Entri Terhangat

Showing posts with label Alberto Aquilani. Show all posts
Showing posts with label Alberto Aquilani. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

YNWA: Aquilani layak ambil alih posisi Stevie G

Rafa Benitez dilihat sedia meletakkan Alberto Aquilani di posisi Gerrard sekarang dan memberikan Gerrard peranan yang baru untuk menjaga bahagian Midfield dengan lebih efektif.

Aquilani menunjukkan betapa dia seorang Midfield Tengah menyerang yang semulajadi dengan menghasilkan dua assist untuk Gerrard dan Maxi.

Bagaimanapun ianya tidak tetap memandangkan Benitez suka buat eksperimen ntahapepentah, mungkin akan adanya rotasi antara Gerrard dan Aquilani sekiranya mereka bermain bersama dalam satu-satu perlawanan.

Benitez menambah, Aquilani memang mempunyai kualiti, dan kualitinya akan terbit sekiranya tidak diletakkan sebarang tekanan kepadanya dan diberikan sedikit kebebasan untuk membuat sesuatu di bahagian tengah.

Benitez sudah berkata, jadi kita sama-sama nantikan samada Benitez mengotakan janjinya atau tidak.

walk on.ynwa

Friday, December 25, 2009

Sebelum Wisel: Kembalikan semula keyakinan

Lewat malam ini, The Reds akan menanti kunjungan Gergasi Oren di Anfield. 'The Don' Benitez mengharapkan pemainnya kembali ke tahap keyakinan sebenar setelah mengharungi permulaan musim yang begitu buruk.

The Reds hanya memenangi empat perlawanan dari 17 Perlawanan, selain mendapat berbagai kritikan dari segenap sudut, terutama dari Lagenda Kop sendiri seperti, Greame Souness, Ian Rush dan Ian Callaghan.

Ian Rush telah melihat merundumnnya prestasi semasa pemain utama seperti Steven Gerrard, Carragher, Reina dan Torres sebagai antara punca utama kemerosotan The Reds ketika ini.

Dalam pada itu, Alberto Aquilani dilihat akan membuat permulaan kesebelasan utama buat kali pertama bagi saingan liga untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mascherano yang digantung perlawanan.

Aquilani baru pulih dari kecederaan Betisnya semakin cergas untuk diturunkan. Walaubagaimanapun, Benitez akan menunggu saat akhir untuk menyenaraikan Aquilani untuk permulaan perlawanan.

Benitez juga berharap pemainnya akan turun bermain dengan keyakinan dan semangat yang tinggi dan tidak akan terganggu dengan spekulasi semasa mengenai kedudukannya dikerusi panas Anfield. Kemenangan sahaja yang akan memperlihatkan hala tuju The Reds untuk mengecap Empat teratas musim ini. Jika tewas, mungkin Rafa Benitez boleh bersiap sedia untuk menerima bala yang mendatang.

YNWA

Tuesday, December 8, 2009

Sebelum Wisel: Sekadar Melengkap Jadual

Pagi Khamis ini merupakan perlawanan terakhir untuk KITA dalam saingan Champions League untuk musim ini. Bukan rezeki KITA musim ini. Mungkin musim depan membawa lebih sinar kepada KITA. Mudah-mudahan rezeki berlipat kali ganda dengan penaja baru musim hadapan.

Mungkin Peminat setia akan sanggup untuk berjaga hingga lewat pagi untuk menyaksikan penampilan penuh Alberto Aquilani 'Il Principino'. Itupun kalau Rafa Benitez tidak mengubah pendiriannya di saat akhir.

Bagi peminat yang sudah patah hatinya mungkin lebih gemar untuk memanaskan tilam empuk masing-masing dan mungkin menyimpan tenaga baru untuk berjaga untuk Europa League pula. Walau apa yang akan dilakukan oleh Peminat Reds sejati sekalian, misi utama dilihat disini adalah untuk membalas dendam atas kekalahan memalukan kepada La Viola di gelanggang lawan tempoh hari.

Jika Rafa Benitez menganggap perlawanan ini tiada makna lagi pun ada baiknya juga, kerana selepas ini Skuad KITA akan berdepan Arsenal dalam saingan Domestik semestinya akan mengisi Slot Super Sunday. Mungkin pemain-pemain muda akan diberikan peluang bermain dan merasai nikmatnya bermain dalam perlawanan Champions League.

YNWA

Sunday, November 8, 2009

Sebelum Wisel- Aquilani untuk kesebelasan Utama

Perlawanan menentang Birmingham City ini pasti dinanti seluruh fans...dan semestinya kita semua menanti-nantikan full debut Aquilani dalam saingan EPL.. Il Principino yang baru pulih dari jangkitan Virus dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gerrard untuk perlawanan ini. Benitez pastinya akan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada gandingan Lucas-Mascherano untuk mengawal bahagian midfield tengah.

Benitez berkata, Aquilani disenaraikan dalam senarai pemain simpanan dalam perlawanan menentang Lyon tempoh hari. Sememangnya Benitez mahu memasukkan Aquilani tetapi melihat gandingan Lucas-Mascherano berjaya mengawal perlawanan dengan baik, Benitez memilih untuk menyimppan terus Aquilani.

Dilaporkan bahawa, Fabio Aurelio, Martin Skrtel dan Albert Riera semakin pulih dari kecederaan dan boleh diturunkan dalam perlawaanan ini. Terpulang kepada Benitez untuk melakukannya ataupun tidak. Glen Johnson semakin menunjukkan kemajuan ketika sesi latihan tetapi Martin Kelly masih lagi dibelenggu kecederaan.

Pertahanan KITA sedikit rapuh dengan siri penggantungan perlawanan yang dikenakan kepada Jamie Carragher dan Phillip Degen. Kemungkinan besar pertahanan tengah akan menggandingkan Agger-Skrtel ataupun Kyrgiakos sebagai pilihan gantian kepada salah seorang dari mereka.

Bahagian Serangan KITA masih dalam keraguan, samada Benitez mahu terus menanggung risiko menurunkan Torres yang masih cedera ataupun memberi peluang kepada Babel untuk mengetuai serangan setelah dia berjaya menghasilkan gol cantik di Gerland tempoh hari. Kalau tidak Babel, Ngog pastinya bersiap sedia untuk memenangi hati Benitez. Voronin? Anggap je la yang dia tidak wujud dalam skuad, sumbangannya mungkin tidak sesuai di Liverpool, kemungkinan besar dia akan mengisi senarai perpindahan pada januari ini.

Walau sesiapa saja yang diturunkan Rafa pada perlawanan ini, matlamatnya cuma 1(satu). Mencari kemenangan keatas Birmingham bagi menghidupkan semula cabaran Liverpool yang begitu malap sepanjang Oktober lalu.

Jangkaan: Liverpool 2 Birmingham City 0

YNWA

Tuesday, October 27, 2009

Debut untuk Aquilani

Pemain bernilai 2o Juta Pound Sterling yang di beli musim panas lalu..Alberto 'Aquaman' Aquilani..menunggu begitu lama untuk membuat penampilan sulungnya.. Akhirnya Aquaman akan diturunkan pagi nanti menentang Arsenal dalam perlawan Piala Carling. Dia yang bermain selama 15 mint dalam perlawanan untuk team simpanan pada minggu lepas mungkin tidak diletakkan sebagai kesebelasan utama dan hanya akan bermula sebagai pemian simpanan dalam perlawanan pagi nanti..Dia juga berterima kasih kepada semua player dan staff kejurulatihan Liverpool kerana membantu sejak dari mula dia sampai ke Anfield..Dia juga mengatakan Andrea Dossena telah banyak membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran dan stail permainan di England. Dia berharap dapat mengembalikan keyakinannya semula setelah lama tidak beraksi dan berharap dapat memberikan yang terbaik untuk The Kop. YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger