Entri Terhangat

Saturday, February 20, 2010

Sebelum Wisel: Kekayaan bertemu Tradisi

Bertemu lagi kita, setelah sekian lama tidak menulis entri baru sejak Liverpool menewaskan Everton tempoh hari, kerana kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.

Pada malam ini, The Reds akan berkunjung ke halaman pasukan yang dilimpahi kekayaan, Madchester City yang dilihat sebagai ancaman utama dalam misi The Reds memburu slot untuk ke Liga Juara-juara musim hadapan.

Melihat persembahan semasa The Reds ketika berdepan Unirea, permainan The Reds semakin menunjukkan kemantapan cuma penyudah dibarisan hadapan agak tumpul dan mengharapkan kelalaian pertahanan lawan.

Diharap agar Rafa Benitez dapat menurun kesebelasan yang lebih seimbang disegenap posisi kerana City merupakan sebuah pasukan yang cukup lengkap sebenarnya. Walaupun ada perkhabaran mengatakan 3 pemain utama City tidak dapat diturunkan iaitu Patrick Vieira, Carlos Tevez dan Craig Bellamy, tetapi City mempunyai sebilangan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang mereka tinggalkan.

Perlawanan ini dilihat sebagai perlawanan yang wajib untuk dimenangi dan juga dilihat sebagai mengambil kesempatan keatas City, kerana selepas perlawanan menentang The Reds City akan berdepan dua pasukan yang akan membuat City keciciran mata iaitu Chelsea dan Tottenham Hotspurs.

Jika City keciciran mata, The Reds hanya perlu memastikan dapat mengutip seberapa maksimum mungkin mata keatas lawan selepas ini seperti Blackburn, Wigan dan Portsmouth sebelum membuat perhitungan keatas ManSHITer United di Old Toilet pada 21 Mac nanti.

Sama-sama kita menyaksikan perlawanan menarik malam ini. YNWA

Friday, February 5, 2010

Sebelum Wisel: Kuyt mencari yang ke-50

Dirk Kuyt akan turun menentang musuh sekampung dengan menggalas misi peribadinya iaitu mencari gol ke-50 baginya untuk Liverpool. Kehadiran Kuyt ketika ini sememang amat berguna memandangkan ketiadaan Torres, manakala Ngog masih terkial-kial mencari rentak jaringan.

Melihat kepada dua jaringan Dirk Kuyt sebelum ini, dia mendapat umpanan yang cantik sebanyak dua kali melalui Aquilani. Secara realistiknya Kuyt amat sesuai digandingkan dengan Aquilani. Mungkin satu gandingan yang baru, walaupun tidak semantap Torres dan Gerrard. Sekurang-kurangnya ia cukup bagi menghadirkan gerun untuk Everton di Anfield nanti.

Sekiranya Kuyt menggalas tugas menjadi Striker tunggal, posisi sayap kanan akan diisi oleh Maxi. Riera semakin cergas akan terus menggalas tugas di sayap kiri. Gerrard mungkin boleh kembali menjana bahagian tengah sekiranya Aquilani diletakkan sebagai Midfield menyerang bagi membantu Kuyt.

Mungkin hanya sia-sia sahaja apa yang kawan cakapkan nie sekiranya Lucas yang bermain dan bukan Aquilani. Walaupun ketika menentang Bolton tempoh hari Aquilani banyak membuat hantaran yang tidak tempat, sekurang-kurangnya kehadirannya memperbagaikan rentak dibahagian tengah dan membenarkan Gerrard dan Kuyt bergerak bebas.

Jentera pertahanan ketika ini boleh dikatakan cukup baik dengan Kyrgiakos semakin serasi bersama Skrtel dan Insua semakin berani naik keatas membantu Riera melakukan hantaran-hantaran yang boleh menghasilkan peluang gol.

Walauapapun, perlawanan derby kali ini harus disudahi dengan kemenangan kerana pencabar-pencabar yang lain kelihatan semakin bersungguh-sungguh merebut tempat ke-4 liga. Diharapkan agar Benitez menggunakan kebijaksanaannya untuk memacu kemenangan untuk Liverpool dan melebarkan rekod tanpa kalah dan bolos Liverpool.

YNWA

Thursday, January 21, 2010

Wisel Penamat: Deadly KUnYiT

Dirk Kuyt kembali. Kembali menjaringkan gol-gol penting untuk The Reds dalam perlawanan menentang Spurs awal pagi tadi. Sememangnya berbaloi berjaga untuk melihat kemenangan keatas Spurs.

Kuyt berjaya membocori gawang Spurs seawal minit ke-6 hasil umpanan Tok Akilani dan Sepakan penalti pada minit ke-93. kombinasi Kuyt dan Tok Akilani sememangnya menjadi dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Spurs yang mana terpaksa mengeluarkan dua pemain pertahanan untuk digantikan dengan pemain pertahanan yang baru.

Secara keseluruhan para pemain The Reds mempamerkan aksi juang yang tinggi dihadapan 42,000 penonton di Anfield. Kyrgiakos harus diberi pujian menggunung kerana berjaya menghalang serangan dari segenap sudut dan berjaya mematikan akal penyerang Spurs iaitu Defoe dan Crouch.

Degen juga turut beraksi kemas di sayap kanan walaupun dia kurang dari segi kepantasan tetapi kerap melakukan hantaran bijak bagi membantu Tok Akilani dibahagian hadapan. Riera kembali memperkuatkan sayap kiri dan hampir menjaringkan gol tetapi tandukkannya terkena palang gol.Insua seperti biasa tenang mengawang kawasannya dan sekali-sekala membantu menhantar bola kepada Albert Riera.

Lucas dan Mascherano mengawal bahagian bawah midfield dengan begitu kemas, walaupun sekali-sekala ada melakukan sedikit kesilapan, walaubagaimanapun masih mampu merantai pergerakan Luka Modric dan Jermaine Jenas.

Kemenangan ini sedikit sebanyak meredakan sedikit tekanan kepada Rafa Benitez dan kembali meletakkan The Reds kelandasan sebenar untuk bersaing merebut tempat untuk Champions League musim hadapan selain merapatkan jurang mata dengan Spurs dan City dengan kekurangan 1 mata.

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger