Entri Terhangat

Friday, October 30, 2009

Sebelum Wisel : Tanpa Gerrard dan Johnson

Steven Gerrard tidak dapat diturunkan buat kali ketiga untuk menghadapi Fulham di Craven Cottages berikutan kecederaan yang dialaminya ketika mewakili England menentang Ukraine pada awal bulan ini.

Glen Johnson juga hampir pasti tidak dapat diturunkan dengan kecederaan yang dialami(calf) kemungkinan tempatnya akan diambil alih oleh Phillip Degen. Martin Kelly masih lagi belum pulih dari kecederaannya(Ankle).

Il Pricipino yang membuat debut skuad utama pada perlawanan menentang Arsenal dalam saingan Piala Carling dalam keadaan meragukan untuk diturunkan kerana dia dijangkiti serangan virus.

Manakala El Nino perlu menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu oleh Team Medical Liverpool, begitupun Rafa Benitez berharap dapat menggunakan khidmat Torres malam ini.

Senarai pemain: Reina, Aurelio, Carragher, Agger, Skrtel, Kyrgiakos, Insua, Babel, Lucas, Benayoun, Kuyt, Torres, Voronin, Ngog, Plessis, Spearing, Dossena, Cavalieri, Degen.

Diharapkan Liverpool akan mendapatkan kemenangan pada malam ini, walaupun tanpa khidmat Gerrard dan Johnson. Pemain juga harus meneruskan momentum konsistensi mereka ketika perlawanan menentang ManSHITer tempoh hari. Pandai-pandai Benitez merancang strategi untuk kemenangan malam ini..

YNWA

Wednesday, October 28, 2009

Wisel Penamat: Arsenal 2 Liverpool 1

Liverpool telah ditunjukkan jalan keluar oleh Young GONEners pagi tadi hasil dua jaringan cantik dari Fran Perez Merida pada minit 19 dan Nicklas Bendtner minit ke 50 dan gol Liverpool hasil Volley cantik dari luar kotak penalti oleh Emiliano Insua pada minit ke 26. Memang cantik wa x tipu lu orang... ala2 Johnson pernah wat time ngan pompey.
Liverpool yang melakukan rombakan besar - besaran dengan hanya Dirk Kuyt dan Emiliano Insua yang bermula di kesebelasan utama, Kuyt menjadi Kapten pada perlawanan ini. Perlawanan yang jelas sekali dimonopoli pemain muda GONEners yang kerap melakukan hantaran berbahaya. Secara jujurnya.. players kita totally LEMBAB dan kurang fokus... gagal nak kekang player lawan dari awal..dan membiarkan lawan mudah masuk ke dalam kotak penalti..Damien Plessis dan Jay Spearing sememangnya hambar pada babak pertama..leka dan banyak melakukan hantaran sia-sia tetapi menampakkan sedikit perubahan di babak kedua..Skrtel dan Krygiakos pula terpaksa bekerja keras kerana kelalaian Plessis dan Spearing yang kerap melakukan kesilapan..Insua, sederhana sahaja, seperti biasa akan menghadapi masalah apabila bertemu lawan yang cukup laju..Insua seperti hilang kudrat nak menghalang Bendtner yang sering menghuru-harakannya..tetapi Insua dapat juga menutup kelemahannya dengan jaringan gol yang cantik menewaskan Fabianski. Philip Degen cukup rajin membuat overlapping tetapi hilang punca apabila memasuki kawasan Arsenal dan melakukan hantaran yang totally sia-sia dan peluang awal bagi dia untuk menjaringkan gol turut dipersiakan..Kuyt kurang menyerlah, maybe tugasan tambahan menjadi leader di padang mengganggu mentalitinya..kerap kali membantu menutup kesilapan yang dilakukan Plessis dan Spearing..Babel seperti hilang punca..acap kali gagal melepasi bek kanan lawan dan cukup rajin membuat hantaran yang merapu..Ngog, seperti biasa mempamerkan kesederhanaannya dan hanya beberapa kali melakukan percubaan.Voronin, punca kepada gol pertama lawan..hantaran merapunya disambar Nasri dan melebarkannya kepada Merida untuk gol pertama lawan..Pada minit ke 74 Benayoun masuk bagi menggantikan David Ngog, tidak banyak yang dapat olehnya dengan hanya 15 minit bermain...tetapi cukup membuatkan pertahanan lawan berasa gerun..tetapi kebanyakkan gerakannya dipersia-siakan oleh Voronin..Sememangnya Fans menanti-nanti kemunculan Il Principino Aquilani, dia masuk pada minit ke 76 menggantikan Plessis, berjaya melaku dua percubaan dari luar kotak penalti dan satu lagi sepakan bicycle kick tetapi di halang oleh Sanderos, dilihat seperti terkena tangan tetapi pengadil tidak memberikan penalti..Il Principino turut melakukan 2 hantaran ala Xabi Alonso tetapi gagal disempurnakan oleh Degen dan Babel. Rumusannya..pemain muda KITA masih belum menepati piawaian dan standard seperti pemain muda Arsengal..diharap lebih banyak peluang akan diberikan Benitez kepada mereka bagi mengurangkan kegugupan, kelalaian mereka dalam perlawanan kompetitif seperti ini. Aquilani pun semakin cergas dan diharapkan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Fulham sabtu ini..YNWA

Tuesday, October 27, 2009

Sebelum Wisel: Pertempuran Orang Muda

Pertembungan yang pastinya rancak dan menarik untuk dilihat pagi nanti. Arsene Wenger dan Rafa Benitez sepakat untuk menurunkan tentara muda mereka. Yang pastinya Samir Nasri dan Lukasz Fabianski akan membuat penampilan semula setelah lama diulit kecederaan.Fans Liverpool juga pasti menanti-nantikan kelibat pembelian musim panas termahal kita, iaitu Alberto Aquilani. Arsene Wenger hampir pasti mengharapkan Carlos Vela yang menjaringkan gol ketika menentang West Brom sebelum ini, selain itu Wenger juga mempertaruhkan Aaron Ramsey bagi mengemudi jentera tengah GONEners. Rafa Benitez juga dilihat akan terus meletakkan kepercayaan penuh kepada dua gandingan muda iaitu David Ngog dan Lucas Leiva untuk merobek benteng Arsenal pagi nanti. Rafa juga mengatakan tidak dapat menurunkan Martin Kelly dan Albert Riera kerana masih lagi mangalami kecederaan. tapi ade perkhabaran gembira dibahagian pertahanan apabila Andrea Dossena dan Sotirios Krygiakos dilaporkan semakin pulih dan bersiap sedia untuk diturunkan.Steven Gerrard hampir pasti tiada dalam senarai Benitez dalam perlawanan ini bagi membolehkan Gerrard cukup cergas bagi menghadapi Fulham di tempat lawan Sabtu ini. Diharap para player KITA akan meneruskan rentak kemenangan dengan menidakkan peluang The GONEners di Emirates.
Ramalan: Liverpool 1 Arsenal 0
Jaringan: David Ngog
Bila: Separuh Masa Kedua..
YNWA

Kembali Penuhkan Almari Trofi The Reds


Juara Liga
1900-01,1905-06,1921-22,1922-23,1946-47,1963-64,1965-66,
1972-73,1975-76,1976-77,1978-79,1978-80,1981-82,1982-83,
1983-84,1985-86,1987-88,1989-90

Juara FA Cup
1964-65,1973-74,1985-86,1988-89,1991-92,2000-01,2005-06

Juara Piala Liga
1980-81,1981-82,1982-83,1983-84,1994-1995,
2000-01,2002-03

Juara Perisai Komuniti
1964,1965,1966,1974,1976,1977,1979,1980,
1982,1986,1988,1989,1990,2001,2006

Juara Piala Eropah
1976-77,1977-78,1980-81,1983-84,2004-05

Juara Piala UEFA
1972-73,1975-76,2000-01

Juara Piala Super Eropah
1977,2001,2005

Sudah lama kita menantikan kepulangan Trofi Juara Liga..Tahun ini merupakan tahun ke 20 kita menanti..FA Cup pun sudah hampir 5 Tahun kita gagal mendakapnya..Harap tahun ini membawa lebih sinar dan dapat menambah lagi koleksi Trofi KITA.... YNWA

Dossena Mahu Pulang

Andrea Dossena mahu kembali ke Itali, kata ejen pemain ini Federico Pastorello kepada media. Dossena, 28 tahun sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Napoli hanya selepas semusim di Anfield tetapi tidak melakukannya. Federico juga berkata, Dossena sememangnya mahukan perpindahan ke Itali. Dossena yang baru pulih daripada kecederaan mendapati dia begitu sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama The Reds, dengan Aurelio semakin bersemangat untuk mendapatkan kontrak lanjutan dan Insua yang semakin mendapat kepercayaan Rafa mengemudi benteng kiri The Reds. Dossena juga tidak mahu namanya tercicir dari senarai pemian Itali ke World Cup tahun hadapan. Dossena berharapan dia akan diturunkan Rafa dalam perlawanan menentang Arsenal pagi nanti..YNWA

Debut untuk Aquilani

Pemain bernilai 2o Juta Pound Sterling yang di beli musim panas lalu..Alberto 'Aquaman' Aquilani..menunggu begitu lama untuk membuat penampilan sulungnya.. Akhirnya Aquaman akan diturunkan pagi nanti menentang Arsenal dalam perlawan Piala Carling. Dia yang bermain selama 15 mint dalam perlawanan untuk team simpanan pada minggu lepas mungkin tidak diletakkan sebagai kesebelasan utama dan hanya akan bermula sebagai pemian simpanan dalam perlawanan pagi nanti..Dia juga berterima kasih kepada semua player dan staff kejurulatihan Liverpool kerana membantu sejak dari mula dia sampai ke Anfield..Dia juga mengatakan Andrea Dossena telah banyak membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran dan stail permainan di England. Dia berharap dapat mengembalikan keyakinannya semula setelah lama tidak beraksi dan berharap dapat memberikan yang terbaik untuk The Kop. YNWA

Monday, October 26, 2009

Fergie Salahkan Pengadil

Aku dah agak dah mesti ade suara sumbang dari orang tua ini... Fergie telah mendakwa Jamie Carragher sepatutnya awal2 lagi dilayangkan kad merah kerana mengasari Carrick dan manSHITer berhak mendapat tendangan penalti...Errmm bola 50-50 kaki Carragher sampai kt bola dulu...pengadil pun berada dikedudukan yang baik dan jelas untuk melihat insiden tu...Fergie juga naik berang kerana Carragher hanya dilayangkan kad kuning kerana mengasari Owen..kira ok la tu setakat jatuhkan Owen..Nasib baik Carragher x tendang Owen macam bola... Die juga menambah seandainya Carragher diperintah keluar padang, perlawanan pasti menjadi milik manSHITer...betul2 dh nyanyuk orang tua nie..kalau Carragher kuar sekali pun..Agger sudah pasti bersiap sedia menggalas tugas yang ditinggalkan Carra..Fergie pun x sedar agaknya Liverpool pun berhak mendapat penalti apabila Kuyt dijatuhkan Ferdinand dalam kotak penalti...sampai terkoyak2 bajunya...Fergie juga berkata manSHITer jarang mendapat layanan yang baik oleh pengadil..Alamak aiii..manSHITer la yang selalu ditimang-timang, disayang-sayang referee..baru dua match referee tak timang2, x sayang2, x manja2..si tua nie nk membebel plak...aje aku sumbat ngan pisang nie nanti... Pape pun sebenarnya Fergie memang panas hati kalau kalah ngan team kita..Tapi cuba kalau menang...Referee wat salah pun di cakap referee betul..Dah nama pun Manager Setan Merah...FA tunggu apa lagi..Kenakan tindakan sepatutnya ke atas Fergie..die dh x hormat referee anda!!! YNWA

Sunday, October 25, 2009

Wisel Penamat : Setan Merah Di Rejam

El-Nino dan David N'Gog menjulang kembali maruah Liverpool di Anfield malam tadi..Malam yang sememangnya memuaskan hati kesemua fans Liverpool di seluruh dunia...dengan sekembalinya Torres dari kecederaan dan segera menampilkan semula sentuhannya menyelamatkan karier Benitez di Anfield..Secara jujurnya keseluruhan player harus diberikan pujian yang tertinggi kerana kesemua mereka berjaya melaksanakan tugas masing2..Memang cukup bahang perlawanan malam tadi hingga kan Benitez langsung tidak memanaskan kerusinya dibangku simpanan..Hanya setelah N'gog menyempurnakan hantaran Lucas baru Benitez duduk dengan hati yang lega..Tetapi kemenangan tersebut terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila Mascherano menerima kad merah..main ikut perasaan sangat kot..tu yang dia bedal kaki Van Der Sar..Van Der Sar pun sengal kalau aku lompat elak dah la..kan dah sakit..bengong tul!!!. Lucas? aku cukup gembira dengan permainan dia semalam..harus diberi pujian dia telah melakukan dua hantaran yang sepatutnya disudahkan dengan jaringan gol tetapi mungkin Kuyt dan Benayoun tidak menyangka yang Lucas akan melakukan hantaran sedemikian rupa kepada mereka, tu yang tak tertendang masuk gol tu...Aurelio berjaya menyesuaikan diri di sayap kiri dan melakukan free kick yang membuatkan jantung fan Setan Merah gugur sekejap, Insua terpaksa mengerah kudratnya menyekat Valencia yang lincah..papepun memang bagus la Insua...Johnson pula jarang naik keatas lebih fokus untuk merantai Rooney Shrek..Gandingan Carragher dan Agger memang mantap dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain...Cuma insiden Carragher dengan Owen tu...Kalau aku jadi Carragher memang makan penumbuk Owen tu.. Melenting2 mintak simpati Refeeree..meluat btul aku...Reina...memang cukup tenang..menggunakan seluruh pangalaman menahan setiap percubaan dari Rooney, Nani dan Berbatov...Kalau penat pun sebab nk kejar N'gog mintak didukung..huhuuhu...Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan semangat juang pemain, The Kop pun bersatu hati menyanyi sehingga habis perlawanan memberi semangat kepada player...diharapkan semangat seperti malam tadi berterusan sehingga akhir saingan liga nanti..YNWA

Callum Campbell mohon ampun

Callum Campbell,16 Tahun, memohon ampun kerana telah menyebabkan Liverpool tewas kepada Sunderland melalui jaringan yang paling pelik sepanjang sejarah BPL. Melalui tabloid di Britain dia berkata, It was me," Campbell told the tabloid. "I'm the one who did it. I'm the one caught on camera. I'm so, so sorry. This is my worst, worst nightmare." Dia juga menerima beberapa ugutan bunuh dan menyembunyikan diri selama dua hari...ini pula kenyataan dari uncle budak nie..His uncle Tony Moore said: "Let's say Liverpool are just three points short of winning the league at the end of this season -- he'll be beside himself, thinking they were the points that cost them." At Campbell's request, part of the fee for his interview was donated to the Hillsborough Disaster Fund. Errrmmm...benda dah jadi..menyesal tiada gunanya...YNWA

Hadiah Untuk Terry

John Terry selamat makan pisang....Liverpool kami masih relevan untuk mencabar kejuaraan...cakap pikir dulu ye Encik Terry..kan dh kene sumbat pisang kt mulut tu...dengan kemenangan moral keatas Setan Merah diharap team kita terus mencatat kemenangan demi kemenangan....dan membalas kembali kritikan pedas si Terung nie dengan menghadiahkan kekalahan kepada Chelsea di Anfield nanti..Tiada masa untuk berfikir kebelakang lagi....bagi menamatkan badi 20 tahun tanpa kejuaraan liga....tiada perkataan seri dan kalah lagi dalam fikiran Benitez..yang perlu selalu dicatitkan olehnya di kertas adalah kemenangan...Pemain pun harus menyedari tanggungjawab mereka dan harus berbangga menyarung jersi serba merah Liverpool!!!..Selamat berjuang The Reds!!!!!YNWA

Saturday, October 24, 2009

Sebelum Wisel : Bangkit kembali dan benam Setan Merah

Tinggal beberapa jam lagi sebelum sepak mula di Anfield malam ini seluruh fans Liverpool di seluruh dunia mengharapkan kemenangan keatas Setan Merah..No more draw..No more lose!!! Barisan tentera Rafa sememangnya wajib menang!! bagi mengembalikan peluang merebut kejuaraan liga..Yang pastinya Gerrard dan Torres tidak dapat diturunkan malam ini manakala Riera, Johnson dan Krygiakos masih samar-samar untuk diturunkan. aku dapat membayangkan Javier Mascherano akan menjadi pemain yang paling sibuk di padang malam ini, dengan misi serampang dua matanya untuk menyerap asakan dari Setan Merah dan juga menjadi Arkitek Liverpool di Midfield nanti..Lucas? errmm kalau turun pun harap datang la ringankan beban Mascherano ( think positif )...Dengan pilihan pemain simpanan dibahagian midfield yang berkurangan diharap Lucas tidak sekadar manjadi penari ballet diatas padang nanti..errmmm..ikutkan xyah bagi die turun langsung lagi bagus...Selain itu barisan pertahanan yang diketuai oleh Carragher lebih alert dengan serangan balas dan hamtaran lintang rendah dari Setan Merah dengan adanya Kuda Tua Setan Merah iaitu Ryan Giggs yang rajin wat hantaran sebegitu rupa diharapkan Agger atau Skrtel dapat menghalangnya lebih awal..bagi injured terus Giggs tu pun xpe...dh tua dah...Aku harapkan Krygiakos dapat diturunkan..sebab die memang specialist dalam menangani hantaran lintang nie..tp injured la plak..nak wat cmne...Barisan serangan pun tak dapat dipastikan siapa yang akan memikul tanggungjawab itu...Maybe Babel kembali sebagai penyerang...ataupun Ngog akan terus diberi kepercayaan merobek gawang lawan...ataupun Voronin yang terdesak berlari ligat dengan rambutnya yang berat tu...ataupun ade kejutan dari Rafa untuk menurunkan Aquaman? Sama2 la kita nantikan match malam ini..Good Luck Reds!!!

YNWA

Friday, October 23, 2009

Mr.Blues persoal kewibawaan Liverpool

John Terry mempersoalkan kewibawaan Liverpool untuk mencabar kejuaraan liga apabila dua 'keyman' kita Gerrard dan Torres tiada untuk beraksi, tidak seperti yang ditunjukkn chelsea...Chaiitt cakap pakai pisang ke pe Terry nie..Terry merujuk ketiadaan pelakon utama team the blues itu iaitu Dogbra yang mana kekosongan yang ditinggalkannya telah diisi dengan jayanya oleh Kalou dan Anelka ketika mereka menewaskan Atletico Madrid dalam Champions League tempoh hari...Bagi aku Chelsea bernasib baik sebenarnya kerana mempunyai keyman di setiap posisi dan pilihan pemain simpanan yang mempunyai kekuatan yg hampir sama dengan player utama...berbanding Liverpool yang memang totally mengharapkan sentuhan Gerrard dan Torres, pemain simpanan pulak kurang bersedia memikul peranan yang ditinggalkan...dengan Carragher yang semakin dimamah usia dan hampir tidak relevan lagi untuk mengetuai benteng Liverpool...Aku lebih tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan Martin Kelly..cukup tenang dan berusaha keras...harap Benitez dapat beri peluang kt player2 muda kita...

YNWA

Pennant Salahkan Benitez

Afroman ini menyalahkan Benitez kerana ketidaktentuan strategi Benitez sehingga menyebabkan Liverpool kini hampir menjadi kelab kelas pertengahan di BPL..Dia juga berasa hairan tentang players yang begitu menyerlah di kelab lain, tetapi bila di beli oleh Benitez hampeh semuanya..Afroman merujuk kepada pembelian Robbie Keane dan Peter Crouch yang mana kini mereka kembali ke puncak prestasi sebenar mereka di kelab yang lain dan merundum ketika di bawah rejim Benitez...Afroman yang beraksi untuk liverpool selama 3 musim yang dibeli oleh Benitez dari Birmingham City dengan harga 6.7 Juta pound tu berkata lagi strategi pelik2 dan tidak kreatif Benitez itu akan menyulitkan lagi peluang Liverpool untuk meraih sebarang kejuaraan...Errmm..ada betul gak ckp afroman nie..papepun pada pandangan aku Benitez lebih mengetahui player dia..dia yang melatih..dan tahu player mane yang leh menjayakan strategi yang dia buat..tapi bila player dh dipilih..player pulak xleh nk wat time match..time training beria2 tunjuk kebolehan...Lu orang pikir la sendiri!!!
YNWA

Tiada Masa lagi Benitez..

Tiada masa lagi untuk bersenang-lenang...Nasib pakar strategi kita ini seperti sudah kehilangan idea2 bernasnya untuk mencorakkan permainan liverpool. Hujung minggu nie akan berhadapan dengan Setan Merah..Diharapkan Benitez dapat mencari ramuan yang berkesan bagi menidakkan peluang Setan Merah melebarkan dan mungkin mencipta rekod baru keatas liverpool. Seandainya kekalahan dipihak kita, tempat rafa sebagai pengurus pasti menjadi galang ganti...Petikan dari sumber media mengatakan Benitez belum dapat memberikan sebarang kepastian mengenai kesebelasan utama liverpool bagi menentang Setan Merah...dengan keadaan Gerrard dan Torres yang masih diragui kecergasannya, begitu juga dengan Johnson, Riera dan Krygiakos...Errmmm...panjang jugak list kecederaan pemain liverpool ini...dengan Benitez tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian simpanan pasti merumitkan lagi Benitez..Harapan aku Aquilani 'Aquaman' dapat turun lawan Setan Merah..Dikhabar kan die telah beraksi untuk team simpanan liverpool yang bermain di liga simpanan dan membantu Liverpool menewaskan Sunderland 2-0...1 gol dari Aquaman dan 1 lagi menjadi assist bagi gol kedua...Errmmm..papepun Benitez wat la yang terbaik!!!!
YNWA

Thursday, October 22, 2009

George Gillett pertahan Rafa Benitez

Pemilik bersama Liverpool, George Gillett berkata dia sentiasa menyokong Rafa Benitez. Errrmmm nak kalis la tu....kalau sokong bagi la dana yang cukup...Gillett berkata lagi Rafa Benitez sahaja la yang bersesuaian dengan jawatan pengurus di Anfield wat masa nie...Die juga berkata yang die telah menunjukkan komitmennya kepada Benitez dengan melanjutkan kontrak Benitez sehingga 2014 yang ditandatangani pada Mac lalu...Gillett menambah lagi, keputusan semasa liverpool ketika ini mengecewakan banyak pihak..mengecewakan the kop dan Rafa sendiri.Dia melihat Benitez ketika di interview di kaca tv dan memahami kekecewaan Benitez..Semua orang kecewa tetapi dia berharap peminat Liverpool sentiasa bersama menghadapi situasi ini..Errmmm pada hemat aku la..Gillett nie saja nk amik ati lek fan liverpool, bagi fan caye yg die prihatin kt kelab...chaiit!!!! cakap sume orang bleh pe..Buka la mata Gillett!!!! Benitez perlukan sumber kewangan tuk bina team yang mantap....bukan jual player len untuk dpt dana dari situ..terasa beb ketiadaan alonso...errmmm..
YNWA

You'll Never Walk Alone


Kekalahan kepada Lyon tempoh hari menjadikannya kekalahan keempat berturut yang mana liverpool berjaya membuat rekod baru yang kali terakhir dilakukan pada tahun 1987. Errmm...dari mana silapnya? Pemilik Bakhil Kedekut? Pengurus? Pemain? Penyokong???...
Javier Macherano berkata hal ini sume salah silap pemain dan dia berharap rakan sepasukan kembali ke landasan sebenar ketika berdepan Setan Merah di Anfield ahad nie...Aku pun rasa begitu...melihat situasi 5 minit sebelum tamat perlawanan kelmarin para pemain seakan berpuas hati dengan keputusan seri...errmmm...Benitez pun maybe dh tau nk watpe dh agaknya...sejak2 akhir nie dia banyak memberi komen yang agak lemau...tentang kes bola pantai tempoh hari pun die macam redha je referee bagi gol tu...maybe takut kena tindakan FA kot kalau banyak songeh...errmm..pape pun...Bangkit Reds!!!! Kami penyokong dahagakan kemenangan!!!! Sokongan Kami tiada berbelah bagi!!!!

YNWA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger