Entri Terhangat

Monday, April 26, 2010

Desas Desus: VdV + Benzema

Rafa Benitez dilihat menunjukkan kesungguhannya terhadap masa depannya di Anfield dengan mencari pemain-pemain baru untuk berbakti bersamanya untuk musim hadapan.

Pemergian Benitez ke Madrid bukan sahaja untuk melayan Atletico tetapi sambil menyelam minum air, Benitez sempat melencong ke Bernabeu untuk bertemu bekas majikannya bagi merisik pemain-pemain yang tidak lagi dimahukan oleh majikannya.

Mengikut laporan, Benitez menyatakan minatnya yang sekian kalinya untuk membawa Van Der Vaart ke Anfield, disamping beberapa pemain lain yang Rafa rasa bersesuaian seperti Karim Benzema, Christopher Metlzelder dan Royston Drenthe.

Bagaimanapun Rafa dilihat lebih berminat untuk memastikan Van Der Vaart ke Anfield dan mungkin Benzema sebagai pilihan keduanya.

walk on.ynwa

Friday, April 23, 2010

Wisel Penamat: Keletihan Faktor Utama Kekalahan

Liverpool gagal untuk menyembunyikan keletihan akibat perjalanan jauh beribu-ribu batu untuk sampai ke Madrid. Perlawanan berkesudahan dengan Atletico menangi perlawanan dengan jumlah margin yang sedikit.

Atletico tidak menggunakan sepenuhnya keletihan The Reds untuk memenangi perlawanan dengan jaringan yang lebih besar. Mungkin ade harapan untuk The Reds bangkit di Anfield nanti.

Atletico didepan seawal minit ke-9 melalui Diego Forlan. Liverpool sepatutnya mendapat gol penyamaan tetapi jaringan Benayoun dibatalkan kerana offside. Jika dilihat semula ulang tayang memang jelas Benayoun tidak offside. Mungkin Linesman tertekan agaknya melihat penyokong Madrid yang tidak henti-henti terpekik terlolong menekannya.

Walauapapun The Reds pasti bangkit di Anfield seperti mana dilakukan keatas Unirea, Lille dan Benfica.

walk on.ynwa

Thursday, April 22, 2010

Sebelum Wisel: Cari Ole-ole dari Madrid

Pengendali Atletico Madrid Sanchez Flores kelihatan gusar untuk bertemu The Reds dihalaman sendiri. Memandangkan kegusarannya itu, Flores berharapan agar anak buahnya mencari bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Anfield untuk perlawanan timbal balik.
Melihat nasib yang menimpa Lille dan Benfica pastinya Sanchez Flores tidak mahu keputusan sama menimpa pasukannya. Sanchez Flores pasti mahukan anak buahnya mengambil sepenuh kesempatan diatas keletihan skuad The Reds yang terpaksa menghabiskan hampir 24 jam untuk sampai ke Madrid melalui pengangkutan darat.
Dalam pada itu diharapkan Rafa sudah cukup memanfaatkan tempoh bersama-sama para pemain selama 24 jam itu dengar membincangkan formula-formula terbaik untuk mendapatkan bekalan yang selesa untuk dibawa pulang ke Anfield nanti walaupun akan turun tanpa kelibat dua lagenda Atletico iaitu Torres dan Maxi.
Tetapi, sekurang-kurangnya Benitez dapat memanfaatkan sedikit sebanyak sumber dari mereka berdua mengenai bekas kelab mereka. Rafa juga pasti mengetahui sedikit sebanyak mengenai Atletico apatah lagi Atletico tidak pernah berjaya menjinakkan Valencia ketika Rafa membimbing Valencia satu ketika dulu.
Diharapkan The Reds akan bermain bermati-matian dan jangan jadi alasan kepenatan sebagai batu penghalang untuk mendapatkan bekalan yang seharusnya dibawa pulang ke Anfield.
walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger