Entri Terhangat

Monday, November 30, 2009

Wisel Penamat: Kuyt kotakan Janji benam Everton

Dirk Kuyt mengotakan janjinya untuk memberikan Liverpool kemenangan ke atas Everton dengan menjaringkan gol kedua Liverpool. Sebelum sepak mula, Kuyt berjanji akan menghadiahkan kemenangan ketiga berturut ke atas Everton di Goodison Park. Akhirnya Kuyt berjaya menunaikan janjinya. Syabas Kuyt!!!

Pertemuan ke- 212 bagi kedua-dua pasukan ini dilihat sebagai titik mula perubahan, dengan Liverpool gagal mencatat sebarang kemenangan setelah kemenangan terakhir ke atas Man U, manakala Everton bergelut bagi mengelakkan diri dari Zon Penyingkiran.

Dengan bertandang ke gelanggang lawan tanpa kelibat Torres sedikit sebanyak mengurangkan sengat dibarisan hadapan. Untuk rekod Liverpool sudah tewas 4 kali di gelanggang lawan dan melepaskan 20 gol, sememangnya kemenangan di Goodison Park amat diperlukan bagi memperbaiki rekod bagi musim ini.

Saat yang ditunggu tiba pada minit ke-12 apabila rembatan padu Mascherano terbias kaki Joseph Yobo menerjah gawang Everton. Selepas itu, Liverpool mengurangkan penguasaan bola dan Everton berjaya membolosi gawang Liverpool sebanyak dua kali walaubagaimanapun, kedua-dua gol Everton dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-80, Dirk Kuyt menyempurnakan kemenangan bermakna ini hasil sepakan kencang Albert Riera yang gagal ditampan kemas oleh Tim Howard. Keseluruhan perlawanan seimbang dengan pergerakan lebih berhati-hati dan pemain juga tidak begitu agresif bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan.

Dengan kemenangan ini, Liverpool naik ke tangga ke-5 liga, hanya dibezakan 2 mata dengan Arsenal ditempat ke-4 liga. Diharapkan kemenangan ini akan menjadi titik tolak Liverpool ke landasan sebenar dalam saingan liga musim ini.

YNWA


Sunday, November 29, 2009

YNWA: 10 Fakta Menarik Pertembungan Merseyside

1. Musim lepas Liverpool memenangi perlawanan ini 2-0, hasil jaringan Fernando Torres pada separuh masa kedua.

2. Liverpool memenangi 82 perlawanan dari 211 pertemuan, Everton cuma menang sebanyak 65 kali dan 64 pertemuan lain berkesudahan dengan keputusan seri.

3. Perlawanan pada malam ini merupakan pertemuan ke 181 antara Liverpool dan Everton dalam saingan liga. Yang mana pertemuan ini adalah pertemuan terbanyak bagi satu-satu perlawanan setempat dalam sejarah Liga Inggeris.

4. Liverpool mencari kemenangan ketiga berturut-turut di Goodison Park yang mana Liverpool berjaya melakukannya sebanyak 3 kali sepanjang sejarah kelab.

5. Ian Rush merupakan pemain terakhir yang menjaringkan hat-trick dalam pertembungan setempat ini yang mana Ian Rush menjaringkan 4 Gol bagi kemenangan 5-0 pada tahun 1982 di Anfield.

6. Liverpool tewas 2 daripada 11 pertembungan dan memenangi 7 perlawanan daripadanya.

7.Kemenangan terbesar Liverpool adalah pada tahun 1982 dengan jaringan 5-0, manakala Everton juga memenangi perlawanan dengan jaringan yang sama tetapi ianya pada tahun 1909.

8. Dua pemain Liverpool menjaringkan gol sendiri dalam pertembungan setempat iaitu Neil Ruddock pada tahun 1997 dan Sami Hyypia pada dua musim yang lalu.

9. Dirk Kuyt menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan 2 gol penalti dalam pertembungan setempat.

10. Steven Gerrard dan Phil Neville berkongsi catatan sejarah menjadi pemain yang dibuang padang sebanyak 2 kali dalam pertembungan setempat.

Friday, November 27, 2009

Sebelum Wisel: Misi Sembuh Luka


Liverpool akan berkunjung ke gelanggang jiran tetangga, Everton dengan harapan mencari kemenangan bagi menutup luka tersingkir dari saigan Liga Juara-juara. Petemuan yang dilihat sebagai petembungan setempat yang kurang menarik kerana Liverpool dan Everton masing-masing bergelut mencari rentak dalam saingan Liga Domestik.

Rafa Benitez kembali lega kerana jawatannya sebagai Pengurus Liverpool masih selamat setelah Pengarah Eksekutif Liverpool, Christian Purslow memberikan jaminan yang dia tidak akan dipecat dari jawatannya.

Fernando Torres juga menyatakan sokongannya kepada rakan senegaranya itu, dengan mengatakan Rafa Benitez orang yang layak untuk memangkin kejayaan untuk Liverpool buat masa ini. El Nino tidak dapat melihat individu lain yang sesuai untuk jawatan ini selain Benitez.

Perlawanan menentang Everton ini, Fernando Torres kemungkinan akan beraksi, tetapi bergantung kepada ujian kecederaan dan kecergasan yang akan diadakan beberapa jam sebelum perlawanan intu nanti.

Alberto Aquilani juga bersedia untuk diturunkan bagi kesebelasan utama, bagi bergandingan dengan Javier Mascherano ataupun Benitez lebih gemar meletakkan Aquilani di barisan simpanan terlebih dahulu dan memberikan Lucas peluang bermain.

Sebahagian besar pemain yang cedera sudah pulih sepenuhnnya, seperti, Dossena, Riera, Benayoun,Kelly, Aurelio dan Johnson. Semestinya tiada masalah untuk Benitez menurunkan kesebelasan terkuatnya musim ini.

YNWA

Tuesday, November 24, 2009

Wisel Penamat: Selamat Tinggal Champions League, Selamat Datang Europa League

Liverpool akhirnya melangkah keluar dari saingan Liga Juara-juara, walaupun membenam cabaran Debrecen awal pagi tadi. Sememangnya nasib bukan di pihak KITA, apatah lagi mengharapkan ihsan Lyon untuk menbenam Fiorentina dihalaman lawan.

Dalam impian KITA menuju ke Final di Madrid, akhirnya KITA terpaksa mengubah selera untuk mengejar cita ke Final Europa League di Hamburg nanti. Kecundangnya KITA di saingan Champions League ini menyaksikan KITA kerugian lebih kurang 10 juta pound sterling sebagai ganjaran untuk 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Juara-juara.

Walaubagaimanapun, diharapkan Skuad KITA akan terus melangkah kehadapan, dan melupakan kegagalan ini untuk mengharungi cabaran di saingan Liga Domestik dan Liga Europa nanti. Kemenangan malam tadi, melenyapkan rekod buruk KITA yang hanya mencatat 1 kemenangan dari sepuluh perlawanan terakhir.

Ade hikmah disebalik perlawanan malam tadi, dengan David Ngog semakin memperlihatkan keberkesanannya di barisan hadapan dan berjaya menjaringkan gol pertama dan terakhirnya dalam saingan Champions League untuk musim ini.

Lucas Leiva juga semakin selesa dengan peranannya di bahagian Midfield dan berjaya melakukan beberapa hantaran yang menarik untuk disudahi dengan jaringan gol, disamping Emiliano Insua yang semakin matang permainannya mengawal pertahanan kiri disamping membantu Fabio Aurelio melancarkan serangan dari sayap kiri.

Lupakan Champions League. Pandang kehadapan, masih banyak cabaran menanti KITA.

YNWA


Monday, November 23, 2009

Sebelum Wisel: Tanpa Torres di Ferenc Puskas

Fernando Torres dan Ryan Babel tiada dalam senarai Skuad KITA untuk menentang Debrecen pagi nanti. Sememangnya khidmat Torres tidak dapat digunakan Benitez kerana masih menjalani rawatan pemulihan.

Kecederaan Buku lali Ryan Babel yang diperolehi hasil perlawanan menentang City, sedikit sebanyak mengurangkan pilihan Benitez dibahagian sayap kiri, Albert Riera masih belum cergas sepenuhnya dan Benayoun masih bermain berhati-hati bagi mengelakkan kecederaannya berulang.

Perlawanan menentang Debrecen ini dilihat sebagai penentu Skuad KITA melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik Eropah. Sambil mengharapkan Ihsan dari Lyon untuk menumpaskan Fiorentina. Benitez juga berharap keajaiban akan membantunya kali ini.

Benitez sememangnya mahu menurunkan kesebelasan terkuatnya dengan harapan Glen Johnson akan cergas sepenuhnnya sebelum wisel permulaan. Dengan sekembalinya Benayoun Riera dan Aurelio dari kecederaan sedikit sebanyak akan mengimbangi kekuatan pasukan KITA kali ini.

Sekiranya keputusan seri dari perlawanan ini, maka berakhirlah perjuangan KITA dalam saigan Liga Juara-juara, dan mungkin kita harus fokus pula kepada Europa Cup pula. Sekiranya ia berlaku sememangnya musim ini merupa musim malang bagi KITA sepanjang Sejarah Hebat KITA sejak 1892.

YNWA

Wisel Penamat: Benayoun Penyelamat The Reds


Sememangnya Liverpool belum lagi mendapat keyakinan untuk memulakan semula saingan musim ini. Keputusan seri dengan Manchester City sabtu lalu jelas menunjukkan kepincangan Skuad kendalian Benitez.

Glen Johnson yang tidak dapat diturunkan pada saat-saat akhir merencatkan sedikit percaturan Benitez disebelah kanan. Walaubagaimanapun, Benayoun, Riera dan Aurelio berada dalam senarai pemain simpanan.

Liverpool mendahului hasil gol jaring Martin Skrtel pada minit ke-50, gol pertama Martin Skrtel untuk Liverpool selepas 3 musim di Anfield. 19 minit kemudian Adebayor menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan yang mana tiada seorang pun pemain KITA mengawal pergerakannya.

Stephen Ireland menambah derita KITA melalui gerakan lincah Shaun Wright Phillip pada minit ke-76. Walaunbagaimanapun Yossi Benayoun menjaringkan gol penyamaan selang seminit kemudian.

Perlawanan ini sememangnya amat perit untuk Benitez kerana terpaksa menerima dua lagi kecederaan dengan Daniel Agger mengalami kecederaan di kepala dan Ryan Babel mengalami kecederaan buku lali.

Awal pagi Rabu Liverpool akan bertandang ke Hungary untuk berjuang hidup mati dalam saingan Champions League, dan yang pasti Ryan Babel tidak akan tersenarai kerana kecederaan tersebut. Semoga Berjaya The Reds!!!!

YNWA

Friday, November 20, 2009

Sebelum Wisel: Wajib menang untuk hidupkan kembali cabaran

Malam ini, Pasukan KITA akan menanti kunjungan Pasukan Kaya-raya, Manchester City yang begitu yakin akan menambah derita Pasukan KITA. Kunjungan City dilihat oleh Benitez sebagai titik tolak permulaan semula pasukan KITA dalam saingan liga. Sekiranya kemenangan diperolehi malam ini, andaian Benitez mungkin boleh diterima pakai, sekiranya kekalahan menjelma mungkin pasukan KITA akan bergelut bersama pasukan lain dalam saingan kelas pertengahan liga.

Fernando Torres tidak dapat diturunkan pada malam ini, kerana masih belum cukup cergas, bagaimanapun khidmatnya boleh ditagih untuk aksi setempat menentang Everton nanti. Sekembalinya kapten Fantastik KITA, Stevie G sedikit sebanyak mengurangkan beban di kepala Benitez.

Perkhabaran gembira untuk kita yang mana beberapa pemain yang cedera sebelum ini sudah pulih dan sedia untuk diturunkan walaupun dari segi kecergasan belum pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia dapat memberikan Benitez lebih pilihan pemain dibangku simpanan. Daniel Agger, Alberto Aquilani, Glen Johnson, Yossi Benayoun, Albert Riera, Fabio Aurelio dan Martin Kelly masing-masing sudah pulih dari kecederaan.

Bagi Benitez sudah semestinya dia akan melihat aksi pemain yang diidamkannya musim lalu, Gareth Barry yang dikatakan antara kunci utama untuk Pasukan KITA memenangi gelaran liga. Bagaimanapun kuasa duit mengaburi mata Barry untuk untuk bersama KITA.

Hampir pasti malam ini, Il Pricipino tidak akan bermain kesebelasan utama kerana Benitez lebih menggemari gandingan Lucas-Mascherano, mungkin Il Pricipino akan dimasukkan pada penghujung babak kedua, Dalam hati memang nak sangat Aquilani main 1st eleven. Bahagian serangan hampir pasti menjadi milik David Ngog malam ini dan Voronin dan Babel sebagai pilihan kedua.

Walau apa pun strategi, pemain yang akan diturunkan Benitez malam ini, perlawanan ini adalah satu keWAJIBan untuk dimenangi dan amat malang sekiranya kekalahan melanda lagi.

Impossible is Nothing!!!
YNWA


Tuesday, November 17, 2009

Rafa: Aku keluar jika Torres dijual

Rafael Benitez mengakui dia sedia angkat kaki dari Anfield, sekiranya pemain kesayangannya Fernando Torres dijual tanpa keizinannya.

Dengan Kelab semakin menanggung hutang yang semakin bertambah, dengan Torres dikenalpasti akan menghasilkan satu pulangan yang lumayan sekiranya dia dijual. Sememangnya Yanks sudah berkira-kira untuk melepaskan Torres.

Bagaimanapun, Benitez tetap tegas dengan pendiriannya yang Torres tidak akan dijual dengan apa-apa nilai sekalipun. Sekiranya perkara ini berlaku juga, Benitez sedia meninggalkan Anfield. Benitez juga mengakui situasi semasa juga mengakibatkan dia telah melepaskan banyak prospek untuk dibawa masuk semasa jendela perpindahan lalu. Dengan dana yang diberikan kepadanya tidak bersesuaian dengan nilai pasaran semasa pemain masa kini.

Benitez juga menambah, setiap kali dia melakukan perpindahan dengan nilai yang besar pulangannya juga setimpal dengan nilainya, Benitez merujuk kepada pembeliannya meganya seperti Fernando Torres, Xabi Alonso, Pepe Reina dan Javier Mascherano.

Manakala Robbie Keane merupakan pemain yang baik, walaubagaimanapun Benitez terpaksa menjual semula Keane kerana dia tidak bermain pada tahap sebenar. Manakala pembelian Ryan Babel menurut Benitez adalah untuk masa hadapan dan dia masih menanti perkembangan semasa Babel.

Dengan keadaan semasa, semua peminat dan pihak pengurusan pasti berasa tidak senang duduk. Tetapi Benitez yakin sekiranya kesemua pemainnya cergas sepenuhnya, Liverpool akan lebih kuat dan sedia menentang sesiapa sahaja. Bagaimanapun keadaaan, mungkin keajaiban akan membantu.

YNWA

Friday, November 13, 2009

Eintracht Frankfurt mahu Khidmat Voronin

kau boleh pergi, tapi 3 juta mesti ada, boleh nego ckit lagi la..
2 juta la paling kurang...ingat tu..Aku terdesak nak pakai duit ni..
Van Der Vaart, Pavlyuchenko, Cole.....sume aku nak beli....
(sekadar luahan penulis)

Eintracht Frankfurt menyatakan minatnya kepada The Reds untuk mendapatkan Andriy Voronin sebagai Penyerang utama mereka dan bersedia membuat bidaan keatas Voronin pada jendela perpindahan Januari ini. Frankfurt sememangnya amat menginginkan khidmat Voronin itu sejak Voronin mempersembahkan aksi memberangsangkan ketika dia dipinjamkan ke Hertha Berlin musim lepas.

Hertha Berlin sebelum ini mahu khidmat Voronin secara tetap, tetapi nilai 3 Juta keatas Voronin amat tinggi bagi mereka. Bagaimanapun Frankfurt merasakan nilai tersebut munasabah dan mereka bersiap untuk mendapatkan Khidmat Voronin apabila pasaran perpindahan dibuka.

Voronin tiba di Anfield pada musim panas 2007 melalui perpindahan percuma dari Bayer Leverkusen, terpaksa bergelut menemui semula sentuhannya dan merebut peluang beraksi bersama kesebelasan utama The Reds ketika ini. Dengan David Ngog semakin menjadi sejak kebelakangan ini, amat sukar Voronin mendapat tempat walaupun Torres kini mengalami kecederaan.

YNWA



Thursday, November 12, 2009

Rafa Benitez Pujuk Madrid lepaskan Van Der Vaart

Nampaknya Rafa Benitez begitu bersungguh-sungguh untuk memantapkan Skuad KITA, terkini Benitez sedia memujuk bekas majikannya Real Madrid untuk melepaskan pemain Belanda mereka iaitu Rafael Van Der Vaart.

Van Der Vaart juga menyatakan dia bersedia meninggalkan Bernabeu tetapi bukan untuk kelab lamanya iaitu Ajax Amsterdam. Dengan perkhabaran itu, peluang Benitez untuk mendapatkan khidmat Van Der Vaart cerah.

Benitez sememangnya mahu menambahkan kekuatan dibahagian tengah menyerang yang mana dengan kehadiran Van Der Vaart akan menguatkan lagi Midfield tengah kita, semestinya gandingan Van Der Vaart dan Dirk Kuyt akan menghasil sesuatu yang diingini oleh Rafa Benitez.

Van Der Vaart tiba di Bernabeu pada musim panas 2008 dengan status hebatnya bersama kelab Jerman Hamburg SV, bagaimanapun kurang mendapat tempat dalam kesebelasan Galactico Madrid tersebut. Dengan rakan senegaranya seperti Wesley Sneijder dan Arjen Robben telah berhijrah, ketika ini adalah masa yang sesuai untuknya mencari kelab baru bagi jaminan tempat untuknya dalam Skuad Oranje di Piala Dunia nanti.

Bagaimanapun, kehadiran Van Der Vaart mungkin hanya tiba sebagai pemain pinjaman kerana kekurangan dana bagi Benitez membelinya, dan mungkin akan menunggu sehingga musim panas bagi mendapatkan dana dan seterusnya mendapatkan Van Der Vaart secara tetap.

YNWA

Benitez Intai Khidmat Pavlyuchenko secara pinjaman

Rafa Benitez cuba memanfaatkan cuti EPL dengan membuat perkiraan untuk memantapkan Skuad Reds terutamanya bagi jendela perpindahan januari nanti.

Dengan bekalan peruntukkan untuk membeli pemain telah diterhadkan oleh YANKS, Benitez terpaksa mengambil langkah untuk melakukan beberapa perpindahan secara pinjaman sebelum menetapkan pembelian tetap pada musim panas nanti.

Rafa Benitez telah mengenalpasti Roman Pavlyuchenko adalah pemain yang dicarinya memandang Pavlyuchenko bergelut mendapatkan peluang untuk bermain bagi kesebelasan utama di Spurs.

Benitez merasakan Roman cukup sesuai untuk digandingkan bersama Torres, memandang corak permainan mereka hampir serupa dan Roman juga boleh bermain secara bersendirian dibahagian serangan.

Perkhabaran ini, semestinya sesuatu yang dinantikan oleh Roman yang sememangnya mahu peluang beraksi di Kelab yang lebih besar dan kekerapan bermain, memandangkan peluang di Spurs semakin mustahil untuknya beraksi dengan Redknapp lebih gemar menggunakan khidmat Keane, Crouch dan Defoe.

Harap-harap usaha Benitez untuk memperkasakan lagi Skuad KITA akan berjaya. Teruskan Usaha Rafa!!!

YNWA

Wednesday, November 11, 2009

Benitez mahu Khidmat Cole

Rafa Benitez telah mengenalpasti kelemahan Skuadnya pada musim ini adalah berpunca dari bahagian serangan, yang mana kebergantungan kepada gandingan Torres-Gerrard akhirnya memakan dirinya sendiri apabila kedua-dua mereka mengalami kecederaan.

Rafa Benitez dilaporkan amat meminati Carlton Cole, 26 tahun bagi mengisi posisi rakan serangan untuk Fernando Torres. Ianya pasti merupakan satu berita yang baik untuk Cole yang kini mahu memastikan tempatnya dalam Skuad England ke Piala Dunia 2010.

Walaubagaimanapun, West Ham hanya akan melepaskan Carlton Cole sekiranya Liverpool bersetuju dengan harga 12 juta untuk Carlton Cole. Nilainya mungkin terlalu tinggi, tetapi Benitez mungkin boleh memujuk Yanks untuk menambah peruntukkan bagi mendapatkan pemain pada pasaran perpindahan Januari nanti.

YNWA

Tuesday, November 10, 2009

Benitez: 3 Minggu Tanpa Torres

Rafa Benitez mengesahkan bahawa pemain kesayangannya Fernando Torres akan direhatkan selama 3 Minggu bagi membolehkan Torres menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal pehanya.

Torres tidak diturun ketika menentang Birmingham kerana dia telah lebih awal memberitahu kepada Benitez ketidaksediaannya untuk beraksi kerana dia sendiri meragui kemampuannya untuk beraksi ketika itu.

Torres yang sebelum ini terpaksa mengambil ubat penahan sakit ketika menentang ManSHITer, Fulham dan Lyon dan mengambil keputusan tidak beraksi kelmarin, menyebabkan Liverpool hanya mampu mengutip 1 mata.

Torres telah pergi ke Valencia minggu lalu untuk berjumpa Pakar Perubatannya dan dia telah dinasihatkan untuk berehat dari bermain sebarang perlawanan untuk tempoh 3 minggu. Rafa Benitez terpaksa akur dengan kehendak pakar perubatan tersebut demi kebaikan pasukan untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun Benitez berharap ada perkembangan positif akan diterimanya sebelum pertemuan di Anfield dengan berdepan kelab kaya-raya, Manchester City pada 21hb dan perlawanan hidup mati menentang Debrecen di tempat lawan.

YNWA

YNWA: Kecederaan merunsingkan Rafa Benitez

Tamparan hebat untuk Benitez apabila menerima senarai kecederaan yang terbaru, selepas perlawanan penuh kontroversi menentang Birmingham City di Anfield kelmarin. Dengan senarai sediada pemain masih cedera belum pulih sepenuhnya, ditambah dengan kecederaan dalam perlawanan tersebut sememangnya bertambah serabut kepala Benitez memikirkannya.

Albert Riera kembali dalam senarai kecederaan dan diiringi kecederaan Hamstring Benayoun sememangnya merencatkan perancangan Benitez bagi berhadapan cabaran Manchester City pada 21 Nov ini di Anfield.

Manakala pada 24 Nov. Pasukan KITA akan bertandang ke Debrecen dengan misi menghidupkan kembali peluang ke pusingan 16 kelab terbaik Eropah, sememangnya Benitez memerlukan kesemua pemainnya cergas sepenuhnya bagi menghadapi Debrecen nanti.

Penutup bulan November, iaitu pada 29 Nov, Pasukan KITA akan bertandang ke gelanggang jiran untuk perlawanan setempat dengan Everton. Sememangnya bulan November cukup sarat dengan perlawanan-perlawanan yang penting.

Sanggup atau tidak untuk menghadapinya, Benitez tetap harus harungi situasi ini, ataupun musim ini Liverpool hanya menjadi pasukan ala kadar sahaja dalam setiap saingan.

YNWA

Monday, November 9, 2009

Wisel Penamat : Dua Kecederaan harga untuk satu mata

Awal pagi tadi menyaksikan pasukan KITA, mencatat keputusan seri yang pertama, selepas 90 minit permainan keputusannya Liverpool 2 Birmingham 2. Bagi aku adalah lebih baik..dari terus alami kekalahan demi kekalahan.

Liverpool didepan pada minit ke-13, oleh David Ngog melalui sepakan volinya hasil hantaran cantik Albert Riera. Liverpool mendominasi permainan selama 20 minit pertama. Cengkaman kawalan permain mula kendur memasuki 25 minit seterusnya. Akhirnya Birmingham berjaya mendapatkan dua gol melalui Chucho Benitez(26) dan Cameron Jerome(45).

Nasib malang menimpa Albert Riera yang bermain cukup cemerlang pagi tadi, tetapi apakan daya baru pulih dari kecedaraan, dia ditimpa kecederaan lagi apabila dikasari pertahanan Birmingham. Albert Riera jelas kecewa dengan kecederaanya, Riera dikeluarkan dan digantikan oleh Steven Gerrard pad minit ke-46.

Akhirnya Gerrard berjaya menjaringkan gol hasil sepakan penalti. Diperolehi hasil gerakan David Ngog yang lincah dan menyebabkan Lee Carsley mengambil jalan mudah melakukan terjahan, walaupun tidak mengenai Ngog, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Liverpool. Keputusan pengadil mengundang perbalahan antara Ngog dan Carsley dan akhirnya kedua-dua meraka dilayangkan kad kuning.

Yossi Benayoun juga mengalami kecederaan ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Ryan Babel masuk menggantikan Benayoun pada minit ke-76. Serangan banyak dilakukan setelah kemasukkan Gerrard tetapi pertahanan Birmingham cukup teguh menahan serangan bertali arus dari Liverpool. Pada minit ke 83, Lucas digantikan dengan Aquilani bagi memperkukukan jentera tengah setelah Lucas kerap kali gagal melakukan hantaran kerana seringkali digagalkan oleh Gregory Vignal (bekas player KITA era Houllier).

Secara keseluruhannya, keyakinan player meningkat tetapi kelalaian pertahan dalam mengawal pergerakan penyerang lawan mengundang padah yang dua gol oleh Birmingham boleh dikira gol yang begitu mudah dijaringkan. Dengan perlawanan selepas ini, Liverpool akan berdepan Manchester City diharapkan kelalaian seperti itu diminimakan, jika tidak kekalahan akan menjelma sekali lagi.

YNWA

Sunday, November 8, 2009

Tom Hicks : Bintang Liverpool Bukan Untuk di Jual

Pemilik bersama Liverpool, Tom Hicks menegaskan tidak akan ada seorang pun Bintang Liverpool akan dijual meskipun Liverpool gagal melangkah ke pusingan kalah mati Champions League, ataupun gagal untuk melayakkan diri untuk kempen musim hadapan.

Dengan kewangan Liverpool yang tidak menentu, pemain seperti Steven Gerrard, Fernando Torres, Javier Mascherano, Yossi Benayoun dikaitkan dengan beberapa kelab besar yang menjanjikan jaminan aksi bagi pertandingan tertinggi di Eropah itu.

Tetapi Tom Hicks menyangkal semua spekulasi tersebut dan menegaskan semua pemain utama Liverpool tidak akan kemana-mana kerana mereka semua sudah memeterai kontrak sehingga 2014.

Tom Hicks memberitahu, dia dan rakan sepemilikannya George Gillet sedang berusaha keras mencari pelaburan luar yang bersesuai untuk Liverpool, serta mencari rakan kongsi yang berkualiti tinggi katanya sambil menjadikan kerjasama antara Adidas dan Standard Chartered sebagai hasil usaha mereka berdua.

Ulasan: Ye ke Adidas dan Standard Chartered hasil usaha diorang? Setahu aku la kan Christian Purslow yang berkerja keras dapatkan tajaan. Diorang duk goyang kaki je.... tau cukup bulan joli kt Vegas...Cepat-cepat la berambus YANKS!!!

Sebelum Wisel- Aquilani untuk kesebelasan Utama

Perlawanan menentang Birmingham City ini pasti dinanti seluruh fans...dan semestinya kita semua menanti-nantikan full debut Aquilani dalam saingan EPL.. Il Principino yang baru pulih dari jangkitan Virus dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gerrard untuk perlawanan ini. Benitez pastinya akan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada gandingan Lucas-Mascherano untuk mengawal bahagian midfield tengah.

Benitez berkata, Aquilani disenaraikan dalam senarai pemain simpanan dalam perlawanan menentang Lyon tempoh hari. Sememangnya Benitez mahu memasukkan Aquilani tetapi melihat gandingan Lucas-Mascherano berjaya mengawal perlawanan dengan baik, Benitez memilih untuk menyimppan terus Aquilani.

Dilaporkan bahawa, Fabio Aurelio, Martin Skrtel dan Albert Riera semakin pulih dari kecederaan dan boleh diturunkan dalam perlawaanan ini. Terpulang kepada Benitez untuk melakukannya ataupun tidak. Glen Johnson semakin menunjukkan kemajuan ketika sesi latihan tetapi Martin Kelly masih lagi dibelenggu kecederaan.

Pertahanan KITA sedikit rapuh dengan siri penggantungan perlawanan yang dikenakan kepada Jamie Carragher dan Phillip Degen. Kemungkinan besar pertahanan tengah akan menggandingkan Agger-Skrtel ataupun Kyrgiakos sebagai pilihan gantian kepada salah seorang dari mereka.

Bahagian Serangan KITA masih dalam keraguan, samada Benitez mahu terus menanggung risiko menurunkan Torres yang masih cedera ataupun memberi peluang kepada Babel untuk mengetuai serangan setelah dia berjaya menghasilkan gol cantik di Gerland tempoh hari. Kalau tidak Babel, Ngog pastinya bersiap sedia untuk memenangi hati Benitez. Voronin? Anggap je la yang dia tidak wujud dalam skuad, sumbangannya mungkin tidak sesuai di Liverpool, kemungkinan besar dia akan mengisi senarai perpindahan pada januari ini.

Walau sesiapa saja yang diturunkan Rafa pada perlawanan ini, matlamatnya cuma 1(satu). Mencari kemenangan keatas Birmingham bagi menghidupkan semula cabaran Liverpool yang begitu malap sepanjang Oktober lalu.

Jangkaan: Liverpool 2 Birmingham City 0

YNWA

Friday, November 6, 2009

Hargailah Permata KITA Benitez

Senarai Pemain Muda Liverpool yang bakat mereka harus dihargai Benitez mulai dari saat ini bagi menjadikan Liverpool lebih gah di musim akan datang.

Goalkeeper

Peter Gulacsi
Position: Goalkeeper
Date of Birth: 06/05/1990
Height: 6'3
Weight: 13st 1
1st team games: 0
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: MTK Hungaria
Birth Place: Budapest, Hungary


Defender


Martin Kelly
Position: Defender
Date of Birth: 27/04/1990
Height: 6'3
Weight: 12st 5
1st team games: 2
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Huddersfield Town
Birth Place: Whiston



Daniel Sanchez Ayala
Position: Defender
Date of Birth: 07/11/1990
Height: 6'3
Weight: 13st 3
1st team games: 3
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Seville
Birth Place: Seville



Emiliano Insua
Position: Defender
Date of Birth: 07/01/1989
Height: 5'8
Weight: 12st 2
1st team games: 32
1st team goals: 1
International caps: 1
International goals: 0
Former clubs: Boca Juniors
Birth Place: Buenos Aires, Argentina



Christopher Buchtmann
Position: Defender
Date of Birth: 25/04/1992
Height: 5.7
Weight: 10st 7
1st team games: 0
1st team goals: 0
International caps:
International goals: 0
Former clubs:
Birth Place: Minden, Germany



Midfielder

Lucas Leiva
Position: Midfielder
Date of Birth: 09/01/1987
Height: 5'8
Weight: 11st 7
1st team games: 86
1st team goals: 4
International caps: 4
International goals: 0
Former clubs: Gremio
Birth Place: Dourados, Brazi
l


Nabil El-Zhar
Position: Midfielder
Date of Birth: 27/08/1986
Height: 5'6
Weight: 11st 9
1st team games: 25
1st team goals: 1
International caps: 8
International goals: 2
Former clubs: OAC Ales, Nimes Olympique, St Etienne
Birth Place: Ales, France


Jay Spearing
Position: Midfielder
Date of Birth: 25/11/1988
Height: 5'6
Weight: 11st 1
1st team games: 5
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs:
Birth Place: Wirral



Damien Plessis
Position: Midfielder
Date of Birth: 05/03/1988
Height: 6'3
Weight: 12st 7
1st team games: 8
1st team goals: 1
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Lyon
Birth Place: Neuville-aux-Bois, France



Striker

David Ngog
Position: Striker
Date of Birth: 01/04/1989
Height: 6'2
Weight: 12st 3
1st team games: 25
1st team goals: 6
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: Paris Saint Germain
Birth Place: Gennevilliers, France



Krisztian Nemeth
Position: Striker
Date of Birth: 05/01/1989
Height: 5'10
Weight: 11st 7
1st team games: 0
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs: MTK Hungaria FC, Blackpool
Birth Place: Gyor, Hungary



Nathan Eccleston
Position: Striker
Date of Birth: 30/12/1990
Height: 5'10
Weight: 10st 5
1st team games: 2
1st team goals: 0
International caps: 0
International goals: 0
Former clubs:
Birth Place: Manchester


YNWA: Peluang untuk si Muda

Mengenangkan nasib yang menimpa Liverpool ketika ini yang mana sedang mengecap pencapaian terburuk dalam tempoh 50 tahun merupakan sesuatu yang amat mengecewakan. Aksi di EPL semakin menjauhi tempat teratas dan aksi di Champions League yang hanya mengharapkan keajaiban akan berlaku bagi mengelakkan terkandas dipusingan awal.

Terdetik dihati ini untuk berkongsi pandangan setelah melihat keadaan yang dialami Liverpool ketika ini. Terpanggil untuk membandingkan situasi Liverpool dengan situasi Arsenal hampir 4 tahun yang dulu. Walaupun Arsenal kini sudah 4 tahun tanpa sebarang piala dijulang.

Arsenal 4 tahun dulu kehilangan sebahagian besar pemain utamanya kerana kecederaan, perpindahan, persaraan. Dengan Henry pergi ke Barcelona, Ljunberg berpindah, Robert Pires ke Villareal, Bergkamp bersara, Reyes berhijrah ke Athletico. Arsene Wenger dapat menghidu sebarang malapetaka dengan merekrut seberapa banyak pemain muda yang berkualiti. Wenger mula merekrut bintang muda seperti Fabregas, Walcott, Almunia, Toure, Adebayor, Persie. Kini setelah hampir 5 tahun, Arsenal kembali stabil dan kembali seperti Arsenal yang dulu.

Jadinya disini adalah menjadi satu kemestian bagi Benitez melihat apa yang telah dilakukan Wenger untuk mengatasi kemelut yang melanda. Sebenar Liverpool tidak ketandusan bakat muda untuk diketengahkan, tetapi kebergantungan Benitez kepada pemain utama seperti Gerrard, Torres, Carragher, Kuyt menyebabkan tiada peluang untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka.

Kini dengan masalah kecederaan pemain utama yang menghimpit ketika ini, Benitez seperti mati kutu, masih mengharapkan keajaiban untuk merubah nasib Liverpool. Pemergian Alonso meninggalkan ruang yang cukup besar kepada squad utama, meninggalkan peranannya itu untuk digalas pemain utama yang sedia ada.

Setelah pemergian Alonso, baru lah Lucas mendapat peluang untuk beraksi dan dia mengambil masa begitu lama untuk menyesuaikan diri. Sebab apa lambat? sebab tiada peluang diberikan kepadanya semasa Alonso masih ada. Sistem rotasi yang digunakan oleh Benitez musim lepas hanya untuk rekrut baru dibeli dan bukan untuk pemain muda. Kesilapan sememangnya jelas disitu. Sekiranya sistem rotasi musim lepas digunakan bagi pemain muda, musim ini pasti Liverpool akan stabil dengan adanya pelapis yang sudah cukup bersedia menggalas peranan yang ditinggalkan pemain utama.

Itu je la pandangan yang leh aku kongsi apabila mengingati situasi team lawan KITA dulu. Jadi pandai-pandai la Benitez mengadun semula squadnya bagi menghadapi pancaroba EPL dan Champions League. Errmmm maybe Liga EUROPA..elak2 kn la

YNWA

Thursday, November 5, 2009

Wisel Penamat: Malapetaka Minit Akhir

Hancur luluh hati melihat perlawanan pagi tadi. Aku cukup gembira apabila Ryan Babel merembat padu untuk gol pertama. aku lihat masa tinggal 7 minit untuk ditamatkan dan aku cukup yakin kemenangan menjadi milik Liverpool. Tetapi akibat sikap sambil lewa memakan diri apabila Lyon menyamakan kedudukan pada minit ke-90 oleh Lisandro Lopez.

Aku sebenarnya xtau nak cakap ape dah... kecewa teramat sangat dengan sikap player yang x bersungguh-sungguh nak pertahankan kelebihan. tinggal lagi 7 minit, adalah lebih baik mengawal bola semaksimum mungkin dengan melakukan hantaran - hantaran pendek. Ini tidak, wat hantaran dapat kat player Lyon dan dibalas dengan jaringan minit akhir... Pedih sangat - sangat, mata dah la kuyu nak tengok match.. seri la pulak. Pemain yang memang aku cukup x puas hati adalah Voronin. Memang banyak peluang untuk Voronin mengegarkan jaring Lyon tetapi macam biasa dia menghampakan. Peluang terbaik untuk menjaringkan gol di sia-siakan apabila dia hanya perlu menewaskan penjaga gawang Lyon iaitu Hugo Lloris, tetapi finishingnya cukup menhampakan. Akhirnya Voronin dikeluarkan pada minit ke 68 dan digantikan oleh Babel.

Fernando Torres bermain selama 87 minit dalam perlawanan ini sebelum digantikan oleh David Ngog, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan Torres kerana sentiasa dibayangi oleh Jeremy Toulalan dan Cris. Torres memiliki beberapa peluang terbaik tetapi berjaya dihalang dengan baik oleh Lloris dan Toulalan.

Alberto Aquilani berada dalam senarai simpanan tetapi langsung tidak diturunkan oleh Benitez. Aku pun tak tahu kenapa. Tu pun menambah lagi kecewa aku. Harap dapat la Aquilani mengisi tempat Gerrard, tapi mamat tocang plak yang masuk.

Apapun yang pastinya peluang Liverpool ke pusingan kalah mati semakin kabur dengan Fiorentina berjaya membenak Debrecen 5-2. Mahu tak mahu kena Liverpool menewaskan Fiorentina dan Debrecen nanti untuk baki perlawanan tapi dengan syarat tiada bolos, kemenangan dengan jaringan besar dan mengharapkan Lyon dapat menewaskan Fiorentina nanti.

YNWA





Wednesday, November 4, 2009

Vladimir Koman hampiri Anfield

Liverpool semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan GBP4 juta untuk pemain tengah Sampdoria Vladimir Koman yang kini dalam pinjaman ke kelab AS Bari. Seandainya perpindahan ini menjadi realiti, Koman akan menyertai rakan sepasukannya didalam skuad U21 Hungary iaitu Peter Gulacsi dan Kristian Nemeth yang kini dalam skuad muda Liverpool. Koman merupakan Kapten U21 Hungary manakala Nemeth Striker utama dan Gulacsi sebagai penjaga gawang utama. Permata Hungary yang berjaya digilap Liverpool.

Disini aku sertakan serba sedikit mengenai Vladimir Koman

Karier Awal
Koman lahir di Uzhgorod, Ukraine. Dia bermain untuk perlawanan pertamanya bagi Haladas FC dal NB league Liga Domestik di Ukraine pada usia 15 Tahun.

Karier Professional
Koman membuat debut Serie A pada 7 April 2007 bagi perlawanan ditempat sendiri menentang Torino sebagai kesebelasan Utama Sampdoria, dan dia telah melakukan assist bagi satu-satunya gol pada perlawanan itu, yang mana gol tersebut dijaringkan oleh Emiliano Bonazzoli. Dia juga telah membawa Sampdoria memenagi gelaran Campionato Primavera bagi musim 2007-2008. Pada awal musim 2008-2009 dia dipinjamkan ke Avellino. Kini dia bermain secara pinjaman untuk AS Bari bagi musim 2009-2010.

Karier Antarabangsa
Koman memilih Hungary untuk diwakili dan bukannya Ukraine, Koman telah menjadi Kapten Skuad U21 Hungary bagi FIFA U20 World Cup dan membawa Hungary memduduki tempat ke-3. Koman menjaringkan 5 gol daripada 6 perlawanan menjadikannya penjaring kedua terbanyak bagi kejohanan tersebut.

Anugerah

Sampdoria
Campionato Primavera 2007-2008

Hungary

UEFA U-17
Pusingan Akhir Kejohanan: 2006

UEFA U-19
Semi Finalist: 2008

FIFA U20 World Cup
Ketiga:2009

Peribadi
Pemenang Silver Shoes
FIFA U20 World Cup

Harap-harap Koman akan menyinar di Anfield
YNWA

Tuesday, November 3, 2009

Sebelum Wisel : Tanpa Gerrard di Gerland

Liverpool akan bertandang ke Stade de Gerland tanpa kelibat Fantastic Kapten, Steven Gerrard.. Winger Albert Riera dan dua Martin iaitu Martin Skrtel dan Martin Kelly yang masih lagi dibelenggu kecederaan.

Gerrard yang masih dibelenggu kecederaan (groin) masih memerlukan rawatan dan pemantauan yang agak lama yang mana tanpa kehadirannya Liverpool sudah kecundang 5 perlawanan daripada 6 perlawanan bulan lepas.

Bagaimanapun Benitez berharap Alberto Aquilani akan sempat pulih bagi menghadapi Lyon. Yang mana il principino tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Fulham kerana dijangkiti virus.

Benitez dijangka akan terus menggunakan khidmat Torres walaupun dilaporkan Torres mengalami kecederaan ringan. yang pastinya benitez sudah tiada pilihan untuk tidak membawa Torres pergi ke Lyon, dengan sasaran kemenangan untuk menghidupkan kembali peluang dalam Champions League, Benitez terpaksa bergantung harap kepada Torres seoptimum yang mungkin..

YNWA

YNWA: Mengharapkan Sinar November


Liverpool menutup cabaran bulan September bagi LPI dengan jayanya apabila membenam cabaran Hull City 6-1 di Anfield. Tetapi kecundang pada 29 September kepada Fiorentina 2-0. Mungkin pada ketika itu kekalahan tersebut tidak begitu dirasai dan fans tidak menyangka akan berdepan bulan Oktober yang sangat mengharukan...

Result Perlawanan bagi The Reds pada bulan September
12hb. Liverpool 4 Burnley 0
16hb. Liverpool 1 Debrecen 0
19hb. West Ham Utd 2 Liverpool 3
22hb. Leeds Utd 0 Liverpool 1
26hb. Liverpool 6 Hull City 1
29hb. Fiorentina 2 Liverpool 0

Bulan yang boleh dikatakan cukup hebat bagi Liverpool 6 Perlawanan 5 kemenangan dan 1 tewas dengan 15 gol dijaringkan dalam dan hanya melepaskan 5 gol...

Memasuki Bulan Oktober....bermula episod malang...dengan pemain utama mengalami kecederaan....percaturan strategi pengurus yang tak masuk akal..demonstrasi mogok lapar oleh fans di luar Anfield sebelum perlawanan menentang manSHITer...macam2 terjadi bulan Oktober..senang cerita TRAGEDI OKTOBER....

Result Perlawanan bagi The Reds pada bulan Oktober
4hb. Chelsea 2 Liverpool 0
17hb. Sunderland 1 Liverpool 0
20hb. Liverpool 1 Lyon 2
25hb. Liverpool 2 ManSHITer 0
28hb. Arsenal 2 Liverpool 1
31hb. Fulham 3 Liverpool 1

6 Perlawanan 5 TEWAS dan hanya 1 KEMENANGAN... keputusan terbalik daripada bulan September dengan 10 gol dilepaskan dan hanya 5 gol dijaringkan. Cukup mengambarkan betapa cukup mendukacitakan keputusan perlawanan bagi bulan Oktober..

Memasuki bulan NOVEMBER ini ada beberapa perlawanan yang amat penting.. dan menjadi kewajipan untuk dimenangi oleh tentera Rafa.. dengan Champions League yang hanya mencatatkan 1 kemenangan dan 2 kekalahan.. sememangnya baki 3 perlawanan akan datang memang WAJIB untuk dimenangi... kalau tidak terpaksa turun darjat dan bermain di LIGA EUROPA.... dalam saingan domestik Liverpool akan menanti kunjungan Kelab Terkaya Manchester City sebelum menutup bulan November dengan perlawanan setempat dengan Everton... Diharapkan ada sinar buat KITA pada bulan November ini.

Jadual perlawanan bagi The Reds bulan November
4hb. Lyon vs Liverpool
9hb. Liverpool vs Birmingham
21hb. Liverpool vs Manchester City
24hb. Debrecen vs Liverpool
29hb. Everton vs Liverpool

Yang pastinya Fans mengharapkan kesemua perlawanan diatas akan menghasilkan kemenangan setelah disajikan kekalahan demi kekalahan pada bulan Oktober...

YNWA

Monday, November 2, 2009

Wisel Penamat: Sentuhan Kecundang Benitez

Percaturan yang memakan diri sendiri... Itu yang sesuai diungkapkan kepada Rafa Benitez... Rafa masih tidak menyedari kepentingan untuk memenangi gelaran liga.. Rafa tolong la sedar!!! Perlawanan kelmarin seperti memperjelaskan lagi kebodohan taktikal Benitez bagi menentang kelab pertengahan... Dimana Aurelio dan Agger yang bermain cemerlang ketika membenam Setan Merah? Mereka langsung tiada dalam senarai pemain utama mahupun simpanan..Cedera? tidak mungkin.. mereka tiada dalam senarai kecederaan Liverpool ketika ini.. kenapa mereka tidak disenaraikan? KENAPA!!!!!

Dengan permulaan utama Voronin sebagai ganti kepada Gerrard.... memang dari awal aku menjangkakan tiada apa yang boleh dilakukannya.. buang masa saja..... Peluang yang hadir dipersia-siakan dengan mudah sekali...

Percaturan Benitez dalam pertukaran pemain pun menyakitkan hati.. Torres dikeluarkan ketika permainan baru hendak mencapai tune nya.. Torres sememangnya perlukan perlawanan untuk kembalikan kecergasannya... tapi dikeluarkan untuk Babel.. KENAPA!!!! Musykil aku.. Selang 10 minit kemudian Fulham berjaya menambah gol kedua...Cukup menyakitkan hati gol kedua Fulham tu..

Sedang player KITA kembali menyusun gerakan mencari gol penyamaan.. Benayoun pula dibawa keluar... WEIII PEKEBENDE TU BENITEZ... Di masukkan pula Nathan Eccleston.. Hmmmm.. langsung x boleh nak dibuat apa2.. gerakan langsung xde.. Dengan ketiadaan Benayoun.. hanya dapat diharapkan untuk memburu gol hanya dibahu Kuyt...
Tidak sampai 10 minit kemudian.. Kuyt pula dibawa keluar... Benitez bawa masuk Ayala pula... apa motif membuat 3 pertukaran yang merapu sebegitu rupa...

Bahana DUA kad merah oleh Lee Mason juga membuatkan aku betul-betul bengang... Kesalahan terus diberikan kad merah... langsung tiada kad kuning terlebih dahulu... Keputusan Lee Mason memang patut dipertikaikan..tu pun Benitez wat xtau je...

Aku xtau nak cakap ape lagi... yang pasti memang kecewa sangat2 dengan Benitez....wat percaturan tak pakai otak betul la... sememangnya RAFA BENITEZ orang yang wajar DIPERSALAHKAN terhadap kekalahan kepada Fulham...

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger