Entri Terhangat

Sunday, April 17, 2011

Wisel Penamat: Terbaik dari Jay, John, Jack dan Jonjo

Drama Swasta berlaku di Ashburton Grove aka Emirates Stadium dengan 2 penalti dihadiahkan pengadil dalam tempoh 3 minit terakhir perlawanan. Van Persie menyempurnakan penalti pada minit ke-96 manakala Kuyt menyempurnakan penalti pada minit ke-111. Tetapi pengadil menghadiahkan penalti kepada Liverpool pada minit ke-98.

Pujian harus diberikan kepada pemain muda seperti Jay Spearing, John Flanagan, Jack Robinson dan Jonjo Shelvey kerana dapat mengimbangi perlawanan setelah Liverpool kehilangan Fabio Aurelio, Jamie Carragher dan Andy Carroll. 4'J' untuk masa depan Liverpool.

Perlawanan yang lebih didominasi oleh Pasukan Pak Weng yang cukup bersungguh untuk memecahkan benteng Liverpool tetapi John Flanagan dan Jack Robinson cukup tenang menangkis serangan yang dimulakan oleh pemain sayap Pak Weng.

Luis Suarez memiliki deretan peluang, tetapi gagal disudahkan dengan cara yang sepatutnya. Walau apa pun, perlawanan ini memang mendebarkan. Pengadil juga mengalami tekanan yang cukup tinggi untuk mengadili perlawanan ini.

Dengan baki 5 perlawanan dengan 3 perlawanan di Anfield dan 2 digelanggang lawan diharapkan dapat mengutip mata yang semaksimum mungkin untuk mencapai target untuk beraksi di Liga Europa musim depan.

Walk On.ynwa

Sebelum Wisel: Menentang Skuad Muda lagi Merbahaya

Ada yang tak kena dengan Emirates Stadium nie. Apa yang tak kenanya? Yang tak kenanya adalah keputusan perlawanan apabila Liverpool bertandang ke kubu baru The Gunners nie. Sejak awal pendudukan rejim wenger di stadium ini Liverpool masih gagal membawa pulang tiga mata penuh.

Mampukah King Kenny memecahkan kebuntuan ini. Rafa Benitez pun tiada jawapan kepada permasalahan nie. Membawa harapan besar untuk beraksi dalam saingan europa musim depan, perlawanan menentang Arsenal sememangnya wajib dimenangi, walaupun hakikatnya akan memberikan laluan selesa kepada Scum untuk meraih gelaran ke-19 mereka (tangan didada, mata keatas, lidah terjelir).

Bagi perlawanan lewat malam nanti, John Flanagan pasti akan diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh King Kenny untuk mengawal selia bahagian pertahanan kanan. Mungkin ini semua makanan Flanagan memandangkan lawannya semuanya sebaya dengannya tidak sama seperti menentang City tempoh hari.

Andy Carroll pastinya mahu menambah koleksi golnya ketika menentang Arsenal, serta menambah koleksi golnya bagi musim ini. Suarez pastinya tidak sabar menentang Arsenal walaupun pernah bersemuka pasukan yang sama dalam saingan Liga Juara-juara ketika masih bersama Ajax.

Apa yang pasti Majlis memperingati Hillsborough harus dilabuhkan tirainya dengan kemenangan ke atas Arsenal malam ini.

Walk On.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger