Entri Terhangat

Saturday, August 13, 2011

Wisel Penamat: Larsson Gunting Reina



Hampir 50 minit Pepe Reina kurang dicabar digawangnya, tetapi pada minit ke-57, Sebastian Larsson melakukan guntingan yang menarik untuk menyamakan kedudukan. Sebelum itu Liverpool didepan hasil tandukan yang mengelirukan dari Luis Suarez pada minit ke-12.


Sebelum itu, pada minit ke-7, Liverpool dihadiahkan tendangan penalti selepas Luis Suarez dijatuhkan oleh Kieron Richardson. Aku cukup yakin pada mulanya yang Charlie Adam akan melakukan tendangan penalti tersebut. Tetapi Luis Suarez yang mengambil peranan tersebut. Perasaan aku berbelah bahagi untuk melihat Suarez mengambil tendangan penalti kerana sebelum perlawanan aku tak jangkakan Suarez akan bermain dan aku tak letak pun Suarez dalam Team Fantasy Premier league aku..hehe..

Semua pemain baru melakukan permulaan kesebelasan utama kecuali Doni, Jose Enrique bermain cukup baik walaupun gol Sunderland berpunca dari kawasannya yang mana dia terleka menghalang hantaran Gyan kepada Larsson.

Downing cukup ligat bermain dikiri dan kanan sayap dan hampir menjaringkan gol tetapi palang menjadi penghalang. Charlie Adam cukup dominan pada babak pertama dengan hantarannya kepada Suarez dan Carroll tetapi pada babak kedua dia seperti hilang punca.

Carroll berjaya menjaringkan gol tetapi gol tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana terlebih dahulu mengasari pertahanan Sunderland.

Kejutan berlaku dibahagian kanan pertahanan dengan King Kenny menggunakan Flanagan sedangkan aku merasakan Martin Kelly harus disenaraikan. Tetapi Flanagan beraksi dengan baik dan kurang melakukan kesilapan tetapi satu kesilapan darinya menyebabkan Sunderland mendapat gol penyamaan.

Perlawanan seterusnya menentang Arsenal di Ashburton Grove. Arsenal turut seri dengan Newcastle dan mereka kehilangan Gervinho kerana kad merah dan dalam tempoh seminggu turut akan kehilangan Nasri dan Fabregas. Kesempatan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih kemenangan pertama musim ini.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger