Entri Terhangat

Sunday, April 24, 2011

Wisel Penamat: Penangan Latino


Maxi Rodriquez ( 7',66', 73' )
Dirk Kuyt ( 23' )
Joe Cole ( 86' )

Hatrik dari Maxi dan gol dari Kuyt dan Joe Cole mengahadiahkan King Kenny dan Liverpool kemenangan besar pertama musim ini. Persembahan Maxi nyata melegakan King Kenny yang menurunkannya untuk mengisi ketiadaan Carroll.

Maxi membentuk persefahaman yang cukup baik bersama Suarez dan Lucas. Gandingan Amerika Selatan yang cukup ideal untuk diturunkan bagi perlawanan-perlawanan tertentu untuk saingan Liga. Perjudian yang cukup berani dilakukan King Kenny untuk meletakkan Meireles dikanan dan meletakkan Kuyt bersama Suarez dihadapan selain menanggung risiko besar menurunkan Jamie Carragher yang belum cukup pulih untuk diturunkan.

Flanagan dan Robinson sekali lagi mendapat kepercayaan King Kenny untuk mengemudi sayap bertahan Liverpool. Disamping Spearo dan Lucas cukup bertenaga dibahagian tengah. Gandingan yang semakin mantap hari demi hari. Mungkin ini satu petanda baik untuk musim hadapan dengan kurangnya kebergantungan kepada Steven Gerrard kerana Lucas dan Spearing semakin serasi dan tugas Gerrard semakin mudah dimusim hadapan.

kemenangan ini meletakkan Liverpool cuma ketinggalan 3 mata dari Spurs ditangga ke-5 dan 4 mata berbeza dengan Manchester City. Dengan berbaki 4 perlawanan tiada yang mustahil. Mungkin Liverpool akan merampas posisi ke-4 liga, mungkin juga Manchester City dan Tottenham akan bergelut untuk ke Slot Europa League. Tiada yang mustahil dan baki 4 perlawanan akan menentukan segala-galanya.

walk on.ynwa

Saturday, April 23, 2011

Sebelum Wisel: Misi Menghambat Spurs


Jika kemenangan dicapai malam ini Liverpool akan merapatkan jurang mata dengan Spurs ditangga ke-5. Walaubagaimanapun Spurs masih lagi kurang 2 perlawanan. Bagi perlawanan Spurs juga tidak kurang hebatnya dengan perlawanan berdepan Chelsea dan Manchester City. Manakala Spurs akan bertandang ke Anfield pada 15 Mei untuk perlawanan ke-2 terakhir liga.

Martin Kelly, Glen Johnson, Fabio Aurelio dan Daniel Agger masing-masing masih lagi diulit kecederaan. Untuk sekian kalinya King Kenny menaruh kepercayaan untuk meletakkan John Flanagan dan Jack Robinson mengisi kekosongan yang ditinggalkan senior mereka. Jamie Carragher masih lagi diragui kecergasannya dan kemungkinan Danny Wilson akan mengisi posisi Jamie Carragher.

Andy Carroll juga belum dapat dipastikan samada akan diturunkan pada perlawanan malam ini kerana mengalami kecederaan ketika melayan karenah team kanak-kanak ribena tempoh hari. Apa yang pasti 2 pemain kereta kebal yang comel lotey, Lucas dan Spearing sedia menghambat mana-mana penyerang Birmingham malam nanti.

walk on. ynwa.

Berita Ringkas: Rangkuman

1. Manchester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Alberto Aquilani dengan harga sebanyak 14.5 Juta Pound. Nilai yang tidak mampu dipenuhi oleh Juventus untuk mendapatkan Aquilani.

2. Akademi Liverpool menandatangi anak kepada Jamie Carragher yang berusia 6 tahun dan diserapkan ke dalam skuad bawah 8 tahun Liverpool.

3. Liverpool dikatakan semakin mencapai kata sepakat dengan Aston Villa dan Newcastle United bagi menandatangi pemain yang hangat dalam pasaran perpindahan akan datang iaitu Ashley Young dan Jose Enrique.

4. Damien Comolli bersedia dengan pelan kecemasan sekiran Pepe Reina ingin meninggalkan Anfield pada penghujung musim. Comolli telah menyasarkan Hugo Lloris sebagai pengganti ideal kepada Reina.

5. King Kenny telah menegaskan bahawa Alberto Aquilani adalah sebahagian daripada perancangannya untuk musim baru.

6. Milan Jovanovic telah menzahirkan kekesalannya menyertai Liverpool dan berpendapatan mungkin nasibnya akan berubah sekiranya Rafa Benitez masih kekal di Anfield.

7. Raul Meireles sekali lagi mendapat pengiktirafan dengan merangkul gelaran Pemain Terbaik Pilihan Peminat Liga Barclays, sekurang-kurangnya ada juga gelaran untuk Liverpool musim ini melalui Raul Meireles.

8. Warrior, anak syarikat pakaian sukan New Balance dilaporkan menawarkan tajaan pakaian dengan jumlah 3 kali ganda dari tajaan adidas ketika ini. Nilai tajaan tersebut dilaporkan adalah lebih tinggi dari nilai tajaan Nike kepada Man Utd.

9. King Kenny telah memberi jaminan untuk tidak mempersia-siakan bakat muda dari akademi dan akan membawa seramai mungkin pemain muda berpotensi untk saingan musim depan.

10. Kecederaan yang dialami oleh bek kanan dan kiri pada masa ini mungkin akan berlarutan ke akhir musim, John Flanagan dan Jack Robinson dilihat calon yang akan diguna pakai King Kenny untuk bagi saingan Liga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger