Entri Terhangat

Friday, September 30, 2011

Perpindahan: Shelvey dipinjamkan ke Blackpool


Jonjo Shelvey dengan rasminya akan beraksi bersama pendatang baru Liga Kejohanan Blackpool sehingga 31 Disember 2011 bagi memberikan dia peluang bermain dalam kesebelasan utama lebih banyak berbanding di Liverpool.

Dengan usianya yang baru 19 tahun, keperluan pengalaman beraksi dalam skuad utama amat penting, dan Blackpool menjanjikan itu semua untuk Jonjo. Setakat ini Jonjo telah membuat 22 penampilan penuh untuk Liverpool.

Diharap setelah habis tempoh pinjaman Jonjo akan segera memberikan saingan dalam perebutan slot pemain tengah di Anfield memandangkan Gerrard semakin hampir ke penghujung karier.

Good Luck Jonjo.

walk on.ynwa

Sunday, September 25, 2011

Wisel Penamat: Sang Pistol kembali Meledak


Luis Suarez kembali meledak dengan berjaya menjaringkan gol ketiganya musim ini bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan pertama selepas mengalami dua kekalhan berturut-turut. Kemenangan ini menunjukkan pemain telah kembali fokus dan bersedia untuk perlawanan mendatang.

Formasi pemain adalah sama seperti menentang Spurs. Mungkin King Kenny mahukan pemain ini menebus kembali kesilapan mereka ketika berdepan Spurs dan menjadikan Wolves sebagai penebus kesilapan mereka yang lepas.

Permainan cukup menarik pada separuh masa pertama. Tetap berubah menjadi pasif pada babak kedua dan Wolves berjaya mendapatkan satu gol. Ternyata konsistensi adalah musuh utama Skuad King Kenny musim ini. Diharap pembantu King Kenny dapat membantu King mengatasi masalah turun-temurun ini.

Bulan Oktober memang menjadi bulan yang penting bagi Liverpool kerana ada 3 perlawanan penting untuk dihadapi iaitu perlawanan Liga menentang Everton diseberang Stanley Park, Manchester united di Anfield dan perlawanan Carling Cup menentang Stoke City. Kesemua perlawanan wajib dimenangi dan aku tak rela kalah lagi.

walk on.ynwa

Friday, September 23, 2011

Sebelum Wisel: Lawan Serigala di Anfield


Setelah dua perlawanan sebelum ini Liverpool bertandang ke gelanggang lawan dan kecundang kedua-dua perlawanan tersebut, Liverpool kembali ke Anfield untuk mengutip 3 mata dan mangsa seterusnya ialah Wolves.

Tapi dibuka semula lembaran sejarah, Wolves menundukkan Liverpool musim lepas di Anfield. tetapi Liverpool membalas semula dengan kemenangan 3-0 di Kandang Wolves.

Steven Gerrard mungkin akan dipadankan dengan Charlie Adam di bahagian tangah ataupun Gerrard bermain di kanan menggantikan Henderson.

Andy Carroll masih samar peluangnya untuk memulakan perlawanan dengan Craig Bellamy menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Carling Cup.

Dibahagian bek tengah Skrtel akan bersaing dengan Coates untuk bergandingan bersama Jamie Carragher, bek tengah akan diambil alih semula Kelly yang kembali pulih dari kecederaan.

Yang pasti aku tak rela Liverpool kalah lagi.

ynwa.walk on.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger