Entri Terhangat

Friday, January 28, 2011

Perpindahan: Torres Kemuka Surat Rasmi Perpindahan

Berita yang kurang enak didengar. Lewat Jumaat, Fernando Torres telah mengemukakan surat rasmi permohonannya untuk berpindah. Kenyataan ini memberi tamparan buat King Kenny dan pihak pengurusan.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan dengan segala hormatnya menolak bulat-bulat permohonan Fernando Torres itu. Pihak pengurusan meminta Torres supaya menghormati perjanjian jangka panjang bersama kelab dan menghormati perasaan penyokong yang menyanjungnnya selama ini.

Apakah motif sebenar Torres berbuat sedemikian, Adakah Torres sudah tidak yakin pada dirinya untuk bermain bersama Liverpool ataupun hanya sekadar gertakan kepada pihak pengurusan untuk memancing seberapa banyak pemain berkualiti masuk ke Anfield.

Apa pun yang berlaku, saya merasakan Torres pasti akan pergi meninggalkan Liverpool, tetapi tidak seawal perpindahan januari ini. King Kenny dan Steven Gerrard pasti akan melakukan sesuatu untuk memujuk Torres untuk terus kekal di Liverpool sekurang-kurang hingga akhir musim.

walk on. ynwa

2 comments:

  1. Aku pun tak tau, apalagi mamat sekor ni nak. sejak kbelakangan ini pun permainannya jauh merundum. mood permainannya yang tidak mnntu itulah yg banyak mnjadi punca kjatuhan Liverpool musim ini.

    Sekiranya Torres hanya mmbuat gertakan pada pihak pengurusan, aku setuju le. Sebab dr awal2 lagi dia mintak owner beli2 player2 star. Tapi kalau hanya untuk keuntungan peribadi, mmg sama jerlah perangai mcm masherano yg mnyesal x sudah.

    Walau apapun kputusan yg dibuat, aku terima dengan senang hati. Jika di kekal di Anfield, aku gembira & dpt membayangkan gandingan yg mngerunkan bersama suarez. Tapi jika dia memilih utk blah, aku juga suka. Aku tak nak pemain yang hatinya tiada bersama kelab, akan merosakkan moral rakan2 serta kelab.

    ReplyDelete
  2. boleh blah! Tapi bukan sekarang lah bro, kalau nak musim depan boleh lah, kalau tak ada hati ngan Liverpool pon tinggalkanlah sisa sisa bakti pada minit2 akhir kat Liverpool ni, jangan menyusahkan Liverpool...musim ni kalau jual dan dapat wang yg banyak pon nak cari player lain susah dahhh...

    Tapi dengan surat rasmi ni, maka kita boleh agak ini adalah musim terakhir Torres disini, skang yang paling penting mencari kedudukan yang paling terbaik untuk Liverpool demi memancing pemain2 bertaraf dunia(skang mungkin kita sedar betapa pentingnya CL) ,sisa musim ini perlu diisi dengan membina asas dari pemain2 muda Liverpool

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger