Entri Terhangat

Saturday, September 17, 2011

Sebelum Wisel: Misi Robohkan Kota London Sekali Lagi

Skuad King Kenny akan berkunjung lagi ke London mencari kemenangan kedua keatas kelab dari London selepas Arsenal berjaya dibedil. Adakah Spurs akan diayamkan pula? Spurs sudah mengalami dua kekalahan kepada dua kelab dari Manchester pada dua perlawanan awal mereka.

King Kenny pastinya mahukan kemenangan bagi menutup kekalahan yang mengejutkan kepada Stoke minggu lalu dan mahu menjadikan Spurs tapak untuk memulakan semula rentak kemenangan sebelum ini.

Perkhabaran mengenai Steven Gerrard kapitan fantastik yang dilaporkan siap sedia untuk diturun dalam perlawanan ini. Namun yang pasti Gerrard tidak akan memulakan perlawanan bagi kesebelasan utama skuad.

Glen Johnson kembali mengalami kecederaan lamanya menyertai Martin Kelly yang masih belum cergas dan kemungkinan besar John Flanagan kembali ke posisinya setelah 2 perlawanan menyaksikan Martin Skrtel menjadi bidan terjun dipertahanan kanan.

Diharap King Kenny akan memberikan kita semua kegembiraan minggu ini setelah kita berduka dengan kebebalan pengadil minggu lepas. Jangan tercicir mata lagi kerana pasukan lain semakin jauh kedepan.

nota kaki: tak sabar sebenarnya untuk melihat aksi Sebastian Coates, yang pastinya persaingan merebut tempat bagi pertahanan tengah akan bertambah menarik musim ini dengan kesemua pertahanan tengah bebas dari sebarang kecederaan.

walk on.ynwa

Sunday, September 11, 2011

Wisel Penamat: Pengadil Kecewakan King Kenny


King Kenny ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap mutu pengadilan yang cukup bias hingga menyebabkan kekalahan pertama Liverpool tercipta seawal perlawanan keempat musim ini.

Walaubagaimanpun King Kenny memuji komitmen dan semangat juang pemainnya yang bersungguh-sungguh mencari gol penyamaan. Tetapi pertahanan Stoke beraksi cemerlang selain terlepas 3 handball dalam kotak penalti yang dinafikan pengadil.

Banyak peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan, tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk gol dan ketangkasan Begovic harus dipuji. Perlawanan ini menyaksikan bahagian tengah Liverpool tidak dapat melakukan hantaran yang baik seperti perlawanan sebelumnya dan pemain Stoke segera memanipulasi gerakan tersebut.

Carragher sekali lagi melakukan kesilapan yang membenarkan penalti kepada Stoke dengan cabaran kontroversi ke atas John Walters. Ternyata perlawanan ini meneruskan badi Liverpool di Britannia kepada 4 perlawanan yang hambar.

Perlawanan seterusnya bertandang ke White Hart Lane menentang Spurs. Diharap keputusan perlawanan menentang Stoke tidak menjejaskan mental pemain.

Walk on. ynwa

Saturday, September 10, 2011

Sebelum Wisel: Misi Tamatkan Badi The Potters Pula

Terlebih dahulu kawan ucapkan selamat hari raya kepada semua. Maaf lambat update, maklum la beraya katakan. Update sedikit pasal perpindahan pada hari terakhir Liverpool berjaya mendapatkan permit kerja untuk Sebastian Coates dan menandatangani semula Craig Bellamy. Urus niaga yang cukup cemerlang telah dilakukan Damien Comolli kali ini.

Berbalik kepada perlawanan malam ini, Stoke akan menanti rombongan king kenny di Britannia yang mane 3 perlawanan terdahulu di arena Stoke Liverpool gagal membawa pulang mata penuh. Tugasan King Kenny kali ini seperti biasa membuang badi seperti yang telah dilakukan di Ashburton Grove bulan lalu.

Tetapi harus diingat bahawa Stoke kali ini lebih gagah dari sebelumnya dengan penambahan 3 muka baru iaitu, Peter Crouch, Cameron Jerome dan Wilson Palacios. Walaubagaimanapun mereka kehilangan 2 tonggak penting iaitu Mark Wilson dan Rory Delap yang cedera.

Apapun sedikit berita gembira untuk semua Craig Bellamy berada dalam senarai skuad ke Britannia dan Steven Gerrard akan kembali minggu hadapan.

Saksi kan perlawanan ini pada jam 10.00 malam, di saluran astro 813, tak kira dimana anda sume Kopites di Malaysia. Misi hapus badi, cari 3 mata dan kekalkan rekod tanpa kalah.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger