Entri Terhangat

Wednesday, January 12, 2011

Wisel Penamat: Pertahanan Buat King Kenny Runsing

Fernando Torres berjaya menunaikan permintaan King Kenny untuk melihatnya kembali meledak. Tetapi kelemahan barisan pertahanan hasil kealpaan barisan tengah menyebabkan King Kenny sekali lagi mengigit jari.

Raul Meireles menjadi punca gol pertama Blackpool terhasil. Meireles gagal melakukan hantaran kemas hasil tolakan pendek Torres yang mana dia melakukan lorongan ke belakang dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Taylor Flecther untuk menyamakan kedudukan.

DJ Campbell berjaya menjaringkan gol ke-7 dalam saingan Liga Perdana hasil free header yang menyaksikan barisan pertahanan kita gagal menghidu keligatan DJ Campbell.

Untuk perlawanan seterusnya merupakan perlawanan Derby Merseyside, King Kenny semestinya memastikan barisan tengah dan pertahan tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti ini.

Babak pertama permainan lebih berdisiplin dan teratur, tetapi memasuki babak kedua, pemain sudah hilang punca, hantaran entah kemana, pengawasan pemain lawan juga longgar dan bantuan kepada Torres makin berkurangan sehingga ada satu ketika Dirk Kuyt menjadi pemain pertahanan yang kelima.

Kita perlukan keputusan yang lebih baik selepas ini memandangkan kita semakin jatuh ke bawah dan hanya dipisahkan dengan 4 mata dari zon penyingkiran.

walk on.ynwa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger