Entri Terhangat

Sunday, August 28, 2011

Wisel Penamat: Budak Baru Semakin Pass and Move


Charlie Adam dan Jordan Henderson akhirnya meledak untuk Liverpool untuk membolehkan Liverpool menundukkan Bolton 3-1 di Anfield. Permainan yang dikategorikan sebagai cukup menghiburkan dengan pemain Liverpool ligat memegang bola dan lebih banyak melakukan hantaran berbanding perlawanan sebelumnya.

Steward Downing cukup menyerlah dengan gerakan di sayap di kiri mahupun dikanan, Kuyt juga sebegitu. Adam dan Lucas semakin menunjukkan keserasian dan Lucas banyak menghalang bola sebelum sempat memasuki kawasan pertahanan Liverpool.

Suarez seperti biasa menunjukkan betapa dia seorang yang cukup briliant menghuru-harakan pertahanan lawan sebelum dibawa keluar King Kenny bagi merehatkannya dan digantikan dengan Andy Carroll.

Kealpaan minit akhir Jamie Carragher yang gagal menahan kemas bola memakan diri apabila Ivan Klasnic mudah memperdayakan Reina untuk gol saguhati Bolton. Dalam perlawanan tersebut Sebastian Coates turut berada di Anfield untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

walk on.ynwa

Friday, August 26, 2011

Sebelum Wisel: Melayan The Trotters

The Trotters@The Wanderers akan bertandang ke Anfield untuk perlawanan ketiga BPL musim ini. The Trotters hadir dengan keputusan yang agak memberangsangkan dengan membedil Team Pengawal Taman Permaisuri 4-0 dan melakukan kebangkitan lewat meskipun tewas 3-2 kepada Jiran Bising.

Melihat kepada rekod jaringan The Trotters telah meledak 6 gol hanya untuk 2 perlawanan berbanding Liverpool yang baru meledakkan 3 gol. Ini satu amaran awal kepada barisan pertahanan Liverpool agar tidak memandang rendah gaya serangan lawan walaupun mereka kehilangan Johan Elmander yang berpindah ke Galatasaray.

Mungkin King Kenny akan mengekalkan barisan pertahanan yang sama ketika bertemu Arsenal. Kemungkinan Carrol dan Suarez akan kembali berganding untuk merobek benteng The Trotters yang di ketuai Gary Cahill.

Perlawanan akan berlangsung jam 12.30 pagi nanti waktu malaysia. Jangan terlepas aksi yang menarik ini.

walk on.ynwa

Wednesday, August 24, 2011

Wisel Penamat: Suarez Superb


Sangkaan aku yang King Kenny akan menurunkan barisan kedua ternyata meleset. Reina, Suarez, Henderson, Charlie Adam dan Raul Meireles memulakan perlawanan. Tetapi empat tonggak pertahanan di rehatkan dan digantikan oleh Flanagan, Skrtel, Wilson dan Robinson.

Secara keseluruhan perlawanan didominasi Liverpool dengan perlawanan yang menyaksikan banyak hantaran pendek dilakukan berbanding perlawanan sebelum ini. Cuma hantaran lintang kepada Carroll agak bersimpang siur dari Henderson dan Downing.

Suarez menjadi watak penting bagi kemenangan kali ini dengan menledak 1 gol dan mencipta dua peluang gol bagi Maxi dan Carroll. Adakah Liverpool bergantung harap sepenuhnya kepada Suarez? Sebenarnya tidak, Charlie Adam dan Spearing berganding dengan cukup baik dan melakukan beberapa hantaran tepat kepada Suarez yang bijak mencari ruang kosong bagi mencipta peluang.

Secara keseluruhan, King Kenny dilihat menggunakan perlawanan ini bagi melihat keberkesanan pemain-pemain barunya dan melakukan eksperimen baru dengan mencuba gandingan yang baru pertama kali dilihat seperti Adam dan Spearing serta Skrtel dan Wilson.

walk on.ynwa

Sebelum Wisel: Exeter City adakah seperti Northampton FC

Musim lalu Liverpool dikejutkan Northampton seawal pusingan ke-3 Piala Carling. Kali ini Liverpool turun seawal pusingan ke-2 kerana tidak terlibat dengan mana-mana kejohanan luar bagi musim ini. Adakah Exeter akan menunjukkan Liverpool jalan keluar, kali ini lebih awal dipusingan ke-2?

Kali terakhir Liverpool menentang Exeter adalah pada tahun 1981 yang mana Liverpool mengalahkan Exeter 11-0 secara aggreget pada kejohanan yang sama. Itu cerita tahun 1981 dimana King Kenny masih beraksi sebagai pemain. Kali ini King Kenny sebagai Pengurus.

Perlawanan akan disiarkan jam 2.45 pagi nanti disaluran Astro 817. Yang pasti King Kenny tidak akan menurunkan barisan terkuat sebaliknya akan memberi peluang kepada barisan kedua dan merehat pemain utama bagi menentang Bolton pada hari sabtu.

walk on.ynwa

Monday, August 22, 2011

Perpindahan:Kyrgiakos Ke Bundesliga


Sotirios Kyrgiakos akhirnya melangkah keluar dari Anfield untuk ke Bundesliga dengan menyertai Wolfsburg dengan perpindahan percuma. Rasanya macam Kyrgiakos baru sign tambahan kontrak sebelum ini.

Kyrgiakos di tandatangani oleh Don Benitez pada tahun 2009 bagi menggantikan Sami Hyppia yang berhijrah ke Leverkusen. Walaubagaimanapun dia dibayangi Martin Skrtel yang cukup domininan bila digandingkan dengan Jamie Carragher.

Sepanjang 3 tahun bersama Liverpool, Kyrgiakos telah membuat 49 penampilan bersama The Reds dan berjaya menggegar jaring sebanyak 3 kali. Apapun, All the best kepada Kyrgiakos. Diharap King Kenny segera mencari pengganti yang lebih baik dari Kyrgiakos kerana bahgian pertahanan tengah kini kekurangan tenaga yang sepatutnya.

Persoalannya siapa akan ke Melwood? Gary Cahill? Per Mertesacker? Phil Jagielka? Sama-sama kita nantikan.

walk on.ynwa

Sunday, August 21, 2011

Wisel Penamat: Badi 11 Tahun Berakhir


Ini adalah banner yang digantung penyokong Arsenal di Ashburton Grove. Nampaknya mereka sudah merasakan malapetaka yang kita semua rasai 2 musim yang lepas apabila kehilangan Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Malapetaka tersebut akhirnya menjadi kenyataan di Ashburton Grove sendiri dengan kekalahan 2-0 kepada Skuad King Kenny.

Kemenangan 2-0 ke atas The Gooners menghapuskan badi tidak pernah menang di bumi Utara London itu, setelah kali terakhir Liverpool mencatat kemenangan 11 tahun lepas hasil jaringan Titi Camara yang membawa kemenangan 1-0 Liverpool keatas Arsenal.

11 tahun cukup lama sebenar. 11 tahun, Titi Camara watpe sekarang? hah..dia tak jadi pengurus mahupun jurulatih. Tetapi sekarang Titi Camara merupakan Menteri Kabinet di negara kelahirannya sekarang. 11 tahun cukup banyak mengubah Titi Camara.

Berbalik kepada perlawanan ini, rekrut baru King Kenny cukup bagus memainkan peranan masing-masing, cuma Henderson agak gugup dan banyak kali dribblenya tidak menjadi, walaubagaimanapun masih awal untuk menilai keberkesanan Henderson.

Andy Carroll seperti biasa dikawal rapi pertahanan Arsenal dan berjaya melakukan satu tandukan yang memaksa penjaga gol Arsenal menepis keluar. Charlie Adam cukup selesa dengan peranannnya di bahagian tengah.

Aksi Martin Kelly mendapat perhatian Capello yang turut berada di Ashburton Grove. Jose Enrique cukup dominan dibahagian kiri dan banyak naik keatas dan melakukan hantaran untuk Carroll.

Kemenangan telah dihasilkan dan diharap keputusan mendatang lebih baik dan rentak kemenangan dapat diteruskan.

walk on.ynwa

Friday, August 19, 2011

Sebelum Wisel: Siap Sedia Bedil The Gooners


Arsenal kini mengalami situasi sama seperti yang dialami Liverpool kira-kira dua musim yang sudah. Pemain berpengaruh diatas padang mula mengangkat kaki melangkah keluar dari Ashburton Grove. Liverpool merasai situasi tersebut dengan pemergian Xabi Alonso dan Javier Mascherano dua tonggak tengah yang cukup berpengaruh bagi The Reds. Kini Arsenal berdepan masalah serupa dengan pemergian Fabregas ke Barcelona dan Nasri yang kini dalam proses akhir untuk menjadi Citizen.

Walaubagaimanapun King Kenny tetap melahirkan rasa waspadanya untuk perlawanan malam nanti kerana Arsenal masih mempunyai beberapa pemain yang mampu menggalas tugas pemain tersebut dan King Kenny menegaskan Liverpool tidak akan mendapat laluan yang mudah lebih-lebih lagi beraksi di Ashburton Grove. Disini Liverpool masih lagi gagal menundukkan Arsenal.

Charlie Adam, Steward Downing dan Jose Enrique bermain cukup cemrlang pada perlawanan pertama dan memiliki memori indah mengalahkan Arsenal bersama bekas kelab masing-masing menjadi senjata rahsia King Kenny bagi perlawanan malam nanti.

Saksikanlah perlawanan ini yang akan berlangsung jam 7.40 malam disaluran Astro ESPN channel 812, samaada di kedai-kedai mamak, club-clubhouse berhampiran anda.

wallk on.ynwa

Thursday, August 18, 2011

Desas Desus: Nilai Bidaan Gary Cahill dipersetujui

King Kenny semakin hampir untuk menyelesaikan masalah pertahanan apabila semakin hampir mendapatkan khidmat Gary Cahill. Hanya Arsenal sahaja penghalang Liverpool bagi mendapatkan Gary Cahill walaubagaimanapun nilai dan pakej yang ditawarkan Liverpool dipersetujui pihak Bolton.

King Kenny telah meletakkan nilai perpindahan 10 juta selainn tambahan David Ngog 4 juta dan Raheem Sterling untuk pinjaman semusim. Walaubagaimanapun Raheem Sterling dilaporkan tidak berminat ke Bolton dan lebih selesa di Liverpool.

Sebelum ini Liverpool telah cuba mendapatkan khidmat Scott Dann dari Birmingham dan Ryan Shawcross tetapi bidaan Liverpool terhadap kedua-dua pemain ini ditolak mentah-mentah oleh kelab masing-masing.

walk on. ynwa

Tuesday, August 16, 2011

Perpindahan: Daniel Ayala sertai Sang Kenari


Sang Kenari telah mengumumkan secara rasminya telah menandatangani pemain muda The Reds, Daniel Ayala dengan nilai perpindahan dibawah 1 juta. Kemasukkan Ayala ke Norwich mengikuti jejak langkah pemain muda terdahulu iaitu Zak Whitbread yang kini antara pemain utama Norwich.

Kemasukkan Ayala ke Norwich menjadikan dia pemain ke-8 yang dibawa masuk oleh Manager Norwich. Ayala menyertai Liverpool dari Sevilla pada tahun 2007 tetapi gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama dan dipinjamkan kepada Hull City dan musim lepas bermain di Derby County.

Semoga Ayala berjaya di Norwich dan menjadi pemain yang lebih baik dari sekarang. Tiada yang mustahil jika Ayala akan kembali ke Anfield sebagai salah seorang pemain pertahanan yang berkelas dunia. Siapa yang tahu kan. Mana tahu nasib macam Fabregas ke kan..

walk on.ynwa

Saturday, August 13, 2011

Wisel Penamat: Larsson Gunting Reina



Hampir 50 minit Pepe Reina kurang dicabar digawangnya, tetapi pada minit ke-57, Sebastian Larsson melakukan guntingan yang menarik untuk menyamakan kedudukan. Sebelum itu Liverpool didepan hasil tandukan yang mengelirukan dari Luis Suarez pada minit ke-12.


Sebelum itu, pada minit ke-7, Liverpool dihadiahkan tendangan penalti selepas Luis Suarez dijatuhkan oleh Kieron Richardson. Aku cukup yakin pada mulanya yang Charlie Adam akan melakukan tendangan penalti tersebut. Tetapi Luis Suarez yang mengambil peranan tersebut. Perasaan aku berbelah bahagi untuk melihat Suarez mengambil tendangan penalti kerana sebelum perlawanan aku tak jangkakan Suarez akan bermain dan aku tak letak pun Suarez dalam Team Fantasy Premier league aku..hehe..

Semua pemain baru melakukan permulaan kesebelasan utama kecuali Doni, Jose Enrique bermain cukup baik walaupun gol Sunderland berpunca dari kawasannya yang mana dia terleka menghalang hantaran Gyan kepada Larsson.

Downing cukup ligat bermain dikiri dan kanan sayap dan hampir menjaringkan gol tetapi palang menjadi penghalang. Charlie Adam cukup dominan pada babak pertama dengan hantarannya kepada Suarez dan Carroll tetapi pada babak kedua dia seperti hilang punca.

Carroll berjaya menjaringkan gol tetapi gol tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana terlebih dahulu mengasari pertahanan Sunderland.

Kejutan berlaku dibahagian kanan pertahanan dengan King Kenny menggunakan Flanagan sedangkan aku merasakan Martin Kelly harus disenaraikan. Tetapi Flanagan beraksi dengan baik dan kurang melakukan kesilapan tetapi satu kesilapan darinya menyebabkan Sunderland mendapat gol penyamaan.

Perlawanan seterusnya menentang Arsenal di Ashburton Grove. Arsenal turut seri dengan Newcastle dan mereka kehilangan Gervinho kerana kad merah dan dalam tempoh seminggu turut akan kehilangan Nasri dan Fabregas. Kesempatan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih kemenangan pertama musim ini.

walk on.ynwa

Friday, August 12, 2011

Sebelum Wisel: Liverbird vs Black Cats


Black Cats? Melihat pada logo Sunderland xde rupa kucing pun. Tak mengapa itu sekadar logo. Tetapi apa yang menarik mengenai Sunderland sebenarnya? Sunderland adalah tempat bekas pemain Manchester United menyambung karier mereka sebagai pemain mahupun pengurs. Lihat saja siapa pengurusnya. Steve Bruce yang satu ketika dahulu anak emas Alex Ferguson. Pemainnya pula? Kieron Richarson, Danny Welbeck juga pernah bermain disini sebagai pemain pinjaman dan yang terbaru adalah dua kuda tua iaitu John O'Shea dan Wes Brown.

Perlawanan kali ini akan melihatka kedua-dua pasukan berwajah baru kerana Liverpool dan Sunderland adalah 2 Kelab yang ketika ini cukup aktif dalam pasaran perpindahan pemain kali ini. Setakat ini Sunderland telah membawa masuk 10 orang pemain dan Liverpool 5 orang pemain.


Kapitan Fantastik, Steven Gerrard tidak dapat beraksi sehingga la september depan. Walaubagaimanapun Luis Suarez berkemungkinan akan memulakan perlawanan walaupun baru mula menjalani latihan bersama skuad di Melwood Isnin yang lalu.

Jordan Henderson, Steward Downing dan Charlie Adam dijangka akan berada dalam kesebelasan utama, manakala pembelian terbaru Jose Enrique masih belum dapat diputuskan samada akan beraksi dibarisan permulaan perlawanan.

Dengan ketiadaan Steven Gerrard, Jamie Carragher akan memakai lilitan Kapten sehingga Gerrard kembali, Reina semakin pulih dari kecederaan hernianya disamping Andy Carroll yang cukup menyerlah sepanjang perlawanan pra musim dengan meledakkan 3 gol dari 6 perlawanan.


Saksikan perlawanan ini pada jam 9.55 malam di Saluran Astro, di kedai-kedai mamak dan di Clubhouse-clubhouse berhampiran anda.

walk on, ynwa



YNWA: Sepak Mula Musim Baru 2011/2012


Musim 2011/2012 akan membuka tirainya pada malam ini. Anfield akan menanti ketibaan Sunderland sebagai lawan pertama Liverpool bagi musim ini.

Bagi menghadapi musim baru ini, King Kenny telah diberikan sokongan kewangan yang cukup baik dari John W. Henry. Alexandar Doni, Jordan Henderson, Charlie Adam, Steward Downing dan yang terbaru Jose Enrique menjadi sandaran King Kenny bagi musim ini sekurang-kurangnya mencapai sasaran John W. Henry untuk kembali sebagi Big Four dan bermain di Liga Juara-juara.

King Kenny yang membimbing Liverpool separuh dari saingan musim lepas berjaya membawa Liverpool ke tangga ke-6 setelah hampir bergelut dari menjadi korban turun divisyen dibawah era Roy Hodgson.

Permulaan yang baik bagi musim ini akan dijadikan kayu pengukur diakhir saingan Liga nanti, dengan pasaran perpindahan pemain hanya akan ditutup pada penghujung bulan ogos, King Kenny tidak menafikan akan ada lagi pemain-pemain baru yang akan dibawa masuk bagi memperkuatkan barisan pemain sedia ada.

Walk on.ynwa

Perpindahan: Jose Enrique Senjata Kidal Terbaru


Damien Comolli membuat satu lagi urusniaga perpindahan pemain yang berbaloi dengan berjaya membawa pertahan kiri paling menyerlah musim lepas iaitu Jose Enrique dari Newcastle United hanya dengan tag harga 6 Juta Pound Sterling.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini melengkapkan perpindahannya itu semalam selepas lulus ujian kesihatan dan mempersetujui beberapa klausa peribadi didalam kontraknya. Kehadiran Enrique menjadikannya pemain berstatus bintang ke-5 dibawa masuk King Kenny pada musim perpindahan kali ini.

Berkenaan perlawanan menentang Sunderland, Enrique menegaskan dia sedia untuk diturunkan walaupun baru melaporkan diri di Melwood tidak sampai 24 jam.

Masalah pertahan kiri nampaknya telah selesai dengan adanya Enrique selain dari Fabio Aurelio dan Jack Robinson.

walk on. ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger