Entri Terhangat

Wednesday, October 28, 2009

Wisel Penamat: Arsenal 2 Liverpool 1

Liverpool telah ditunjukkan jalan keluar oleh Young GONEners pagi tadi hasil dua jaringan cantik dari Fran Perez Merida pada minit 19 dan Nicklas Bendtner minit ke 50 dan gol Liverpool hasil Volley cantik dari luar kotak penalti oleh Emiliano Insua pada minit ke 26. Memang cantik wa x tipu lu orang... ala2 Johnson pernah wat time ngan pompey.
Liverpool yang melakukan rombakan besar - besaran dengan hanya Dirk Kuyt dan Emiliano Insua yang bermula di kesebelasan utama, Kuyt menjadi Kapten pada perlawanan ini. Perlawanan yang jelas sekali dimonopoli pemain muda GONEners yang kerap melakukan hantaran berbahaya. Secara jujurnya.. players kita totally LEMBAB dan kurang fokus... gagal nak kekang player lawan dari awal..dan membiarkan lawan mudah masuk ke dalam kotak penalti..Damien Plessis dan Jay Spearing sememangnya hambar pada babak pertama..leka dan banyak melakukan hantaran sia-sia tetapi menampakkan sedikit perubahan di babak kedua..Skrtel dan Krygiakos pula terpaksa bekerja keras kerana kelalaian Plessis dan Spearing yang kerap melakukan kesilapan..Insua, sederhana sahaja, seperti biasa akan menghadapi masalah apabila bertemu lawan yang cukup laju..Insua seperti hilang kudrat nak menghalang Bendtner yang sering menghuru-harakannya..tetapi Insua dapat juga menutup kelemahannya dengan jaringan gol yang cantik menewaskan Fabianski. Philip Degen cukup rajin membuat overlapping tetapi hilang punca apabila memasuki kawasan Arsenal dan melakukan hantaran yang totally sia-sia dan peluang awal bagi dia untuk menjaringkan gol turut dipersiakan..Kuyt kurang menyerlah, maybe tugasan tambahan menjadi leader di padang mengganggu mentalitinya..kerap kali membantu menutup kesilapan yang dilakukan Plessis dan Spearing..Babel seperti hilang punca..acap kali gagal melepasi bek kanan lawan dan cukup rajin membuat hantaran yang merapu..Ngog, seperti biasa mempamerkan kesederhanaannya dan hanya beberapa kali melakukan percubaan.Voronin, punca kepada gol pertama lawan..hantaran merapunya disambar Nasri dan melebarkannya kepada Merida untuk gol pertama lawan..Pada minit ke 74 Benayoun masuk bagi menggantikan David Ngog, tidak banyak yang dapat olehnya dengan hanya 15 minit bermain...tetapi cukup membuatkan pertahanan lawan berasa gerun..tetapi kebanyakkan gerakannya dipersia-siakan oleh Voronin..Sememangnya Fans menanti-nanti kemunculan Il Principino Aquilani, dia masuk pada minit ke 76 menggantikan Plessis, berjaya melaku dua percubaan dari luar kotak penalti dan satu lagi sepakan bicycle kick tetapi di halang oleh Sanderos, dilihat seperti terkena tangan tetapi pengadil tidak memberikan penalti..Il Principino turut melakukan 2 hantaran ala Xabi Alonso tetapi gagal disempurnakan oleh Degen dan Babel. Rumusannya..pemain muda KITA masih belum menepati piawaian dan standard seperti pemain muda Arsengal..diharap lebih banyak peluang akan diberikan Benitez kepada mereka bagi mengurangkan kegugupan, kelalaian mereka dalam perlawanan kompetitif seperti ini. Aquilani pun semakin cergas dan diharapkan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Fulham sabtu ini..YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger