Entri Terhangat

Friday, September 30, 2011

Sebelum Wisel: Derby ke-216


216 merupakan angka yang cukup besar dalam sejarah pertembungan setempat bagi Liga Inggeris. Dua gergasi Merseyside yang penuh tradisi, dua pasukan yang hanya dipisahkan oleh kawasan lapang di Stanley Park.

King Kenny pastinya teruja untuk kembali ke Goodison Park buat petama kali sejak tahun 1991. Dimana perlawanan terakhir King Kenny di Goodison Park berkesudahan seri 4-4 dalam saingan Piala FA. Perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan terakhir Liverpool dibawah kendalian King Kenny.

King Kenny pastinya akan menurunkan kesebelasan yang sama dengan mempertaruhkan kesemua pemain baru yang ditandatanganinya dan akan hanya menggunakan Stevie G pada pertengahan babak kedua.

Apa yang pasti Everton pasukan yang cukup liat untuk ditundukkan dan aku merasakan tiada jaringan pada babak pertama. Perlawanan mungkin akan rancak hanya pada babak kedua. Kad kuning sudah semestinya akan melayang-layang dalam perlawanan ini dan Jamie Carragher dan Phill Neville antara calon untuk mendapat kad kuning.

Mohon Carroll lebih aggresif untuk match ini dan Suarez jangan dikeluarkan bagi perlawanan ini. Bahagian tengah mohon lebih kerap melakukan hantaran tepat dan jangan kerap hilang bola.

Mohon Menang, Tak sanggup kalah lagi.

walk on.ynwa


Perpindahan: Shelvey dipinjamkan ke Blackpool


Jonjo Shelvey dengan rasminya akan beraksi bersama pendatang baru Liga Kejohanan Blackpool sehingga 31 Disember 2011 bagi memberikan dia peluang bermain dalam kesebelasan utama lebih banyak berbanding di Liverpool.

Dengan usianya yang baru 19 tahun, keperluan pengalaman beraksi dalam skuad utama amat penting, dan Blackpool menjanjikan itu semua untuk Jonjo. Setakat ini Jonjo telah membuat 22 penampilan penuh untuk Liverpool.

Diharap setelah habis tempoh pinjaman Jonjo akan segera memberikan saingan dalam perebutan slot pemain tengah di Anfield memandangkan Gerrard semakin hampir ke penghujung karier.

Good Luck Jonjo.

walk on.ynwa

Sunday, September 25, 2011

Wisel Penamat: Sang Pistol kembali Meledak


Luis Suarez kembali meledak dengan berjaya menjaringkan gol ketiganya musim ini bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan pertama selepas mengalami dua kekalhan berturut-turut. Kemenangan ini menunjukkan pemain telah kembali fokus dan bersedia untuk perlawanan mendatang.

Formasi pemain adalah sama seperti menentang Spurs. Mungkin King Kenny mahukan pemain ini menebus kembali kesilapan mereka ketika berdepan Spurs dan menjadikan Wolves sebagai penebus kesilapan mereka yang lepas.

Permainan cukup menarik pada separuh masa pertama. Tetap berubah menjadi pasif pada babak kedua dan Wolves berjaya mendapatkan satu gol. Ternyata konsistensi adalah musuh utama Skuad King Kenny musim ini. Diharap pembantu King Kenny dapat membantu King mengatasi masalah turun-temurun ini.

Bulan Oktober memang menjadi bulan yang penting bagi Liverpool kerana ada 3 perlawanan penting untuk dihadapi iaitu perlawanan Liga menentang Everton diseberang Stanley Park, Manchester united di Anfield dan perlawanan Carling Cup menentang Stoke City. Kesemua perlawanan wajib dimenangi dan aku tak rela kalah lagi.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger