Entri Terhangat

Monday, November 22, 2010

Mentaliti dan Konsistensi Kelas Pertama Penentu Kejayaan


Mentaliti kelas pertama..Apa kena mengena dengan Pasukan Liverpool ketika ini? Sudah semestinya masalah mentaliti para pemain, memandangkan aksi goyah yang dipamerkan mereka menjadikan kelab-kelab bawahan seperti Blackpool, Northampton dan Stoke berjaya memperkotak-katikkan mereka.

Mentaliti pemain akan berada di tahap teratas apabila menentang kelab-kelab berpengaruh besar seperti Chelski, Manshiter, Arsenoi. Keseluruhan pemain akan memperlihatkan perwatakan sebenar mereka apabila menentang kelab seperti ini. Tapi apabila menentang kelab pertengahan dan bawahan, pemain seperti hilang punca..mentaliti terus jatuh menjunam dan konsistensi langsung tiada.

Kita boleh lihat apabila Blackpool berjaya menewaskan pasukan kita lebih-lebih lagi di gelanggang keramat kita Anfield, kebanyakkan pasukan lain sudah memperlihatkan mentaliti mereka yang mana mereka sudah pasti boleh mengalahkan Liverpool di Anfield memandangkan pasukan baru naik divisyen, Blackpool berjaya memperlekehkan Liverpool.

Jadi disini terpaksalah para pemain mengeluarkan segala apa yang ada pada mereka untuk menentang lawan-lawan yang mempunyai mentaliti yang tinggi apabila berdepan Liverpool, walaupun pasukan mereka langsung tiada pemain bintang. Contohnya, Stoke City dan Northampton, mereka bermain dengan mentaliti tahap pertama apabila menentang Liverpool, dan mereka berjaya memperlekehkan Liverpool.

Apa yang diperlukan sebenarnya bagi kejayaan Liverpool dalam saingan Liga? Pengurus yang banyak pengalaman dan pandai taktikal? Pemain-pemain bintang yang berjuta-juta harganya? Pemilik baru yang kaya-raya?

Jawapannya hanya ada dua pada saya, Mentaliti dan Konsistensi. Apa guna Pemilik membeli pemain binta berjuta-juta harganya jika mentaliti dan konsistensi langsung tiada. Apa guna ada Pengurus yang hebat jika pemain mempunyai mentaliti yang lemah.

Sama-samalah kita berharapan agar Liverpool kembali ke mentaliti dan konsistensi sebagai sebuah pasukan disegani dan sebagai pasukan juara yang sukar ditumbangkan!

ynwa. walk on!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails