Entri Terhangat

Tuesday, April 12, 2011

Wisel Penamat: Sweet Carroll 9 untuk Hillsborough


Tragedi Hillsborough akan berusia 22 tahun pada 15 April ini. Manakala saya akan berusia 24 tahun pada tarikh yang sama, tapi tahun berbeza. Dua jaringan Carroll dan 1 gol dari Kuyt sudah cukup untuk didedikasikan kepada mereka yang terkorban pada 22 tahun yang lepas.

Carroll telah membuktikan nilainya kepada King Kenny dengan 2 gol yang menarik. Saya telah menjangkakan dalam perlawanan menentang City, Carroll akan menjaringkan gol, tetapi tidak sangka pula Carroll menghadiahkan 2 gol, 1 untuk Hillsborough dan 1 lagi untuk saya. Hehe..gurau je..

John 'Flanno' Flanagan,18 tahun cukup memberangsangkan walaupun kali pertama beraksi untuk skuad senior. Tenang dan bersahaja seperti tiada bebanan yang diletakkan keatasnya. Masa depan yang cerah untuknya memandangkan Glen Johnson dan Martin Kelly masih lagi diulit kecederaan.

Keseluruhan, pamain bermain dengan cukup baik, mentaliti menyerang yang cukup ampuh pada separuh masa pertama dan permainan santai dibabak kedua. Spearing dan Lucas bermain cukup baik kali ini. Tidak seperti ketika menentang West Brom. Meireles dan Kuyt cukup ligat memporak perandakan bahagian sayap City selain Suarez memberikan lebih banyak mencipta peluang dan ruang untuk Carroll menjaringkan gol.

Diharap rentak kemenangan dapat diteruskan dengan menjadikan Arsenal mangsa yang seterusnya.

22 Years Still In Mind, Hillborough Tragedy. Justice For 96. You'll Never Walk Alone!

Sunday, April 10, 2011

Sebelum Wisel: Menentang Pasukan Jutawan


Liverpool menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang kelab kaya raya, Manchester City. Walaubagaimanapun tiada sambutan red carpet untuk mereka. Apa yang pasti sambutan dengan buldozer dan tembakan senapang gajah akan menanti mereka di Anfield awal pagi nanti.

Walaupun pada hakikatnya, pada awal musim Liverpool telah dibedil 3-0 di Eastland, tetapi itu awal musim. Sekarang semakin menghampiri akhir musim dan mentaliti kedua-dua pasukan pastinya untuk mencapai target masing-masing.

Liverpool akan turun tanpa Steven Gerrard, Daniel Agger kemungkinan besar Johnson turut tidak dapat diturunkan. King Kenny pasti sudah membuat post mortem terhadap kekalahan kepada West Brom tempoh hari. Diharap tidak ada kesilapan individu berlaku untuk perlawanan ini.

Berbaki 6 perlawanan dengan pasukan yang menanti seperti, Arsenal, Birmingham, Newcastle, Fulham, Tottenham dan Aston Villa. Baki perlawanan yang cukup mencabar untuk diharungi. Mampukah Liverpool untuk melayakkan diri ke saingan Liga Europa musim hadapan? Jawapannya bermula dari perlawanan menentang City awal pagi nanti.

Walk on. Ynwa

Thursday, April 7, 2011

YNWA: LeBron James miliki Pegangan Saham di Liverpool

Bintang Bola Keranjang, LeBron James dari pasukan Miami Heat, telah menandatangi perjanjian untuk memiliki sebahagian kecil saham di Liverpool.

Tom Werner dan John W Henry telah mengesahkan perjanjian tersebut. LAngkah ini dilihat akan menarik minat dan pengaruh di Amerika Syarikat dan Asia memandangkan LeBron James mempunyai pengaruh yang kuat. Ianya dilihat cukup baik untuk nilai komersial Livierpool diluar sana memandang LeBron James Ikon sukan yang cukup terkenal.

Dalam pada itu, impiannya untuk menjadi seorang usahawan telah menjadi kenyataan dengan memiliki kuasa di Liverpool yang merupakan kelab yang berjaya dalam sejarah England.

Diharap Fenway Sport Group dapat menarik lebih ramai pelabur luar yang berpotensi besar seperti LeBron James dalam masa akan datang.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger