Entri Terhangat

Monday, January 17, 2011

Wisel Penamat: Kuyt Penyelamat

Sekali lagi, ketenangan dan penat lelah Mr.Duracell kita Dirk Kuyt, menyelamatkan aksi huru-hara pada babak kedua sekaligus memberikan King Kenny mata pertamanya dihadapan Tuan Henry dan isterinya yang cun melecun.

Aksi pada babak pertama nyata menghiburkan dengan aksi serangan pantas dan kawalan bola yang cukup terpuji dan hasilnya Raul Meireles berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool musim ini.

Memasuki babak kedua, dalam tempoh 15 minit pertama, para pemain seperti hilang arah dan begitu mudah membenarkan Everton mendapatkan dua gol untuk mendahului kita. Namun penalti yang disempurnakan Dirk Kuyt menyelamatkan King Kenny dari mencatat hat trick untuk kekalahan.

Dalam perlawanan semalam dapat dilihat kelibat Jay Spearing yang cukup tenang mengawal barisan tengah sambil membantu Lucas menangkis asakan dari pemain tengah Everton. Pujian harus diberikan kerana segera memberikan impak positif walaupun baru pulih dari kecederaan.

Seperti biasa, King Kenny perlu membuat post mortem besar-besaran dibahagian pertahanan, dilihat cukup rapuh dan mudah diperkotak-katikkan pihak lawan. Harap agar bertemu Wolves nanti King Kenny akan menjelmakan kemenangan untuk kita semua.

walk on. ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger