Entri Terhangat

Thursday, September 22, 2011

Wisel Penamat: Kuda Tua yang Superb


Kudrat kuda tua menjadi inspirasi skuad King Kenny berdepan Brighton & Hove Albion. Craig Bellamy, Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez mengemudi jentera depan Liverpool. Mereka dilihat lebih mempraktikkan apa itu pass and move dalam style permainan Liverpool berbanding rekrut baru Liverpool.

Bellamy dan Kuyt masing-masing menyumbang 1 gol pada setiap babak bagi membolehkan Liverpool memenangi perlawanan dengan jaringan 2-1. Brighton memperolehi gol saguhati hasil jaringan penalti berpunca dari tindakan bijak Spearing yang dalam dilema sama ada mahu membiarkan bola keluar ataupun mengeluarkan skill ajaibnya dan padahnya Jamie Carragher terpaksa menyabit pemain Brighton dalam kotak penalti.

Gandingan Suarez dan Bellamy dilihat saling melengkapi berbanding Suarez dan Carroll. Prestasi cemerlang Bellamy dalam perlawanan ini pasti akan memberikan tamparan kepada Carroll bagi membuktikan yang dia memiliki sesuatu untuk dibanggakan King Kenny.

Perlawanan seterusnya menentang Wolves pada hari Sabtu. Yang pasti tidak sanggup kalah lagi.

walk on.ynwa

Tuesday, September 20, 2011

Sebelum Wisel: Tanpa Adam, Skrtel dan Agger

Skuad King Kenny akan ke Sarang The Seagulls tanpa Charlie Adam, Martin Skrtel dan Daniel Agger. Adam dan Agger akan menjalani hukuman gantung mandatori 1 perlawanan manakala Daniel Agger akan terkeluar dari Skuad selama sebulan kerana kecederaan dada pada perlawanan menentang Spurs tempoh hari.

Kemungkinan perlawanan ini akan menyaksikan penampilan semula Stevie G untuk mengemudi barisan tengah dan Sebastian Coates akan melakukan debut penuh musim ini. Craig Bellamy juga akan mendapat peluang yang serupaka dengan Coates.

Adakah King Kenny akan merehatkan Suarez dan membiarkan Carroll berpasangan bersama Bellamy atau pun Henderson direhatkan dan Kuyt kembali bertakhta disayap kanan. Sama-sama kita saksikan perlawanan wajib menang ini jam 2.30 pagi nanti, disaluran Astro 816.

walk on.ynwa

Sunday, September 18, 2011

Wisel Penamat: 2 Kad Merah dan 4 Gol


4-0, 2 kad merah, 4 kad kuning. Kesimpulannya, Referee cukup pemurah dibulan syawal ini dan pemain Liverpool cukup santai di atas padang dek semangat raya belum pudar. Perlawanan sememangnya cukup hambar dipamerkan pemain Liverpool Spurs menguasai 62% penguasaan bola dan Liverpool hanya 38%. Itu pun kerana Liverpool mempunyai kekuatan 9 orang di tengah padang berbanding Spurs 11 orang.

Kenapa boleh main 9 orang pula. Kan bola sepak 11 orang? Charlie Adam dan Martin Skrtel melakukan kesilapan amatur yang sepatutnya tidak dilakukan oleh pemain professional yang mengetahui yang mereka sudah dikenakan kad kuning pertama. Cuma kesalahan ketika mereka berdua menerima kad kuning pertama boleh dianggap kurang tepat dan kesalahan mereka cukup dengan memberi amaran awal dan bukan terus diberikan kad kuning.

Jika dilihat pada statistik kekasaran Spurs melakukan 14 kekasaran berbanding Liverpool hanya 9 kekasaran. Tetapi Spurs hanya mendapat 1 kad kuning berbanding Liverpool 4 Kuning dan 2 Merah. Boleh disimpulkan yang referee kurang adil dalam pemberian kad amaran dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan ini King Kenny ternyata tersilap percaturan dalam penyusunan pemain dengan Skrtel bermain di pertahanan kanan dan Carroll kembali dalam kesebelasan utama. Aku lebih gemar sekiranya Suarez dan Bellamy bergandingan kerana mereka berdua pantas dan boleh mengugat pertahanan Spurs. Spurs bermain pantas jadinya kita pun kena lah berlawan dengan pantas dan Carroll bukan la pemain yang sesuai untuk taktikal berdepan pasukan yang pantas.

Ini merupakan perlawanan kedua selepas Stoke yang memperlihatkan pasukan kurang membuat hantaran, pemain tengah kurang kreatif dan banyak melakukan hantaran sia-sia. Henderson hilang punca apabila Bale berjaya melepasinya dan gagal melepasi Assou Ekotto. Apabila Adam dibuang padang terus dia tidak berfungsi dan membiar Lucas sendirian mengerakkan jentera tengah.

Mungkin King Kenny perlu membuat 2-3 formasi alternatif apabila berdepan berbagai jenis lawan. Bukan semua pasukan lawan akan bermain pantas dan tidak semua bermain secara fizikal. Dan King Kenny tidak boleh meletakkan pemain yang sama dalam setiap perlawanan kerana ianya akan menjadikan pasukan lawan dapat membaca setiap gerakan pemain Liverpool jikla mereka melihat perlawanan Liverpool yang sebelumnya. Tidak mustahil sekiranya pasukan selepas ini iaitu Wolves akan menang keatas Liverpool sekiranya taktikal sama digunakan.

Cukup la dengan 2 kekalahan, pasukan lain sedang sibuk mengejar mata dan Liverpool tidak boleh keciciran mata. Jika tidak harapan ke Champions League musim depan akan tertangguh lagi untuk musim yang kedua.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger