Entri Terhangat

Friday, October 30, 2009

Sebelum Wisel : Tanpa Gerrard dan Johnson

Steven Gerrard tidak dapat diturunkan buat kali ketiga untuk menghadapi Fulham di Craven Cottages berikutan kecederaan yang dialaminya ketika mewakili England menentang Ukraine pada awal bulan ini.

Glen Johnson juga hampir pasti tidak dapat diturunkan dengan kecederaan yang dialami(calf) kemungkinan tempatnya akan diambil alih oleh Phillip Degen. Martin Kelly masih lagi belum pulih dari kecederaannya(Ankle).

Il Pricipino yang membuat debut skuad utama pada perlawanan menentang Arsenal dalam saingan Piala Carling dalam keadaan meragukan untuk diturunkan kerana dia dijangkiti serangan virus.

Manakala El Nino perlu menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu oleh Team Medical Liverpool, begitupun Rafa Benitez berharap dapat menggunakan khidmat Torres malam ini.

Senarai pemain: Reina, Aurelio, Carragher, Agger, Skrtel, Kyrgiakos, Insua, Babel, Lucas, Benayoun, Kuyt, Torres, Voronin, Ngog, Plessis, Spearing, Dossena, Cavalieri, Degen.

Diharapkan Liverpool akan mendapatkan kemenangan pada malam ini, walaupun tanpa khidmat Gerrard dan Johnson. Pemain juga harus meneruskan momentum konsistensi mereka ketika perlawanan menentang ManSHITer tempoh hari. Pandai-pandai Benitez merancang strategi untuk kemenangan malam ini..

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger