Entri Terhangat

Thursday, April 22, 2010

Sebelum Wisel: Cari Ole-ole dari Madrid

Pengendali Atletico Madrid Sanchez Flores kelihatan gusar untuk bertemu The Reds dihalaman sendiri. Memandangkan kegusarannya itu, Flores berharapan agar anak buahnya mencari bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Anfield untuk perlawanan timbal balik.
Melihat nasib yang menimpa Lille dan Benfica pastinya Sanchez Flores tidak mahu keputusan sama menimpa pasukannya. Sanchez Flores pasti mahukan anak buahnya mengambil sepenuh kesempatan diatas keletihan skuad The Reds yang terpaksa menghabiskan hampir 24 jam untuk sampai ke Madrid melalui pengangkutan darat.
Dalam pada itu diharapkan Rafa sudah cukup memanfaatkan tempoh bersama-sama para pemain selama 24 jam itu dengar membincangkan formula-formula terbaik untuk mendapatkan bekalan yang selesa untuk dibawa pulang ke Anfield nanti walaupun akan turun tanpa kelibat dua lagenda Atletico iaitu Torres dan Maxi.
Tetapi, sekurang-kurangnya Benitez dapat memanfaatkan sedikit sebanyak sumber dari mereka berdua mengenai bekas kelab mereka. Rafa juga pasti mengetahui sedikit sebanyak mengenai Atletico apatah lagi Atletico tidak pernah berjaya menjinakkan Valencia ketika Rafa membimbing Valencia satu ketika dulu.
Diharapkan The Reds akan bermain bermati-matian dan jangan jadi alasan kepenatan sebagai batu penghalang untuk mendapatkan bekalan yang seharusnya dibawa pulang ke Anfield.
walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger