Entri Terhangat

Wednesday, June 8, 2011

Perpindahan: Jordan Henderson ke Melwood

Liverpool dan Sunderland akhirnya mencapai kata sepakat dengan tag harga ke atas pemain muda Jordan Henderson dengan nilai perpindahan £20 juta. Pemain midfield ini akan ke Melwood untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan sedikit perbincangan mengenai kontrak peribadinya.

Nilai £20 juta itu tidak sepenuhnya merujuk kepada nilai perpindahan Henderson sebaliknya David Ngog yang bernilai £7 Juta adalah sebahagian daripada perjanjian mendapatkan khidmat Henderson.

Pembelian Henderson ini memperlihatkan kesungguhan Kenny Dalglish dan Damien Comolli untuk melaksanakan hasrat JW Henry untuk menandatangani pemain-pemain muda yang berkualiti tinggi untuk Liverpool.

Sasaran seterusnya adalah untuk mendapatkan 2 lagi sasaran pemain muda iaitu Conor Wickham dan Phil Jones. Yang pasti 2 sasaran ini juga menarik minat dua seteru utama Liverpool iaitu Arsenal dan Man Utd.

walk on. ynwa

Tuesday, May 31, 2011

Perpindahan: Jendela Perpindahan Secara Rasminya Dibuka


1 Jun 2011, pada hari ini, Jendela Perpindahan Pemain dibuka secara rasminya. Pemain akan mencari majikan baru, tidak kurang juga majikan yang ingin membeli pemain-pemain berkualiti tinggi. Bermula dari hari ini sehingga bermulanya sepak mula Liga Bola Sepak Eropah. Kelab-kelab kaya raya pastinya sudah mempunyai senarai pemain idaman untuk mereka tandatangani.

Liverpool juga dilaporkan berminat dengan beberapa pemain-pemain terbaik di Liga-liga Eropah. Semestinya posisi yang kritikal seperti Bek Kiri, Sayap Kiri, Sayap Kanan dan Attacking Midfield akan diberi keutamaan untuk diisi dengan pemain-pemain baru.

Nama-nama seperti Ashley Young, Jose Enrique, Steward Downing, Leighton Baines dan Sergio Aguero antara prospek hangat bagi pasaran perpindahan pada kali ini. Apa yang pasti tugas mencari pemain-pemain bersesuaian adalah kerja hakiki Damien Comolli bagi memenuhi kehendak King Kenny bagi membentuk semula pasukan Liverpool yang digeruni.

Diharap apabila kunjungan Liverpool ke Kuala Lumpur pada 16 Julai nanti akan ada beberapa muka baru yang akan dibawa.

walk on.ynwa

Monday, May 30, 2011

YNWA: 29 May 1985, Tragedi Heysel

Seorang Penyokong Liverpool melarikan diri dari diserang penyokong Juventus

29 May 1985, Liverpool bertandang ke bumi Belgium untuk mempertahankan mahkota kejuaraan eropah yang dimenangi pada tahun 1984 dengan menumbangkan pasukan dari Itali iaitu AS Roma.

Kunjungan kali ini juga menentang kelab paling berjaya di Itali iaitu Juventus. Tragedi ini berpunca daripada sikap orang Itali sendiri yang membawa perasaan kecewa mereka kerana kekalahan AS Roma pada tahun sebelumnya di tangan Liverpool. Memandangkan kebetulan agaknya Juventus layak ke akhir dan menentang pasukan yang menewaskan AS Roma tahun sebelumnya dan dianggap mereka Juventus sebagai pasukan yang diutuskan untuk memulihkan semangat Itali itu sendiri.

Bermula dengan balingan botol-botol air dari penyokong Juventus kearah penyokong Liverpool. Memandang tiada tindakan untuk menghentikan tindakan ini, sebahagian penyokong Liverpool memulakan tindak balas sebagai mempertahankan diri dari serangan sehingga berlaku kekecohan, akibat kekecohan itu berlaku rempuhan sehingga menyebabkan struktur Stadium Heysel rebah.

Dalam kejadian itu, seramai 39 penyokong Juventus hilang nyawa dan seorang penyokong Liverpool parah. Akibat dari tragedi ini seluruh kelab dari England digantung kelayakkan untuk beraksi di eropah selama 5 tahun dan Liverpool menerima tambahan 1 tahun penggantungan.

Sepanjang 5 tahun penggantungan itu kelab Itali berjaya membawa pulang Kejuaraan Eropah sebanyak 3 kali. 1 diperolehi Juventus dan AC Milan 2 kali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger