Entri Terhangat

Friday, November 6, 2009

YNWA: Peluang untuk si Muda

Mengenangkan nasib yang menimpa Liverpool ketika ini yang mana sedang mengecap pencapaian terburuk dalam tempoh 50 tahun merupakan sesuatu yang amat mengecewakan. Aksi di EPL semakin menjauhi tempat teratas dan aksi di Champions League yang hanya mengharapkan keajaiban akan berlaku bagi mengelakkan terkandas dipusingan awal.

Terdetik dihati ini untuk berkongsi pandangan setelah melihat keadaan yang dialami Liverpool ketika ini. Terpanggil untuk membandingkan situasi Liverpool dengan situasi Arsenal hampir 4 tahun yang dulu. Walaupun Arsenal kini sudah 4 tahun tanpa sebarang piala dijulang.

Arsenal 4 tahun dulu kehilangan sebahagian besar pemain utamanya kerana kecederaan, perpindahan, persaraan. Dengan Henry pergi ke Barcelona, Ljunberg berpindah, Robert Pires ke Villareal, Bergkamp bersara, Reyes berhijrah ke Athletico. Arsene Wenger dapat menghidu sebarang malapetaka dengan merekrut seberapa banyak pemain muda yang berkualiti. Wenger mula merekrut bintang muda seperti Fabregas, Walcott, Almunia, Toure, Adebayor, Persie. Kini setelah hampir 5 tahun, Arsenal kembali stabil dan kembali seperti Arsenal yang dulu.

Jadinya disini adalah menjadi satu kemestian bagi Benitez melihat apa yang telah dilakukan Wenger untuk mengatasi kemelut yang melanda. Sebenar Liverpool tidak ketandusan bakat muda untuk diketengahkan, tetapi kebergantungan Benitez kepada pemain utama seperti Gerrard, Torres, Carragher, Kuyt menyebabkan tiada peluang untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka.

Kini dengan masalah kecederaan pemain utama yang menghimpit ketika ini, Benitez seperti mati kutu, masih mengharapkan keajaiban untuk merubah nasib Liverpool. Pemergian Alonso meninggalkan ruang yang cukup besar kepada squad utama, meninggalkan peranannya itu untuk digalas pemain utama yang sedia ada.

Setelah pemergian Alonso, baru lah Lucas mendapat peluang untuk beraksi dan dia mengambil masa begitu lama untuk menyesuaikan diri. Sebab apa lambat? sebab tiada peluang diberikan kepadanya semasa Alonso masih ada. Sistem rotasi yang digunakan oleh Benitez musim lepas hanya untuk rekrut baru dibeli dan bukan untuk pemain muda. Kesilapan sememangnya jelas disitu. Sekiranya sistem rotasi musim lepas digunakan bagi pemain muda, musim ini pasti Liverpool akan stabil dengan adanya pelapis yang sudah cukup bersedia menggalas peranan yang ditinggalkan pemain utama.

Itu je la pandangan yang leh aku kongsi apabila mengingati situasi team lawan KITA dulu. Jadi pandai-pandai la Benitez mengadun semula squadnya bagi menghadapi pancaroba EPL dan Champions League. Errmmm maybe Liga EUROPA..elak2 kn la

YNWA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger