Entri Terhangat

Saturday, March 5, 2011

Sebelum Wisel: King Kenny Mencari Hadiah Hari Jadi


Manshiter hadir ke Anfield dengan angan-angan Fergums untuk membalas kekalahan terakhirnya di tangan King Kenny pada tahun 1989 dengan jaringan 4-0 yang mana ianya perlawanan terakhir menentang Manshiter bagi King Kenny.

Dengan Manshiter semakin hampir untuk menggapai gelaran ke-19, King Kenny tidak mengambil pusing mengenai perkara tersebut. Sebaliknya King Kenny mahukan kemenangan malam nanti dan memikirkan lebih mengenai cara memulihkan Liverpool dari memikirkan mengenai gelaran ke-19 Manshiter.

Perlawanan ini mungkin akan menjadi debut untuk pemain termahal Liverpool, Andy Carroll, mungkin tidak sepanjang 90 minit tetapi kemungkinan besar akan beraksi buat kali pertama. Manshiter pula akan turun tanpa dua tonggak pertahanan mereka iaitu, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Ianya mungkin berita gembira buat Luis Suarez untuk menjaringkan gol ke-2 nya, mungkin hat-trik untuknya malam ini, sapa yang tahu kan.

Yang pastinya, pemain mahukan kemenangan dan The Kop mahu meraikan Ulangtahun Kelahiran King Kenny di Anfield dengan kemenangan ke atas Setan Merah.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger