Entri Terhangat

Saturday, February 12, 2011

Wisel Penamat: Terlepas dua mata berharga


Gol Steve Gohouri pada minit ke-65, melenyapkan gol 1st timer Meireles pada minit ke-24 sekaligus menyaksikan King Kenny terpaksa merelakan 2 mata berharga terlepas begitu sahaja.
Keputusan seri ini juga dilihat merencatkan sedikit perkiraan kita semua untuk mencapai kedudukan ke-4 liga, memandangkan Tottenham berjaya memperolehi kemenangan semalam.

King Kenny memberitahu, aksi persahabatan antarabangsa pada tengah minggu dilihat antara punca keputusan seri yang Liverpool perolehi, para pemain terpaksa menjalani latihan tambahan bersama skuad kebangsaan sambil terpaksa menempuh penerbangan antarabangsa yang jauh dan meletihkan.

Kita boleh melihat bagaimana Meireles seperti kurang oksigen untuk meneruskan perlawanan sehingga King Kenny terpaksa mengeluarkannya seawal minit ke-54 dengan digantikan oleh David Ngog. Ketiadaan Meireles cukup terasa ditambah dengan ketiadaan Kapten Fantastik kita, Stevie G.

Sepanjang separuh masa kedua, penguasaan bola lebih dimiliki Wigan, tidak seperti pada babak pertama yang mana Liverpool mendominasi bahagian tengah dan menyerang dari segenap sudut . Martin Kelly dan Glen Johnson masing-masing cukup selesa dengan peranan yang mereka terima, Carragher seperti biasa menjadi pengetua bahagian pertahanan. Lucas melengkapkan penampilan ke-100 nya bersama Liverpool dengan aksi yang kadang-kadang ok..kadang-kadang tidak.

Luis Suarez, cukup bertenaga dan cukup ghairah memburu gol, dua peluang keemasan untuknya menambah jaringan telah dinafikan, tetapi bukan oleh pengadil, penjaga garisan mahupun penjaga gol. Tetapi palang dan tiang gol menidakkan peluang Suarez setidak-tidaknya 1 gol dapat dijaringkan pada perlawanan semalam.

Apapun, rekod tanpa kalah masih bertahan, dengan baki perlawanan yang tinggal diharapkan Liverpool dapat mengutip semaksima yang mungkin untuk mencerahkan peluang kita bersaing dikelompok teratas liga.

walk on. ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger