Entri Terhangat

Tuesday, February 8, 2011

YNWA: John W Henry Tiada Calon Lain Dimata Saya Melainkan King Kenny

my dear hensem x king kenny tu..dia calon terbaik untuk mengurus liverpool

Tuan Besar Henry sudah mula memberikan sedikit petanda positif untuk jawatan tetap pengurus Liverpool kepada King Kenny. Tuan Besar Henry berkata, buat masa ini tiada calon lain yang terlintas difikiran untuk jawatan pengurus di Anfield melainkan hanya King Kenny.

Selain daripada itu Tuan Besar Henry juga memuji King Kenny kerana kembali menghidupkan semula falsafah permainan 'pass and move' yang cukup sinonim dengan pasukan Liverpool satu ketika dahulu.

Tuan Besar Henry juga menambah, Saya mengambil alih Liverpool hampir sama keadaannya semasa saya mula-mula mendapatkan Boston Red Sox. Red Sox kemarau kejuaraan selama hampir 80 tahun, manakala Liverpool sudah menjangkau 20 tahun kemarau kejuaraan liga.

Untuk mencapai kejuaraan saya akan menjadikan Red Sox sebagai satu teladan untuk saya salin dan tampal kepada Liverpool. Bermula dengan pengurusan yang sistematik selain pembangunan pemain muda dan juga pelaburan untuk pemain-pemain baru yang betul-betul diperlukan oleh pengurus sahaja akan saya pertimbangkan untuk membuat pembelian.

Dalam pada itu Tuan Besar Henry juga lebih gemar untuk menambah kapasiti di Anfield sama juga seperti yang dia lakukan di Fenway, gelanggang keramat Red Sox.

Tuan Besar Henry pastinya mahukan kejuaraan liga kembali ke Anfield secepat yang mungkin. Dia pasti tidak mahu melakukan kesilapan sekali lagi seperti mengambil Roy Hodgson sebagai Pengurus. Sekiranya King Kenny pilihan Tuan Besar Henry. The Kop seluruh dunia pasti akan berpuashati dan menyanjung tinggi pemilihan Tuan Besar Henry.

Walk On. Ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails