Entri Terhangat

Monday, January 4, 2010

YNWA: Menanti Sinar

Selamat Tahun baru 2010. Selamat Tinggal 2009 yang agak mencelarukan emosi kita. Awal 2009 kita bersuka ria kerana Liverpool Kita berada di singgahsana tetapi kecundang jua diakhirnya.

Penghujung 2009 menambah parah luka sedia ada yang mana Liverpool hanya di tangga ke-7 dengan hanya menggumpul 33 mata dan mencatatkan 7 kekalahan.

Tak perlu dikenangkan lagi 2009. Kita pandang kehadapan dan menantikan cabaran 2010 yang akan tiba apabila Tottenham Hotspurs akan berkunjung ke Anfield untuk membuat perhitungan siapa yang lebih layak menghuni tangga ke-4 liga musim ini.

Amat menyakitkan hati untuk melihat pasukan kesayangan kita sekadar berhempas pulas memenangi tempat ke-4 liga. Sedangkan musim lalu kita di tangga ke-2. Secara realistiknya Pasukan kesayangan kita sepatutnya bermati-matian untuk menjadi Juara Liga musim ini. Tapi apakan daya, bola itu bulat dan nasib tidak menyebelahi kita untuk sekian kalinya.

Berbagai pihak telah melemparkan teori mereka mengapa Pasukan Kita gagal menjuarai liga, dari sekecil-kecil perkara hingga ke perkara paling besar. Kita, penyokong sekadar sabar menanti dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi. Kita masih boleh bersabar tapi sanggupkah kita bersabar menunggu untuk 20 tahun akan datang untuk melihat piala dijulang?

Pahit untuk ditelan, tapi itulah realitinya 20 tahun menanti kepulangan Piala Liga ke almari kaca di Anfield. Pengurus datang dan pergi, pemain mencurah bakti bersilih ganti. Apa sebenarnya menjadi penghalang besar untuk pasukan kesayangan kita bergelar Juara Liga? Musuh Tradisi? Konsistensi? Pengurus? Pemilik? ataupun pemain?

Apa yang pasti kita Penyokong bukan penyebab kegagalan. Untuk sesebuah kelab yang besar dan penuh tradisi, Penyokong Liverpool merupakan penyokong begitu setia dan senantiasa memberikan semangat tambahan kepada pasukan. Bukan cakap masuk bakul angkat sendiri. Tapi itulah hakikatnya kita. sebagai penyokong Liverpool, tak telan dek panas tak lekang dek hujan. Sabar, dan terus sabar menanti kejuaraan yang diimpi dan sentiasa tersemat disanubari.

YNWA

Tuesday, December 29, 2009

Wisel Penamat: Torres Super 50

'The Reds Machine Goal' Fernando Jose Sanz Torres menghadiahkan gol minit terakhir untuk kemenangan ke atas Aston Villa, sekaligus menjadi pemain Liverpool yang terpantas menjaringkan 50 gol dibawah 100 penampilan untuk The Reds.

Torres berjaya memperdayakan bekas penjaga gol The Reds, Brad Friedel pada minit ke-93 selepas kesilapan yang dilakukan juga oleh bekas pertahanan The Reds, Stephen Warnock.

Rafa Benitez menurunkan kesebelasan yang hampir serupa ketika menentang Wolves, tetapi kembali meletakkan Dirk Kuyt ke posisi kanan dan Yossi Benayoun kembali ke sayap kiri.

Perlawanan yang begitu rancak pada babak pertama walaupun keadaan padang dihujani salji. Pepe Reina harus diberikan pujian kerana berjaya menyelamat beberapa percubaan merbahaya dari Steward Downing dan Gabriel Agbonlahor. Gandingan Aquilani-Lucas semakin menampakkan keserasian walaupun Aquilani kelihatan agak keletihan kerana masih mengalami kecederaan kecil dibahagian lututnya.

Dengan kemenangan ini, Liverpool melebarkan rekod tanpa kalah di Villa Park sejak tahun 1998. Disamping itu Liverpool berjaya merapatkan mata dengan Aston Villa di tangga ke-6 dan hanya dibezakan 4 mata dengan Spurs di tangga ke-4. Jika memenangi perlawanan menentang Spurs di Anfield pada 11 Januari nanti, Liverpool akan mengurangkan defisit mata ke pada satu mata.

YNWA

Galeri Gambar: Aston Villa vs Liverpool

Pepe Reina menghadang tandukan John Carew

Rafa 'The Don' Benitez

Lucas Leiva dikasari Agbonlahor

Carradona sedaya upaya mengekang Agbonlahor

Gigil beb...Reina Kesejukan

The Don bersama The Proffessor

Amik nafas dulu brader...Aquilani take five...

Dunne mengasak Torres

Yeah! 50 Gol!!!

Skrtel,Carra, Stevie G, Benayoun meraikan gol Torres


sumber: getty images europe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger