Entri Terhangat

Friday, October 28, 2011

Sebelum Wisel: Lawan Baggies


Perlawanan seterusnya menentang The Baggies kendalian Uncle Roy. The Hawthorns, gelanggang keramat mereka dan Liverpool mempunyai rekod yang kurang cemerlang apabila beraksi disini. The Baggies menang 2 perlawanan sebelum ini manakala Liverpool seri 2 perlawanan sebelum ini.

Jamie Carragher belum pasti dapat diturunkan kerana kecergasannya diragui buat masa ini. Mungkin bergantung kepada saat-saat terakhir sebelum perlawanan samada Carragher akan beraksi ataupun tidak. Sekiranya Carra tidak dapat diturunkan gandingan Skrtel dan Coates pada perlawanan menentang Stoke tempoh hari cukup menyakinkan aksinya.

Apa yang penting pada perlawanan lewat malam nanti adalah penyudah yang terbaik dari pemain barisan hadapan. Liverpool setakat ini antara pasukan yang banyak melakukan percubaan ke arah gol tetapi gagal disudahkan dengan jaringan gol.

Tottenham dan Newcastle semakin hari semakin meneningkat dan Liverpool tidak boleh keciciran mata lagi. 2 keputusan seri sudah cukup membolehkan Spurs memintas Liverpool minggu lepas untuk berada ditangga ke-5 dan Newcastle semakin selesa ditangga ke-4.

Berharapan akan perlawanan ini berjaya dimenangi.

walk on.ynwa

Thursday, October 27, 2011

Wisel Penamat: Akhirnya Stoke Lebur


Ketepatan Luis Suarez pada babak kedua perlawanan memastikan Liverpool ke pusingan Suku akhir dengan menidakkan gol Stoke pada babak pertama.

Tony Pulis menyenaraikan pemain terkuat dan terganas Stoke City manakala King Kenny menurunkan dua Defensive Midfielder bagi menahan asakan pemain terkuat dan terganas Stoke.

Sebastian Coates melakukan kesilapan mudah bagi membolehkan John Walters melakukan hantaran yang disudahi kemas oleh Kenwyne Jones pada minit-minit terakhir babak pertama. Tetapi Suarez membalas dengan dua jaringan pada babak kedua.

Dalam perlawanan ini King Kenny melakukan 8 pertukaran besar dengan meletakkan Coates bergandingan bersama Carragher. Tetapi gandingan ini kurang memperihat keberkesanan. Tetapi pada babak kedua Skrtel masuk menggantikan Carragher dan beraksi cemerlang bersama Coates. Satu gandingan yang cukup berkesan diuji oleh King Kenny.

Bek Kiri diisi Daniel Agger manakala Martin Kelly di bek kanan. Sayap kiri kembali meletakkan Maxi Rodriguez dan Jordan Henderson bergerak disayap kanan. Lucas dan Spearing membentuk kubu kental dibahagian tengah dan Carroll kembali selaku penyerang tunggal dan Suarez bertindak dari bahagian Midfield menyerang.

Cubaan King Kenny kali ini berjaya walaupun pada satu ketika kelihatan Liverpool amat tertekan apabila ketinggalan. Apa pun badi di Britannia sudah berakhir dan kekalahan pada bulan september telah berbalas.

walk on.ynwa

Tuesday, October 25, 2011

Sebelum Wisel: Misi Balas Dendam


10 September lalu Liverpool kecundang di Britannia dengan jaringan penalti 1-0. Keputusan penalti yang meragukan dihadiahkan pengadil kepada Stoke. Yang mana perlawanan tersebut merupakan kekalahan pertama Liverpool musim ini.

Awal pagi nanti, Skuad King Kenny akan sekali lagi bertandang ke Britannia untuk saingan pusingan ke-4 Piala Carling. Piala Carling akan menjadi yang terakhir bagi musim ini kerana musim hadapan piala ini akan bertukar nama. Untuk rekod Liverpool tidak pernah menjulang Piala Carling ini. Sebaliknya Liverpool menjulang Piala Worthington iaitu nama sebelum Piala Carling. Nama Piala Liga selepas ini belum lagi diketahui tetapi beberapa nama besar penaja sudah disenarai pendekkan antaranya Air Asia.

Perlawanan pagi ini mungkin menjadi medan pemain simpanan beraksi selain pemain-pemain utama sedia ada. Aku harap Andy Carroll dapat diturunkan. Carroll perlu sentiasa diturunkan sama seperti Suarez jika tidak Carroll semakin hari semakin tumpul.

Pertahanan tengah aku harap sangat Carragher boleh direhatkan sementara dan Coates atau Agger boleh bergandingan bersama Skrtel. Perlawanan ini akan melibatkan banyak hantaran lintang tinggi kerana penyerang Stoke cukup pakar tanduk menanduk nie. Agger dan Coates cukup kuat untuk saingan bola seperti itu.

Mesti menang, dan Liverpool mara ke pusingan seterusnya. Musim ini Liverpool perlukan piala, baru lah pelaburan berjuta-juta nampak hasilnya dan bukan sekadar untuk mencapai sasaran top 4 liga.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger