Entri Terhangat

Friday, January 28, 2011

Perpindahan: Nilai Bidaan Suarez diterima Ajax

Kata Sepakat antara Liverpool dan Ajax akhirnya termeterai, dengan persetujuan nilai bidaan terkini sebanyak 26.5 juta euro. Luis Suarez ketika sudah bersiap sedia untuk menjalankan ujian kecergasan dan kesihatan di Melwood.

Dalam pada itu Ajax juga telah memberikan kebenaran untuk Suarez dan pihak Liverpool berbincang mengenai terma individu untuk kontrak Suarez. Jika tiada sebarang permasalahan Luis Suarez mungkin akan menjejakkan kaki ke bumi Liverpool lebih awal.

walk on. ynwa

Thursday, January 27, 2011

Wisel Penamat: Tempo Kemenangan berterusan

Kemenangan berjaya dicipta, kemenangan ini merupakan kemenangan pertama King Kenny di Anfield. Walaupunjaringan dihasilkan oleh gol gol sendiri John Pantsil, ianya sudah cukup untuk memastikan 3 mata berharga milik Liverpool, sekaligus melonjakkan Liverpool ke tangga ke-7 Liga.

Tempo permainan agak rancak pada babak pertama dengan melihat Meireles semakin selesa dengan tugasan sebagai pengumpan kepada Torres sambil dibantu Kapitan Gerrard yang bermain lebih ke dalam berbeza dari peranannya sebelum ini.

Jaringan Torres pada babak pertama dinafikan kerana Torres dikesan berada dalam kedudukan offside setelah mendapat hantaran cantik dari Meireles. Babak kedua melihatkan keseimbangan penguasaan bola dan Liverpool lebih banyak melakukan hantaran demi hantaran.

Keseluruhan, disiplin permain semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan, pemain juga sudah memperlihatkan yang mereka selesa dengan taktikal yang diterapkan King Kenny dan Steve Clarke.

Martin Kelly semakin yakin dibahagian kanan, dan Glen Johnson juga tiada masalah untuk bermain dibahagian kiri. Mungkin sekembalinya Jamie Carragher dari kecederaan, persaingan dibahagian pertahanan pasti sengit. Begitu juga dengan bahagian tengah, Jonjo Shelvey semakin kerap diturunkan walaupun hanya sebagai pemain gantian.

Harapan agar, tempo kemenangan berterusan untuk perlawanan yang berikutnya. Tempat ke-7 sebenarnya sudah kira buruk untuk Liverpool menghuninya. Berbaki 14 perlawanan, tiada yang mustahil untuk Liverpool mendapat kedudukan yang lebih baik dari kedudukan ke-7 sekarang.

walk on.ynwa

Tuesday, January 25, 2011

Sebelum Wisel: Momentum kemenangan harus diteruskan


Momentum kemenangan harus diteruskan. Fulham harus ditundukkan, 3 mata harus dalam genggaman. Pasti Kop end terus meriah awal pagi nanti. King Kenny akan mendapat oksigen baru dengan kembali semula Kapitan Fantastik kita Stevie G.

King Kenny pasti akan memilih untuk memadatkan lagi barisan tengah supaya lebih kreatif dan lebih banyak melakukan hantaran.

Glen Johnson semakin selesa di sebelah kiri, Skrtel agak layu kerana tiada Carragher yang selalu memakinya. Meireles juga semakin kerap melakukan cubaan volley yang merbahaya. Diharapkan menentang Fulham di gelanggang sendiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain

walk on. ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger