi Mikel. Maxi sedikit gugup sehingga dia terlepas memanfaatkan peluang yang terhidang dihadapan pintu gol Chelski.

Target Man kita, Dirk Kuyt tetap jitu dengan aksi berstamina tinggi nya. Berjaya membuatkan Ivanovic dan Cech celaru nak handle Dirk Kuyt yang tak tahu penat. Kuyt berjaya membuka ruang untuk Meireles menjaringkan gol kemenangan kita, dengan hampir 3 pemain Chelski mengawalnya dan membiarkan Meireles sendirian tanpa dikawal sesiapa.

King Kenny juga dilihat menggunakan perang psikologi dengan tidak menurunkan Luis Suarez dengan ini perancangan awal pertahanan lawan terbantut dengan melihat Kuyt yang menjadi penyerang tunggal. Serba serbi bercelaru untuk mereka melihatkan King Kenny tidak menggunakan strategi menyerang dari satu arah sahaja. Hampir kesemua pemain kita berpeluang memulakan serangan tidak terkecuali Agger yang kerap kali berjaya memecahkan bahagian tengah Chelski.

Debut pemain termahal Chelski, langsung tidak bermaya, Agger dan Carragher cukup tenang menangani pemain termahal mereka itu. Agger juga berjaya menghadiahkan sikunya kepada pemain termahal tersebut. Mungkin akan menjadi kenang-kenangan yang indah untuk diingati pemain tersebut.

Apapun, ia merupakan kemenangan ke-4 berturut-turut dan Reina mendapatkan Clean Sheetnya juga yang ke-4 berturut-turut. Perlawanan seterusnya menentang Wigan. Diharapkan kita dapat meneruskan rentak kemenangan dan juga Cleen Sheet dan merapatkan diri untuk Slot ke Liga Juara- juara. Tiada apa yang mustahil kita kini hanya dibezakan dengan 6 mata dan berbaki 12 perlawanan. Apa yang diperlukan adalah konsistensi yang jitu dan semangat juang yang tinggi. Jangan terlepas mata-mata berharga.

walk on.ynwa

Saturday, February 5, 2011

Sebelum Wisel: Mencari Kemenangan Seterusnya

Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh semua fanatik BPL. Masing-masing akan fokus untuk melihat kehebatan rekrut baru Liverpool dan Chelsee. Dalam perkembangan terbaru, Chelsee telah meletakkan klausa jual-beli untuk penyerang barunya itu dengan nilai setinggi 100 juta pound sterling. Gila! Dengan penyerang barunya sudah berumur 26 tahun. Mungkin hanya akan berada tidak sampai 5 tahun setengah. Kalau bertahan sampai 3 tahun setengah dah hampir mencecah umur 30 tahun. Ada lagi ke yang berminat nak pancing penyerang itu dengan harga 100 juta?

Lupakan saja. Berbalik kita kepada perlawanan lewat malam nanti. Chelsee pasti akan menyenaraikan penyerang baru mereka mungkin bukan dalam kesebelasan utama tapi yang pasti penyerang itu akan diturunkan Chelsee. Kem Chelsee dikhabarkan akan turun tapa 3 tonggak iaitu Alex, Benny dan Zhirkov.

Manakala The Mighty Reds, akan turun dengan memberikan aksi penuh untuk Luis Suarez yang berjaya menjaringkan gol ketika debut sulongnya tempoh hari. Andy Carroll terpaksa menunggu hingga hujung Februari kerana masih bergelut dengan kecederaan yang dialaminya.

Christian Poulsen dan Joe Cole hampir pasti terlepas aksi ini, kerana masing-masing masih belum cukup cergas. Jamie Carragher kembali ke pasukan utama setelah lulus ujian kecergasan dan sakit sengal bahunya sudah pulih sepenuuhnya.

Dengan bertandang ke Jambatan Roboh, Liverpool kurang menyerlah disini memandangkan 5 match terdahulu liverpool gagal menjaringkan gol di jambatan roboh. Walaubagaimanapun ianya hanya sekadar cerita lama. Luis Suarez sudah pasti akan memastikan jaring gawang di jambatan runtuh dan ditukar selepaas habis perlawanan nanti.

walk on. ynwa

Thursday, February 3, 2011

Wisel Penamat: Debut Bermakna untuk Suarez


Suarez meraikan gol pertamanya bersama Dirk Kuyt

Luis Suarez menjaringkan gol pertama didalam debut aksi pertamanya bersama Liverpool. Luis Suarez berjaya menggegar jaring Stoke City pada minit ke-79 sekaligus melebarkan kedudukan kepada 2-0 setelah Raul Meireles menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-47.

Sebelum perlawanan bermula, rekod pembelian Liverpool, Andy Carroll telah diperkenalkan kepada seluruh penonton di Anfield yang hadir. King Kenny tampil dengan 6 pemain pertahanan dalam kesebelasan utama dengan formasi 5-3-2 tetapi formasi tu pantas bertukar apabila pasukan kembali melakukan serangan dengan menjadi formasi 3-4-2-1 dengan Lucas bersama Aurelio mengawal barisan tengah bertahan selain Meireles dan Gerrard menggerakkan permainan di kawasan tengah bagi membantu Dirk Kuyt di atas. Agak unik taktikal ini, namun ianya memang sesuai dengan taktikal apabila bertemu paasukan yang bermain secara fizikal.

Setelah selesai perlawanan King Kenny berpuashati dengan sumbangan Suarez dan King Kenny berharap dapat menggandingkan Suarez dan Carroll secepat yang mungkin. Semestinya King Kenny sudah mendapat satu lagi suntikan moral ssebelum bertandang ke Jambatan Curang menentang Team Curang.

walk on. ynwa

Tuesday, February 1, 2011

Sebelum Wisel: Misi Benam The Potters


Awal pagi nanti, Liverpool akan menerima kedatangan Stoke City dengan misi membalas kembali kekalahan 2-0 di Britannia Stadium.

Liverpool akan turun serba baru dengan kehadiran dua pemain yang baru ditandatangani. Walubagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dua pemain ini akan turun lebih awal dari yang sepatutnya.

Andy Carroll masih dalam pemantauan berikutan kecederaan yang dialaminya. Manakala Suarez masih menunggu kelulusan dokumen terakhir berkaitan permit kerjanya.

Kenny Dalglish semestinya sudah melakukan homework dengan melihat kelemahan perlawanan menentang Stoke sebelum ini.

Perkhabaran gembira yang kita perolehi ialah kepulangan semula kereta kebal kita, Jamir Carragher yang baru pulih daripada kecederaan bahunya.

Rentak kemenangan harus diteruskan untuk merapakan mata dengan Sunderland ditangga ke-6 dipisahkan dengan 5 mata. Andai kata, kemenangan diperolehi kita akan merapatkan jurang mata sebelum menentang Chelsea digelanggang lawan untuk memastikan kemenangan mutlak untuk musim ini.

walk on. ynwa

YNWA: 7 Perpindahan yang mengejutkan The Kop


No.1 Xabi Alonso

Penampilan: 210

Perpindahan: Musim Panas 2009

Destinasi Perpindahan: Real Madrid

Yuran Perpindahan: £30m

Kesan: Liverpool semakin goyah, musim sebelumnya bergelar naib juara liga, kemudian terus merundum ke tangga ke-7 liga untuk musim berikutnya dan mengakibatkan Rafa Benitez ditunjukkan jalan keluar dan digantikan oleh Roy Hodgson.

No.2 Michael Owen

Penampilan: 297

Perpindahan: Musim Panas 2004

Destinasi Perpindahan: Real Madrid

Yuran Perpindahan: £8m beserta Antonio Nunez

Kesan: Kehadiran Nunez langsung tidak memberikan impak kepada Liverpool, manakala Owen terus ditimpa malang di Real. Manakala Liverpool megah meraih gelaran liga juara-juara 2005 untuk kegemilangan eropah buat kali ke-5.

No.3 Robbie Fowler

Penampilan: 369

Perpindahan: November 2001

Destinasi Perpindahan: Leeds United

Yuran Perpindahan: £11m

Kesan: Fowler gagal menyinar, manakala Liverpool masih mencari rentak dibawah pimpinan Houllier. Walaubagaimanapun Fowler sedar dia tidak harus meninggalkan Liverpool dan Leeds United turun divisyen. Robbie Fowler kembali semula ke Anfield untuk kali kedua setelah Rafa Benitez menagih semula khidmatnya, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat.

No.4 Ian Rush

Penampilan: 660

Perpindahan: Musim Panas 1987

Destinasi Perpindahan: Juventus

Yuran Perpindahan: £3.2m

Kesan: Rush gagal di Juventus, dan dia kembali semula ke Anfield, seterusnya kembali menyinar dan semakin prolifik. Rush mengakui tindakannya meninggalkan Anfield satu malapetaka untuknya.

No.5 Graeme Souness

Penampilan: 359

Perpindahan: Musim Panas 1984

Destinasi Perpindahan: Sampdoria

Yuran Perpindahan: £650,000

Kesan: Liverpool menerima pulangan yang agak tinggi hasil penjualan Souness memandangkan Souness ketika itu sudah menjangkau 31 tahun. Sementara itu Souness sudah mula berjinak-jinak dengan bidang pengurusan dan akhirnya kembali sebagai Pengurus di Anfield sebagai Pengurus menggantikan Ronnie Moran yang ketika itu bertindak sebangai Pengurus sementara bagi menggantikan Kenny Dalglish.

No.6 Kevin Keegan

Penampilan: 230

Perpindahan: Musim Panas 1977

Destinasi Perpindahan: Hamburg SV

Yuran Perpindahan: £500,000

Kesan: Selepas pemergian Keegan, Liverpool berjaya mendapatkan pengganti yang ideal untuknya iaitu Kenny Dalglish, sejak itu Liverpool terus mencapai kejayaan demi kejayaan, manakala Keegan terus mencipta fenomena di Hamburg.

No.7 Ray Clemence

Penampilan: 665

Perpindahan: Musim Panas 1981

Destinasi Perpindahan: Tottenham Hotspur

Yuran Perpindahan: £300,000

Kesan: Liverpool terus menaikkan Bruce Grobbelaar sebagai penjaga gawang utama, dan terus mendominasi beberapa kejuaraan, dan Clemence menghabiskan sisa-sia kariernya di Spurs.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger