Entri Terhangat

Tuesday, October 27, 2009

Sebelum Wisel: Pertempuran Orang Muda

Pertembungan yang pastinya rancak dan menarik untuk dilihat pagi nanti. Arsene Wenger dan Rafa Benitez sepakat untuk menurunkan tentara muda mereka. Yang pastinya Samir Nasri dan Lukasz Fabianski akan membuat penampilan semula setelah lama diulit kecederaan.Fans Liverpool juga pasti menanti-nantikan kelibat pembelian musim panas termahal kita, iaitu Alberto Aquilani. Arsene Wenger hampir pasti mengharapkan Carlos Vela yang menjaringkan gol ketika menentang West Brom sebelum ini, selain itu Wenger juga mempertaruhkan Aaron Ramsey bagi mengemudi jentera tengah GONEners. Rafa Benitez juga dilihat akan terus meletakkan kepercayaan penuh kepada dua gandingan muda iaitu David Ngog dan Lucas Leiva untuk merobek benteng Arsenal pagi nanti. Rafa juga mengatakan tidak dapat menurunkan Martin Kelly dan Albert Riera kerana masih lagi mangalami kecederaan. tapi ade perkhabaran gembira dibahagian pertahanan apabila Andrea Dossena dan Sotirios Krygiakos dilaporkan semakin pulih dan bersiap sedia untuk diturunkan.Steven Gerrard hampir pasti tiada dalam senarai Benitez dalam perlawanan ini bagi membolehkan Gerrard cukup cergas bagi menghadapi Fulham di tempat lawan Sabtu ini. Diharap para player KITA akan meneruskan rentak kemenangan dengan menidakkan peluang The GONEners di Emirates.
Ramalan: Liverpool 1 Arsenal 0
Jaringan: David Ngog
Bila: Separuh Masa Kedua..
YNWA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger