Entri Terhangat

Tuesday, December 29, 2009

Wisel Penamat: Torres Super 50

'The Reds Machine Goal' Fernando Jose Sanz Torres menghadiahkan gol minit terakhir untuk kemenangan ke atas Aston Villa, sekaligus menjadi pemain Liverpool yang terpantas menjaringkan 50 gol dibawah 100 penampilan untuk The Reds.

Torres berjaya memperdayakan bekas penjaga gol The Reds, Brad Friedel pada minit ke-93 selepas kesilapan yang dilakukan juga oleh bekas pertahanan The Reds, Stephen Warnock.

Rafa Benitez menurunkan kesebelasan yang hampir serupa ketika menentang Wolves, tetapi kembali meletakkan Dirk Kuyt ke posisi kanan dan Yossi Benayoun kembali ke sayap kiri.

Perlawanan yang begitu rancak pada babak pertama walaupun keadaan padang dihujani salji. Pepe Reina harus diberikan pujian kerana berjaya menyelamat beberapa percubaan merbahaya dari Steward Downing dan Gabriel Agbonlahor. Gandingan Aquilani-Lucas semakin menampakkan keserasian walaupun Aquilani kelihatan agak keletihan kerana masih mengalami kecederaan kecil dibahagian lututnya.

Dengan kemenangan ini, Liverpool melebarkan rekod tanpa kalah di Villa Park sejak tahun 1998. Disamping itu Liverpool berjaya merapatkan mata dengan Aston Villa di tangga ke-6 dan hanya dibezakan 4 mata dengan Spurs di tangga ke-4. Jika memenangi perlawanan menentang Spurs di Anfield pada 11 Januari nanti, Liverpool akan mengurangkan defisit mata ke pada satu mata.

YNWA

Galeri Gambar: Aston Villa vs Liverpool

Pepe Reina menghadang tandukan John Carew

Rafa 'The Don' Benitez

Lucas Leiva dikasari Agbonlahor

Carradona sedaya upaya mengekang Agbonlahor

Gigil beb...Reina Kesejukan

The Don bersama The Proffessor

Amik nafas dulu brader...Aquilani take five...

Dunne mengasak Torres

Yeah! 50 Gol!!!

Skrtel,Carra, Stevie G, Benayoun meraikan gol Torres


sumber: getty images europe

Monday, December 28, 2009

Sebelum Wisel: Teruskan Rentak Kemenangan

Liverpool akan berkunjung ke Villa Park, dengan misi meneruskan rentak kemenangan disamping misi sampingan, membalas dendam kekalahan 3-1 pada perlawanan di Anfield 24 Ogos yang lalu.

Hadir dengan semangat keyakinan yang tinggi, barisan pemain semestinya memahami akan pentingnya perlawanan ini. Menentang Aston Villa merupakan perlawanan pertama bagi pusingan kedua saingan liga. Selepas menentang Villa, Liverpool akan menanti kunjungan Spurs pula.

Pengurus Martin O'neill telah mengingatkan anak buahnya akan kebangkitan yang akan Liverpool tampilkan untuk saingan pusingan kedua liga. Untuk berdepan Liverpool di Villa Park. O'neill akan kehilangan pemain sayap lincahnya iaitu Ashley Young yang digantung perlawanan. Mungkin ia satu perkhabaran baik untuk pemain pertahanan Liverpool. Tetapi perlu diingat bahawa Villa masih ada Petrov dan Milner untuk menampung kekosongan yang di tinggalkan Young.

Dipihak Liverpool pula, Benitez masih belum membuat keputusan untuk menyenaraikan Aquilani dalam perlawanan ini kerana Aquilani mengalami kecederaan ringan dilututnya. Bagaimanapun Benitez siap sedia untuk memanggil kembali Dirk Kuyt untuk permulaan awal menentang Villa.

Rafa Benitez berkata, keseluruhan pasukan bertambah baik apabila kemenangan keatas Wolves dicapai. Bagaimanapun rentak kemenangan harus diteruskan untuk mencapai sasaran empat teratas dan kemenangan ke atas Aston Villa sebagai titik permulaan.

Diingatkan juga bahawa statistik untuk lima perlawanan terakhir liga musim ini memperlihatkan Aston Villa cuma tewas sekali dan mencatat empat kemenangan. Manakala Liverpool mencatat dua kemenangan, dua kekalahan dan 1 keputusan seri.

Pemain mengetahui perlawanan harus dimenangi, semestinya perasan gusar mahupun kurang keyakinan harus dibuang jauh. Teruskan rentak kemenangan. Kami penyokong sentiasa berada bersama. Jatuh bangun The Reds, kami jua terasa. Bangkit segera, Ganyang Villa!

YNWA

Saturday, December 26, 2009

Wisel Penamat: Liverpool 2 Wolves 0

Akhirnya The Reds mencapai kemenangan yang amat diperlukan, apabila menidakkan cabaran Wolves di Anfield lewat malam tadi. Bagaimanapun Wolves hanya mengalah apabila seorang pemainnya dibuang padang. Para pemain The Reds mengambil sepenuhnya keempatan tersebut untuk menjaringkan dua gol melalui Stevie G (62) dan Benayoun (70).

Permulaan babak pertama dimonopoli The Reds dengan asakan demi asakan oleh Fernando Torres dan Stevie G. Namun menghampiri pertengahan babak pertama, Wolves mula dapat mengawal setiap pergerakan The Reds. Berakhirnya babak pertama tanpa sebarang jaringan. Melihat reaksi The Kop yang hadir menzahirkan betapa kecewanya mereka, aksi babak pertama tanpa sebarang gol dijaringkan.

Memasuki babak kedua, Kekecewaan The Kop akhirnya berbayar apabila melihat dua gol berkualiti dihasilkan dihadapan mereka. Babak kedua memperlihatkan kawalan kemas Aquilani dan Lucas di jentera tengah sambil Benayoun dan Aurelio membuat huru-hara dibahagian sayap Wolves.

Dirk Kuyt masuk menggantikan Aurelio pada minit ke-76, bagi menambah variasi serangan dibahagian sayap kiri dan pada minit ke-85, Aquilani dikeluarkan kerana mengalami kecederaan ringan, aksi Aquilani telah membolehkannya mendapat 'Standing Ovation' oleh The Kop yang berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh Aquilani. Aquilani digantikan oleh pemain Muda, Dani Pacheco, Jay Spearing pula masuk menggantikan Benayoun pada minit-minit akhir pemainan.

YNWA

Friday, December 25, 2009

Sebelum Wisel: Kembalikan semula keyakinan

Lewat malam ini, The Reds akan menanti kunjungan Gergasi Oren di Anfield. 'The Don' Benitez mengharapkan pemainnya kembali ke tahap keyakinan sebenar setelah mengharungi permulaan musim yang begitu buruk.

The Reds hanya memenangi empat perlawanan dari 17 Perlawanan, selain mendapat berbagai kritikan dari segenap sudut, terutama dari Lagenda Kop sendiri seperti, Greame Souness, Ian Rush dan Ian Callaghan.

Ian Rush telah melihat merundumnnya prestasi semasa pemain utama seperti Steven Gerrard, Carragher, Reina dan Torres sebagai antara punca utama kemerosotan The Reds ketika ini.

Dalam pada itu, Alberto Aquilani dilihat akan membuat permulaan kesebelasan utama buat kali pertama bagi saingan liga untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mascherano yang digantung perlawanan.

Aquilani baru pulih dari kecederaan Betisnya semakin cergas untuk diturunkan. Walaubagaimanapun, Benitez akan menunggu saat akhir untuk menyenaraikan Aquilani untuk permulaan perlawanan.

Benitez juga berharap pemainnya akan turun bermain dengan keyakinan dan semangat yang tinggi dan tidak akan terganggu dengan spekulasi semasa mengenai kedudukannya dikerusi panas Anfield. Kemenangan sahaja yang akan memperlihatkan hala tuju The Reds untuk mengecap Empat teratas musim ini. Jika tewas, mungkin Rafa Benitez boleh bersiap sedia untuk menerima bala yang mendatang.

YNWA

Sunday, December 20, 2009

YNWA: Rehatkan Rafa

Kekalahan kepada Pompey Sabtu lalu, menzahirkan lagi betapa pincangnya percaturan Benitez dalam perlawanan liga. Ianya seperti serba tidak kena, dari segi pilihan pemain, posisi pemain dan secara keseluruhannya pengurusan kelab.

Alberto Aquilani tidak dapat diturunkan pada saat akhir kerana kecederaan betis menyempitkan idea Benitez yang sedia sempit untuk mencorak Midfield The Reds.

Perlukah Liverpool menggunakan dua orang Defensive Midfielder dalam sesuatu perlawanan? Mascherano-Lucas, corak permainan mereka terlalu serupa sehingga merencatkan corak menyerang. Dengan empat pertahanan yang sediada, ditambah lagi dua DM, agak serabut pertahanan kita.

Penguasaan bola dibahagian Midfield juga tidak semantap musim lalu. Musim lalu memperlihatkan betapa rakusnya Gerrard menjaringkan gol-gol cantik. Tapi sehingga kini Gerrard hanya menjaringkan 4 gol sahaja setakat ini. Memperlihatkan betapa kurangnya kreativiti dibahagian Midfield.

Bahagian serangan, Torres telah menunjukkan betapa dia sememangnya berkualiti. Tetapi meletakkannya sendirian diatas jelas satu penyiksaan kepadanya. Semua pasukan dalam saingan liga menggunakan dua orang penyerang. Chelsea ada Drogba-Anelka, ManShiter ada Rooney-Berbatov-Owen, Arsenal ada Eduardo-Persie-Bendtner kalau dilihatkan Manchester City, Spurs dan Villa masing-masing meletakkan 2-3 penyerang.

Pihak pengurusan mungkin tidak akan memecat Benitez ketika ini, tetapi mungkin dengan merehatkan sebentar Benitez dari mengendalikan pasukan buat seketika adalah langkah terbaik untuk keharmonian kelab yang kelihatan ketika ini agak huru-hara. Mungkin Christian Purslow boleh menggunakan khidmat Kenny Dalglish untuk mengendali pasukan untuk tahun baru nanti. Siapa tahu, segalanya mungkin.

YNWA

Tuesday, December 15, 2009

Sebelum Wisel: Bermainlah dengan Semangat Shankly

Awal pagi Khamis nanti, semasa perlawanan menentang Wigan Athletic ,The Kop akan berkumpul beramai-ramai di Anfield untuk memperingati 50 tahun perlawanan pertama kendalian Bil Shankly. Bil Shankly mengemudi The Reds pada tarikh 19 Disember 1959 ketika perlawanan liga menentang Cardiff.

Perlawanan di Anfield ini diharap akan berakhir dengan kemenangan, sememangnya kemenangan akan membuatkan majlis memperingati Bil Shankly untuk tahun ke-50 lebih bermakna.

Harapan The Kop mahukan Rafa Benitez meletakkan perlawanan ini sebagai keutamaan untuk dimenangi kerana ianya mempunyai nilai sentimental yang terlalu tinggi dan sememangnya perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang cukup emosi bagi The Kop yang pernah merasai dan melalui zaman gemilang Shankly.

Perlawanan ini dijangka akan dihadiri oleh lagenda-lagenda The Kop yang pernah berkhidmat untuk Shankly seperti Kevin Keegan, Phil Thompson, Ian Callaghan dan ramai lagi. Sememangnya mereka juga mahu memperingati Bil Shankly dengan berkongsi kegembiraan dengan The Kop meraikan kemenangan menentang Wigan nanti.

Sekiranya kalah lagi, Rafa Benitez pasti menerima kritikan pedas dari mereka dan juga The Kop. Jangan dihancurkan Majlis Shankly ini dengan kekalahan. Apapun sama-samalah kita berjaga pagi nanti menyaksikan perlawanan ini.

YNWA


Monday, December 14, 2009

YNWA: Carradona idam pintas rekod Clemence

Orang Kuat The Reds, Jamie Carragher menghampiri penampilan ke-600nya bersama-sama The Reds. Mengikut kedudukan semasa penampilan terbanyak untuk The Reds, Carragher berada di tangga ke-3 dibelakang Ian Callaghan dan Ray Clemence.

Ian Callaghan memegang rekod penampilan terbanyak iaitu 857 penampilan. Manakala Ray Clemence pula merekodkan 665 penampilan.

Secara realistiknya, Carradona mungkin dapat mengatasi rekod Clemence sekiranya membuat penampilan sekerap mungkin sehingga penghujung musim akan datang.

Untuk merealisasikan impiannya itu, Carragher menetapkan untuk beraksi sekurang-kurangnya 50 perlawanan semusim, memandangkan usianya sudah pun 31 tahun, angka 50 perlawanan semusim untuknnya adalah angka yang realistik untuk dicapai.

Bagaimanapun Carragher berharap kontraknya yang berbagi 18 bulan untuk tamat dapat disambung untuk 2-3 musim lagi. Sekiranya dia berjaya memintas Ray Clemence. Carragher telah membuka lembaran baru bagi slot lagenda The Kop untuk Era Millennium ini.

Semoga Berjaya Jamie.

YNWA

Sunday, December 13, 2009

Wisel Penamat: Taktikal Pemusnah Benitez

Hampa, Kecewa melihat taktikal Benitez pada separuh masa kedua perlawanan malam tadi. Perlawanan yang sepatutnya dihamburkan dengan kata-kata pujian bertukar kepada maki, sumpah seranah dari The Kop sendiri.

Taktikal Benitez pada separuh masa pertama melihatkan betapa berkesannya barisan pertahanan menyerap asakan lawan dan kebebasan Midfielder menguasai bola. Namun semuanya bertukar serta merta hanya kerana ingin mempertahankan 1 gol yang dijaring oleh Kuyt pada minit ke-41.


Kenapa perlu bertahan? Kenapa tidak diteruskan rentak pada separuh masa pertama? Pada separuh masa kedua melihat betapa rapuhnya pertahanan dan ditambah lagi dengan kecelaruan Benitez mencorak permainan hingga memerangkap Glen Johnson menjaringkan gol sendiri.

Rafa Benitez sedikit pun tidak tersentak dengan jaringan penyamaan tersebut, langsung tidak ada inisiatif untuk mengubah taktikal bertahannya itu. Selang beberapa minit kemudian Arshavin menambah derita KITA atas ketidakpekaan Benitez itu.

Kehadiran Xabi Alonso untuk menyaksikan perlawanan mungkin mendatangkan sedikit inspirasi kepada penggantinya Aquilani yang masuk menggantikan Mascherano. Kenapa Mascherano pula dikeluarkan? Kenapa tidak Lucas? Apa motif sebenar Benitez tidak mengeluarkan Lucas yang sememangnya jelas tidak memberi apa-apa sumbangan.

Kemudian Benitez memusnahkan terus api perjuangan pemain yang lain dengan membawa keluar Benayoun dan digantikan dengan David Ngog. Harapkan dapat melakukan gerak di sebelah sayap kiri, tetapi langsung tidak ada gerakan bermakna dari Ngog.

Dengan kekalahan ini, status Liverpool untuk menjadi Empat terbaik semakin samar dengan kelab-kelab kerdil lain seperti Birmingham, Fulham, Sunderland dan Stoke City semakin hampir memintas kedudukan dalam carta liga.

Inilah realitinya, semakin hari semakin merapu taktikal Benitez. Semua peminat pasti akan meletakkan kegagalan perlawanan ini keatas Benitez yang keseluruhannya menjahanamkan semangat melawan pasukan.

YNWA



Saturday, December 12, 2009

Sebelum Wisel: Kubu Kukuh berdepan Gunners

Rafa Benitez siap sedia menurunkan barisan terkuatnya berdepan cabaran Arsenal di Anfield malam ini. Dengan hampir kesemua pemain yang cedera sudah pulih dan beberapa pemain utama telah mendapat rehat yang secukupnya.

Benitez pastinya akan membuat persiapan rapi dibahagian pertahanan yang pastinya akan berdepan barisan serangan kreatif Arsenal. Carragher, Johnson dan Reina telah direhat pada perlawanan menentang Fiorentina tempoh hari, khidmat mereka amat ditagih untuk perlawanan malam ini.

Alberto Aquilani yang membuat debut sulungnya dalam Champions League dilihat sedia memulakan aksi bagi kesebelasan utama setelah menunjukkan permainan meyakinkan menentang 'orang kampung' nya tempoh hari.

Fernando Torres juga dilihat akan mengetuai jentera serangan malam ini, Torres berkata peluang Liverpool musim ini agak samar, tetapi Benitez sebaliknya tetap yakin anak buahnya akan menamatkan saingan dalam posisi liga yang lebih baik berbanding sekarang.

Keadaan semasa seperti menyokong kenyataan Benitez itu apabila, Chelsea dan ManSHITer keciciran mata demi mata sejak akhir-akhir ini.

Barisan Kemungkinan:
Reina, Carragher, Agger, Johnson, Insua/Aurelio, Mascherano, Lucas, Kuyt, Aquilani, Gerrard, Torres.

Jangkaan:
Liverpool Menang 2-1
Gol oleh: Gerrard dan Torres

YNWA

Friday, December 11, 2009

YNWA: Gerrard terkenang Owen

Gambar kenangan Gerrard bersama Owen

Gerrard meraikan jaringan Michael Owen

Steven Gerrard mengakui musim ini merupakan musim paling suram dalam kerjayanya sebagai seorang pemain bola sepak. Steven Gerrard mempunyai kehidupan yang begitu sempurna di luar padang, mempunyai isteri yang memahami kerjayanya, anak-anak yang comel dan manja dengannya dan keluarga yang mengambil berat tentangnya.

Tetapi didalam padang, politiknya nyata berbeza. Diawal permulaan musim Gerrard kehilangan dua sahabat seperjuangan yang sememangnya memberinya sedikit sebanyak nilai sentimental yang tinggi buatnya.

Pertama, Gerrard kehilangan rakan seposisinya, Xabi Alonso yang makan hati dengan tindakan Benitez yang menjadikannya kambing hitam untuk mendapatkan Gareth Barry. Barry tak dapat, Alonso melangkah pergi meninggalkan Gerrard terkapai-kapai tanpa pembantu yang memahami setiap gerakannya diatas padang. Namun pemergian Alonso mampu diisi oleh Aquilani sedikit masa lagi. Sekurang-kurangnnya mengurangkan rasa rindu Gerrard terhadap Alonso.

Namun, apa yang pasti akan berbekas dan meninggalkan parut yang mendalam kepada Gerrard adalah pemergian rakan dari zaman kanak-kanak di Akademi Bola Sepak Liverpool iaitu Michael Owen ke pasukan Merah yang satu lagi. ManSHITer United.

Gerrard dan Carragher telah mengemukakan keinginan mereka untuk membawa pulang Owen kepangkuan The Reds kepada Benitez pada musim panas lalu, namun Benitez masih menyimpan dendam terhadap Owen yang meninggalkan Liverpool pada tahun 2005 tanpa keizinannya dan tanpa memberikan sedikit pulangan dari segi kewangan sebaliknya pergi ke Real Madrid untuk menghancurkan kariernya semata-mata disana.

Benitez tetap berkeras dengan menyatakan tiada tempat untuk Owen, walaupun Owen sedia kembali meskipun gajinya dipotong. Benitez menyatakan dia sudah mempunyai Torres dan Gerrard untuk barisan hadapannya.

Gerrard sememangnya terkilan dengan Benitez, rasa terkilannya itu ditambah lagi dengan tindakan Owen menyertai seteru utama Liverpool. Gerrard berkata, Owen tidak sepatutnya disitu, dia kelihatan pelik apabila memakai jersi merah hitam itu. Mereka tidak sesuai untuk Owen.

Walau apa pun, melihat keadaan semasa ketika ini, Owen semakin tajam di Old Toilet dan kembali menjaringkan gol-gol yang cantik untuk ManSHITer. Benitez pasti menyesal dengan tindakannya tidak membawa pulang Owen. Manakala Gerrard pasti akan terus memendam rasa tindakan khianat rakan baiknya itu.

YNWA






Thursday, December 10, 2009

Wisel Penamat: Skrip Lama Berulang

Musim terburuk The Reds bagi saingan Liga Juara-Juara disempunakan dengan kekalahan sekali lagi kepada Fiorentina. La Viola menjaringkan gol pada lewat masa tambahan melalui Alberto Gilardino untuk menghuni singgahsana Kumpulan E.

Skrip sama berulang di Anfield sebagaimana perlawanan menentang Lyon pada 20 Oktober yang lalu berkesudahan Lyon memperoleh gol kemenangan pada lewat minit akhir permainan.

Secara rambang, The Reds secara sedikit demi sedikit mencari keyakinan untuk kembali semula bersaing dengan sekembalinya Fernando Torres. El Nino sempat bermain selama 25 minit. Alberto Aquilani membuat permulaan kesebelasan utama selama 76 minit sebelum digantikan oleh Dani Pacheco.

Il Principino memperlihatkan kualitinya melakukan hantaran dan mengawal jentera tengah, walaupun tidak sesempurna mana, sedikit sebanyak mengubah dimensi serangan The Reds dibahagian tengah yang sebelum ini dilihat agak terkebawah apabila Lucas berganding bersama Mascherano.

The Reds memperolehi gol hasil Tandukan Nakal Yossi Benayoun hasil dari sepakan percuma Kapitan Gerrard pada minit ke-42. Bagaimanapun La Viola menyamakan kedudukan pada minit ke-63 hasil kealpaan barisan pertahanan KITA.

Rafa Benitez telah memberi kepercayaan kepada bintang muda scousers iaitu Stephen Darby untuk menggantikan Glen Johnson di pertahanan kanan. Dani Pacheco turut diberikan peluang beraksi selama 14 minit menggantikan Alberto Aquilani.

Walaubagaimanapun, Benitez berpuas hati dengan aksi pemain yang bermain baik, walaupun nasib tidak menyebelahi untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan La Viola.

YNWA


Wednesday, December 9, 2009

Info Pemain: Jose Pepe Reina



Sepanjang tempoh 50 Tahun kebelakangan ini, Liverpool memiliki beberapa Penjaga gawang yand cukup disegani hingga kini antaranya:

Tommy Lawrence 1958 - 1971
Ray Clemence 1967 - 1981
Bruce Grobbelaar 1981 - 1994
Sander Westerveld 1999 - 2001
Jerzy Dudek 2001-2007
Jose Reiner 2005 hingga kini

Tommy Lawrence dan Ray Clemence berada di zaman Revolusi Shankly. Mereka menjadi Inspirasi kepada kejayaan The Reds naik ke divisyen utama. Penampilan meyakinkan Ray Clemence telah menjadikannya sebagai Penjaga Gawang No.1 England ketika itu.

Bruce Grobbelaar pula memperkuatkan Rejim King Kenny, Bruce berasal dari Zimbabwe sememangnya cukup ligat dikawasan golnya dan terkenal dengan tarian psikologinya ketika berdepan dengan tendangan penalti.

Sander Westerveld pula hadir ketika zaman pemerintahan Houllier, penampilannya juga sedikit sebanyak menutup kelemahan penjaga gol sebelumnya seperti Brad Friedel dan David James.

Jerzy Dudek tiba menggantikan Westerveld dan menjadi antara Penjaga Gawang yang cukup cemerlang setelah era Ray Clemence dengan memenangi beberapa kejuaraan utama seperti UEFA Cup dan Champions League.

Memasuki era Rafalution giliran Pepe Reina, menyingkir Dudek dari posisi utama pasukan, Reina merupakan antara pembelian awal Benitez di Anfield.

Reina dikenali di Sepanyol dengan nama Jose Reina tetapi setibanya di Anfield, peminat mengelarkannya Pepe Reina. Pepe lahir di Sepanyol pada Ogos 1982. Pepe dari kecil berazam untuk mengikut jejak langkah bapa yang juga merupakan penjaga gawang terkenal di Sepanyol ketika itu.

Pepe memulakan karier bola sepaknya ketika remaja dengan mewakili pasukan remaja Barcelona bersama Victor Valdes, penjaga gawang Barcelona ketika ini. Pepe membuat penampilan sulungnya ketika musim 2000-2001. Pada musim 2004 di berhijrah ke Villareal, kelab yang mana bapanya pernah menabur bakti disana.

Belum cukup puas menyarung jersi serba kuning Villareal, Benitez menagih khidmat Pepe di Merseyside. Pepe tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyesuaikan diri dengan suasana Liga Inggeris dan pada tahun 2006 di mendapat anugerah Penjawa Gawang terbaik liga inggeris dengan jumlah Clean Sheet yang tertinggi musim itu.

Pepe membantu Liverpool memenangi Piala FA pada tahun 2006 dengan menyelamatkan 3 sepekan penalti. Akhirnya cita-cita untuk beraksi dalam final Liga Juara-juara tercapat pada tahun 2007, namun nasib tidak menyebelahinya apadila tunduk kepada AC Milan.

Dari hari pertama pepe tiba di Anfield, dia telah membuktikan yang dia merupakan Penjaga Gawang terbaik didunia. Walaupun kebanyakkan perlawanan Liverpool tidak bermain begitu baik, Pepe tetap mempersembahkan permainan konsistennya menyelamatkan percubaan bahaya ke gawangnya.

Dengan pintu perpindahan Januari semakin hampir dibuka, Rafa Benitez sememangnya mahukan Pepe mengikat kontrak jangka panjangnya di Anfield, disamping bekas majikannya Barcelona sedia mengeluarkan berjuta-juta pound untuk membawa pulang Reina ke Sepanyol.

YNWA

Tuesday, December 8, 2009

Sebelum Wisel: Sekadar Melengkap Jadual

Pagi Khamis ini merupakan perlawanan terakhir untuk KITA dalam saingan Champions League untuk musim ini. Bukan rezeki KITA musim ini. Mungkin musim depan membawa lebih sinar kepada KITA. Mudah-mudahan rezeki berlipat kali ganda dengan penaja baru musim hadapan.

Mungkin Peminat setia akan sanggup untuk berjaga hingga lewat pagi untuk menyaksikan penampilan penuh Alberto Aquilani 'Il Principino'. Itupun kalau Rafa Benitez tidak mengubah pendiriannya di saat akhir.

Bagi peminat yang sudah patah hatinya mungkin lebih gemar untuk memanaskan tilam empuk masing-masing dan mungkin menyimpan tenaga baru untuk berjaga untuk Europa League pula. Walau apa yang akan dilakukan oleh Peminat Reds sejati sekalian, misi utama dilihat disini adalah untuk membalas dendam atas kekalahan memalukan kepada La Viola di gelanggang lawan tempoh hari.

Jika Rafa Benitez menganggap perlawanan ini tiada makna lagi pun ada baiknya juga, kerana selepas ini Skuad KITA akan berdepan Arsenal dalam saingan Domestik semestinya akan mengisi Slot Super Sunday. Mungkin pemain-pemain muda akan diberikan peluang bermain dan merasai nikmatnya bermain dalam perlawanan Champions League.

YNWA

Sunday, December 6, 2009

Wisel Penamat: Terikat di Ewood Park

Liverpool akhirnya diikat tanpa jaringan oleh Blackburn di Ewood Park. Perlawanan yang diianggap dimainkan oleh Blackburn dengan begitu kotor oleh Glen Johnson. Glen jelas tidak menyenangi cara permainan Blackburn yang disifatkannya begitu menjengkelkan.

Apa yang pasti separuh masa pertama memperlihatkan betapa kurangnya nafsu pemain Liverpool untuk menyerang kubu Rovers, sebaliknya Rovers begitu ghairah menyerang. Sememangnya Rovers bermain begitu bersemangat kerana baru sahaja menyingkirkan Chelsea dalam saingan Piala Carling.

Benitez meletakkan Riera dan Benayoun pada kesebelasan utama, manakala Kuyt dinaikkan pangkat mengetuai serangan. Tetapi KITA lebih banyak bertahan pada babak pertama sedangkan barisan yang diturunkan Benitez cukup bagus untuk menyerang dan bukan untuk bertahan.

Pada babak kedua baru memperlihatkan nafsu menyerang sebenar dengan kemasukan Ngog dan El-Zhar sedikit sebanyak menunjukkan perubahan permainan kepada lebih menyerang. Beberapa peluang sepatutnya disudahi dengan jaringan gol, tetapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Dengan keputusan seri ini, kedudukan KITA turun ke tangga ke-7 dipintas Manchester City dan Aston Villa, masing-masing mencipta kemenangan. Dengan 12 mata ketinggalan kepada Chelsea dan 3 mata untuk kembali ke landasan sebenar untuk empat teratas.

Apa yang pasti perebutan tempat ke-4 liga sememangnya sengit dengan Aston Villa, Spurs dan City tidak sesekali akan memberi peluang mudah untuk KITA. Dengan itu, bagi menghadapi bulan Disember yang cukup padat perlawanannya, Kesilapan harus dikurangkan, dan tidak boleh terlepas sebarang mata bagi menjamin tempat yang lebih baik apabila menhadapi tahun baru nanti.

YNWA

Saturday, December 5, 2009

Sebelum Wisel: Penampilan ke-500 Stevie G tanpa kelibat Torres

Malam ini, Kapten Fantastik, Stevie G akan turun selaku Scouser Sejati dengan melakukan penampilan ke -500 bersama The Reds, menentang Blackburn Rovers, pasukan sama yang mana 11 tahun dahulu Gerrard memperolehi penampilan pertama ketika zaman remajanya.

Gerrard turun sebagai pemain gantian 11 tahun dahulu, dan kini Gerrard turun sebagai seorang Kapten Fantastik yang sedang memacu sebuah pasukan yang amat dahagakan kejuaraan Liga yang kali terakhir dikecapi 20 tahun yang lalu.

Stevie G hanya berusia 18 tahun ketika itu, begitu teruja untuk bermain menentang bintang-bintang Blackburn ketika itu, seperti Chris Sutton dan Tim Sherwood. Kini Gerrard sudah menjadi satu mercu tanda baru bagi KITA dengan kejayaannya meraih penampilannya ke-500 bersama Liverpool, hanya sebuah kelab, bukan dua atau tiga.

Walaubagaimanapun, Stevie G kurang bergembira dengan pencapaian peribadinya memandangkan The Reds kini semakin mustahil untuk mengejar Chelsea yang semakin selesa di singgahsana liga. Sehingga kini Gerrard masih menidakkan yang dia kini seorang Lagenda di Anfield, kerana dia masih gagal membawa pulang kejuaraan Liga di Anfield berbanding dengan Lagenda-lagenda Kop yang lain.

Kunjungan ke Ewood Park juga, menyaksikan sekali lagi Fernando Torres tidak dapat bersama-sama KITA untuk membenam keegoan Blackburn yang membenam Chelsea tempoh hari dalam saingan Piala Carling.

Fernando Torres telah menjalani latihan sepanjang minggu ini, tetapi tidak melengkapkan keseluruhan rutin latihan kerana masih belum cergas sepenuhnya dan Rafa Benitez tidak mahu mengambil sebarang risiko menentang Blackburn yang cukup terkenal dengan aksi keras mereka.

Walau siapa pun pemain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Torres untuk perlawanan ini, diharapkan Benitez tetap akan menurunkan barisan terkuat bagi membenam ego Blackburn sekaligus melebarkan rekod kemenangan kita dalam saingan liga.

YNWA


Monday, November 30, 2009

Wisel Penamat: Kuyt kotakan Janji benam Everton

Dirk Kuyt mengotakan janjinya untuk memberikan Liverpool kemenangan ke atas Everton dengan menjaringkan gol kedua Liverpool. Sebelum sepak mula, Kuyt berjanji akan menghadiahkan kemenangan ketiga berturut ke atas Everton di Goodison Park. Akhirnya Kuyt berjaya menunaikan janjinya. Syabas Kuyt!!!

Pertemuan ke- 212 bagi kedua-dua pasukan ini dilihat sebagai titik mula perubahan, dengan Liverpool gagal mencatat sebarang kemenangan setelah kemenangan terakhir ke atas Man U, manakala Everton bergelut bagi mengelakkan diri dari Zon Penyingkiran.

Dengan bertandang ke gelanggang lawan tanpa kelibat Torres sedikit sebanyak mengurangkan sengat dibarisan hadapan. Untuk rekod Liverpool sudah tewas 4 kali di gelanggang lawan dan melepaskan 20 gol, sememangnya kemenangan di Goodison Park amat diperlukan bagi memperbaiki rekod bagi musim ini.

Saat yang ditunggu tiba pada minit ke-12 apabila rembatan padu Mascherano terbias kaki Joseph Yobo menerjah gawang Everton. Selepas itu, Liverpool mengurangkan penguasaan bola dan Everton berjaya membolosi gawang Liverpool sebanyak dua kali walaubagaimanapun, kedua-dua gol Everton dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-80, Dirk Kuyt menyempurnakan kemenangan bermakna ini hasil sepakan kencang Albert Riera yang gagal ditampan kemas oleh Tim Howard. Keseluruhan perlawanan seimbang dengan pergerakan lebih berhati-hati dan pemain juga tidak begitu agresif bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan.

Dengan kemenangan ini, Liverpool naik ke tangga ke-5 liga, hanya dibezakan 2 mata dengan Arsenal ditempat ke-4 liga. Diharapkan kemenangan ini akan menjadi titik tolak Liverpool ke landasan sebenar dalam saingan liga musim ini.

YNWA


Sunday, November 29, 2009

YNWA: 10 Fakta Menarik Pertembungan Merseyside

1. Musim lepas Liverpool memenangi perlawanan ini 2-0, hasil jaringan Fernando Torres pada separuh masa kedua.

2. Liverpool memenangi 82 perlawanan dari 211 pertemuan, Everton cuma menang sebanyak 65 kali dan 64 pertemuan lain berkesudahan dengan keputusan seri.

3. Perlawanan pada malam ini merupakan pertemuan ke 181 antara Liverpool dan Everton dalam saingan liga. Yang mana pertemuan ini adalah pertemuan terbanyak bagi satu-satu perlawanan setempat dalam sejarah Liga Inggeris.

4. Liverpool mencari kemenangan ketiga berturut-turut di Goodison Park yang mana Liverpool berjaya melakukannya sebanyak 3 kali sepanjang sejarah kelab.

5. Ian Rush merupakan pemain terakhir yang menjaringkan hat-trick dalam pertembungan setempat ini yang mana Ian Rush menjaringkan 4 Gol bagi kemenangan 5-0 pada tahun 1982 di Anfield.

6. Liverpool tewas 2 daripada 11 pertembungan dan memenangi 7 perlawanan daripadanya.

7.Kemenangan terbesar Liverpool adalah pada tahun 1982 dengan jaringan 5-0, manakala Everton juga memenangi perlawanan dengan jaringan yang sama tetapi ianya pada tahun 1909.

8. Dua pemain Liverpool menjaringkan gol sendiri dalam pertembungan setempat iaitu Neil Ruddock pada tahun 1997 dan Sami Hyypia pada dua musim yang lalu.

9. Dirk Kuyt menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan 2 gol penalti dalam pertembungan setempat.

10. Steven Gerrard dan Phil Neville berkongsi catatan sejarah menjadi pemain yang dibuang padang sebanyak 2 kali dalam pertembungan setempat.

Friday, November 27, 2009

Sebelum Wisel: Misi Sembuh Luka


Liverpool akan berkunjung ke gelanggang jiran tetangga, Everton dengan harapan mencari kemenangan bagi menutup luka tersingkir dari saigan Liga Juara-juara. Petemuan yang dilihat sebagai petembungan setempat yang kurang menarik kerana Liverpool dan Everton masing-masing bergelut mencari rentak dalam saingan Liga Domestik.

Rafa Benitez kembali lega kerana jawatannya sebagai Pengurus Liverpool masih selamat setelah Pengarah Eksekutif Liverpool, Christian Purslow memberikan jaminan yang dia tidak akan dipecat dari jawatannya.

Fernando Torres juga menyatakan sokongannya kepada rakan senegaranya itu, dengan mengatakan Rafa Benitez orang yang layak untuk memangkin kejayaan untuk Liverpool buat masa ini. El Nino tidak dapat melihat individu lain yang sesuai untuk jawatan ini selain Benitez.

Perlawanan menentang Everton ini, Fernando Torres kemungkinan akan beraksi, tetapi bergantung kepada ujian kecederaan dan kecergasan yang akan diadakan beberapa jam sebelum perlawanan intu nanti.

Alberto Aquilani juga bersedia untuk diturunkan bagi kesebelasan utama, bagi bergandingan dengan Javier Mascherano ataupun Benitez lebih gemar meletakkan Aquilani di barisan simpanan terlebih dahulu dan memberikan Lucas peluang bermain.

Sebahagian besar pemain yang cedera sudah pulih sepenuhnnya, seperti, Dossena, Riera, Benayoun,Kelly, Aurelio dan Johnson. Semestinya tiada masalah untuk Benitez menurunkan kesebelasan terkuatnya musim ini.

YNWA

Tuesday, November 24, 2009

Wisel Penamat: Selamat Tinggal Champions League, Selamat Datang Europa League

Liverpool akhirnya melangkah keluar dari saingan Liga Juara-juara, walaupun membenam cabaran Debrecen awal pagi tadi. Sememangnya nasib bukan di pihak KITA, apatah lagi mengharapkan ihsan Lyon untuk menbenam Fiorentina dihalaman lawan.

Dalam impian KITA menuju ke Final di Madrid, akhirnya KITA terpaksa mengubah selera untuk mengejar cita ke Final Europa League di Hamburg nanti. Kecundangnya KITA di saingan Champions League ini menyaksikan KITA kerugian lebih kurang 10 juta pound sterling sebagai ganjaran untuk 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Juara-juara.

Walaubagaimanapun, diharapkan Skuad KITA akan terus melangkah kehadapan, dan melupakan kegagalan ini untuk mengharungi cabaran di saingan Liga Domestik dan Liga Europa nanti. Kemenangan malam tadi, melenyapkan rekod buruk KITA yang hanya mencatat 1 kemenangan dari sepuluh perlawanan terakhir.

Ade hikmah disebalik perlawanan malam tadi, dengan David Ngog semakin memperlihatkan keberkesanannya di barisan hadapan dan berjaya menjaringkan gol pertama dan terakhirnya dalam saingan Champions League untuk musim ini.

Lucas Leiva juga semakin selesa dengan peranannya di bahagian Midfield dan berjaya melakukan beberapa hantaran yang menarik untuk disudahi dengan jaringan gol, disamping Emiliano Insua yang semakin matang permainannya mengawal pertahanan kiri disamping membantu Fabio Aurelio melancarkan serangan dari sayap kiri.

Lupakan Champions League. Pandang kehadapan, masih banyak cabaran menanti KITA.

YNWA


Monday, November 23, 2009

Sebelum Wisel: Tanpa Torres di Ferenc Puskas

Fernando Torres dan Ryan Babel tiada dalam senarai Skuad KITA untuk menentang Debrecen pagi nanti. Sememangnya khidmat Torres tidak dapat digunakan Benitez kerana masih menjalani rawatan pemulihan.

Kecederaan Buku lali Ryan Babel yang diperolehi hasil perlawanan menentang City, sedikit sebanyak mengurangkan pilihan Benitez dibahagian sayap kiri, Albert Riera masih belum cergas sepenuhnya dan Benayoun masih bermain berhati-hati bagi mengelakkan kecederaannya berulang.

Perlawanan menentang Debrecen ini dilihat sebagai penentu Skuad KITA melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik Eropah. Sambil mengharapkan Ihsan dari Lyon untuk menumpaskan Fiorentina. Benitez juga berharap keajaiban akan membantunya kali ini.

Benitez sememangnya mahu menurunkan kesebelasan terkuatnya dengan harapan Glen Johnson akan cergas sepenuhnnya sebelum wisel permulaan. Dengan sekembalinya Benayoun Riera dan Aurelio dari kecederaan sedikit sebanyak akan mengimbangi kekuatan pasukan KITA kali ini.

Sekiranya keputusan seri dari perlawanan ini, maka berakhirlah perjuangan KITA dalam saigan Liga Juara-juara, dan mungkin kita harus fokus pula kepada Europa Cup pula. Sekiranya ia berlaku sememangnya musim ini merupa musim malang bagi KITA sepanjang Sejarah Hebat KITA sejak 1892.

YNWA

Wisel Penamat: Benayoun Penyelamat The Reds


Sememangnya Liverpool belum lagi mendapat keyakinan untuk memulakan semula saingan musim ini. Keputusan seri dengan Manchester City sabtu lalu jelas menunjukkan kepincangan Skuad kendalian Benitez.

Glen Johnson yang tidak dapat diturunkan pada saat-saat akhir merencatkan sedikit percaturan Benitez disebelah kanan. Walaubagaimanapun, Benayoun, Riera dan Aurelio berada dalam senarai pemain simpanan.

Liverpool mendahului hasil gol jaring Martin Skrtel pada minit ke-50, gol pertama Martin Skrtel untuk Liverpool selepas 3 musim di Anfield. 19 minit kemudian Adebayor menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan yang mana tiada seorang pun pemain KITA mengawal pergerakannya.

Stephen Ireland menambah derita KITA melalui gerakan lincah Shaun Wright Phillip pada minit ke-76. Walaunbagaimanapun Yossi Benayoun menjaringkan gol penyamaan selang seminit kemudian.

Perlawanan ini sememangnya amat perit untuk Benitez kerana terpaksa menerima dua lagi kecederaan dengan Daniel Agger mengalami kecederaan di kepala dan Ryan Babel mengalami kecederaan buku lali.

Awal pagi Rabu Liverpool akan bertandang ke Hungary untuk berjuang hidup mati dalam saingan Champions League, dan yang pasti Ryan Babel tidak akan tersenarai kerana kecederaan tersebut. Semoga Berjaya The Reds!!!!

YNWA

Friday, November 20, 2009

Sebelum Wisel: Wajib menang untuk hidupkan kembali cabaran

Malam ini, Pasukan KITA akan menanti kunjungan Pasukan Kaya-raya, Manchester City yang begitu yakin akan menambah derita Pasukan KITA. Kunjungan City dilihat oleh Benitez sebagai titik tolak permulaan semula pasukan KITA dalam saingan liga. Sekiranya kemenangan diperolehi malam ini, andaian Benitez mungkin boleh diterima pakai, sekiranya kekalahan menjelma mungkin pasukan KITA akan bergelut bersama pasukan lain dalam saingan kelas pertengahan liga.

Fernando Torres tidak dapat diturunkan pada malam ini, kerana masih belum cukup cergas, bagaimanapun khidmatnya boleh ditagih untuk aksi setempat menentang Everton nanti. Sekembalinya kapten Fantastik KITA, Stevie G sedikit sebanyak mengurangkan beban di kepala Benitez.

Perkhabaran gembira untuk kita yang mana beberapa pemain yang cedera sebelum ini sudah pulih dan sedia untuk diturunkan walaupun dari segi kecergasan belum pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia dapat memberikan Benitez lebih pilihan pemain dibangku simpanan. Daniel Agger, Alberto Aquilani, Glen Johnson, Yossi Benayoun, Albert Riera, Fabio Aurelio dan Martin Kelly masing-masing sudah pulih dari kecederaan.

Bagi Benitez sudah semestinya dia akan melihat aksi pemain yang diidamkannya musim lalu, Gareth Barry yang dikatakan antara kunci utama untuk Pasukan KITA memenangi gelaran liga. Bagaimanapun kuasa duit mengaburi mata Barry untuk untuk bersama KITA.

Hampir pasti malam ini, Il Pricipino tidak akan bermain kesebelasan utama kerana Benitez lebih menggemari gandingan Lucas-Mascherano, mungkin Il Pricipino akan dimasukkan pada penghujung babak kedua, Dalam hati memang nak sangat Aquilani main 1st eleven. Bahagian serangan hampir pasti menjadi milik David Ngog malam ini dan Voronin dan Babel sebagai pilihan kedua.

Walau apa pun strategi, pemain yang akan diturunkan Benitez malam ini, perlawanan ini adalah satu keWAJIBan untuk dimenangi dan amat malang sekiranya kekalahan melanda lagi.

Impossible is Nothing!!!
YNWA


Tuesday, November 17, 2009

Rafa: Aku keluar jika Torres dijual

Rafael Benitez mengakui dia sedia angkat kaki dari Anfield, sekiranya pemain kesayangannya Fernando Torres dijual tanpa keizinannya.

Dengan Kelab semakin menanggung hutang yang semakin bertambah, dengan Torres dikenalpasti akan menghasilkan satu pulangan yang lumayan sekiranya dia dijual. Sememangnya Yanks sudah berkira-kira untuk melepaskan Torres.

Bagaimanapun, Benitez tetap tegas dengan pendiriannya yang Torres tidak akan dijual dengan apa-apa nilai sekalipun. Sekiranya perkara ini berlaku juga, Benitez sedia meninggalkan Anfield. Benitez juga mengakui situasi semasa juga mengakibatkan dia telah melepaskan banyak prospek untuk dibawa masuk semasa jendela perpindahan lalu. Dengan dana yang diberikan kepadanya tidak bersesuaian dengan nilai pasaran semasa pemain masa kini.

Benitez juga menambah, setiap kali dia melakukan perpindahan dengan nilai yang besar pulangannya juga setimpal dengan nilainya, Benitez merujuk kepada pembeliannya meganya seperti Fernando Torres, Xabi Alonso, Pepe Reina dan Javier Mascherano.

Manakala Robbie Keane merupakan pemain yang baik, walaubagaimanapun Benitez terpaksa menjual semula Keane kerana dia tidak bermain pada tahap sebenar. Manakala pembelian Ryan Babel menurut Benitez adalah untuk masa hadapan dan dia masih menanti perkembangan semasa Babel.

Dengan keadaan semasa, semua peminat dan pihak pengurusan pasti berasa tidak senang duduk. Tetapi Benitez yakin sekiranya kesemua pemainnya cergas sepenuhnya, Liverpool akan lebih kuat dan sedia menentang sesiapa sahaja. Bagaimanapun keadaaan, mungkin keajaiban akan membantu.

YNWA

Friday, November 13, 2009

Eintracht Frankfurt mahu Khidmat Voronin

kau boleh pergi, tapi 3 juta mesti ada, boleh nego ckit lagi la..
2 juta la paling kurang...ingat tu..Aku terdesak nak pakai duit ni..
Van Der Vaart, Pavlyuchenko, Cole.....sume aku nak beli....
(sekadar luahan penulis)

Eintracht Frankfurt menyatakan minatnya kepada The Reds untuk mendapatkan Andriy Voronin sebagai Penyerang utama mereka dan bersedia membuat bidaan keatas Voronin pada jendela perpindahan Januari ini. Frankfurt sememangnya amat menginginkan khidmat Voronin itu sejak Voronin mempersembahkan aksi memberangsangkan ketika dia dipinjamkan ke Hertha Berlin musim lepas.

Hertha Berlin sebelum ini mahu khidmat Voronin secara tetap, tetapi nilai 3 Juta keatas Voronin amat tinggi bagi mereka. Bagaimanapun Frankfurt merasakan nilai tersebut munasabah dan mereka bersiap untuk mendapatkan Khidmat Voronin apabila pasaran perpindahan dibuka.

Voronin tiba di Anfield pada musim panas 2007 melalui perpindahan percuma dari Bayer Leverkusen, terpaksa bergelut menemui semula sentuhannya dan merebut peluang beraksi bersama kesebelasan utama The Reds ketika ini. Dengan David Ngog semakin menjadi sejak kebelakangan ini, amat sukar Voronin mendapat tempat walaupun Torres kini mengalami kecederaan.

YNWA



Thursday, November 12, 2009

Rafa Benitez Pujuk Madrid lepaskan Van Der Vaart

Nampaknya Rafa Benitez begitu bersungguh-sungguh untuk memantapkan Skuad KITA, terkini Benitez sedia memujuk bekas majikannya Real Madrid untuk melepaskan pemain Belanda mereka iaitu Rafael Van Der Vaart.

Van Der Vaart juga menyatakan dia bersedia meninggalkan Bernabeu tetapi bukan untuk kelab lamanya iaitu Ajax Amsterdam. Dengan perkhabaran itu, peluang Benitez untuk mendapatkan khidmat Van Der Vaart cerah.

Benitez sememangnya mahu menambahkan kekuatan dibahagian tengah menyerang yang mana dengan kehadiran Van Der Vaart akan menguatkan lagi Midfield tengah kita, semestinya gandingan Van Der Vaart dan Dirk Kuyt akan menghasil sesuatu yang diingini oleh Rafa Benitez.

Van Der Vaart tiba di Bernabeu pada musim panas 2008 dengan status hebatnya bersama kelab Jerman Hamburg SV, bagaimanapun kurang mendapat tempat dalam kesebelasan Galactico Madrid tersebut. Dengan rakan senegaranya seperti Wesley Sneijder dan Arjen Robben telah berhijrah, ketika ini adalah masa yang sesuai untuknya mencari kelab baru bagi jaminan tempat untuknya dalam Skuad Oranje di Piala Dunia nanti.

Bagaimanapun, kehadiran Van Der Vaart mungkin hanya tiba sebagai pemain pinjaman kerana kekurangan dana bagi Benitez membelinya, dan mungkin akan menunggu sehingga musim panas bagi mendapatkan dana dan seterusnya mendapatkan Van Der Vaart secara tetap.

YNWA

Benitez Intai Khidmat Pavlyuchenko secara pinjaman

Rafa Benitez cuba memanfaatkan cuti EPL dengan membuat perkiraan untuk memantapkan Skuad Reds terutamanya bagi jendela perpindahan januari nanti.

Dengan bekalan peruntukkan untuk membeli pemain telah diterhadkan oleh YANKS, Benitez terpaksa mengambil langkah untuk melakukan beberapa perpindahan secara pinjaman sebelum menetapkan pembelian tetap pada musim panas nanti.

Rafa Benitez telah mengenalpasti Roman Pavlyuchenko adalah pemain yang dicarinya memandang Pavlyuchenko bergelut mendapatkan peluang untuk bermain bagi kesebelasan utama di Spurs.

Benitez merasakan Roman cukup sesuai untuk digandingkan bersama Torres, memandang corak permainan mereka hampir serupa dan Roman juga boleh bermain secara bersendirian dibahagian serangan.

Perkhabaran ini, semestinya sesuatu yang dinantikan oleh Roman yang sememangnya mahu peluang beraksi di Kelab yang lebih besar dan kekerapan bermain, memandangkan peluang di Spurs semakin mustahil untuknya beraksi dengan Redknapp lebih gemar menggunakan khidmat Keane, Crouch dan Defoe.

Harap-harap usaha Benitez untuk memperkasakan lagi Skuad KITA akan berjaya. Teruskan Usaha Rafa!!!

YNWA

Wednesday, November 11, 2009

Benitez mahu Khidmat Cole

Rafa Benitez telah mengenalpasti kelemahan Skuadnya pada musim ini adalah berpunca dari bahagian serangan, yang mana kebergantungan kepada gandingan Torres-Gerrard akhirnya memakan dirinya sendiri apabila kedua-dua mereka mengalami kecederaan.

Rafa Benitez dilaporkan amat meminati Carlton Cole, 26 tahun bagi mengisi posisi rakan serangan untuk Fernando Torres. Ianya pasti merupakan satu berita yang baik untuk Cole yang kini mahu memastikan tempatnya dalam Skuad England ke Piala Dunia 2010.

Walaubagaimanapun, West Ham hanya akan melepaskan Carlton Cole sekiranya Liverpool bersetuju dengan harga 12 juta untuk Carlton Cole. Nilainya mungkin terlalu tinggi, tetapi Benitez mungkin boleh memujuk Yanks untuk menambah peruntukkan bagi mendapatkan pemain pada pasaran perpindahan Januari nanti.

YNWA

Tuesday, November 10, 2009

Benitez: 3 Minggu Tanpa Torres

Rafa Benitez mengesahkan bahawa pemain kesayangannya Fernando Torres akan direhatkan selama 3 Minggu bagi membolehkan Torres menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal pehanya.

Torres tidak diturun ketika menentang Birmingham kerana dia telah lebih awal memberitahu kepada Benitez ketidaksediaannya untuk beraksi kerana dia sendiri meragui kemampuannya untuk beraksi ketika itu.

Torres yang sebelum ini terpaksa mengambil ubat penahan sakit ketika menentang ManSHITer, Fulham dan Lyon dan mengambil keputusan tidak beraksi kelmarin, menyebabkan Liverpool hanya mampu mengutip 1 mata.

Torres telah pergi ke Valencia minggu lalu untuk berjumpa Pakar Perubatannya dan dia telah dinasihatkan untuk berehat dari bermain sebarang perlawanan untuk tempoh 3 minggu. Rafa Benitez terpaksa akur dengan kehendak pakar perubatan tersebut demi kebaikan pasukan untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun Benitez berharap ada perkembangan positif akan diterimanya sebelum pertemuan di Anfield dengan berdepan kelab kaya-raya, Manchester City pada 21hb dan perlawanan hidup mati menentang Debrecen di tempat lawan.

YNWA

YNWA: Kecederaan merunsingkan Rafa Benitez

Tamparan hebat untuk Benitez apabila menerima senarai kecederaan yang terbaru, selepas perlawanan penuh kontroversi menentang Birmingham City di Anfield kelmarin. Dengan senarai sediada pemain masih cedera belum pulih sepenuhnya, ditambah dengan kecederaan dalam perlawanan tersebut sememangnya bertambah serabut kepala Benitez memikirkannya.

Albert Riera kembali dalam senarai kecederaan dan diiringi kecederaan Hamstring Benayoun sememangnya merencatkan perancangan Benitez bagi berhadapan cabaran Manchester City pada 21 Nov ini di Anfield.

Manakala pada 24 Nov. Pasukan KITA akan bertandang ke Debrecen dengan misi menghidupkan kembali peluang ke pusingan 16 kelab terbaik Eropah, sememangnya Benitez memerlukan kesemua pemainnya cergas sepenuhnya bagi menghadapi Debrecen nanti.

Penutup bulan November, iaitu pada 29 Nov, Pasukan KITA akan bertandang ke gelanggang jiran untuk perlawanan setempat dengan Everton. Sememangnya bulan November cukup sarat dengan perlawanan-perlawanan yang penting.

Sanggup atau tidak untuk menghadapinya, Benitez tetap harus harungi situasi ini, ataupun musim ini Liverpool hanya menjadi pasukan ala kadar sahaja dalam setiap saingan.

YNWA

Monday, November 9, 2009

Wisel Penamat : Dua Kecederaan harga untuk satu mata

Awal pagi tadi menyaksikan pasukan KITA, mencatat keputusan seri yang pertama, selepas 90 minit permainan keputusannya Liverpool 2 Birmingham 2. Bagi aku adalah lebih baik..dari terus alami kekalahan demi kekalahan.

Liverpool didepan pada minit ke-13, oleh David Ngog melalui sepakan volinya hasil hantaran cantik Albert Riera. Liverpool mendominasi permainan selama 20 minit pertama. Cengkaman kawalan permain mula kendur memasuki 25 minit seterusnya. Akhirnya Birmingham berjaya mendapatkan dua gol melalui Chucho Benitez(26) dan Cameron Jerome(45).

Nasib malang menimpa Albert Riera yang bermain cukup cemerlang pagi tadi, tetapi apakan daya baru pulih dari kecedaraan, dia ditimpa kecederaan lagi apabila dikasari pertahanan Birmingham. Albert Riera jelas kecewa dengan kecederaanya, Riera dikeluarkan dan digantikan oleh Steven Gerrard pad minit ke-46.

Akhirnya Gerrard berjaya menjaringkan gol hasil sepakan penalti. Diperolehi hasil gerakan David Ngog yang lincah dan menyebabkan Lee Carsley mengambil jalan mudah melakukan terjahan, walaupun tidak mengenai Ngog, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Liverpool. Keputusan pengadil mengundang perbalahan antara Ngog dan Carsley dan akhirnya kedua-dua meraka dilayangkan kad kuning.

Yossi Benayoun juga mengalami kecederaan ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Ryan Babel masuk menggantikan Benayoun pada minit ke-76. Serangan banyak dilakukan setelah kemasukkan Gerrard tetapi pertahanan Birmingham cukup teguh menahan serangan bertali arus dari Liverpool. Pada minit ke 83, Lucas digantikan dengan Aquilani bagi memperkukukan jentera tengah setelah Lucas kerap kali gagal melakukan hantaran kerana seringkali digagalkan oleh Gregory Vignal (bekas player KITA era Houllier).

Secara keseluruhannya, keyakinan player meningkat tetapi kelalaian pertahan dalam mengawal pergerakan penyerang lawan mengundang padah yang dua gol oleh Birmingham boleh dikira gol yang begitu mudah dijaringkan. Dengan perlawanan selepas ini, Liverpool akan berdepan Manchester City diharapkan kelalaian seperti itu diminimakan, jika tidak kekalahan akan menjelma sekali lagi.

YNWA

Sunday, November 8, 2009

Tom Hicks : Bintang Liverpool Bukan Untuk di Jual

Pemilik bersama Liverpool, Tom Hicks menegaskan tidak akan ada seorang pun Bintang Liverpool akan dijual meskipun Liverpool gagal melangkah ke pusingan kalah mati Champions League, ataupun gagal untuk melayakkan diri untuk kempen musim hadapan.

Dengan kewangan Liverpool yang tidak menentu, pemain seperti Steven Gerrard, Fernando Torres, Javier Mascherano, Yossi Benayoun dikaitkan dengan beberapa kelab besar yang menjanjikan jaminan aksi bagi pertandingan tertinggi di Eropah itu.

Tetapi Tom Hicks menyangkal semua spekulasi tersebut dan menegaskan semua pemain utama Liverpool tidak akan kemana-mana kerana mereka semua sudah memeterai kontrak sehingga 2014.

Tom Hicks memberitahu, dia dan rakan sepemilikannya George Gillet sedang berusaha keras mencari pelaburan luar yang bersesuai untuk Liverpool, serta mencari rakan kongsi yang berkualiti tinggi katanya sambil menjadikan kerjasama antara Adidas dan Standard Chartered sebagai hasil usaha mereka berdua.

Ulasan: Ye ke Adidas dan Standard Chartered hasil usaha diorang? Setahu aku la kan Christian Purslow yang berkerja keras dapatkan tajaan. Diorang duk goyang kaki je.... tau cukup bulan joli kt Vegas...Cepat-cepat la berambus YANKS!!!

Sebelum Wisel- Aquilani untuk kesebelasan Utama

Perlawanan menentang Birmingham City ini pasti dinanti seluruh fans...dan semestinya kita semua menanti-nantikan full debut Aquilani dalam saingan EPL.. Il Principino yang baru pulih dari jangkitan Virus dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gerrard untuk perlawanan ini. Benitez pastinya akan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada gandingan Lucas-Mascherano untuk mengawal bahagian midfield tengah.

Benitez berkata, Aquilani disenaraikan dalam senarai pemain simpanan dalam perlawanan menentang Lyon tempoh hari. Sememangnya Benitez mahu memasukkan Aquilani tetapi melihat gandingan Lucas-Mascherano berjaya mengawal perlawanan dengan baik, Benitez memilih untuk menyimppan terus Aquilani.

Dilaporkan bahawa, Fabio Aurelio, Martin Skrtel dan Albert Riera semakin pulih dari kecederaan dan boleh diturunkan dalam perlawaanan ini. Terpulang kepada Benitez untuk melakukannya ataupun tidak. Glen Johnson semakin menunjukkan kemajuan ketika sesi latihan tetapi Martin Kelly masih lagi dibelenggu kecederaan.

Pertahanan KITA sedikit rapuh dengan siri penggantungan perlawanan yang dikenakan kepada Jamie Carragher dan Phillip Degen. Kemungkinan besar pertahanan tengah akan menggandingkan Agger-Skrtel ataupun Kyrgiakos sebagai pilihan gantian kepada salah seorang dari mereka.

Bahagian Serangan KITA masih dalam keraguan, samada Benitez mahu terus menanggung risiko menurunkan Torres yang masih cedera ataupun memberi peluang kepada Babel untuk mengetuai serangan setelah dia berjaya menghasilkan gol cantik di Gerland tempoh hari. Kalau tidak Babel, Ngog pastinya bersiap sedia untuk memenangi hati Benitez. Voronin? Anggap je la yang dia tidak wujud dalam skuad, sumbangannya mungkin tidak sesuai di Liverpool, kemungkinan besar dia akan mengisi senarai perpindahan pada januari ini.

Walau sesiapa saja yang diturunkan Rafa pada perlawanan ini, matlamatnya cuma 1(satu). Mencari kemenangan keatas Birmingham bagi menghidupkan semula cabaran Liverpool yang begitu malap sepanjang Oktober lalu.

Jangkaan: Liverpool 2 Birmingham City 0

YNWA

Friday, November 6, 2009

Hargailah Permata KITA Benitez

Senarai Pemain Muda Liverpool yang bakat mereka harus dihargai Benitez mulai dari saat ini bagi menjadikan Liverpool lebih gah di musim akan datang.

Goalkeeper

Peter Gulacsi
Position: Goalkeeper
Date of Birth: 06/05/1990
Height: 6'3
Weight: 13st 1
1st team games: 0
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: MTK Hungaria
Birth Place: Budapest, Hungary


Defender


Martin Kelly
Position: Defender
Date of Birth: 27/04/1990
Height: 6'3
Weight: 12st 5
1st team games: 2
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Huddersfield Town
Birth Place: Whiston



Daniel Sanchez Ayala
Position: Defender
Date of Birth: 07/11/1990
Height: 6'3
Weight: 13st 3
1st team games: 3
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Seville
Birth Place: Seville



Emiliano Insua
Position: Defender
Date of Birth: 07/01/1989
Height: 5'8
Weight: 12st 2
1st team games: 32
1st team goals: 1
International caps: 1
International goals: 0
Former clubs: Boca Juniors
Birth Place: Buenos Aires, Argentina



Christopher Buchtmann
Position: Defender
Date of Birth: 25/04/1992
Height: 5.7
Weight: 10st 7
1st team games: 0
1st team goals: 0
International caps:
International goals: 0
Former clubs:
Birth Place: Minden, Germany



Midfielder

Lucas Leiva
Position: Midfielder
Date of Birth: 09/01/1987
Height: 5'8
Weight: 11st 7
1st team games: 86
1st team goals: 4
International caps: 4
International goals: 0
Former clubs: Gremio
Birth Place: Dourados, Brazi
l


Nabil El-Zhar
Position: Midfielder
Date of Birth: 27/08/1986
Height: 5'6
Weight: 11st 9
1st team games: 25
1st team goals: 1
International caps: 8
International goals: 2
Former clubs: OAC Ales, Nimes Olympique, St Etienne
Birth Place: Ales, France


Jay Spearing
Position: Midfielder
Date of Birth: 25/11/1988
Height: 5'6
Weight: 11st 1
1st team games: 5
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs:
Birth Place: Wirral



Damien Plessis
Position: Midfielder
Date of Birth: 05/03/1988
Height: 6'3
Weight: 12st 7
1st team games: 8
1st team goals: 1
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Lyon
Birth Place: Neuville-aux-Bois, France



Striker

David Ngog
Position: Striker
Date of Birth: 01/04/1989
Height: 6'2
Weight: 12st 3
1st team games: 25
1st team goals: 6
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Paris Saint Germain
Birth Place: Gennevilliers, France



Krisztian Nemeth
Position: Striker
Date of Birth: 05/01/1989
Height: 5'10
Weight: 11st 7
1st team games: 0
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: MTK Hungaria FC, Blackpool
Birth Place: Gyor, Hungary



Nathan Eccleston
Position: Striker
Date of Birth: 30/12/1990
Height: 5'10
Weight: 10st 5
1st team games: 2
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs:
Birth Place: Manchester


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger