Entri Terhangat

Sunday, April 24, 2011

Wisel Penamat: Penangan Latino


Maxi Rodriquez ( 7',66', 73' )
Dirk Kuyt ( 23' )
Joe Cole ( 86' )

Hatrik dari Maxi dan gol dari Kuyt dan Joe Cole mengahadiahkan King Kenny dan Liverpool kemenangan besar pertama musim ini. Persembahan Maxi nyata melegakan King Kenny yang menurunkannya untuk mengisi ketiadaan Carroll.

Maxi membentuk persefahaman yang cukup baik bersama Suarez dan Lucas. Gandingan Amerika Selatan yang cukup ideal untuk diturunkan bagi perlawanan-perlawanan tertentu untuk saingan Liga. Perjudian yang cukup berani dilakukan King Kenny untuk meletakkan Meireles dikanan dan meletakkan Kuyt bersama Suarez dihadapan selain menanggung risiko besar menurunkan Jamie Carragher yang belum cukup pulih untuk diturunkan.

Flanagan dan Robinson sekali lagi mendapat kepercayaan King Kenny untuk mengemudi sayap bertahan Liverpool. Disamping Spearo dan Lucas cukup bertenaga dibahagian tengah. Gandingan yang semakin mantap hari demi hari. Mungkin ini satu petanda baik untuk musim hadapan dengan kurangnya kebergantungan kepada Steven Gerrard kerana Lucas dan Spearing semakin serasi dan tugas Gerrard semakin mudah dimusim hadapan.

kemenangan ini meletakkan Liverpool cuma ketinggalan 3 mata dari Spurs ditangga ke-5 dan 4 mata berbeza dengan Manchester City. Dengan berbaki 4 perlawanan tiada yang mustahil. Mungkin Liverpool akan merampas posisi ke-4 liga, mungkin juga Manchester City dan Tottenham akan bergelut untuk ke Slot Europa League. Tiada yang mustahil dan baki 4 perlawanan akan menentukan segala-galanya.

walk on.ynwa

Saturday, April 23, 2011

Sebelum Wisel: Misi Menghambat Spurs


Jika kemenangan dicapai malam ini Liverpool akan merapatkan jurang mata dengan Spurs ditangga ke-5. Walaubagaimanapun Spurs masih lagi kurang 2 perlawanan. Bagi perlawanan Spurs juga tidak kurang hebatnya dengan perlawanan berdepan Chelsea dan Manchester City. Manakala Spurs akan bertandang ke Anfield pada 15 Mei untuk perlawanan ke-2 terakhir liga.

Martin Kelly, Glen Johnson, Fabio Aurelio dan Daniel Agger masing-masing masih lagi diulit kecederaan. Untuk sekian kalinya King Kenny menaruh kepercayaan untuk meletakkan John Flanagan dan Jack Robinson mengisi kekosongan yang ditinggalkan senior mereka. Jamie Carragher masih lagi diragui kecergasannya dan kemungkinan Danny Wilson akan mengisi posisi Jamie Carragher.

Andy Carroll juga belum dapat dipastikan samada akan diturunkan pada perlawanan malam ini kerana mengalami kecederaan ketika melayan karenah team kanak-kanak ribena tempoh hari. Apa yang pasti 2 pemain kereta kebal yang comel lotey, Lucas dan Spearing sedia menghambat mana-mana penyerang Birmingham malam nanti.

walk on. ynwa.

Berita Ringkas: Rangkuman

1. Manchester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Alberto Aquilani dengan harga sebanyak 14.5 Juta Pound. Nilai yang tidak mampu dipenuhi oleh Juventus untuk mendapatkan Aquilani.

2. Akademi Liverpool menandatangi anak kepada Jamie Carragher yang berusia 6 tahun dan diserapkan ke dalam skuad bawah 8 tahun Liverpool.

3. Liverpool dikatakan semakin mencapai kata sepakat dengan Aston Villa dan Newcastle United bagi menandatangi pemain yang hangat dalam pasaran perpindahan akan datang iaitu Ashley Young dan Jose Enrique.

4. Damien Comolli bersedia dengan pelan kecemasan sekiran Pepe Reina ingin meninggalkan Anfield pada penghujung musim. Comolli telah menyasarkan Hugo Lloris sebagai pengganti ideal kepada Reina.

5. King Kenny telah menegaskan bahawa Alberto Aquilani adalah sebahagian daripada perancangannya untuk musim baru.

6. Milan Jovanovic telah menzahirkan kekesalannya menyertai Liverpool dan berpendapatan mungkin nasibnya akan berubah sekiranya Rafa Benitez masih kekal di Anfield.

7. Raul Meireles sekali lagi mendapat pengiktirafan dengan merangkul gelaran Pemain Terbaik Pilihan Peminat Liga Barclays, sekurang-kurangnya ada juga gelaran untuk Liverpool musim ini melalui Raul Meireles.

8. Warrior, anak syarikat pakaian sukan New Balance dilaporkan menawarkan tajaan pakaian dengan jumlah 3 kali ganda dari tajaan adidas ketika ini. Nilai tajaan tersebut dilaporkan adalah lebih tinggi dari nilai tajaan Nike kepada Man Utd.

9. King Kenny telah memberi jaminan untuk tidak mempersia-siakan bakat muda dari akademi dan akan membawa seramai mungkin pemain muda berpotensi untk saingan musim depan.

10. Kecederaan yang dialami oleh bek kanan dan kiri pada masa ini mungkin akan berlarutan ke akhir musim, John Flanagan dan Jack Robinson dilihat calon yang akan diguna pakai King Kenny untuk bagi saingan Liga.

Sunday, April 17, 2011

Wisel Penamat: Terbaik dari Jay, John, Jack dan Jonjo

Drama Swasta berlaku di Ashburton Grove aka Emirates Stadium dengan 2 penalti dihadiahkan pengadil dalam tempoh 3 minit terakhir perlawanan. Van Persie menyempurnakan penalti pada minit ke-96 manakala Kuyt menyempurnakan penalti pada minit ke-111. Tetapi pengadil menghadiahkan penalti kepada Liverpool pada minit ke-98.

Pujian harus diberikan kepada pemain muda seperti Jay Spearing, John Flanagan, Jack Robinson dan Jonjo Shelvey kerana dapat mengimbangi perlawanan setelah Liverpool kehilangan Fabio Aurelio, Jamie Carragher dan Andy Carroll. 4'J' untuk masa depan Liverpool.

Perlawanan yang lebih didominasi oleh Pasukan Pak Weng yang cukup bersungguh untuk memecahkan benteng Liverpool tetapi John Flanagan dan Jack Robinson cukup tenang menangkis serangan yang dimulakan oleh pemain sayap Pak Weng.

Luis Suarez memiliki deretan peluang, tetapi gagal disudahkan dengan cara yang sepatutnya. Walau apa pun, perlawanan ini memang mendebarkan. Pengadil juga mengalami tekanan yang cukup tinggi untuk mengadili perlawanan ini.

Dengan baki 5 perlawanan dengan 3 perlawanan di Anfield dan 2 digelanggang lawan diharapkan dapat mengutip mata yang semaksimum mungkin untuk mencapai target untuk beraksi di Liga Europa musim depan.

Walk On.ynwa

Sebelum Wisel: Menentang Skuad Muda lagi Merbahaya

Ada yang tak kena dengan Emirates Stadium nie. Apa yang tak kenanya? Yang tak kenanya adalah keputusan perlawanan apabila Liverpool bertandang ke kubu baru The Gunners nie. Sejak awal pendudukan rejim wenger di stadium ini Liverpool masih gagal membawa pulang tiga mata penuh.

Mampukah King Kenny memecahkan kebuntuan ini. Rafa Benitez pun tiada jawapan kepada permasalahan nie. Membawa harapan besar untuk beraksi dalam saingan europa musim depan, perlawanan menentang Arsenal sememangnya wajib dimenangi, walaupun hakikatnya akan memberikan laluan selesa kepada Scum untuk meraih gelaran ke-19 mereka (tangan didada, mata keatas, lidah terjelir).

Bagi perlawanan lewat malam nanti, John Flanagan pasti akan diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh King Kenny untuk mengawal selia bahagian pertahanan kanan. Mungkin ini semua makanan Flanagan memandangkan lawannya semuanya sebaya dengannya tidak sama seperti menentang City tempoh hari.

Andy Carroll pastinya mahu menambah koleksi golnya ketika menentang Arsenal, serta menambah koleksi golnya bagi musim ini. Suarez pastinya tidak sabar menentang Arsenal walaupun pernah bersemuka pasukan yang sama dalam saingan Liga Juara-juara ketika masih bersama Ajax.

Apa yang pasti Majlis memperingati Hillsborough harus dilabuhkan tirainya dengan kemenangan ke atas Arsenal malam ini.

Walk On.ynwa

Saturday, April 16, 2011

Berita Ringkas: Rangkuman

1. King Kenny bersedia menjadi pemain sayap sebagai keutamaannya apabila jendela perpindahan dibuka. Nama-nama seperti Matt Jarvis(Wolves), Ashley Young(Aston Villa) disenarai pendekkan oleh Comolli memandangkan khidmat yang mereka berikan ketika mewakili England.

2. Liverpool dikatakan sedia membida Keisuke Honda dengan nilai 12 Juta Pound. Walaubagaimanapun, Juventus dan Marseille turut memantau perkembangan Keisuke Honda.

3. John W Henry, menyedari dia mewarisi kelab yang lemah apabila mengambil alih kepimpinan dari Hicks & Gillett. Pemain kurang berwibawa, tetapi memiliki gaji mingguan yang tidak munasabah.

4. Everton sedia untuk memotong jalan bagi mendapatkan target berpotensi Liverpool iaitu pemain sayap Sevilla, Diego Perotti. Diego yang cukup cemerlang di Sevilla musim ini bergandingan baik bersama Jesus Navas dengan bertukar-tukar posisi dibahagian sayap.

5. Daniel Agger terpaksa melupakan terus aksi bagi musim ini kerana kecederaan yang dialaminya ketika perlawanan menentang West Bromwich.

6. LeBron James, Superstar Basketball Amerika, telah memiliki sebahagian kecil saham Liverpool. Ianya dilihat langkah yang cukup baik untuk pemasaran Liverpool di Amerika.

7. Liverpool bersedia mengeluarkan 22 Juta Pound untuk merekrut bekas rakan sepasukan Luis Suarez iaitu Jan Vertonghen dan Christian Eriksen.

8. Liverpool dengan rasminya telah mengumumkan Jelajah Asia 2011 dengan memilih tiga negara untuk disinggahi iaitu, Malaysia, China dan Korea Selatan.

9. Kapitan Gerrard, menjadi pemain kedua selepas Daniel Agger yang tidak dapat bermain untuk baki musim ini. Namun Kapitan Gerrard memberi jaminan yang dia akan turun bersama Liverpool untuk Jelajah Asia nanti.

10. Robbie Fowler kembali menyertai Liverpool dengan menyertai latihan Liverpool memandangkan Liga Australia kini telah melabuhkan tirainya musim ini.

11. Liverpool sedia mendapatkan Ibrahim Afellay dari Barcelona dengan tanda harga sebanyak 6 Juta Pound. Sekiranya ianya menjadi realiti, ini merupakan satu urusan perpindahan yang menguntungkan Liverpool.

12. Andy Carroll menjaringkan 2 gol menentang Manchester City dan John Flanagan, berusia 18 tahun melakukan debutnya pada perlawanan tersebut.

13. Pengurus Porto, Andre Villa-Boas, dikaitkan dengan jawatan Pengurus Liverpool untuk musim depan, walubagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan Liverpool.

14. Liverpool bersedia mengorbankan Joe Cole sebagai galang ganti untuk mendapatkan khidmat Ashley Young dari Aston Villa yang mana sebelum ini Aston Villa mahukan 20 Juta Pound untuk Young.

15. Kenny Dalglish, bersedia membawa pulang Michael Owen ke pangkuan Liverpool memandangkan kontraknya bersama Scumbag akan tamat musim ini.

16. 15 April, Selamat Ulangtahun Hillsborough Disaster. Never Ever Forgotten.. Justice for 96. YNWA

17. 16, April, Selamat Ulangtahun Kelahiran Rafa Benitez. Terima Kasih. Jasamu dikenang.

Tuesday, April 12, 2011

Wisel Penamat: Sweet Carroll 9 untuk Hillsborough


Tragedi Hillsborough akan berusia 22 tahun pada 15 April ini. Manakala saya akan berusia 24 tahun pada tarikh yang sama, tapi tahun berbeza. Dua jaringan Carroll dan 1 gol dari Kuyt sudah cukup untuk didedikasikan kepada mereka yang terkorban pada 22 tahun yang lepas.

Carroll telah membuktikan nilainya kepada King Kenny dengan 2 gol yang menarik. Saya telah menjangkakan dalam perlawanan menentang City, Carroll akan menjaringkan gol, tetapi tidak sangka pula Carroll menghadiahkan 2 gol, 1 untuk Hillsborough dan 1 lagi untuk saya. Hehe..gurau je..

John 'Flanno' Flanagan,18 tahun cukup memberangsangkan walaupun kali pertama beraksi untuk skuad senior. Tenang dan bersahaja seperti tiada bebanan yang diletakkan keatasnya. Masa depan yang cerah untuknya memandangkan Glen Johnson dan Martin Kelly masih lagi diulit kecederaan.

Keseluruhan, pamain bermain dengan cukup baik, mentaliti menyerang yang cukup ampuh pada separuh masa pertama dan permainan santai dibabak kedua. Spearing dan Lucas bermain cukup baik kali ini. Tidak seperti ketika menentang West Brom. Meireles dan Kuyt cukup ligat memporak perandakan bahagian sayap City selain Suarez memberikan lebih banyak mencipta peluang dan ruang untuk Carroll menjaringkan gol.

Diharap rentak kemenangan dapat diteruskan dengan menjadikan Arsenal mangsa yang seterusnya.

22 Years Still In Mind, Hillborough Tragedy. Justice For 96. You'll Never Walk Alone!

Sunday, April 10, 2011

Sebelum Wisel: Menentang Pasukan Jutawan


Liverpool menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang kelab kaya raya, Manchester City. Walaubagaimanapun tiada sambutan red carpet untuk mereka. Apa yang pasti sambutan dengan buldozer dan tembakan senapang gajah akan menanti mereka di Anfield awal pagi nanti.

Walaupun pada hakikatnya, pada awal musim Liverpool telah dibedil 3-0 di Eastland, tetapi itu awal musim. Sekarang semakin menghampiri akhir musim dan mentaliti kedua-dua pasukan pastinya untuk mencapai target masing-masing.

Liverpool akan turun tanpa Steven Gerrard, Daniel Agger kemungkinan besar Johnson turut tidak dapat diturunkan. King Kenny pasti sudah membuat post mortem terhadap kekalahan kepada West Brom tempoh hari. Diharap tidak ada kesilapan individu berlaku untuk perlawanan ini.

Berbaki 6 perlawanan dengan pasukan yang menanti seperti, Arsenal, Birmingham, Newcastle, Fulham, Tottenham dan Aston Villa. Baki perlawanan yang cukup mencabar untuk diharungi. Mampukah Liverpool untuk melayakkan diri ke saingan Liga Europa musim hadapan? Jawapannya bermula dari perlawanan menentang City awal pagi nanti.

Walk on. Ynwa

Thursday, April 7, 2011

YNWA: LeBron James miliki Pegangan Saham di Liverpool

Bintang Bola Keranjang, LeBron James dari pasukan Miami Heat, telah menandatangi perjanjian untuk memiliki sebahagian kecil saham di Liverpool.

Tom Werner dan John W Henry telah mengesahkan perjanjian tersebut. LAngkah ini dilihat akan menarik minat dan pengaruh di Amerika Syarikat dan Asia memandangkan LeBron James mempunyai pengaruh yang kuat. Ianya dilihat cukup baik untuk nilai komersial Livierpool diluar sana memandang LeBron James Ikon sukan yang cukup terkenal.

Dalam pada itu, impiannya untuk menjadi seorang usahawan telah menjadi kenyataan dengan memiliki kuasa di Liverpool yang merupakan kelab yang berjaya dalam sejarah England.

Diharap Fenway Sport Group dapat menarik lebih ramai pelabur luar yang berpotensi besar seperti LeBron James dalam masa akan datang.

walk on.ynwa

Monday, April 4, 2011

Wisel Penamat: Bila tiada Keyakinan Kalah Lebih Sesuai


Kecundang juga kepada West Brom setelah 25 tahun tidak pernah kalah kepada West Brom lebih-lebih lagi dengan rekod gol sebanyak 25 gol dan tidak pernah bolos keatas West Brom. Jika dilihat keseluruhan perlawanan, semua pemain beraksi dibawah tahap sebenar. Penguasaan bola lagi la kurang ada suatu ketika West Brom menguasai 70% kawalan bola. Lucas dan Spearing teruk dibuli oleh Christ Brunt dan Paul Scharner.

Andy Carroll dan Luis Suarez cukup merbahaya tapi hanya seketika. Apabila Carroll dilayangkan kad kuning pada minit ke-28, segalanya bertukar menjadi pasif. Hantaran kepada mereka berdua langsung tiada. Kuyt dan Meireles lesu dibahagian sayap. Penat international match agaknya.

Pertahanan memang macam musibat. Kecederaan awal permainan yang menimpa Johnson dan Agger merencatkan perancangan King Kenny. Kyrgiakos yang masuk menggantikan Johnson sebelum Agger dibawa keluar dan digantikan dengan Danny Wilson. Kyrgiakos memang tegap dari luaran tetapi habis dikotak- katikkan oleh Peter Odemwingie. Wilson bukan la specialist di bek kiri. Dia adalah full bek tengah tradisional seperti Sami Hyppia.

Masalah yang perlu diatasi kini adalah menyediakan pemain simpanan yang berkualiti dan kena dengan posisi. Jangan bek tengah bila ganti player lain men bek kiri. Memang merencatkan terus perlawanan. Keseluruhan pemain tidak bermain secara bersungguh-sungguh. Kenapa West Brom boleh menang? Jangan cakap sebab diorang menang sebab penalti. Ya memang diorang menang sebab penalti. Tapi macam mana leh dapat penalti? Sebab diorang main sungguh-sungguh, kasi porak peranda pertahanan Liverpool. Jadinya adakah salah pengurus kalau team kalah?

Pemain yang tiada keyakinan nak bermain, tiada kesungguhan. Kalau dari dulu King Kenny jadi pengurus pun kalau pemain main macam musibat. Jahanam jugak la jawabnya. Perlawanan seterusnya menentang kelab kaya raya. Nak tulis panjang-panjang pun tak guna. Nak dapt tempat untuk Europa nak x nak kena menang.

walk on.ynwa

Friday, April 1, 2011

Sebelum Wisel: Roy Hodgson Menanti di The Hawthorns


Roy Hodgson akan menanti ketibaan rombongan King Kenny dengan matlamat tersendiri bagi membuktikan yang dia masih antara pengurus terbaik di England selain meneruskan rekod tanpa kalah sejak membimbing West Bromwich.

Perlawanan terakhir West Brom adalah mengikat Arsenal dengan jaringan 2-2. King Kenny harus mengambil kira aksi terakhir ini memandangkan Arsenal bukan calang-calang pasukan yang berjaya dijinakkan Roy.

Perlawanan ini semestinya dimenangi bagi merapatkan lagi jarak mata yang tinggal untuk mencabar slot ke saingan Europa League mahupun Champions League. Kebanyakkan pemain yang cedera dilaporkan semakin pulih seperti Steven Gerrard, Jonjo Shelvy dan Martin Kelly.

Barisan serangan hampir pasti akan dikemudi oleh Luis Suarez dan Andy Carroll sambil dibantu oleh Raul Meireles. Persaingan dibahagian tengah pasti akan memperlihatkan kebijaksanaan King Kenny memilih pemain yang betul sama ada memilih Maxi, Joe Cole, Spearing mahupun Lucas.

Mahu tak mahu, perlawanan ini harus dimenangi, serta bagi perlawanan juga harus mengutip semaksima mata yang mungkin.

walk on.ynwa

Berita Ringkas: Rangkuman

1. Liverpool seri tanpa jaringan di Anfield ketika menentang Braga untuk timbal balik perlawanan Piala Europa. Liverpool mengakhiran musim ini sekali lagi tanpa sebarang kejuaraan. Tak mengapa cuba lagi musim hadapan.

2. Lucas Leiva bergelar bapa untuk pertama kalinya. Mendapat anak lelaki yang diberikan nama Pedro, selamat melihat dunia ketika dilahirkan di Hospital Liverpool dan menjadikan Pedro adalah seorang Scouser berdarah Brazil.

3. Andy Carroll melakukan debut penuh ketika menentang menentang Sunderland untuk membentuk gandingan ampuh bersama Luis Suarez dengan membawa kemenangan 2-0. Kemenangan ini merapatkan jurang mata dengan Tottenham di tangga ke-5 dengan 4 mata terpisah.

4. Kenny Dalglish sudah sedia untuk mendapatkan pemain targetnya untuk perpindahan januari antara yang menarik minat Dalglish adalah, Ashley Young, Charlie Adam, Matt Jarvis, Ola Toivonen, Leighton Baines dan Jose Enrique.

5. Andy Carroll menjaringkan gol pertamanya untuk England, hanya pada capnya yang ke-2 ketika perlawanan persahabatan menentang Ghana.

6. Lucas Leiva menandatangani kontrak baru bagi membolehkan beliau kekal di Anfield sehingga 2015. Langkah bijak oleh Damien Comolli untuk memastikan aset berharga Liverpool dan Brazil itu kekal selama yang mungkin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger