Entri Terhangat

Showing posts with label Europa League. Show all posts
Showing posts with label Europa League. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Sebelum Wisel: Hantar Meireles Balik Kampung


Kawan ada terlihat gambar twitter akaun Encik Lucas Leiva, kawan lihat Raul Meireles cukup girang untuk ke Portugal. Maklum lah melawat kampung halaman. Kepulangan Meireles ke tanah tumpah darahnya kali inibukan untuk melawat sanak-saudara, tetapi untuk membantu Liverpool mengutip kemenangan ke atas lawan yang tidak asing lagi baginya iaitu Sporting Braga.

Mungkin Meireles cukup masak dengan corak permainan Braga, mungkin ada sedikit tips yang boleh dia kongsi untuk dijadikan rujukan oleh King Kenny. Kemenangan di Braga akan memudahkan lagi tugasan King Kenny untuk perlawanan timbal balik kedua yang akan diadakan di Anfield pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Steven Gerrard, Kapten Fantastik Liverpool tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini kerana bergelut dengan kecederaan, turut kedengaran khabar angin mengatakan kecederaan Stevie G memerlukan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Untuk perlawanan ini, Andy Carroll aka Sweet Carroll Nine akan beraksi dalam perlawanan ini. Samada memulakan perlawanan sebagai kesebelasan utama ataupun dari bangku simpanan. Jika turun dalam perlawanan ini Carroll tidak akan memakai jersi no.9 sebaliknya no.29, kerana no.9 telah didaftar diatas nama seorang pemain yang telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Apapun, perlawanan ini mesti dimenangi untuk mencari bekalan selesa di Anfield nanti, sekaligus meneruskan perjuangan untuk mengutip piala yang tinggal untuk musim ini.

walk on.ynwa

Friday, February 25, 2011

Wisel Penamat: Terima Kasih Kuyt

Terima Kasih Super Duracell. Dirk Kuyt sekali lagi memperlihatkan yang dia sememangnya pemain yang amat diperlukan sepanjang perlawanan. Ligat bermain sekeliling padang dan tidak terikat dengan peranannya di sayap kanan. Mungkin selepas ini King Kenny akan mengajak Kuyt untuk melihat konsert Muse pula.

Perlawanan semalam memperlihatkan kesungguhan anak didik King Kenny untuk memenangi perlawanan, walaubagaimanapun banyak peluang disia-siakan oleh David Ngog dan Raul Meireles.

Ketika perlawanan seakan menuju ke masa tambahan, Kuyt menjadi penyelamat King Kenny dengan tandukan bertenaga pada minit ke-86, sekaligus memastikan Liverpool ke pusingan 16 pasukan terbaik dan akan membuat perhitungan satu lagi pasukan Sparta, tetapi bukan dari Republik Czech tetapi dari Portugal iaitu Sparta Braga.

Memandangkan slot 16 pasukan terbaik berjaya dicapai, King Kenny pastinya mahu melebarkan lagi langkah untuk ke pusingan seterusnya. Sekaligus memberikan Trofi kepada Liverpool.

walk on.ynwa

Thursday, February 24, 2011

Sebelum Wisel: Mesti Menang


Liverpool turun ke Anfield kali ini dalam saingan Liga Europa bagi perlawanan timbal balik kedua menentang Sparta Prague yang mana perlawanan pertama tempaoh hari berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Yang pasti barisan Sparta akan turun habis-habisan menentang Liverpool dengan matlamat setidak-tidaknya seri berserta jaringan untuk melayakkan diri mereka secara automatik ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, King Kenny sudah berkira-kira untuk menurunkan barisan terkuatnya bagi menghadapi perlawanan ini, walaupun didalam catatan kertas, Liverpool tiada masalah membenam cabaran Sparta lebih-lebih lagi beraksi dihadapan The kop.

Walau bagaimanapun, King Kenny tidak menghiraukan ramalan diatas kertas, sebaliknya King Kenny lebih optimis untuk melihat hasilnya sendiri apabila aksi diatas padang dimulakan. King Kenny juga optimis untuk mendapatkan tempat bagi 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Europa.

Harapan agar kemenangan dapat dirakamkan dihadapan The Kop, sekaligus memastikan cabaran Liverpool dalam saingan Liga Europa berterusan dan berpeluang menamatkan badi tanpa piala sejak kali terakhir pada tahun 2006.

walk on.ynwa


Thursday, February 17, 2011

Wisel Penamat: Keputusan Seri untuk King Kenny

Penantian King Kenny selama 9394 hari untuk kembali mengendali Liverpool dalam saingan Eropah berakhir dengan keputusan seri. Ianya merupakan perlawanan pertama setelah kelab Inggeris dilarang menyertai kejohanan Eropah berikutan Tragedi Heysel.

King Kenny melakukan 3 pertukaran yang cukup besar dengan memasukkan Kyrgiakos menggantikan Skrtel, Danny Wilson menggantikan Johnson dikiri manakala Johnson kembali ke kanan. David Ngog kembali sebagai penyerang utama kerana ketiadaan Luis Suarez yang hilang kelayakan untuk beraksi.

Conor Coady disenaraikan dalam senarai pemain simpanan dan 3 orang lagi pemain muda mendapat manfaat berguna kerana dapat berlatih bersama skuad utama. Joe Cole kembali beraksi sebagai pemain gantian mengantikan Fabio Aurelio yang cedera. Cedera lagi si Aurelio nie. Harap selepas ini Joe Cole kembali memberi pilihan yang lebih banyak untuk King Kenny.

Perlawanan awal pagi tadi, Liverpool banyak melakukan hantaran-hantaran pendek dan sukar menembusi pertahanan lawan yang dikepalai oleh bekas orang kuat West Ham United iaitu Tomas Repka.

Apapun masih ade perlawanan kedua di Anfield pada 24 Februari nanti. Harap Liverpool dapat memanfaatkan peluang kedua nanti.

walk on.ynwa

Wednesday, February 16, 2011

Sebelum Wisel: King Kenny Buat Kejutan Lagi


King Kenny sekali lagi membuat kejutan bermakna untuk semua peminat Liverpool dengan menyenaraikan 4 orang pemain muda yang beraksi cemerlang membenam Southend FC 9-0 tempoh hari. Raheem Sterling, Jack Robinson, John Flanagan dan Conor Coady mendapat mandat istimewa dari King Kenny merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Europa.

King Kenny berkata pemilihan mereka berempat adalah kerana mereka menampilkan kualiti yang diinginkannya dan mereka melakukannya dengan cukup baik jika hendak dibanding dengan usia mereka. Jika semua perancangan berjalan lancar mereka semua akan merasa aksi diperingkat eropah pada perlawanan menentang Prague nanti.

Terbang ke Sparta Prague, King Kenny terlepas khidmat, Stevie G dan Agger yang masih belum cergas, Poulsen menanti kelahiran cahayamatanya manakala Luis Suarez tidak layak beraksi kerana sudah beraksi sebelum ini bersama Ajax Amsterdam.

Walaubagaimanapun, King Kenny mendapat semula khidmat Joe Cole, yang kembali pulih dari kecederaannya dan Andy Carroll turut serta dalam skuad ke Sparta Prague, walaubagaimanapun belum pasti samaada Carroll akan diturunkan atau dia hanya sekadar menjadi pemain sokongan dalam tempoh latihan disana.

Ini perlawanan pertama King Kenny bagi saingan eropah, tetapi King Kenny cukup masak dengan saingan eropah, tiada yang mustahil untuk kita mencari bekalan selesa di Sparta sebelum membuat perhitungan semula di Anfield pada 24 Februari nanti.

walk on. ynwa

Friday, October 1, 2010

Wisel Penamat: Jalan Cerita sama oleh Roy

Skuad yang diturunkan Roy pagi tadi

Seri untuk sekian kalinya, dan kali pertama untuk kempen Liga Europa. Roy masih tak berubah, masih duduk membongkok sambil mengigit kukunya yang berperisa strawberi tu. Masih lagi berpuas hati dengan keputusan seri dengan Utrecht. Bangun dari lena Roy oiiii. Kerusi panas di Anfield sebagai manager bukan tanda aras kejayaan ko dalam karier pengurusan ko Roy!

Roy masih lagi nak menggunakan idea lama Rafa dengan dua orang midfield bertahan dan tiada yang menjanakan gerakan dikawasan tengah. Torres terpaksa berkerja keras mencari bola ditengah padang tanpa mendapat hantaran-hantaran world class untuk di sudahkan ke gawang lawan. Tiada hantaran-hantaran pendek untuk menguasai perlawanan..lebih kepada hantaran sia-sia dan membenarkan pemain Utrecth menguasai perlawanan.

Kecewa..mmg sungguh mengecewakan..Liverpool sekarang makin teruk, mungkin betul kata-kata si Al-Fayed owner Fulham, Roy hanya akan membawa Liverpool lebih teruk dari sebelum ini. Urrmmm..

Perlawanan seterusnya menentang Blackpool. Pasukan yang baru naik pangkat. Jangan kata kita tak boleh nak makan team ni. Pemain kita semuanya bagus-bagus. Pengalaman usah cakap pemain baru yang diambil Roy semuanya main kt World Cup lepas. Jadi sekarang sape yang tak cukup bagus? Roy ke pemain-pemain?

walk on..ynwa

Thursday, September 30, 2010

Sebelum Wisel: Misi Menang di Belanda

Utrecht FC vs LIVERPOOL FC
1 Okt 2010
Siaran Langsung astro ch816
jam 1.00 pagi

Reds akan berkunjung ke gelanggang lawan nun di belanda sana. Berbekalkan rekod 2 perlawanan sebelum ini kalah kepada Northampton dan seri dengan Sunderland cukup menghampakan kita.

Diharap bermula dengan perlawanan menentang pasukan dari belanda ini akan bermula kebangkitan The Reds. Sekaligus mengekalkan rekod bagus Roy dengan memenangi 5 perlawanan peringkat eropah sebelum ini.

Yang pasti Roy akan menurunkan kesebelasan terkuat walaupun beberapa pemain seperti Aurelio dan Konchesky masih cedera. Desas desus mengatakan Roy akan menggunakan formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini dengan menggandingkan Joe Cole, Torres dan Meireles. Sama ada ianya betul atau tidak, sama-sama kita nanti perlawanan awal pagi nanti.

walk on. ynwa


Thursday, August 19, 2010

Sebelum Wisel: Kenangan Lama Kembali


Wednesday, April 28, 2010

Sebelum Wisel: Bedal saja la Babel

Ryan Babel dilihat hampir pasti menjadi penyerang tunggal untuk Liverpool melayan kunjungan Atletico Madrid di Anfield

Dengan Dirk Kuyt masih lagi dalam keadaan meragukan untuk diturunkan, sandaran untuk menjana gerakan disebelah kanan mungkin dipangku oleh Benayoun, mungkin juga Gerrard.

Dengan kecederaan Ngog, Torres dan Kuyt sememangnya pilihan amat terhad dibahagian serangan. Diharapkan bahagian Midfield lebih prolifik kali ini untuk menguasai bola.

Apapun perlawanan lewat pagi nanti harus didominasi dan kawalan keseluruhan perlawanan harus dipertingkatkan. Pertahanan juga akan menghadapi tugasan lebih berat kali ini memandangkan Kun Aguero siap sedia untuk diturunkan.

Perlawanan ini sememangnya wajib menang untuk mendapatkan saguhati untuk musim yang penuh malang ini. Kejayaan untuk merangkul Kejuaraan Europa League ini satu-satunya tinggal untuk digapai memandang peluang ntuk mendapat tempat keempat kian samar.

walk on.ynwa

Friday, April 23, 2010

Wisel Penamat: Keletihan Faktor Utama Kekalahan

Liverpool gagal untuk menyembunyikan keletihan akibat perjalanan jauh beribu-ribu batu untuk sampai ke Madrid. Perlawanan berkesudahan dengan Atletico menangi perlawanan dengan jumlah margin yang sedikit.

Atletico tidak menggunakan sepenuhnya keletihan The Reds untuk memenangi perlawanan dengan jaringan yang lebih besar. Mungkin ade harapan untuk The Reds bangkit di Anfield nanti.

Atletico didepan seawal minit ke-9 melalui Diego Forlan. Liverpool sepatutnya mendapat gol penyamaan tetapi jaringan Benayoun dibatalkan kerana offside. Jika dilihat semula ulang tayang memang jelas Benayoun tidak offside. Mungkin Linesman tertekan agaknya melihat penyokong Madrid yang tidak henti-henti terpekik terlolong menekannya.

Walauapapun The Reds pasti bangkit di Anfield seperti mana dilakukan keatas Unirea, Lille dan Benfica.

walk on.ynwa

Thursday, April 22, 2010

Sebelum Wisel: Cari Ole-ole dari Madrid

Pengendali Atletico Madrid Sanchez Flores kelihatan gusar untuk bertemu The Reds dihalaman sendiri. Memandangkan kegusarannya itu, Flores berharapan agar anak buahnya mencari bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Anfield untuk perlawanan timbal balik.
Melihat nasib yang menimpa Lille dan Benfica pastinya Sanchez Flores tidak mahu keputusan sama menimpa pasukannya. Sanchez Flores pasti mahukan anak buahnya mengambil sepenuh kesempatan diatas keletihan skuad The Reds yang terpaksa menghabiskan hampir 24 jam untuk sampai ke Madrid melalui pengangkutan darat.
Dalam pada itu diharapkan Rafa sudah cukup memanfaatkan tempoh bersama-sama para pemain selama 24 jam itu dengar membincangkan formula-formula terbaik untuk mendapatkan bekalan yang selesa untuk dibawa pulang ke Anfield nanti walaupun akan turun tanpa kelibat dua lagenda Atletico iaitu Torres dan Maxi.
Tetapi, sekurang-kurangnya Benitez dapat memanfaatkan sedikit sebanyak sumber dari mereka berdua mengenai bekas kelab mereka. Rafa juga pasti mengetahui sedikit sebanyak mengenai Atletico apatah lagi Atletico tidak pernah berjaya menjinakkan Valencia ketika Rafa membimbing Valencia satu ketika dulu.
Diharapkan The Reds akan bermain bermati-matian dan jangan jadi alasan kepenatan sebagai batu penghalang untuk mendapatkan bekalan yang seharusnya dibawa pulang ke Anfield.
walk on.ynwa

Thursday, March 11, 2010

Sebelum Wisel: Menang atau Lupakan saja

Liverpool akan turun ke bumi perancis awal pagi nie menentang Skuad Lille di arena lawan. Liverpool akan menentang Lille tanpa kelibat Yossi Benayoun dan mungkin akan kembali menagih semula sentuhan Daniel Agger di benteng pertahanan.

Berita yang sedikit mungkin mengurangkan kegusaran Benitez ketika ini adalah kerana, Lille akan turun tanpa kelibat 4 pemain utama mereka. Dua dari bahagian pertahanan dan dua lagi di posisi serangan.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada taktikal Benitez samada mahu mengambil kesempatan daripada ketempangan Skuad Lille di gelanggang sendiri. Ataupun akan muncul sekali lagi kekalahan kepada pasukan yang sememangnya bukan pilihan untuk menjuarai Liga Europa ini.

Sekiranya kekalahan melanda sekali lagi, sememangnya akan memberi impak untuk baki 9 perlawanan liga dan matlamat untuk menduduki tempat ke-4 liga. Bersedia atau tidak, menerima kenyataannya awal pagi nanti. Sama-samalah kita menyaksikannya nanti.

YNWA

Tuesday, November 24, 2009

Wisel Penamat: Selamat Tinggal Champions League, Selamat Datang Europa League

Liverpool akhirnya melangkah keluar dari saingan Liga Juara-juara, walaupun membenam cabaran Debrecen awal pagi tadi. Sememangnya nasib bukan di pihak KITA, apatah lagi mengharapkan ihsan Lyon untuk menbenam Fiorentina dihalaman lawan.

Dalam impian KITA menuju ke Final di Madrid, akhirnya KITA terpaksa mengubah selera untuk mengejar cita ke Final Europa League di Hamburg nanti. Kecundangnya KITA di saingan Champions League ini menyaksikan KITA kerugian lebih kurang 10 juta pound sterling sebagai ganjaran untuk 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Juara-juara.

Walaubagaimanapun, diharapkan Skuad KITA akan terus melangkah kehadapan, dan melupakan kegagalan ini untuk mengharungi cabaran di saingan Liga Domestik dan Liga Europa nanti. Kemenangan malam tadi, melenyapkan rekod buruk KITA yang hanya mencatat 1 kemenangan dari sepuluh perlawanan terakhir.

Ade hikmah disebalik perlawanan malam tadi, dengan David Ngog semakin memperlihatkan keberkesanannya di barisan hadapan dan berjaya menjaringkan gol pertama dan terakhirnya dalam saingan Champions League untuk musim ini.

Lucas Leiva juga semakin selesa dengan peranannya di bahagian Midfield dan berjaya melakukan beberapa hantaran yang menarik untuk disudahi dengan jaringan gol, disamping Emiliano Insua yang semakin matang permainannya mengawal pertahanan kiri disamping membantu Fabio Aurelio melancarkan serangan dari sayap kiri.

Lupakan Champions League. Pandang kehadapan, masih banyak cabaran menanti KITA.

YNWA


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger