Entri Terhangat

Thursday, October 27, 2011

Wisel Penamat: Akhirnya Stoke Lebur


Ketepatan Luis Suarez pada babak kedua perlawanan memastikan Liverpool ke pusingan Suku akhir dengan menidakkan gol Stoke pada babak pertama.

Tony Pulis menyenaraikan pemain terkuat dan terganas Stoke City manakala King Kenny menurunkan dua Defensive Midfielder bagi menahan asakan pemain terkuat dan terganas Stoke.

Sebastian Coates melakukan kesilapan mudah bagi membolehkan John Walters melakukan hantaran yang disudahi kemas oleh Kenwyne Jones pada minit-minit terakhir babak pertama. Tetapi Suarez membalas dengan dua jaringan pada babak kedua.

Dalam perlawanan ini King Kenny melakukan 8 pertukaran besar dengan meletakkan Coates bergandingan bersama Carragher. Tetapi gandingan ini kurang memperihat keberkesanan. Tetapi pada babak kedua Skrtel masuk menggantikan Carragher dan beraksi cemerlang bersama Coates. Satu gandingan yang cukup berkesan diuji oleh King Kenny.

Bek Kiri diisi Daniel Agger manakala Martin Kelly di bek kanan. Sayap kiri kembali meletakkan Maxi Rodriguez dan Jordan Henderson bergerak disayap kanan. Lucas dan Spearing membentuk kubu kental dibahagian tengah dan Carroll kembali selaku penyerang tunggal dan Suarez bertindak dari bahagian Midfield menyerang.

Cubaan King Kenny kali ini berjaya walaupun pada satu ketika kelihatan Liverpool amat tertekan apabila ketinggalan. Apa pun badi di Britannia sudah berakhir dan kekalahan pada bulan september telah berbalas.

walk on.ynwa

Tuesday, October 25, 2011

Sebelum Wisel: Misi Balas Dendam


10 September lalu Liverpool kecundang di Britannia dengan jaringan penalti 1-0. Keputusan penalti yang meragukan dihadiahkan pengadil kepada Stoke. Yang mana perlawanan tersebut merupakan kekalahan pertama Liverpool musim ini.

Awal pagi nanti, Skuad King Kenny akan sekali lagi bertandang ke Britannia untuk saingan pusingan ke-4 Piala Carling. Piala Carling akan menjadi yang terakhir bagi musim ini kerana musim hadapan piala ini akan bertukar nama. Untuk rekod Liverpool tidak pernah menjulang Piala Carling ini. Sebaliknya Liverpool menjulang Piala Worthington iaitu nama sebelum Piala Carling. Nama Piala Liga selepas ini belum lagi diketahui tetapi beberapa nama besar penaja sudah disenarai pendekkan antaranya Air Asia.

Perlawanan pagi ini mungkin menjadi medan pemain simpanan beraksi selain pemain-pemain utama sedia ada. Aku harap Andy Carroll dapat diturunkan. Carroll perlu sentiasa diturunkan sama seperti Suarez jika tidak Carroll semakin hari semakin tumpul.

Pertahanan tengah aku harap sangat Carragher boleh direhatkan sementara dan Coates atau Agger boleh bergandingan bersama Skrtel. Perlawanan ini akan melibatkan banyak hantaran lintang tinggi kerana penyerang Stoke cukup pakar tanduk menanduk nie. Agger dan Coates cukup kuat untuk saingan bola seperti itu.

Mesti menang, dan Liverpool mara ke pusingan seterusnya. Musim ini Liverpool perlukan piala, baru lah pelaburan berjuta-juta nampak hasilnya dan bukan sekadar untuk mencapai sasaran top 4 liga.

walk on.ynwa

Monday, October 24, 2011

Wisel Penamat: Liverpool perlukan Penjaring Gol


Dua perlawanan.. dan 4 mata dibazirkan begitu saja. 15 shot on goal...11 untuk Suarez.. angka yang cukup besar dan dari 15 shot on goal...1 saja yang mencecah jaring lawan. Harapan untuk merapatkan jurang dengan top 4 tergugat dengan keputusan seri dan Spurs telah memintas Liverpool dengan kelebihan 1 mata dan kekurangan 1 perlawanan untuk Spurs.

Craig Bellamy merupakan kejutan yang diberikan kepada King Kenny kepada semua penyokong yang rata-ratanya beranggapan Henderson akan bermain. Tetapi Bellamy membalas kepercayaan King Kenny dengan jaringan gol. 11 tahun dulu Bellamy meninggalkan Norwich yang mana merupakan kelab Bellamy memulakan kerjaya bola sepaknya.

Permainan menentang Norwich memang menghiburkan dan penuh aksi pass and move. Tapi sayang..deretan peluang gagal disempurnakan sebaiknya. Palang, tiang dan ketangkasan Ruddy di gawang Norwich menjadi penghalang Liverpool untuk menang di Anfield.

Rata-rata pundit bola sepakat mengatakan Liverpool akan membenam Norwich sekurang-kurangya 3-0. Ya, peluang untuk 3-0 memang ada.. tapi penyerang nyata buntu mencari jaring gol sebaliknya palang, tiang dan ruddy ditemui oleh mereka.

1/2 jam sebelum perlawanan tamat, pertahanan mula menampakkan kegoyahan sehinggakan Grant Holt yang masuk menggantikan Elliott Bennett tidak sampai 5 minit berjaya menjaringkan gol. Ketiadaan Lucas ternyata dirasai Carragher dan Skrtel yang mana mereka tidak dapat bantuan yang cukup dibahagian tengah bagi menyekat kemaraan pemain tengah Norwich.

Berbalik kepada deretan peluang yang terhidang ternyata, Luis Suarez perlukan gandingan yang boleh mencetak gol kerana Suarez lebih cenderung mencipta peluang dan memerlukan sedikit tuah untuk meletakkan bola ke dalam jaring. Mungkin King Kenny dapat menghidu masalah ini. Aku harap perpindahan januari akan tiba seorang pencetak gol prolifik di Anfield.

walk on, ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger