Entri Terhangat

Sunday, February 13, 2011

YNWA: Pelan Pembangunan Semula Anfield


Anfield akan berwajah baru, dengan suntikan dana kewangan dari John W Henry dan Fenway Groupnya. Anfield yang kali terakhir berubah wajah adalah pada tahun 1992 apabila Kemlyn Road Stand telah dimodenkan rupa bentuknya menggantikan Kemlyn Road yang lama. Kemlyn Road telah dinamakan semula dengan nama Centenary Stand.


Antara bahagian Anfield yang akan mengalami perubahan adalah, Kop End, Centenary Stand yang akan diperbesarkan buat kali yang ke-3 dan juga Anfield Road yang merupakan tempat untuk penyokong pasukan pelawat. Manakala Main Stand masih kekal bentuknya tanpa sebarang penambahan rupabentuk dan juga bilangan seat. Pada tahun 1973 adalah yang tahun dimana Main Stand dibina semula menggantikan Main Stand sebelumnya yang diperbuat dari kayu-kayan.


Sekiranya pelan ini diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan Merseyside, Anfield akan mengalami perubahan fizikal yang cukup drastik dengan penambahan bilangan tempat duduk sehingga 70,000 kapasiti penonton berbanding dengan jumlah 45,362 pada masa kini.

Saturday, February 12, 2011

Wisel Penamat: Terlepas dua mata berharga


Gol Steve Gohouri pada minit ke-65, melenyapkan gol 1st timer Meireles pada minit ke-24 sekaligus menyaksikan King Kenny terpaksa merelakan 2 mata berharga terlepas begitu sahaja.
Keputusan seri ini juga dilihat merencatkan sedikit perkiraan kita semua untuk mencapai kedudukan ke-4 liga, memandangkan Tottenham berjaya memperolehi kemenangan semalam.

King Kenny memberitahu, aksi persahabatan antarabangsa pada tengah minggu dilihat antara punca keputusan seri yang Liverpool perolehi, para pemain terpaksa menjalani latihan tambahan bersama skuad kebangsaan sambil terpaksa menempuh penerbangan antarabangsa yang jauh dan meletihkan.

Kita boleh melihat bagaimana Meireles seperti kurang oksigen untuk meneruskan perlawanan sehingga King Kenny terpaksa mengeluarkannya seawal minit ke-54 dengan digantikan oleh David Ngog. Ketiadaan Meireles cukup terasa ditambah dengan ketiadaan Kapten Fantastik kita, Stevie G.

Sepanjang separuh masa kedua, penguasaan bola lebih dimiliki Wigan, tidak seperti pada babak pertama yang mana Liverpool mendominasi bahagian tengah dan menyerang dari segenap sudut . Martin Kelly dan Glen Johnson masing-masing cukup selesa dengan peranan yang mereka terima, Carragher seperti biasa menjadi pengetua bahagian pertahanan. Lucas melengkapkan penampilan ke-100 nya bersama Liverpool dengan aksi yang kadang-kadang ok..kadang-kadang tidak.

Luis Suarez, cukup bertenaga dan cukup ghairah memburu gol, dua peluang keemasan untuknya menambah jaringan telah dinafikan, tetapi bukan oleh pengadil, penjaga garisan mahupun penjaga gol. Tetapi palang dan tiang gol menidakkan peluang Suarez setidak-tidaknya 1 gol dapat dijaringkan pada perlawanan semalam.

Apapun, rekod tanpa kalah masih bertahan, dengan baki perlawanan yang tinggal diharapkan Liverpool dapat mengutip semaksima yang mungkin untuk mencerahkan peluang kita bersaing dikelompok teratas liga.

walk on. ynwa

Thursday, February 10, 2011

Sebelum Wisel: Mencari Kemenangan Seterusnya


Menanti kunjungan team yang cukup liat untuk Liverpool tewaskan sejak beberapa musim yang lalu. Tetapi melihat carta liga, Wigan kini berada di dasar liga dan Liverpool berada ditahap yang terbaik ketika ini. Secara logiknya, untuk mencapai kemenangan adalah satu kemestian dan tiada yang mustahil untuk dicapai.

Tetapi, kemungkinan Steven Gerrard tidak dapat diturun kerana masih bergelut dengan kecederaan kelenjarnya. Dalam pada itu, Luis Suarez akan mengetuai barisan serangan Liverpool dan kemungkinan akan melengkapkan aksi 90 minitnya yang pertama.

Kenny Dalglish pasti mahukan rekod cemerlang dengan kemenangan dapat diteruskan, harapan agar kerjasama antara king kenny dan steve clarke terus membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.

walk on. ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger