Entri Terhangat

Monday, February 22, 2010

Wisel Penamat: Membosankan, Kebudak-budakkan

Fernando Torres bengkek ngan referee yg cukup ringan tangan melayangkan kad kuning kepadanya

Insua dan Mascherano memprotes referee yg baget bagus

Pertembungan besar yang begitu menghambarkan. Itulah yang paling sesuai untuk diungkapkan dengan corak permainan berhati-hati yang ditunjukkan The Reds dan Scum City. Perlawanan yang hanya rancak pada 10 minit pertama kemudian bertukar menjadi hambar untuk keseluruhan perlawanan.

Pengadil perlawanan, Peter Walton pula dilihat seperti diserang mambang kuning yang mana melayangkan sebanyak 7 kad kuning, yang mana 6 kepada pemain The Reds. Kebanyakkan kad kuning yang dilayangkan hanya untuk kesalahan yang boleh diselesaikan dengan teguran dan bukan dengan layangan kad. hampeh betul punya pengadil.

Pemain The Reds banyak yang gagal mengawal bola dengan kemas dan hampir menghadiah gol kepada City, seperti kesilapan menahan bola yang dilakukan Daniel Agger, Pepe Reina dan Lucas, selamat pemain City juga kelihatan hampeh malam tadi.

Perlawanan malam tadi aku cukup tertarik dengan pemainan yang ditampilkan pemain yang baru dibeli City iaitu, Adam Johnson, dia cukup merbahaya dan bermain di kiri dan kanan sayap City dengan cemerlang dan melakukan beberapan hantaran lintang yang merbahaya tetapi pengalaman Carragher mengatasi segala-galanya. Tertanya juga kenapa Johnson tiada dalam senarai pemain yang ingin dibeli Liverpool pada pasaran perpindahan pemain pada januari lalu.

Kesimpulan untuk perlawanan pada malam tadi, cukup membosankan, tidak ada try yang cukup merbahaya ke gawang City, pemain melakukan kesilapan budak sekolah. Diharap Benitez lebih peka dan mencari penyelesaian untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Unirea dan Blackburn pada minggu ini.

YNWA

Saturday, February 20, 2010

Sebelum Wisel: Kekayaan bertemu Tradisi

Bertemu lagi kita, setelah sekian lama tidak menulis entri baru sejak Liverpool menewaskan Everton tempoh hari, kerana kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.

Pada malam ini, The Reds akan berkunjung ke halaman pasukan yang dilimpahi kekayaan, Madchester City yang dilihat sebagai ancaman utama dalam misi The Reds memburu slot untuk ke Liga Juara-juara musim hadapan.

Melihat persembahan semasa The Reds ketika berdepan Unirea, permainan The Reds semakin menunjukkan kemantapan cuma penyudah dibarisan hadapan agak tumpul dan mengharapkan kelalaian pertahanan lawan.

Diharap agar Rafa Benitez dapat menurun kesebelasan yang lebih seimbang disegenap posisi kerana City merupakan sebuah pasukan yang cukup lengkap sebenarnya. Walaupun ada perkhabaran mengatakan 3 pemain utama City tidak dapat diturunkan iaitu Patrick Vieira, Carlos Tevez dan Craig Bellamy, tetapi City mempunyai sebilangan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang mereka tinggalkan.

Perlawanan ini dilihat sebagai perlawanan yang wajib untuk dimenangi dan juga dilihat sebagai mengambil kesempatan keatas City, kerana selepas perlawanan menentang The Reds City akan berdepan dua pasukan yang akan membuat City keciciran mata iaitu Chelsea dan Tottenham Hotspurs.

Jika City keciciran mata, The Reds hanya perlu memastikan dapat mengutip seberapa maksimum mungkin mata keatas lawan selepas ini seperti Blackburn, Wigan dan Portsmouth sebelum membuat perhitungan keatas ManSHITer United di Old Toilet pada 21 Mac nanti.

Sama-sama kita menyaksikan perlawanan menarik malam ini. YNWA

Friday, February 5, 2010

Sebelum Wisel: Kuyt mencari yang ke-50

Dirk Kuyt akan turun menentang musuh sekampung dengan menggalas misi peribadinya iaitu mencari gol ke-50 baginya untuk Liverpool. Kehadiran Kuyt ketika ini sememang amat berguna memandangkan ketiadaan Torres, manakala Ngog masih terkial-kial mencari rentak jaringan.

Melihat kepada dua jaringan Dirk Kuyt sebelum ini, dia mendapat umpanan yang cantik sebanyak dua kali melalui Aquilani. Secara realistiknya Kuyt amat sesuai digandingkan dengan Aquilani. Mungkin satu gandingan yang baru, walaupun tidak semantap Torres dan Gerrard. Sekurang-kurangnya ia cukup bagi menghadirkan gerun untuk Everton di Anfield nanti.

Sekiranya Kuyt menggalas tugas menjadi Striker tunggal, posisi sayap kanan akan diisi oleh Maxi. Riera semakin cergas akan terus menggalas tugas di sayap kiri. Gerrard mungkin boleh kembali menjana bahagian tengah sekiranya Aquilani diletakkan sebagai Midfield menyerang bagi membantu Kuyt.

Mungkin hanya sia-sia sahaja apa yang kawan cakapkan nie sekiranya Lucas yang bermain dan bukan Aquilani. Walaupun ketika menentang Bolton tempoh hari Aquilani banyak membuat hantaran yang tidak tempat, sekurang-kurangnya kehadirannya memperbagaikan rentak dibahagian tengah dan membenarkan Gerrard dan Kuyt bergerak bebas.

Jentera pertahanan ketika ini boleh dikatakan cukup baik dengan Kyrgiakos semakin serasi bersama Skrtel dan Insua semakin berani naik keatas membantu Riera melakukan hantaran-hantaran yang boleh menghasilkan peluang gol.

Walauapapun, perlawanan derby kali ini harus disudahi dengan kemenangan kerana pencabar-pencabar yang lain kelihatan semakin bersungguh-sungguh merebut tempat ke-4 liga. Diharapkan agar Benitez menggunakan kebijaksanaannya untuk memacu kemenangan untuk Liverpool dan melebarkan rekod tanpa kalah dan bolos Liverpool.

YNWA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger