Entri Terhangat

Monday, January 31, 2011

Perpindahan : Torres ke Chelsea, Suarez dan Carroll Reds yang Baru

Selamat Jalan dan Selamat Maju Jaya. Interview pertama dengan Chelsea bunyinya amat menyakitkan hati. Tak mengapa, Kita mendapat pengganti yang sepadan dan mungkin lebih baik daripada Torres. Apapun Torres terima kasih atas segalanya. Jaga Ollala Dominguez kau baik-baik. Jangan Terry sapu lak lepas nie.

This is New Liverpool Number 7. Setelah lama dibiarkan kosong jersi nombor keramat ini. Akhirnya Luis Suarez telah memenuhi kriteria untuk menjadi seorang pemain no.7 Liverpool. Datang dengan harga yang jauh lebih murah dari harga marketnya. Ianya merupakan pelaburan yang berbaloi untuk kita. Bagi Suarez, selamat datang, kenal apa itu erti setia dan penghargaan penyokong kepada anda.

Akhirnya kita kembali memiliki penyerang berdarah Inggeris setelah kali terakhir Michael Owen. Andy Carroll akan menyarung Jersi bekas pujaan anfield iaitu Fernando Torres. No.9. Sungguh besar bebanan yang akan ditampung Carroll. Apapun tiada yang mustahil. Carroll masih muda dan berpotensi besar. Semestinya dia akan membuatkan kita akan melupakan siapa pemegang jersi No.9 sebelumnya.

walk on.ynwa

Sunday, January 30, 2011

YNWA: Luis Suarez Lulus Ujian Perubatan

Luis Suarez telah lulus ujian perubatan bersama kita. Dengan lulusnya ujian perubatan ini, Liverpool bersiap sedia mengeluarkan 26.5 juta euro untuk dimasukkan ke kantung Ajax Amsterdam.

Luis Suarez mungkin akan diturunkan seawal perlawanan menentang Stokes City minggu ini. Diharap Luis Suarez cepat menyesuaikan diri dan segera memberikan impak kepada pasukan pimpinan King Kenny.

walk on.

Friday, January 28, 2011

Perpindahan: Torres Kemuka Surat Rasmi Perpindahan

Berita yang kurang enak didengar. Lewat Jumaat, Fernando Torres telah mengemukakan surat rasmi permohonannya untuk berpindah. Kenyataan ini memberi tamparan buat King Kenny dan pihak pengurusan.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan dengan segala hormatnya menolak bulat-bulat permohonan Fernando Torres itu. Pihak pengurusan meminta Torres supaya menghormati perjanjian jangka panjang bersama kelab dan menghormati perasaan penyokong yang menyanjungnnya selama ini.

Apakah motif sebenar Torres berbuat sedemikian, Adakah Torres sudah tidak yakin pada dirinya untuk bermain bersama Liverpool ataupun hanya sekadar gertakan kepada pihak pengurusan untuk memancing seberapa banyak pemain berkualiti masuk ke Anfield.

Apa pun yang berlaku, saya merasakan Torres pasti akan pergi meninggalkan Liverpool, tetapi tidak seawal perpindahan januari ini. King Kenny dan Steven Gerrard pasti akan melakukan sesuatu untuk memujuk Torres untuk terus kekal di Liverpool sekurang-kurang hingga akhir musim.

walk on. ynwa

Perpindahan: Nilai Bidaan Suarez diterima Ajax

Kata Sepakat antara Liverpool dan Ajax akhirnya termeterai, dengan persetujuan nilai bidaan terkini sebanyak 26.5 juta euro. Luis Suarez ketika sudah bersiap sedia untuk menjalankan ujian kecergasan dan kesihatan di Melwood.

Dalam pada itu Ajax juga telah memberikan kebenaran untuk Suarez dan pihak Liverpool berbincang mengenai terma individu untuk kontrak Suarez. Jika tiada sebarang permasalahan Luis Suarez mungkin akan menjejakkan kaki ke bumi Liverpool lebih awal.

walk on. ynwa

Thursday, January 27, 2011

Wisel Penamat: Tempo Kemenangan berterusan

Kemenangan berjaya dicipta, kemenangan ini merupakan kemenangan pertama King Kenny di Anfield. Walaupunjaringan dihasilkan oleh gol gol sendiri John Pantsil, ianya sudah cukup untuk memastikan 3 mata berharga milik Liverpool, sekaligus melonjakkan Liverpool ke tangga ke-7 Liga.

Tempo permainan agak rancak pada babak pertama dengan melihat Meireles semakin selesa dengan tugasan sebagai pengumpan kepada Torres sambil dibantu Kapitan Gerrard yang bermain lebih ke dalam berbeza dari peranannya sebelum ini.

Jaringan Torres pada babak pertama dinafikan kerana Torres dikesan berada dalam kedudukan offside setelah mendapat hantaran cantik dari Meireles. Babak kedua melihatkan keseimbangan penguasaan bola dan Liverpool lebih banyak melakukan hantaran demi hantaran.

Keseluruhan, disiplin permain semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan, pemain juga sudah memperlihatkan yang mereka selesa dengan taktikal yang diterapkan King Kenny dan Steve Clarke.

Martin Kelly semakin yakin dibahagian kanan, dan Glen Johnson juga tiada masalah untuk bermain dibahagian kiri. Mungkin sekembalinya Jamie Carragher dari kecederaan, persaingan dibahagian pertahanan pasti sengit. Begitu juga dengan bahagian tengah, Jonjo Shelvey semakin kerap diturunkan walaupun hanya sebagai pemain gantian.

Harapan agar, tempo kemenangan berterusan untuk perlawanan yang berikutnya. Tempat ke-7 sebenarnya sudah kira buruk untuk Liverpool menghuninya. Berbaki 14 perlawanan, tiada yang mustahil untuk Liverpool mendapat kedudukan yang lebih baik dari kedudukan ke-7 sekarang.

walk on.ynwa

Tuesday, January 25, 2011

Sebelum Wisel: Momentum kemenangan harus diteruskan


Momentum kemenangan harus diteruskan. Fulham harus ditundukkan, 3 mata harus dalam genggaman. Pasti Kop end terus meriah awal pagi nanti. King Kenny akan mendapat oksigen baru dengan kembali semula Kapitan Fantastik kita Stevie G.

King Kenny pasti akan memilih untuk memadatkan lagi barisan tengah supaya lebih kreatif dan lebih banyak melakukan hantaran.

Glen Johnson semakin selesa di sebelah kiri, Skrtel agak layu kerana tiada Carragher yang selalu memakinya. Meireles juga semakin kerap melakukan cubaan volley yang merbahaya. Diharapkan menentang Fulham di gelanggang sendiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain

walk on. ynwa

YNWA: Selamat Maju Jaya Babel


Ryan Babel akhirnya setuju untuk berpindah ke Bundesliga untuk menyarung jersi TSG 1899 Hoffenheim setelah menghabis 3 musim setengah penuh pasang surut prestasinya.

Sepanjang 3 musim setengah di Anfield Ryan Babel telah melakukan sebanyak 146 penampilan, dan menjaring 22 gol yang bertaraf dunia. Walaupun kurang menyerlah di Liga Perdana, tetapi Babel cukup prolifik apabila beraksi di pentas eropah.

Selamat maju jaya untuk Ryan Babel, kami pasti akan merindui aksi akrobatik dan gol-gol torpedonya..

walk on.ynwa

Saturday, January 22, 2011

Wisel Penamat: Kemenangan Moral Untuk King Kenny

King Kenny berjaya membawa pulang 3 mata ke Anfield dengan kemenangan moral ke atas Wolves di gelanggang lawan.

Fernando Torres berjaya meledakkan 2 gol mudah yang boleh dikira sebagai latihan untuknya kembali menjadi prolifik seperti yang dulu.

Meireles semakain selesa dengan peranan yang diberikan King Kenny kepadanya, dan dia sekali lagi menjaringkan gol volley yang cukup cantik dan kemungkinan besar dalam senarai untuk dinobatkan gol tercantik bagi musim ini.

Liverpool seharusnya mampu menambah jaringan namun kehebatan penjaga gol muda Wolves, Hennessy berjaya menyelamat beberapa percubaan merbahaya dari Torres dan Maxi.

Corak permainan semakin bagus dan teratur, dan Dirk Kuyt amat teruja bermain dengan strategi yang diusulkan oleh King Kenny, dan Kuyt awal-awal lagi menyatakan gaya permainan Liverpool kini semakin terarah kepada zaman kegemilangan belanda dengan stail Total Football.

Walau apa pun, rentak kemenangan harus dikekalkan dengan perlawanan seterusnya menentang Fulham di Anfield.

walk on. ynwa

Friday, January 21, 2011

Sebelum Wisel: Biar Tunggang Langgang Janji Menang

King Kenny sekali lagi menyeru agar barisan pemainnya turun dengan penuh semangat di gelanggang lawan malam nanti. Dalam pada itu King Kenny tidak kisah cara mereka bermain sekali pun, janji kemenangan dapat dicapai.

Menentang Wolves dengan tiada kelibat Kapitan Gerrard kerana penggantungan perlawanan, namum ade berita gembira untuk King Kenny dengan kembali semula Joe Cole dan kemungkinan mendapat semula khidmat Fabio Aurelio yang baru pulih dari kecederaan.

Susunan formasi masih lagi samar-samar untuk kita meneka, kerana King Kenny masih lagi bereksperimentasi terhadap keupayaan para pemainnya.

Perlawanan ini sememangnya harus dimenangi kerana Wolves telah mengalahkan kita di Anfield dengan jaringan 1-0. Satu keputusan yang mengejutkan pada awal musim yang lalu. Apa pun diharap King Kenny dapat menurunkan barisan pemain idamannya yang dapat melaksanakan taktikalnya dengan berkesan.

walk on. ynwa

Wednesday, January 19, 2011

Desas Desus: Babel masih memilih

Ryan Babel dilihat semakin menuju ke jalan keluar dari Anfield. Dengan khabar terbaru menarik minat dari kelab Jerman Hoffenheim. Tetapi Ryan Babel lebih berminat untuk kembali ke kelab asalnya iaitu Ajax Amsterdam.

Ryan Babel menegaskan Hoffenheim hanya sekadar pilihan keduanya sekiranya dia tidak mendapat pelepasan secara pinjaman atau pihak Ajax sendiri tidak mahukan khidmatnya.

Dalam pada itu Babel juga mahukan dia menjadi sebahagian daripada perpindahan Luis Suarez ke Liverpool. Walaubagaimanapun ianya masih lagi dalam perbincangan dan keputusan untuk menjual Babel juga masih tergantung sehingga kini.

Jadinya perpindahan Babel ke Hoffenheim masih belum dapat disahkan lagi walaupun Liverpool dikatakan sudah mempersetujui nilai perpindahan Babel.

Harapan agar urusan perpindahan pemain melibatkan Liverpool berjalan lancar dan pemilik kelab Tuan Besar Henry dapat memebawa masuk pemain-pemain yang benar-benar berkualiti.

walk on. ynwa

Monday, January 17, 2011

Wisel Penamat: Kuyt Penyelamat

Sekali lagi, ketenangan dan penat lelah Mr.Duracell kita Dirk Kuyt, menyelamatkan aksi huru-hara pada babak kedua sekaligus memberikan King Kenny mata pertamanya dihadapan Tuan Henry dan isterinya yang cun melecun.

Aksi pada babak pertama nyata menghiburkan dengan aksi serangan pantas dan kawalan bola yang cukup terpuji dan hasilnya Raul Meireles berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool musim ini.

Memasuki babak kedua, dalam tempoh 15 minit pertama, para pemain seperti hilang arah dan begitu mudah membenarkan Everton mendapatkan dua gol untuk mendahului kita. Namun penalti yang disempurnakan Dirk Kuyt menyelamatkan King Kenny dari mencatat hat trick untuk kekalahan.

Dalam perlawanan semalam dapat dilihat kelibat Jay Spearing yang cukup tenang mengawal barisan tengah sambil membantu Lucas menangkis asakan dari pemain tengah Everton. Pujian harus diberikan kerana segera memberikan impak positif walaupun baru pulih dari kecederaan.

Seperti biasa, King Kenny perlu membuat post mortem besar-besaran dibahagian pertahanan, dilihat cukup rapuh dan mudah diperkotak-katikkan pihak lawan. Harap agar bertemu Wolves nanti King Kenny akan menjelmakan kemenangan untuk kita semua.

walk on. ynwa

Saturday, January 15, 2011

Sebelum Wisel: Merseyside Derby


Kenny Dalglish akan merasai suasana Anfield sebagai Pengurus untuk pertama kali dengan menerima kedatangan seteru setempat Everton yang kini berada satu anak tangga diatas Liverpool berkongsi pungutan mata yang sama.

Pada Derby di awal musim sekitar Oktober yang lalu, yang mana merupakan Debut Derby yang pertama dan terakhir untuk Roy Hodgson, Liverpool tewas 2-0 di Goodison Park dimana perlawanan disaksikan oleh pemilik baru kelab, Orang Kaya Henry.

Untuk fakta, Derby kali ini adalaha yang ke-97 yang diadakan di anfield dengan Liverpool memenangi 40 perlawanan, Seri 33 dan selebihnya kemenangan berpihak kepada Everton. Manakala sebanyak 144 gol dicipta sepanjang 97 perlawanan diadakan di Anfield.

Semestinya perlawanan ini amat penting bagi King Kenny untuk dimenangi bagi menaikkan moral pemain sekaligus memacu kembali pasukan mendaki tangga kedudukan dalam liga.

walk on. ynwa

Wednesday, January 12, 2011

YNWA: Tahniah Glen Johnson Sudah Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan kepada Glen Johnson kerana kelahiran cahaya mata yang lahir pada lewat malam selasa yang lalu.

Oleh yang demikian Glen Johnson terlepas aksi menentang ManUk kerana menemani pasangannya yang dalam keadaan sarat.

Apapun tahniah sekali lagi dan tolong lah main dengan sungguh-sungguh lepas ini. Buat malu je anak tengok bapaknya main asyik kalah manjang.

walk on.ynwa

Wisel Penamat: Pertahanan Buat King Kenny Runsing

Fernando Torres berjaya menunaikan permintaan King Kenny untuk melihatnya kembali meledak. Tetapi kelemahan barisan pertahanan hasil kealpaan barisan tengah menyebabkan King Kenny sekali lagi mengigit jari.

Raul Meireles menjadi punca gol pertama Blackpool terhasil. Meireles gagal melakukan hantaran kemas hasil tolakan pendek Torres yang mana dia melakukan lorongan ke belakang dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Taylor Flecther untuk menyamakan kedudukan.

DJ Campbell berjaya menjaringkan gol ke-7 dalam saingan Liga Perdana hasil free header yang menyaksikan barisan pertahanan kita gagal menghidu keligatan DJ Campbell.

Untuk perlawanan seterusnya merupakan perlawanan Derby Merseyside, King Kenny semestinya memastikan barisan tengah dan pertahan tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti ini.

Babak pertama permainan lebih berdisiplin dan teratur, tetapi memasuki babak kedua, pemain sudah hilang punca, hantaran entah kemana, pengawasan pemain lawan juga longgar dan bantuan kepada Torres makin berkurangan sehingga ada satu ketika Dirk Kuyt menjadi pemain pertahanan yang kelima.

Kita perlukan keputusan yang lebih baik selepas ini memandangkan kita semakin jatuh ke bawah dan hanya dipisahkan dengan 4 mata dari zon penyingkiran.

walk on.ynwa

Sebelum Wisel: Kenny mahu Torres Mula meledak

Kenny Dalglish sudah memulakan motivasinya kepada semua pemain menjelang pertemuan Liga Perdana menentang Blackpool di Bloomfield. Tidak ketinggalan kepada penyerang utama kita Fernando Torres. Torres masih lagi mencari rentak untuk menggegar jaring setelah pulih dari pembedahan pada awal musim yang lalu.

Menentang Blackpool yang mana merupakan perlawanan pertama King Kenny, pastinya dia mahukan Torres menghadiahkannya setidak-tidaknya satu gol. Dengan ketiadaan Steven Gerrard, King Kenny pasti akan melakukan beberapa eksperimen keatas kesebelasan utama nanti.

Kemungkinan Martin Kelly akan menjadi King Kenny mengisi slot pertahanan kanan dan mungkin ada sedikit masalah di pertahanan kiri kerana Aurelio seperti biasa tidak boleh bermain lebih dari satu perlawanan.

Barisan tengah mungkin akan menyaksikan Christian Poulsen turun beraksi memandangkan ketiadaan Gerrard, dan kehadiran Poulsen diharap dapat membantu Lucas memperkuatkan barisan tengah memandangkan Meireles mungkin akan bermain di sayap kanan.

Apapun, perlawanan ini diharapkan akan menghasilkan keputusan yang positif dan penambahbaikan hendaknya.

walk on. ynwa

Monday, January 10, 2011

Wisel Penamat: Hajat King Kenny Terbantut

Howard Webb sekali lagi menghampakan kita dan sekaligus menghampakan King Kenny untuk membuat impak segera dalam perlawanan pertama kendaliannya.

Penalti kontroversi dan layangan Kad Merah untuk Steven Gerrard juga kontroversi. Apa boleh buat, PENGADIL TERBAIK DUNIA katanya. Kepala botak dia la!

Dua keputusan kontroversi ini cukup untuk mematikan segala perancangan King Kenny dalam perlawanan terssebut. Sekiranya Gerrard masih dapat bermain, kemungkinan besar keputusan boleh berubah.

Walaubagaimanapun, kita dapat melihat Liverpool bermain lebih teratur dam berdisiplin dan hasilnya ManUk hanya berjaya menjaringkan gol hasil penalti kontroversi hasil ihsan Howard Webb yang cukup mulia hatinya.

Tak mahu tulis banyak kerana cukup kecewa dengan si botak durjana tu. Memang tak tahu la macam mana dia boleh jadi PENGADIL TERBAIK DUNIA macam tu.

walk on.ynwa

Sunday, January 9, 2011

Sebelum Wisel: Misi King Kenny

Tidak sampai 24 jam, King Kenny akan berdepan pasukan yang satu ketika dahulu diayamkannya. Kini masa sudah terlalu lama untuk kembali seperti masa lalu.

Tugasan terakhir lebih kurang pada tahun 2000 membimbing Celtic dan kini membimbing Liverpool yang dalam keadaan serba tidak menjadi.

Mungkin adanya sedikit peningkatan dari sebelum ini. Kerana Liverpool sudah cukup sebati untuk King Kenny. Mungkin dengan adanya chemistry ini sedikit sebanyak membawa perubahan untuk Liverpool.

Sasaran untuk perlawanan ini semestinya mahu menang. Tetapi agak mustahil untuk direalisasikan kerana King Kenny tidak sempat untuk berbuat apa memandangkan baru menyandang jawatan tidak sampai 24 jam.

Walaubagaimanapun, lawan tetap lawan. Keputusan selepas perlawan lain cerita. Tetapi apa yang penting Liverpool kembali ke cara permainan yang lebih teratur dan tidak sumbang mambang seperti dilakukan Roy.

walk on. ynwa

Saturday, January 8, 2011

YNWA: Selamat Datang Kembali King Kenny

Hari Sabtu yang indah untuk peminat Liverpool yang sudah lama menanti. Berita gembira untuk kita semua. King Kenny is Back!!!!

King Kenny dinamakan sebagai Pengurus Liverpool sehingga akhir musim ini. Setelah Roy Hodgson kehilangan jawatannya.

Tugasan pertama King Kenny adalah untuk membawa pasukan berkunjung ke gelanggang illusi untuk saingan Piala FA.

Mungkin terlalu awal untuk menilai keupayaan King Kenny kerana masa yang diperolehinya adalah tidak sampai 24 jam sebelum perlawanan menentang ManU.

Apapun selamat maju jaya kepada King Kenny dan Thanks Roy kerana telah berjaya memecahkan beberapa rekod dan membuat rekod baru sepanjang tempoh 6 bulan beliau menjahanamkan Liverpool.

walk on. ynwa

Wednesday, January 5, 2011

Wisel Penamat: Sila keluar dengan hormatnya Roy

Sila keluar dengan hormatnya, atau engkau dipecat Roy. Kekalahan untuk kali ke-9 dan memebawa Liverpool kembali keluar dari kedudukan sepuleh terbaik liga. Tak sanggup nak tahan rasa kecewa lagi.

Kekalahan demi kekalahan direkodkan Roy. Harap Henry cepat ambil tindakan. Hendak tunggu apa lagi? Nak tunggu Liverpool kalah untuk kali ke-10 ke?

Cari pengganti yang bersesuaian dan dapat mengembalikan semula prestasi Liverpool. Kelab-kelab bawahan kini langsung tiada rasa hormat lagi jika bertemu Liverpool selepas ini. Dengan melihat Wolves dan Blackpool berjaya menumbangkan Liverpool, Pasukan lain kini tidak gentar untuk menentang Liverpool sekiranya Liverpool bertandang kehalaman mereka.

Harap keputusan drastik dapat dilakukan sebelum berakhir Januari ini. Andai kata masih lagi Roy Hodgson pilihan Uncle Henry, terima sahaja kekalahan demi kekalahan selepas ini.

Sebelum Wisel: Misi Uncle Roy

Uncle Roy memikul banyak misi untuk menghadapi Blackburn digelanggang lawan awal pagi ini. Misi untuk mengutip 3 mata dari halaman lawan, memenangi semula hati para penyokong yang kian panas hati ngan Uncle Roy selain membuktikan kepada Tuan Besar Henry yang dia memang orang yang layak memegang jawatan pengurus Liverpool ketika ini. Pastinya Roy Hodgson begitu terdesak untuk memastikan perlawanan ini dimenanginya, kalau kalah mungkin kita boleh berteka-teki apakah tindakan drastik yang akan di ambil oleh Tuan Besar Henry ke atas Roy.

Dengan musim ini kita agak lemah apabila beraksi di gelanggang lawan. Aksi sebelum ini kita berjaya menundukkan Blackburn 2-1 di gelanggang keramat kita. Harap kita akan mendapat keputusan yang positif di Ewood Park nanti. Dalam perlawanan ini Steven Gerrard akan membuat penampilan ke 550 perlawanan untuk Liverpool, itupun kalau Roy Hodgson mahu menurunkan Kapitan Fantastik kita ini.

Dengan Raul Meireles hampir pasti tidak dapat diturunkan, tetapi kemungkinan besar akan diturunkan semula apabila menentang Manuk untuk saingan piala FA. Sentuhan Gerrard dan penyudah Torres amat diperlukan ketika ini.

Pada bila melihat carta liga, ada saja yang buat mata sakit memandangnnya. Melihat Stoke City, Sunderland di atas kita ianya sudah melihatkan betapa lemahnya kita musim ini. Harap kita dapat membawa pulang 3 mata pagi nanti. Sama-sama kita saksikan perlawanan ini.

walk on.ynwa

Tuesday, January 4, 2011

Desas desus: 18 Juta Pound Sterling untuk Luis Suarez

Damien Comolli begitu cepat menghidu peluang untuk menyambar Luis Suarez dengan harga sekitar 18 juta pound, sedangkan sebelum ini Ajax meletakkan tanda harga setinggi 30 Juta pound untuk khidmat pemain antarabangsa uruguay ini.

Memandangkan kita masih mencari-cari pasangan yang sesuai untuk Torres dibahagian serangan, Luis Suarez mungkin antara yang berpotensi untuk dibawa ke Anfield. Edin Dzeko semakin pasti menyarung jersi City, kemungkinan untuk kita mendapatkan Suarez lebih cerah kerana City sudah mendapatkan Dzeko.

Diharap Damien Comolli dapat melakukan usaha yang sepatutnya untuk membawa masuk beberapa pemain-pemain yang berkualiti ke dalam skuad, atau mungkin kita akan setakat berpuashati untuk bermain dikancah Liga Europa untuk sekian kalinya.

walk on. ynwa

Desas desus: Ralf Rangnick minat kendali Liverpool

Ralf Rangnick, siapakah beliau? Dia merupakan bekas Jurulatih utama pasukan Bundesliga Hoffenheim. Dia menyatakan minatnya untuk mengendali salah satu pasukan di Liga Perdana. Liverpool antara pasukan yang menarik minatnya.

Dia meninggalkan Hoffenheim setelah berbakti disana selama 4 tahun setengah. Berjaya membawa Hoffenheim daripada terumbang-ambing sehingga menjadi antara pencabar hebat di Bundesliga.

Tapi adakah dia mempunyai kriteria yang cukup kuat untuk menggantikan Roy? Cukup kuatkah mentaliti dia untuk menghadapi saingan Liga Perdana yang lebih mencabar dari Bundesliga? Apapun sekali lagi, siapa Ralf Rangnick?


Monday, January 3, 2011

Fakta Nombor: 1888

1888

Liga Bola Sepak di England diperkenalkan. Anfield pada ketiga itu antara gelanggang utama bagi pertandingan liga tersebut. Pada tarikh 8 September 1888 perlawqanan pertama dilangsungkan di Anfield, tetapi bukan Pasukan Liverpool yang bermain, tetapi Pasukan Biru Merseyside iaitu Everton yang menyambung kedatangan Accrington.

Sunday, January 2, 2011

Wisel Penamat: Reds 2 Bolton1

tq bro joe selamatkan aku...

Roy Hodgson terselamat lagi kali ini. Gol minit akhir oleh Joe Cole memberikan sedikit kelegaan kepada Uncle Roy. Walaubagaimanapun dari sudut berlainan dilihat Lagenda pujaan hati The Kop Kenny Dalglish dilihat semakin hampir menjadi pengendali sementara, sehingga pihak pengurusan tertinggi mengenalpasti calon sesuai untuk mengisi jawatan Manager Liverpool.

Kuyt cuba memenangi bola sambil dicabar Mark Davies

Gol perlawanan dijaringkan oleh Kevin Davies pada minit ke-43. Kemudian pada babak kedua, Fernando Torres kembali menggegar jaring dengan jaringan cantik pada minit ke-49. Akhirnya gol kemenangan dan juga gol pertama untuk Joe Cole hadir pada minit ke-90.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger