Entri Terhangat

Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Sebelum Wisel: Misi Robek Ego City


Mohon maaf tiada ulasan perlawanan menentang chelsea tempoh hari. Tak sempat nak ulas, kerja banyak nak diselesaikan. Walaubagaimanapun King Kenny berbaloi dengan pertukaran drastiknya berjaya Liverpool membenam Chelsea di Stamford Bridge.

Menentang City, walaupun aura perlawanan tak sebesar menentang jirannya iaitu United tetapi perlawanan ini menentukan samada perlaburan besar antara City dan Liverpool yang mana lebih berbaloi dan berkesan. City dan Liverpool antara kelab yang mengeluarkan wang perpindahan yang besar awal musim lalu. Perpindahan januari juga mungkin akan berlaku perkara yang sama.

Untuk rekod, dari 12 perlawanan menentang City, Liverpool hanya tewas 1 perlawanan. Manakala rekod perlawanan di Anfield dari lapan perlawanan Liverpool mencatat 6 kemenangan dan 2 keputusan seri.

City pastinya mahu bangkit dari kekalahan di Champions League kepada Napoli 2-1 dan Liverpool harus berwaspada tentang itu. Berdepan City King Kenny harus mengambil langkah bijak menyusun pemain kerana kurang 36 jam selepas perlawanan ini Liverpool akan ke Chelsea sekali lagi bagi pertempuran Carling Cup.

Jamie Carragher kembali semula selepas mengalami kecederaan. Walaubagaimanapun, Carragher mengalami kesukaran untuk kembali mendapatkan tempatnya kerana Agger dan Skrtel telah beraksi cemerlang menentang Chelsea tempoh hari. Mungkin kudrat Carra akan digunakan menentang Chelsea dan Coates boleh bergandingan bersama Carra.

Kemenangan perlawanan ini akan menyaksikan Liverpool hanya terpisah 5 mata kepada pasukan tangga ke-2 liga dan 9 mata dengan City. Impossible is Nothing

walk on.ynwa

Tuesday, November 8, 2011

Wisel Penamat: Badi Skuad Promosi


Swansea mengikut langkah Norwich dengan berjaya mencuri 1 mata dari Anfield dan Liverpool melepaskan 2 mata berharga di Anfield.

Adakah QPR akan mengikut langkah dua kelab promosi ini? Kalau permainan sama ditunjukkan QPR tiada masalah untuk itu kerana QPR sendiri berjaya membuatkan Manchester City mandi peluh sebelum menang tipis 3-2.

Pemain sayap nyata langsung tidak kreatif sehingga memerlukan Jose Enrique terpaksa naik keatas lebih kerap bagi membantu Downing. Apabila Swansea melakukan serangan balas kurang bantuan diberikan untuk Enrique.

Pemain tengah kurang melakukan hantaran yang membuka ruang dan peluang untuk Suarez dan Carroll. Mungkin Pak Cik Henry kena melabur sekali lagi untuk Midfielder kelas dunia disitu dan Seorang penyumbat gol sejati.

Next game lawan Chelsea kat Stamford Bridge. Harus menang dan buktikan kepada Meireles dan Torres yang mereka silap ke Chelsea.

walk on.ynwa

Friday, November 4, 2011

Sebelum Wisel: Selepas 20 tahun Swansea Kembali


Setelah 20 tahun, Swansea kembali ke Anfield. Lawatan ke Anfield 20 tahun lalu berkesudahan Swansea di bedil 8-0. Kali ini Swansea kembali dengan skuad yang muda dan merbahaya dan kini menduduki tangga ke-10 liga buat masa ini.

Perlawanan ini tidak boleh dipandang remeh. Lihat saja Norwich, berjaya mencuri mata ketika Liverpool berkira-kira untuk mencatatkan kemenangan. Sejak musim lepas pendatang baru Liga Perdana menjadi badi kepada Liverpool. Musim sudah Blackpool cukup membuatkan Liverpool merana.

Gerrard dan Carragher tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini. Semestinya King Kenny ada pelan alternatif sekiranya duo ini tiada dalam pasukan. Carragher mungkin akan digantikan samada Agger, Coates dan Wilson manakala Gerrard, Adam semakin bagus dan Henderson boleh digunakan bila-bila masa.

Gama wajib menang, tak boleh seri lagi. Newcastle tak kalah lagi, Spurs berkelebihan perlawanan. Ambil kesempatan diatas ketidakstabilan Chelsea. Tiada yang mustahil.

walk on.ynwa

Sunday, October 30, 2011

Wisel Penamat: Badi Baggies Berakhir


Badi kalah apabila menentang Baggies di Hawthorns berakhir dengan kemenangan moral 2-0 dengan Charlie Adam dan Andy Carroll kembali menemui sentuhan masing-masing.

Dalam perlawanan ini Carragher dan Gerrard tidak dapat diturunkan kerana kecederaan. Manakala Skrtel dan Agger membuat penampilan ke-100 bersama Liverpool.

Lucas kembali selepas digantung satu perlawanan dan berjaya mengawal jentera tengah dengan baik sekali bersama Adam. Henderson kembali ke kanan menggantikan Kuyt yang direhatkan.

Andy Carroll berjaya juga menambah gol kedua bagi dirinya musim ini. Cukup gembira sebenarnya apabila Carroll kembali menjaringkan gol.

Tetapi permainan semalam boleh dilabelkan sebagai biasa-biasa saja. Kerap hilang bola apabila memasuki kawasan West Brom dan agak terkial-kial mengembalikan semula penguasaan bola.

Perlawanan seterusnya menentang Swansea pada 5 November di Anfield.

walk on.ynwa

Friday, October 28, 2011

Sebelum Wisel: Lawan Baggies


Perlawanan seterusnya menentang The Baggies kendalian Uncle Roy. The Hawthorns, gelanggang keramat mereka dan Liverpool mempunyai rekod yang kurang cemerlang apabila beraksi disini. The Baggies menang 2 perlawanan sebelum ini manakala Liverpool seri 2 perlawanan sebelum ini.

Jamie Carragher belum pasti dapat diturunkan kerana kecergasannya diragui buat masa ini. Mungkin bergantung kepada saat-saat terakhir sebelum perlawanan samada Carragher akan beraksi ataupun tidak. Sekiranya Carra tidak dapat diturunkan gandingan Skrtel dan Coates pada perlawanan menentang Stoke tempoh hari cukup menyakinkan aksinya.

Apa yang penting pada perlawanan lewat malam nanti adalah penyudah yang terbaik dari pemain barisan hadapan. Liverpool setakat ini antara pasukan yang banyak melakukan percubaan ke arah gol tetapi gagal disudahkan dengan jaringan gol.

Tottenham dan Newcastle semakin hari semakin meneningkat dan Liverpool tidak boleh keciciran mata lagi. 2 keputusan seri sudah cukup membolehkan Spurs memintas Liverpool minggu lepas untuk berada ditangga ke-5 dan Newcastle semakin selesa ditangga ke-4.

Berharapan akan perlawanan ini berjaya dimenangi.

walk on.ynwa

Monday, October 24, 2011

Wisel Penamat: Liverpool perlukan Penjaring Gol


Dua perlawanan.. dan 4 mata dibazirkan begitu saja. 15 shot on goal...11 untuk Suarez.. angka yang cukup besar dan dari 15 shot on goal...1 saja yang mencecah jaring lawan. Harapan untuk merapatkan jurang dengan top 4 tergugat dengan keputusan seri dan Spurs telah memintas Liverpool dengan kelebihan 1 mata dan kekurangan 1 perlawanan untuk Spurs.

Craig Bellamy merupakan kejutan yang diberikan kepada King Kenny kepada semua penyokong yang rata-ratanya beranggapan Henderson akan bermain. Tetapi Bellamy membalas kepercayaan King Kenny dengan jaringan gol. 11 tahun dulu Bellamy meninggalkan Norwich yang mana merupakan kelab Bellamy memulakan kerjaya bola sepaknya.

Permainan menentang Norwich memang menghiburkan dan penuh aksi pass and move. Tapi sayang..deretan peluang gagal disempurnakan sebaiknya. Palang, tiang dan ketangkasan Ruddy di gawang Norwich menjadi penghalang Liverpool untuk menang di Anfield.

Rata-rata pundit bola sepakat mengatakan Liverpool akan membenam Norwich sekurang-kurangya 3-0. Ya, peluang untuk 3-0 memang ada.. tapi penyerang nyata buntu mencari jaring gol sebaliknya palang, tiang dan ruddy ditemui oleh mereka.

1/2 jam sebelum perlawanan tamat, pertahanan mula menampakkan kegoyahan sehinggakan Grant Holt yang masuk menggantikan Elliott Bennett tidak sampai 5 minit berjaya menjaringkan gol. Ketiadaan Lucas ternyata dirasai Carragher dan Skrtel yang mana mereka tidak dapat bantuan yang cukup dibahagian tengah bagi menyekat kemaraan pemain tengah Norwich.

Berbalik kepada deretan peluang yang terhidang ternyata, Luis Suarez perlukan gandingan yang boleh mencetak gol kerana Suarez lebih cenderung mencipta peluang dan memerlukan sedikit tuah untuk meletakkan bola ke dalam jaring. Mungkin King Kenny dapat menghidu masalah ini. Aku harap perpindahan januari akan tiba seorang pencetak gol prolifik di Anfield.

walk on, ynwa

Friday, October 21, 2011

Sebelum Wisel: Burung sama burung


Setelah berjaya menyekat Manuk dari mencatat kemenangan tempoh hari dan ketika pasuan lain sibuk dengan saingan eropah masing-masing Liverpool sempat terbang ke Glasgow bagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang Rangers di Ibrox. Ahad ini, Sang Kenari akan ke sarang Sang Liverbird untuk perlawanan pertama dalam tempoh hampir 7 tahun.

Pada tahun 1994, dihadapan The Kop End. Norwich berjaya menundukkan Liverpool 1-0 yang mana ianya merupakan kemenangan terakhir Norwich di Anfield. Pada tahun 2004 dimana Norwich kembali ke Liga Perdana Liverpool berjaya membenam Norwich 2 kali 3-0 di Anfield hasil jaringan Milan Baros, Luis Garcia dan Djibril Cisse. Manakala perlawanan di Carrow Road Skuad kendalian Benitez berjaya menjinakkan kenari 2-0.

Pada perlawanan menentang kenari kali ini, King kenny akan melakukan 1 pertukaran dibahagian dengan memandangkan ketiadaan Lucas kerana mengutip kad kuning berlebihan. Kemungkinan Henderson ataupun Spearing akan berada dalam senarai akhir King Kenny. Manakala Doni tidak berada dalam senarai simpanan kerana mengalami patah jari dalam perlawanan menentang Rangers dan tempatnya akan diambil alih oleh Martin Hansen.

Disamping itu, King Kenny jga boleh berkira-kira untuk meletakkan Andy Carroll semula dalam kesebelasan utama. Selain itu King Kenny memiliki pilihan yang cukup besar kali ini dibahagian pertahanan memandangkan Glen Johnson dan Daniel Agger telah cergas sepenuhnya dan memberikan aksi memberangsangkan ketika perlawanan persahabatan tempoh hari.

Apa yang pasti Norwich tidak dapat menurunkan 2 bekas pemain Liverpool iaitu Zak Whitbread dan Daniel Ayala yang masing-masing masih mengalami kecederaan.

Perlawanan ini sememangnya harus dimenangi dan tidak boleh keciciran mata. Tapi harus diingat pasukan seperti Norwich yang sentiasa membuatkan kelancaran momentum aksi cemerlang Liverpool terbantut. Harus menang bagi merapatkan jurang mata dengan 4 pasukan ditangga teratas yang pasti Match Derby Madchester akan menyaksikan salah satu pasukan akan kehilangan mata dan mungkin kedua-dua berkongsi mata, jadinya Liverpool kena menang dan tidak keciciran mata.

walk on.ynwa

Sunday, October 16, 2011

Wisel Penamat: Tanpa Ramli Sape lah Setan Merah

Setiap game semua sama saja. Tak ade yang kecil ataupun besar. Kalau menang dapat tambahan 3 mata - King Kenny

Pak Gesen telah membuat kesilapan besar kerana tidak menyenaraikan Ramli dalam skuadnya ke Anfield. Kesilapan itu hampir saja memakan diri Pak Gesen tetapi Mister Potata perisa Mexican berjaya menyelamat Pak Gesen dari menerima kekalahan pertama.

Perlawanan seimbang pada babak pertama dan bertukar rancak pada babak kedua. Kapitan Fantastik seperti biasa tidak menghampakan dengan sepakan percuma warisan turun-temurunnya walaupun dulu Raul Meireles datang membantu tetapi Luis Suarez mengambil alih tugas tersebut kali ini dengan tarian yang mengujakan De Gea.

Sayap kiri Liverpool cukup bertenaga dengan pertukaran hantaran antara Enrique dan Downing membuatkan Smalling tak cukup tenaga di sebelah kanan Kuyt dan Suarez bertukar-tukar posisi menghambat Evra 'N' sehingga diakhir perlawanan dia mendakwa Suarez menghinanya dengan panggilan 'N'. Apa-apa je la si Evra nie.

Lucas tidak dapat bermain penuh kerana menerima kad kuning dan digantikan dengan Henderson. Hendo beraksi cukup baik dan mempunyai 2 peluang keemasan tetapi half volleynya ditepis keluar De Gea yang menyangkakan Donut melayang ke arahnya dan bagi mengelak kontroversi sekali lagi dia menepis keluar bola yang disangkanya donut itu. Satu free header yang hendo miliki pula sekadar melepasi paling walaupun ketika tu Evans sudah tertewas.

Perlawanan seterusnya menentang Norwich di Anfield. Sudah 7 tahun rasa Liverpool tidak bertemu Norwich dan diharapkan Liverpool dapat mengalahkan Norwich sebagai salam selamat datang untuk Norwich kembali ke BPL.

walk on.ynwa

Friday, October 14, 2011

Sebelum Wisel: Pertembungan Gergasi Merah


Pak Alex akan datang dengan harapan mencari kemenangan pertama di Anfield setelah gagal melakukannya selama 4 tahun. Mungkin King Kenny akan menambahnya untuk 10 tahun. Sapa tahukan.

Manu berada 6 mata dihadapan Liverpool kesayangan kita dan King Kenny mencari kemenangan untuk merapatkan jurang mata dengan Manu. Kenangan musim lepas dimana Liverpool membedil Manu 3-1 di Anfield diharap dapat diulangi sekali lagi.

Dalam pada itu King Kenny masih lagi belum mahu mengesahkan kelibat Steven Gerrard dalam kesebelasan utama malam ini. Manakala Martin Kelly sudah pulih dari kecederaannya. Daniel Agger turut cergas untuk diturunkan pada perlawanan ini.

Aku berharap Gerrard dapaat diturunkan awal dalam match ini untuk bergandingan bersama Adam ditengah dan membiarkan Lucas menghambat pemain Manu yang lain. Carroll memerlukan seseorang yang boleh menciptakan ruang untuknya.

Aku jangkakan pemain-pemain kidal akan menyerlah pada malam ini. Jose Enrique, Steward Downing, Charlie Adam dan Andy Carroll akan menghadiahkan kemenangan malam ini.

walk on.ynwa

Saturday, October 1, 2011

Wisel Penamat: Double Trouble


Akhirnya Andy Carroll dan Luis Suarez membuktikan bahawa mereka merupakan gandingan yang harus diberikan perhatian dalam saingan liga musim ini. Carroll dan Suarez meledakkan satu gol pada babak kedua bagi menundukkan seteru setempat yang bermain kekurangan seorang pemain.

Seperti yang aku jangkakan tiada sebarang jaringan pada babak pertama walaupun Liverpool berjaya mendapatkan penalti tetapi Kuyt gagal menyempurnakannya dan pemain Liverpool juga tidak ghairah menghentam pertahanan Everton walaupun mereka beraksi 10 orang kerana Jack Rodwell dibuang padang.

King Kenny pastinya lega kerana misinya sudah tercapai dan kenangan seri 4-4, 20 tahun lalu boleh dilupakan terus oleh King Kenny. King Kenny menyenaraikan semula Kuyt didalam skuad utama dan merehatkan Henderson kerana pengalaman Kuyt dalam match derby amat diperlukan King Kenny.

Steward Downing tenggelam kerana dia dibayangi oleh Seamus Coleman dengan cukup baik, tetapi Jose Enrique pantas memangku tugasan disayap kiri ketika Downing cukup bergelut untuk beraksi cemerlang. Akhirnya Jose Enrique diangkat sebagai man of the match.

Gama seterusnya menentang Team Ramli Mr. Potato di Anfield pada 15hb Oktober nanti. Sama-sama kita nantikan perlawanan tersebut.

walk on.ynwa

Friday, September 30, 2011

Sebelum Wisel: Derby ke-216


216 merupakan angka yang cukup besar dalam sejarah pertembungan setempat bagi Liga Inggeris. Dua gergasi Merseyside yang penuh tradisi, dua pasukan yang hanya dipisahkan oleh kawasan lapang di Stanley Park.

King Kenny pastinya teruja untuk kembali ke Goodison Park buat petama kali sejak tahun 1991. Dimana perlawanan terakhir King Kenny di Goodison Park berkesudahan seri 4-4 dalam saingan Piala FA. Perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan terakhir Liverpool dibawah kendalian King Kenny.

King Kenny pastinya akan menurunkan kesebelasan yang sama dengan mempertaruhkan kesemua pemain baru yang ditandatanganinya dan akan hanya menggunakan Stevie G pada pertengahan babak kedua.

Apa yang pasti Everton pasukan yang cukup liat untuk ditundukkan dan aku merasakan tiada jaringan pada babak pertama. Perlawanan mungkin akan rancak hanya pada babak kedua. Kad kuning sudah semestinya akan melayang-layang dalam perlawanan ini dan Jamie Carragher dan Phill Neville antara calon untuk mendapat kad kuning.

Mohon Carroll lebih aggresif untuk match ini dan Suarez jangan dikeluarkan bagi perlawanan ini. Bahagian tengah mohon lebih kerap melakukan hantaran tepat dan jangan kerap hilang bola.

Mohon Menang, Tak sanggup kalah lagi.

walk on.ynwa


Sunday, September 25, 2011

Wisel Penamat: Sang Pistol kembali Meledak


Luis Suarez kembali meledak dengan berjaya menjaringkan gol ketiganya musim ini bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan pertama selepas mengalami dua kekalhan berturut-turut. Kemenangan ini menunjukkan pemain telah kembali fokus dan bersedia untuk perlawanan mendatang.

Formasi pemain adalah sama seperti menentang Spurs. Mungkin King Kenny mahukan pemain ini menebus kembali kesilapan mereka ketika berdepan Spurs dan menjadikan Wolves sebagai penebus kesilapan mereka yang lepas.

Permainan cukup menarik pada separuh masa pertama. Tetap berubah menjadi pasif pada babak kedua dan Wolves berjaya mendapatkan satu gol. Ternyata konsistensi adalah musuh utama Skuad King Kenny musim ini. Diharap pembantu King Kenny dapat membantu King mengatasi masalah turun-temurun ini.

Bulan Oktober memang menjadi bulan yang penting bagi Liverpool kerana ada 3 perlawanan penting untuk dihadapi iaitu perlawanan Liga menentang Everton diseberang Stanley Park, Manchester united di Anfield dan perlawanan Carling Cup menentang Stoke City. Kesemua perlawanan wajib dimenangi dan aku tak rela kalah lagi.

walk on.ynwa

Friday, September 23, 2011

Sebelum Wisel: Lawan Serigala di Anfield


Setelah dua perlawanan sebelum ini Liverpool bertandang ke gelanggang lawan dan kecundang kedua-dua perlawanan tersebut, Liverpool kembali ke Anfield untuk mengutip 3 mata dan mangsa seterusnya ialah Wolves.

Tapi dibuka semula lembaran sejarah, Wolves menundukkan Liverpool musim lepas di Anfield. tetapi Liverpool membalas semula dengan kemenangan 3-0 di Kandang Wolves.

Steven Gerrard mungkin akan dipadankan dengan Charlie Adam di bahagian tangah ataupun Gerrard bermain di kanan menggantikan Henderson.

Andy Carroll masih samar peluangnya untuk memulakan perlawanan dengan Craig Bellamy menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Carling Cup.

Dibahagian bek tengah Skrtel akan bersaing dengan Coates untuk bergandingan bersama Jamie Carragher, bek tengah akan diambil alih semula Kelly yang kembali pulih dari kecederaan.

Yang pasti aku tak rela Liverpool kalah lagi.

ynwa.walk on.

Sunday, September 18, 2011

Wisel Penamat: 2 Kad Merah dan 4 Gol


4-0, 2 kad merah, 4 kad kuning. Kesimpulannya, Referee cukup pemurah dibulan syawal ini dan pemain Liverpool cukup santai di atas padang dek semangat raya belum pudar. Perlawanan sememangnya cukup hambar dipamerkan pemain Liverpool Spurs menguasai 62% penguasaan bola dan Liverpool hanya 38%. Itu pun kerana Liverpool mempunyai kekuatan 9 orang di tengah padang berbanding Spurs 11 orang.

Kenapa boleh main 9 orang pula. Kan bola sepak 11 orang? Charlie Adam dan Martin Skrtel melakukan kesilapan amatur yang sepatutnya tidak dilakukan oleh pemain professional yang mengetahui yang mereka sudah dikenakan kad kuning pertama. Cuma kesalahan ketika mereka berdua menerima kad kuning pertama boleh dianggap kurang tepat dan kesalahan mereka cukup dengan memberi amaran awal dan bukan terus diberikan kad kuning.

Jika dilihat pada statistik kekasaran Spurs melakukan 14 kekasaran berbanding Liverpool hanya 9 kekasaran. Tetapi Spurs hanya mendapat 1 kad kuning berbanding Liverpool 4 Kuning dan 2 Merah. Boleh disimpulkan yang referee kurang adil dalam pemberian kad amaran dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan ini King Kenny ternyata tersilap percaturan dalam penyusunan pemain dengan Skrtel bermain di pertahanan kanan dan Carroll kembali dalam kesebelasan utama. Aku lebih gemar sekiranya Suarez dan Bellamy bergandingan kerana mereka berdua pantas dan boleh mengugat pertahanan Spurs. Spurs bermain pantas jadinya kita pun kena lah berlawan dengan pantas dan Carroll bukan la pemain yang sesuai untuk taktikal berdepan pasukan yang pantas.

Ini merupakan perlawanan kedua selepas Stoke yang memperlihatkan pasukan kurang membuat hantaran, pemain tengah kurang kreatif dan banyak melakukan hantaran sia-sia. Henderson hilang punca apabila Bale berjaya melepasinya dan gagal melepasi Assou Ekotto. Apabila Adam dibuang padang terus dia tidak berfungsi dan membiar Lucas sendirian mengerakkan jentera tengah.

Mungkin King Kenny perlu membuat 2-3 formasi alternatif apabila berdepan berbagai jenis lawan. Bukan semua pasukan lawan akan bermain pantas dan tidak semua bermain secara fizikal. Dan King Kenny tidak boleh meletakkan pemain yang sama dalam setiap perlawanan kerana ianya akan menjadikan pasukan lawan dapat membaca setiap gerakan pemain Liverpool jikla mereka melihat perlawanan Liverpool yang sebelumnya. Tidak mustahil sekiranya pasukan selepas ini iaitu Wolves akan menang keatas Liverpool sekiranya taktikal sama digunakan.

Cukup la dengan 2 kekalahan, pasukan lain sedang sibuk mengejar mata dan Liverpool tidak boleh keciciran mata. Jika tidak harapan ke Champions League musim depan akan tertangguh lagi untuk musim yang kedua.

walk on.ynwa

Saturday, September 17, 2011

Sebelum Wisel: Misi Robohkan Kota London Sekali Lagi

Skuad King Kenny akan berkunjung lagi ke London mencari kemenangan kedua keatas kelab dari London selepas Arsenal berjaya dibedil. Adakah Spurs akan diayamkan pula? Spurs sudah mengalami dua kekalahan kepada dua kelab dari Manchester pada dua perlawanan awal mereka.

King Kenny pastinya mahukan kemenangan bagi menutup kekalahan yang mengejutkan kepada Stoke minggu lalu dan mahu menjadikan Spurs tapak untuk memulakan semula rentak kemenangan sebelum ini.

Perkhabaran mengenai Steven Gerrard kapitan fantastik yang dilaporkan siap sedia untuk diturun dalam perlawanan ini. Namun yang pasti Gerrard tidak akan memulakan perlawanan bagi kesebelasan utama skuad.

Glen Johnson kembali mengalami kecederaan lamanya menyertai Martin Kelly yang masih belum cergas dan kemungkinan besar John Flanagan kembali ke posisinya setelah 2 perlawanan menyaksikan Martin Skrtel menjadi bidan terjun dipertahanan kanan.

Diharap King Kenny akan memberikan kita semua kegembiraan minggu ini setelah kita berduka dengan kebebalan pengadil minggu lepas. Jangan tercicir mata lagi kerana pasukan lain semakin jauh kedepan.

nota kaki: tak sabar sebenarnya untuk melihat aksi Sebastian Coates, yang pastinya persaingan merebut tempat bagi pertahanan tengah akan bertambah menarik musim ini dengan kesemua pertahanan tengah bebas dari sebarang kecederaan.

walk on.ynwa

Sunday, September 11, 2011

Wisel Penamat: Pengadil Kecewakan King Kenny


King Kenny ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap mutu pengadilan yang cukup bias hingga menyebabkan kekalahan pertama Liverpool tercipta seawal perlawanan keempat musim ini.

Walaubagaimanpun King Kenny memuji komitmen dan semangat juang pemainnya yang bersungguh-sungguh mencari gol penyamaan. Tetapi pertahanan Stoke beraksi cemerlang selain terlepas 3 handball dalam kotak penalti yang dinafikan pengadil.

Banyak peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan, tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk gol dan ketangkasan Begovic harus dipuji. Perlawanan ini menyaksikan bahagian tengah Liverpool tidak dapat melakukan hantaran yang baik seperti perlawanan sebelumnya dan pemain Stoke segera memanipulasi gerakan tersebut.

Carragher sekali lagi melakukan kesilapan yang membenarkan penalti kepada Stoke dengan cabaran kontroversi ke atas John Walters. Ternyata perlawanan ini meneruskan badi Liverpool di Britannia kepada 4 perlawanan yang hambar.

Perlawanan seterusnya bertandang ke White Hart Lane menentang Spurs. Diharap keputusan perlawanan menentang Stoke tidak menjejaskan mental pemain.

Walk on. ynwa

Saturday, September 10, 2011

Sebelum Wisel: Misi Tamatkan Badi The Potters Pula

Terlebih dahulu kawan ucapkan selamat hari raya kepada semua. Maaf lambat update, maklum la beraya katakan. Update sedikit pasal perpindahan pada hari terakhir Liverpool berjaya mendapatkan permit kerja untuk Sebastian Coates dan menandatangani semula Craig Bellamy. Urus niaga yang cukup cemerlang telah dilakukan Damien Comolli kali ini.

Berbalik kepada perlawanan malam ini, Stoke akan menanti rombongan king kenny di Britannia yang mane 3 perlawanan terdahulu di arena Stoke Liverpool gagal membawa pulang mata penuh. Tugasan King Kenny kali ini seperti biasa membuang badi seperti yang telah dilakukan di Ashburton Grove bulan lalu.

Tetapi harus diingat bahawa Stoke kali ini lebih gagah dari sebelumnya dengan penambahan 3 muka baru iaitu, Peter Crouch, Cameron Jerome dan Wilson Palacios. Walaubagaimanapun mereka kehilangan 2 tonggak penting iaitu Mark Wilson dan Rory Delap yang cedera.

Apapun sedikit berita gembira untuk semua Craig Bellamy berada dalam senarai skuad ke Britannia dan Steven Gerrard akan kembali minggu hadapan.

Saksi kan perlawanan ini pada jam 10.00 malam, di saluran astro 813, tak kira dimana anda sume Kopites di Malaysia. Misi hapus badi, cari 3 mata dan kekalkan rekod tanpa kalah.

walk on.ynwa

Sunday, August 28, 2011

Wisel Penamat: Budak Baru Semakin Pass and Move


Charlie Adam dan Jordan Henderson akhirnya meledak untuk Liverpool untuk membolehkan Liverpool menundukkan Bolton 3-1 di Anfield. Permainan yang dikategorikan sebagai cukup menghiburkan dengan pemain Liverpool ligat memegang bola dan lebih banyak melakukan hantaran berbanding perlawanan sebelumnya.

Steward Downing cukup menyerlah dengan gerakan di sayap di kiri mahupun dikanan, Kuyt juga sebegitu. Adam dan Lucas semakin menunjukkan keserasian dan Lucas banyak menghalang bola sebelum sempat memasuki kawasan pertahanan Liverpool.

Suarez seperti biasa menunjukkan betapa dia seorang yang cukup briliant menghuru-harakan pertahanan lawan sebelum dibawa keluar King Kenny bagi merehatkannya dan digantikan dengan Andy Carroll.

Kealpaan minit akhir Jamie Carragher yang gagal menahan kemas bola memakan diri apabila Ivan Klasnic mudah memperdayakan Reina untuk gol saguhati Bolton. Dalam perlawanan tersebut Sebastian Coates turut berada di Anfield untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

walk on.ynwa

Friday, August 26, 2011

Sebelum Wisel: Melayan The Trotters

The Trotters@The Wanderers akan bertandang ke Anfield untuk perlawanan ketiga BPL musim ini. The Trotters hadir dengan keputusan yang agak memberangsangkan dengan membedil Team Pengawal Taman Permaisuri 4-0 dan melakukan kebangkitan lewat meskipun tewas 3-2 kepada Jiran Bising.

Melihat kepada rekod jaringan The Trotters telah meledak 6 gol hanya untuk 2 perlawanan berbanding Liverpool yang baru meledakkan 3 gol. Ini satu amaran awal kepada barisan pertahanan Liverpool agar tidak memandang rendah gaya serangan lawan walaupun mereka kehilangan Johan Elmander yang berpindah ke Galatasaray.

Mungkin King Kenny akan mengekalkan barisan pertahanan yang sama ketika bertemu Arsenal. Kemungkinan Carrol dan Suarez akan kembali berganding untuk merobek benteng The Trotters yang di ketuai Gary Cahill.

Perlawanan akan berlangsung jam 12.30 pagi nanti waktu malaysia. Jangan terlepas aksi yang menarik ini.

walk on.ynwa

Sunday, August 21, 2011

Wisel Penamat: Badi 11 Tahun Berakhir


Ini adalah banner yang digantung penyokong Arsenal di Ashburton Grove. Nampaknya mereka sudah merasakan malapetaka yang kita semua rasai 2 musim yang lepas apabila kehilangan Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Malapetaka tersebut akhirnya menjadi kenyataan di Ashburton Grove sendiri dengan kekalahan 2-0 kepada Skuad King Kenny.

Kemenangan 2-0 ke atas The Gooners menghapuskan badi tidak pernah menang di bumi Utara London itu, setelah kali terakhir Liverpool mencatat kemenangan 11 tahun lepas hasil jaringan Titi Camara yang membawa kemenangan 1-0 Liverpool keatas Arsenal.

11 tahun cukup lama sebenar. 11 tahun, Titi Camara watpe sekarang? hah..dia tak jadi pengurus mahupun jurulatih. Tetapi sekarang Titi Camara merupakan Menteri Kabinet di negara kelahirannya sekarang. 11 tahun cukup banyak mengubah Titi Camara.

Berbalik kepada perlawanan ini, rekrut baru King Kenny cukup bagus memainkan peranan masing-masing, cuma Henderson agak gugup dan banyak kali dribblenya tidak menjadi, walaubagaimanapun masih awal untuk menilai keberkesanan Henderson.

Andy Carroll seperti biasa dikawal rapi pertahanan Arsenal dan berjaya melakukan satu tandukan yang memaksa penjaga gol Arsenal menepis keluar. Charlie Adam cukup selesa dengan peranannnya di bahagian tengah.

Aksi Martin Kelly mendapat perhatian Capello yang turut berada di Ashburton Grove. Jose Enrique cukup dominan dibahagian kiri dan banyak naik keatas dan melakukan hantaran untuk Carroll.

Kemenangan telah dihasilkan dan diharap keputusan mendatang lebih baik dan rentak kemenangan dapat diteruskan.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger