
Tetapi ada juga suara-suara sumbang yang menuntut semangat patriotik dan sokongan tanpa belah bagi kepada skuad kebangsaan. Nampaknya makna patriotik lebih dilihat kepada warna jersi dan bukannya sokongan padu setiap kali pemain kebangsaan beraksi di
Jika warna jersi dijadikan ukuran sebenar patriotik, si jurulatih pakai apa? Kemeja British jugak dipakainya…mana baju atau jersi mahupun pakaian rasmi pasukan kebangsaan….Kenapa semasa perlawanan Arsenal sebelum tu tak nak bersuara? Game dengan Arsenal pemain kebangsaan semua ke BOOOO…. Tu tak pulak di tegurnya sikap penyokong yang macam tu…pandai tak boleh ditegur..bodoh tak boleh diajar.
Si pemainnya pula begitu gah, bangga dan meriah meraikan jaringan gol..tetapi bukan dengan semangat untuk Negara…tetapi semangat si setan juga yang dijuangkannya. Penyokong Liverpool sedikit pun tidak terasa hati si pemain nak cakap dia fan setan ke apa ke..tapi sedar la sikit..anda bermain menyarung jersi Negara..bermain la dengan semangat Negara bukan semangat setan. Hah..yang ini si Jurulatih kasi tegur sikit…ini ke patriotik yang diharapkan sangat tu…pemain anda yang tak patriotik…
Perlawanan menentang Arsenal pemain
Liverpool datang ke Malaysia buat pertama kalinya, jadinya tidak ada salahnya Lautan Merah menguasai SBJ hanya untuk 90 minit dan Stadium tidak pernah sunyi dengan sokongan kepada pasukan kebangsaan dan yang penting tiada BOOO untuk pemain kebangsaan sebaliknya sorakan dan tepukan yang gegak gempita kami berikan disebalik jersi Merah kami.
walk on.ynwa